You are on page 1of 7

Pemikiran yusuf al-qardhawi

dalam isu-isu feqah

A. Berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah


o Kadang-kadang al-Qardhawi bersetuju dengan jumhur dan
kadang-kadang beliau menyalahi pendapat jumhur. Selagi ianya
tidak terkeluar daripada nilai-nilai al-quran dan al-sunnah.
B. Memegang prinsip wasatiyyah
o Pendapat-pendapatnya yang sederhana dengan meraikan
pendapat-pendapat ulama muktabar dan merujuk terus kepada
fiqah sahabat dalam menetapkan sesuatu hukum.
 Beliau bersumberkan hukum-hukum fiqah yang berdasarkan
kepada:

a) Al-Quran dan al-Sunnah


 Sumber utama rujukan ialah al-Quran, wahyu yang diturunkan Allah
kepada hambaNya Nabi Muhamma d SAW.
 al-Sunnah dijadikan sumber kedua, penerang kepada ayat-ayat al-
Quran.
 Beliau berpendapat tidak ada feqah tanpa sunnah dan tidak sunnah
tanpa feqah.

b) Maslahat umum selagi tidak bertentangan dengan Nas


 Menolak golongan yang menggunakan maslahat dalam konteks yang
menyeleweng dan bertentangan dengan nas yang qat’i.

c) Menghormati mazhab tanpa taksub


 Kerana beliau berpendapat imam-imam mazhab mempunyai keilmuan
yang tinggi, ketakwaan kepada Allah dan berani mengatakan perkara
yang betul dan benar.
 Menghormati dua aliran terpenting iaitu aliran Ma’thur (teks) dan
aliran Ra’yi (pemikiran).
 Al-Qardhawi juga lebih mirip kepada aliran pemikiran dalam
ijtihadnya, bersandarkan lafaz-lafaz umum dan zahir nas al-quran.
 Dalam aliran pertimbangan dan membuat tarjih (Madrasah Al-
Muwazanah Wa Al-Tarjih) , beliau bersetuju dengan Ibn Taimiyyah
dan Ibn Qayyim bahawa talak tiga dalam satu lafaz dikira talak
satu.
• Berdasarkan teks-teks al-quran dan hadis yang menyeru kearah
keharmonian rumah tangga dan pemeliharaannya lebih
mengarah kepada menyempitkan ruang talak.

d)Feqah dalam khidmat dakwah


 Kemestiaan seorang faqih mengkaji buku-buku turath dalam
setiap zaman dengan kajian yang baru berdasarkan al-quran
dan al-sunnah, maqasid syariah dan nilai-nilai murni islam.
 Mengingkari golongan-golongan yang ingin menghapuskan khilaf
dan menghimpunkan manusia dalam satu pendapat iaitu dengan
mengikut pendapat mereka semata-mata.

d) Mengambil pendapat yang kuat alasannya dan mudah


 menyatakan bahawa perselisihan pendapat harus dilihat dari segi
positif.
 Al-Qardhawi telah mengupas perkara ini dalam Fatawa
AlMu’asarah yang beliau memgambil pendapat yang bertentangan
dengan mazhab empat, perbezaan imam-imam dan hukum
bertaklid.
 fiqah islam bukan hanya terhad kepada yang empat seperti yang
diketahui umum, malahan terdapat ulama-ulama yang memiliki
keilmuan yang tinggi seperti yang dimiliki oleh imam yang empat
seperti Imam Laith bin Saad, Sufian al-Thauri, al-Awza’iy dan
lainlain.
Kritikan terhadap yusuf al-
Qardhawi
1. Kitab Raf’ul Litsaam ‘An Mukhaalaafatil Qaradhawi Li Syari’atil
Islam yang dikarang oleh Syeikh Ahmad bin Muḥammad bin Manṣur
al-’Adini

-berselisih pandangan Yusuf Al-Qardhawi yang menghalalkan nyanyian


muzik. Berkata al-Qardhawi: “Dan diantara hiburan yang menenangkan
jiwa, menyenangkan hati, dan dinikmati oleh telinga adalah nyanyian”.

-dikomentari oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah sebagai berikut:


“Batasan ini hanyalah teori yang tidak mungkin dipraktikkan kerana yang
membangkitkan perasaan adalah hubungan berbeza seiring dengan
perbezaan watak dan karakter seseorang lelaki dan perempuan, tua dan
muda dan sebagainya”.
2. Kitab Al-Radd’ ala al-Qardhawi karangan Syeikh ‘Abd Allah
Ramadan Musa.
i. Sikap pendirian Qardhawi terhadap orang-orang kafir.
-al-Qardhawi bersikap berpendirian tidak tetap dan mematikan aqidah
(keyakinan) yakni berbuat baik kepada orang yang beriman dan bermusuhan
dengan orang-orang kafir.
-mengatakan berkenaan orang-orang Kristian Qithbi (di mesir) bahawa orang-
orang Kristian Qithbi pun dapat mempersembahkan barisan syuhada’ (orang-
orang yang mati syahid).
ii. Sikap al-Qardhawi terhadap kaum wanita.
-memisahkan tempat kaum wanita dari tempat kaum lelaki hukumnya adalah
bid’ah dan tergolong tradisi yang tidak berasal dari ajaran islam.
-Beliau juga membenarkan pasangan suami isteri yang salah satu pasangannya
yang masih berada dalam agama terdahulu (bukan islam) boleh tinggal bersama
dan juga menyatakan kaum wanita seharusnya memegang tampuk kepimpinan.
- wanita-wanita berhijab pun harus muncul dalam acara-acara televisyen dan
tayangan-tayangan perdana, dan mengharuskan kaum wanita untuk turut serta
dalam pementasan drama mahupun teater.
PENUTUP
 Kegiatan beliau semakin terserlah setelah mengikuti kegiatan
organisasi dakwah di Mesir sebagai persiapan untuk menjadi
tokoh ulama besar kini.
 Sumbangan kepada kebangkitan Islam, Yusuf al-Qardhawi
banyak memberikan tumpuan terhadap bimbingan kepada
generasi muda bagi menyemarakkan kebangkitan islam
melalui ceramah dan muktamar, bukan saja di Negara Arab
malah di Amerika, Kanada, Eropah Asia dan Afrika.
 Daripada beberapa hasil penulisannya dalam bidang fiqah,
tokoh ini cuba meletakkan Islam secara amali atau praktikal
dan meletakkan syariat Islam sesuai untuk sepanjang zaman.

You might also like