You are on page 1of 42

Sijil Pengajian Al-Quran

2014

Asas Pengajian
Qiraat
1
Rangka Kursus
1) Pengenalan 2) Sejarah
Ilmu Qiraat Ilmu Qiraat

4) Matan2 5) Imam Hafs


Utama Ilmu &Kemasyhuran
Qiraat Bacaanya

2
Rangka Kursus

7) Syubhat Tentang Ilmu


Qiraat

6) Istilah2 dalam Ilmu Qiraat

3
Sesi 1
Pengenalan

4
Pengenalan Ilmu Qiraat
• Definisi.
• Sumber.
• Dalil.
• Kaitan dengan penurunan Al-Quran dengan
tujuh huruf.
• Hubungan dengan Al-Quran.
• Hikmah/Faedah/Kesan.

5
Definisi Ilmu Qiraat –
Apa itu Qiraat?

6
Dari sudut bahasa: Al-Qiraat merupakan
bentuk jamak bagi perkataan Al-Qiraah (‫) ا لقراءة‬yang
bermaksud bacaan. Maka dari sudut bahasa, ia
bermaksud bacaan-bacaan, dari sudut ini, ia membawa
maksud umum dan tidak dihadkan kepada bacaan Al-
Quran semata-mata. Kata dasar bagi perkataan ini ialah
Qara’a(‫ ) ق رأ‬yang bermaksud ‘dia membaca`.

7
Dari sudut Istilah: Al-Qiraat ialah suatu
ilmu yang diketahui dengannyan tatacara
pembacaan perkataan-perkataan di dalam Al-
Quran dan cara memperaktikannya samaada
yang disepakati atau diperselisihkan dan
disandarkan setiap cara bacaan kepada
perawinya.

8
Dari mana kita mendapatkan ilmu Qiraat?

Ada pendapat yang mengatakan bahawa asal


usul timbulnya ilmu Qiraat ialah perbezaan
bahasa dan dialek bangsa Arab, namun pendapat
ini disangkal ulama’ Ilmu Qiraat. Pendapat yang
menyeleweng ini seolah-olah memberi gambaran
bahawa perbezaan bacaan yang terdapat dalam
ilmu Qiraat ialah hasil kreativiti dan ciptaan
bangsa Arab yang berusaha menyesuaikan wahyu
dengan bahasa yang mereka gunapakai.
9
Antara hujah yang boleh digunakan untuk
menyangkal pendapat ini ialah:
1) Qiraat yang disepakati penerimaannya dianggap
sebahagian dari al-Qur’an. Adalah mustahil untuk
menisbahkan ayat-ayat al-Qur’an kepada rekaan
dan campurtangan makhluk.
2) Jika diteliti, perbezaan-perbezaan yang terdapat
di antara satu Qiraat dengan satu Qiraat yang lain
tidak kesemuanya berkait dengan dialek semata.
Justeru, ulama’ Ilmu Qiraat menekankan bahawa
Ilmu Qiraat berasal dari wahyu dan periwayatan.
10
Sumber pengambilan Ilmu Qiraat ialah
wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w
melalui perantaraan Jibril a.s, lalu para Sahabat
r.a mendengar dan mempelajari secara langsung
dari Rasulullah s.a.w tatacara membacanya.
Bacaan-bacaan ini seterusnya disampaikan dari
satu generasi kepada generasi yang lain melalui
cara talaqqi (menuntut dengan mengambil terus
dari guru) dan periwayatan.

11
Periwayatan tersebut dicatat sanadnya secara
teliti dan mesti bersambung sehingga Rasulullah
s.a.w. Dari pemeriksaan sanad-sanad itu ulama’
kemudiannya menetapkan samaada bacaan atau
Qiraat yang sampai kepada mereka diterima
ataupun ditolak, bersesuaian dengan syarat
penerimaan sesuatu Qiraat. Manhaj Qiraat
sepuluh yang bakal dihuraikan ialah hasil dari
ijma’ atau kesepakatan ulama’ tentang bacaan-
bacaan yang benar dan menepati syarat.

12
Dalil – Apakah bukti Qiraat
merupakan sebahagian dari
agama dan boleh
diamalkan?

13
Bacaan-bacaan Qiraat disandarkan
kepada Kalamullah yang disampaikan oleh
Rasulullah s.a.w, maka antara bukti bahawa
Qiraat itu tidak boleh ditolak ialah ayat 3-5
dari Surah an-Najm:

‫}{وما ينطق عن الهوى{} إن هو إال وحي يوحى‬


‫}{علمه شديد القوى‬
14
Maksudnya: “[3] Dan ia (Nabi Muhammad s.a.w)
tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung
dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan
pendapatnya sendiri. [4] Segala yang diperkatakannya
itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah
wahyu yang diwahyukan kepadanya. [5] wahyu itu
(disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat
Jibril) yang amat kuat gagah”
Ayat ini secara jelas menyebutkan bahawa setiap
yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w ialah atas
arahan Allah, termasuklah bacaan-bacaan Qiraat yang
dinukilkan oleh para Sahabat r.a dari Baginda s.a.w.

15
Manakala dalil dari hadis Rasulullah s.a.w antaranya ialah seperti
berikut:
-Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2025.
Dari Umar bin Khattab r.a. katanya: "Saya mendengar Hisyam
bin Hakim membaca surah al-Furqan di masa hidup Rasulullah
saw. Saya mendengarkan bacaannya dan kebetulan dia membaca
menurut beberapa huruf yang tidak dibacakan Rasulullah saw.
kepada saya. Hampir saya menyerangnya ketika dia sedang solat.
Tetapi saya dapat menyabarkan diri sampai dia memberi salam.
Lalu dia saya tarik dengan cadarnya dan mengatakan: "Siapakah
yang membacakan kepada engkau surah yang saya dengar
engkau membacanya?" Dia menjawab: "Rasulullah saw. yang
membacakan kepada saya." Kata saya: " Engkau dusta. Beliau
membacakan kepada saya berlainan dari yang engkau baca itu."

16
Lalu saya berjalan membawanya kepada Rasulullah
saw. dan mengatakan kepada beliau: "Sesungguhnya saya
mendengar orang ini membaca surah al-Furqan berlainan
dari yang engkau bacakan kepada saya." Kata Nabi:
"Lepaskanlah dia! Bacalah, hai Hisyam!" Lalu dibacanya
menurut bacaan yang saya dengar tadi. Rasulullah saw.
berkata: "Begitulah ayat itu diturunkan." Kemudian beliau
berkata: "Bacalah, hai Umar!" Lalu saya membaca
menurut bacaan yang dibacakan oleh beliau kepada saya.
Nabi berkata: "Begitulah ayat itu diturunkan!
Sesungguhnya Quran ini diturunkan dalam tujuh huruf.
Maka bacalah mana yang mudah di antaranya!"

17
-Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1433.
Dari Ibnu Abbas r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: "Jibril
membacakan al-Quran pada saya dengan satu harf.
Maka sentiasa saya minta tambah hingga sampai tujuh
harf".
-Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0785.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw.
bersabda: "Mula-mula Jibril mengajarkan (membaca
Quran) kepada ku satu macam bacaan saja. Lalu aku
sentiasa minta diulangkannya kepada ku. Maka Jibril
mengulang-ulangnya sehingga akhirnya bacaan itu
menjadi tujuh macam."
18
-Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0914.
Dari Ubay bin Ka'ab: "Ketika Rasulullah saw berada di
perkampungan Bani Ghifar, maka Jibril datang pada beliau
seraya berkata; Sesungguhnya Allah Azza wajalla
menyuruhmu untuk mengajarkan pada umatmu satu macam
bacaan Al-quran". Sabda beliau: "Aku berlindung dan mohon
ampun pada Allah, Sesungguhnya umatku tak akan dapat
membaca dengan satu macam bacaan." Kemudian Jibril
datang pada kedua kalinya seraya berkata: "Sesungguhnya
Allah Azza wa jalla menyuruhmu untuk mengajarkan Al-quran
pada umatmu dengan 2 macam bacaan". Sabda beliau: "Aku
berlindung dan mohon ampun pada Allah, sesungguhnya
umatku tidak dapat membaca dengan 2 macam bacaan.

19
Pada kedatangan yang ketiga kali Jibril berkata:
"Sesungguhnya Allah menyuruhmu untuk
mengajarkan Al-quran pada umatmu dengan 3
macam bacaan". Sabda beliau: "Aku mohon
perlindungan dan pengampunan dari Allah,
sesungguhnya umatku tak akan dapat membaca
hanya dengan 3 macam bacaan". Selanjutnya pada
kedatangannya yang keempat kali Jibril berkata:
"Sesungguhnya Allah Azza wajalla menyuruhmu
untuk mengajarkan Al-quran pada umatmu dengan 7
macam bacaan. Bacaan mana saja yang dipilihnya,
maka mereka akan benar bacaannya".
20
Kesemua dalil di atas menjadi bukti bahawa
Qiraat sememangnya bersumber dari wahyu dan
bukan rekaan Rasulullah s.a.w, para Sahabat r.a
ataupun Tabi’in. Pendapat yang mengatakan
Qiraat sebenarnya hasil pengaruh dialek kabilah
Arab juga tertolak.

21
Kaitan dengan
Penurunan Al-Quran
dengan Tujuh Huruf

22
Terdapat perselisihan pendapat di kalangan
ulama’ tentang maksud di sebalik ‘tujuh huruf’
dalam hadis-hadis di atas. Imam Suyuthi di
dalam kitabnya al-Itqan fi ‘Ulumil-Qur’an bahkan
menyebutkan bahawa terdapat sehingga 40
pendapat yang berbeza mengenai maksud
sebenar ‘tujuh huruf’ tersebut. Perbezaan
pendapat ini berlaku disebabkan tiada hadis
yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w yang
menghuraikan maksud tujuh huruf itu secara
jelas.
23
Hakikat ini dikukuhkan oleh pendapat Syeikh Aiman
Baqlah di dalam kitabnya Tashil ‘ilm al-Qiraat bahawa para
Sahabat r.a sememangnya maklum tentang pengertian di
sebalik tujuh huruf. Jika diteliti hadis-hadis tentang tujuh
huruf, kita mendapati mereka senyap menerima jawapan
Nabi s.a.w dan tidak lagi menyoal Baginda s.a.w atau
meminta penjelasan lebih lanjut, contohnya hadis tentang
perselisihan antara Umar dan Hisyam radiyallahu anhuma.
Setelah Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa perbezaan
bacaan antara mereka disebabkan penurunan al-Qur’an
dengan tujuh huruf, Umar terus menerima jawapan tersebut
dan tidak lagi mempertikaikan perbezaan itu. Hal yg sama
juga dapat dilihat dalam hadis-hadis lain yang menceritakan
tentang perselisihan cara bacaan di antara para Sahabat r.a.

24
Secara umum perbezaan pendapat mengenai
tujuh huruf boleh kita bahagikan kepada beberapa
teras utama:

• Pendapat-pendapat yang menafsirkan tujuh huruf


dengan perbezaan lahjah (dialek) atau bahasa.
Contohnya, pendapat yang mengatakan bahawa
tujuh huruf ialah: bahasa/dialek Quraisy, Hawazin,
Huzail, Tsaqif, Kinanah, Tamim dan Yaman. Namun
masih terdapat perselisihan pendapat dalam
menentukan dialek-dialek tersebut.

25
• Pendapat-pendapat yang menafsirkan tujuh
huruf dengan perbezaan wajah (cara/kategori)
bacaan. Ulama’ turut berselisih pendapat
tentang cara-cara tersebut, namun perselisihan
mereka lebih dari sudut istilah yang digunapakai.
Pendapat Imam Fakhruddin ar-Razi dan Imam Ibn
Jazari termasuk dalam kumpulan ini.
• Pendapat yang mengatakan bahawa ‘tujuh’ yang
disebut dalam hadis-hadis itu sebenarnya
simbolik kepada jumlah yang banyak dan bukan
dimaksudkan angka tujuh secara tepat.

26
• Pendapat yang mengatakan bahawa tujuh
huruf ialah tujuh Qiraat atau tujuh Imam
Qiraat. Pendapat ini dianggap lemah kerana
yang disepakati oleh ulama’ ialah penerimaan
10 Qiraat sebagai Qiraat yang sahih (benar)
dan boleh diamalkan. Apatah lagi secara fakta,
Imam-imam Qiraat yang menjadi sandaran
kepada tujuh Qiraat hanya lahir pada zaman
Tabi’in dan mereka dipilih atau dikhususkan
oleh Ibn Mujahid sekitar 3 kurun selepas
zaman Rasulullah s.a.w.
27
• Pendapat-pendapat yang menafsirkan tujuh huruf
dengan tujuh jenis sifat atau karakteristik bacaan.
Contohnya, pendapat yang mengatakan bahawa tujuh
huruf ialah: arahan, larangan, halal, haram, muhkam
(jelas maknanya), mutasyabih (mengandungi pelbagai
tafsiran dan perlu dikaji) dan amtsal (contoh-
contoh/kisah untuk dijadikan iktibar).

Pendapat yang dianggap kuat ialah pendapat Imam


Abul-Fadhl ar-Razi yang turut disokong oleh Imam az-
Zarqani, penulis kitab Manahil al-‘Urfan. Imam ar-Razi
menafsirkan ‘tujuh huruf’ sebagai berikut:
28
Perkara Contoh Keterangan

Perbezaan kata ‫ والذين هم لأماناتهم وعهدهم‬Perkataan yang bergaris


nama (mufrad / boleh dibaca dengan
‫راعون‬ jama’: li-amanaatihim
muthanna/ jama’/ (‫ماناتهم‬ ‫) ِ أـلـ‬atau dengan
muzakkar/ Al-Mukminin:8 mufrad: li-amanatihim
muanas) (‫) ألماـنـتهم‬

Perbezaan pada ‫قال رب احمك ابحلق‬ Perkataan yang bergaris


zaman (madhi / boleh dibaca dengan
madhi: qaala ‫قـاـل‬
( ) atau
mudhori’ / amar) amar: qul(‫) قـل‬
Al-Anbiya’: 112

29
Perbezaan dari sudut ‫فتلقى آدمُ من ربه‬ Perkataan yang bergaris
I’rab (salah satu bidang ‫كلمات‬ boleh dibaca dengan
dalam tatabahasa status subjek (fa’il)
bahasa Arab), yaitu pada aadamu (dengan baris
status perkataan Al-Baqarah: 37 depan) atau status
tersebut, contohnya objek (maf’ul): aadama
antara subjek atau objek (dengan baris atas)
Perbezaan dari segi ‫وسارعوا إلى مغفرة من‬ Perkataan yang bergaris
menghapuskan (hazf) ‫ربكم‬ boleh dibaca dengan
atau mengekalkan mengekalkan huruf wau
(itsbat) (‫ )و‬atau
Ali-Imran: 133 membuangnya(‫رعوا‬ ‫سـ‬
‫) اـ‬
Perbezaan dari segi ‫وقاتلوا وقتلوا ألكفرن عنهم‬ Perkataan yang bergaris
taqdim (mendahulukan) ‫سيأتهم‬ boleh dibaca seperti
dan ta’khir dalam contoh, atau
(membelakangkan) dengan bacaan
Ali-Imran: 195 sebaliknya: waqutiluu
wa qaataluu (‫وـقتلوا‬
‫) وـقاتـلوا‬

30
Perbezaan dari ‫وانظر إ ىل العظام كيف‬ Perkataan yang bergaris
boleh dibaca dengan
sudut ibdal huruf zai (‫ )ز‬seperti
(menukar huruf ‫ننزشها‬ dalam contoh, atau
dengan huruf dengan huruf ra (‫ )ر‬:
Al-Baqarah:259 nunsyiruha(‫) ننـ رشـها‬
yang lain)

Perbezaan dari ‫والضحى‬ Perkataan ini boleh


sudut dibaca dengan bunyi
fath (bacaan baris atas
bahasa/lahjah dengan jelas yang biasa
(dialek), contohnya Ad-Dhuha:1 dibacakan) atau taqlil
bacaan fath, (bacaan baris atas yang
imalah, taqlil, condong sedikit kepada
tafkhim, tarqiq, baris bawah) atau
imalah (bacaan baris
idgham, idzhar, atas yang lebih dekat
tashil dan lain-lain kepada baris bawah)

31
Perlu diingatkan bahawa perbezaan pendapat berkaitan
maksud tujuh huruf tidak sedikitpun memberi kesan pada
penerimaan 10 qiraat secara ijma’ ulama’ sebagai qiraat yang
boleh diterima dan diamalkan. Ia juga semestinya tidak
menggugat walaupun sedikit kemukjizatan Al-Qur’an.
Perbezaan pendapat ini masih diperbincangkan sehingga kini,
dengan setiap pandangan mengemukakan hujah untuk
menyokong pendapat masing-masing dan menolak pendapat
yang bertentangan dengannya. Namun ia bukan permasalahan
yang bersangkut paut dengan aqidah, serta tidak memberi
kesan pada apa-apa hukum syariat. Mengambil kesempatan
dari khilaf ini untuk menuduh bahawa ada bahagian Al-Qur’an
yang ‘disembunyikan’ atau untuk menuduh para Sahabat r.a.
menghapuskan mana-mana bahagian dari Al-Qur’an ialah
tuduhan-tuduhan yang dangkal.
32
Hubungan dengan Al-Quran
– Adakah `Qiraat’ seerti
dengan `Al-Quran’?

33
Ada pendapat ulama’, contohnya seperti Dr. Muhammad
Salim Muhaysin, yang berpendapat bahawa al-Qur’an ialah
dua hakikat dengan satu makna, apatah lagi kedua-dua
perkataan berasal dari kata dasar yang sama. Namun
pendapat yang lebih tepat ialah al-Qur’an dan Qiraat
merupakan dua hakikat yang berbeza.

Titik perbezaan yang utama agak jelas jika dibandingkan


definisi antara keduanya. Definisi al-Qur’an ialah “Kalam
Allah yang merupakan mukjizat yang telah diturunkan
melalui malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w,
diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya adalah
satu ibadah”. Manakala definisi Qiraat boleh dirujuk pada
permulaan bab.
34
Perbezaan seterusnya ialah: Qiraat dengan kepelbagaian
jenisnya tidak meliputi kesemua perkataan di dalam al-
Qur’an. Dengan erti kata lain, perkataan-perkataan al-
Qur’an yang mempunyai beberapa cara bacaan/Qiraat
bukan semua perkataan, tetapi hanya sebahagian. Justeru
adalah sukar untuk mengatakan Qiraat ialah al-Qur’an.

Walaubagaimanapun, antara Qiraat dan al-Qur’an tetap


mempunyai hubungan yang sangat kuat dan tidak boleh
dipisahkan, malah semua perbezaan Qiraat tidak terlepas
dari ayat atau perkataan dalam al-Qur’an. Kedua-duanya
juga bersumber dari wahyu dan periwayatan.

35
HIKMAH/FAEDAH/KESAN

Apakah manfaat mempelajari


Ilmu Qiraat? Adakah ia memberi
kessan kepada bidang ilmu lain?

36
Antara hikmah penurunan al-Qur’an dengan tujuh huruf ialah:

• Mempermudahkan pembacaan dan penghafalan al-Qur’an bagi


kaum yang buta huruf, kerana terdapat pilihan tatacara bacaan,
terutamanya yang telah terbiasa dengan dialek tertentu.
• Mengukuhkan lagi kemukjizatan al-Qur’an serta menambah
aspek cabaran kepada kaum yang ingkar untuk mendatangkan
yang serupa dengan al-Qur’an.
• Menunjukkan salah satu keistimewaan umat Muhammad s.a.w
berbanding umat terdahulu.
• Berfungsi menjaga Bahasa Arab dari pupus.
• Kepelbagaian bacaan dalam Qiraat tanpa satu pun bacaan yang
berlawanan dengan yang lainnya menjadi bukti bahawa ia
sememangnya bersumber dari wahyu yang diturunkan oleh
Allah.
37
Manakala faedah mempelajari ilmu Qiraat pula antaranya:

• Memelihara daripada kesilapan membaca atau menyebut


perkataan-perkataan di dalam al-Qur’an.
• Menjaga kesucian dan keaslian al-Qur’an daripada
penyelewengan dan perubahan, sesuai dengan ayat 9
Surah al-Hijr.
• Dapat membezakan antara bacaan yang dibenarkan
membacanya atau sebaliknya.

Kepelbagaian Qiraat juga memberi kesan kepada bidang


ilmu lain seperti Tafsir, Fiqh, Bahasa Arab dan lain-lain.

38
Contohnya kalimah (‫) وأرجلكم‬di dalam ayat 6 Surah al-Maidah boleh
dibaca dengan dua keadaan:

1) Bacaan secara majrur: wa arjulikum (‫ ) وأرجلكم‬oleh Imam Ibn Kathir,


Abu `Amr, Syu’bah, Abu Ja`far, Hamzah dan Khalaf al-`Asyir. Bacaan
ini membawa hukum memadai dengan menyapu air di atas khuf
bagi yang memakainya ketika berwudhu’.
2) Bacaan secara mansub: wa arjulakum (‫ ) وأرجلكم‬oleh Imam Ibnu
`Amir, Nafi`, al-Kisa’i, Hafs dan Ya`qub. Bacaan ini menerangkan
hukum wajib membasuh kaki jika tidak memakai khuf ketika
berwudhu’.

Ayat di atas berkisar tentang hukum membasuh kaki ketika


berwudhu’. Para ulama’ telah menggabungkan dua qiraat tersebut.
Hukum wajib tetap sama melainkan tatacara sahaja yang berbeza
samada membasuh atau menyapu.
39
Terdapat juga contoh perbezaan Qiraat yang membawa
maksud yang sama ataupun saling melengkapi, seperti
perbezaan pada(‫ )ما لك‬di dalam ayat 4 Surah al-Fatihah.
Perkataan ini mempunyai dua bacaan di kalangan Qurra'.
Bacaan pertama membacanya dengan mengekalkan alif
selepas huruf mim. Maksud bacaan tersebut adalah Yang
Menguasai pemerintahan pada Hari Pembalasan (Hari
Akhirat).
Bacaan yang lain membaca maliki dengan tanpa alif
sama dengan ‘maliki’ ayat kedua Surah an-Nas. Maksud
maliki yang dibaca tanpa alif adalah raja.
Jika dua makna tersebut dikumpulkan ia memberi satu
maksud yang amat sempurna tentang kekuasaan Allah SWT
pada Hari Akhirat iaitu Allah SWT adalah Raja yang
menguasai pemerintahan Hari Pembalasan.
40
41
‫وهللا أعلم‬

‫‪42‬‬

You might also like