You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2

1.0 PENGENALAN 3

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT PADA 3-5


ZAMAN RASULULLAH
2.1 Hadis Pertama
2.2 Hadis Kedua
2.3 Hadis Ketiga

3.0 PENGERTIAN SAB’ATU AHRUF 6-7

4.0 RUMUSAN 7

RUJUKAN 8

1
PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirabbil’alamin, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.

Saya Nurul Adilah Binti Abd Manan ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya yang telah memberikan sumbangan kepada saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini baik dari segi wang ringgit dan sokongan yang
berterusan.Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Dr.Saidi Bin Mohd yang
memberi tunjuk ajar kepada saya dalam kursus Pengajian Taranum Dan Qiraat (PIM
1044), di atas kesudian beliau untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Beliau juga
banyak membantu saya dari segi sokongan serta dorongan dan memberi bimbingan
sepanjang proses melaksanakan tugas yang diberi.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya sama ada secara
langsung atau secara tidak langsung. Pelbagai ilmu yang saya dapati sepanjang
menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam
tugasan saya. Segala kekurangan harap dimaafkan.Segala yang baik itu datangnya
daripada Allah SWT dan yang buruknya itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri.

2
PENGENALAN

Pengertian Qiraat dari segi bahasa adalah bacaan iaitu diambil daripada kata jama’ bagi
perkataan qira’ah.Dari segi Istilah pula bermaksud sesuatu ilmu yang mengenalpasti
kaedah sebutan bagi setiap kalimah al-Quran serta cara menyempurnakannya sama ada
disepekati atau sebaliknya.Ilmu Qiraat merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang
muncul sejak daripada wahyu pertama diturunkan sehingga ke hari ini.Ilmu Qiraat
membahaskan mengenai kaedah pembacaan al-Quran daripada pelbagai riwayat yang
mutawatir sehigga sanad sampai kepada Rasulullah S.A.W[ CITATION Nor07 \l 17417 ]

2.0 Sejarah Perkembangan Ilmu Qiraat Pada Zaman Rasulullah.

Menurut Mohd Rahim (2001) ilmu Qiraat muncul sejak daripada Al-Quran itu diturunkan
kepada Rasulullah S.A.W dan hamper setiap tahun sekali baginda bertalaqqi dengan
Saidina Jibril. Selain daripada itu juga, hadis yang menerangkan berkaitan qiraat juga
belum diwahyukan.Maka jelaslah disini ilmu Qiraat itu bukannya daripada akal serta
rekaan manusia sendiri, serta bukan juga rekaan Rasulullah S.A.W. Ini adalah kerana
Rasulullah S.A.W diutuskan dalam keadaan buta huruf iaitu tidak mampu untuk membaca
dan menulis).

Selepas Al-Quran diturunkan, Rasululullah S.A.W akan menghafaz dan


menyampaikan bacaan tersebut kepada para sahabat.Baginda menjadi rujukan para
sahabat dalam bacaan Al-Quran serta mursyid imam-imam qiraat dalam masyarakat
Islam pada ketika itu.Terdapat banyak dalil dan hadis yang menceritakan peranan
baginda sebagai guru Al-Quran kepada para sahabat. Dalam pada masa itu, baginda
telah melantik beberapa orang sahabat sebagai penulis wahyu[ CITATION Sha14 \l
17417 ].Terdapat beberapa hadis yang membukti tentang perkara tersebut.

2.1 Hadis Pertama

Bermula daripada zaman Rasulullah s.a.w lagi qira’at Al-Quran telah wujud ekoran
daripada Rasulullah S.A.W sendiri yang terlibat dengan proses penurunan dan
penyampaian wahyu daripada Allah melalui malaikat Jibril selama dua puluh tiga tahun
secara berperingkat.Pada awalnya, Al-Quran diturunkan dalam bahasa Quraish akan
tetapi kesan daripada Rasulullah membuat aduan bahawa umat Islam meghadapi
kesukaran untuk membaca Al-Quran dan meminta agar meringankan serta diberi
kemudahan untuk umat Islam membaca Al-Quran[ CITATION Zai15 \l 17417 ] .Terdapat

3
beberapa hadis yang berkaitan dengan sejarah perkembangan ilmu Qiraat ini [ CITATION
Moh01 \l 17417 ]:

“Maksudnya:Dari Syatib r.a,berkata Ubaidullah meriwayatkan kepada bahawa


Ibnu Abbas telah meriwayatkan kepadaku bahawa Ibn Abbas telah menceritakan
bahawa Rasululah S.A.W bersabda:Jibril telah membaca Al-Quran kepadaku
diatas Satu Huruf maka aku membaca huruf tersebut dan setiap kali aku meminta
tambahan lalu ia menambahkan kepadaku sehingga terkumpul tujuh huruf.”
(Riwayat Bukhari)

Daripada hadis tersebut,telah menunjukkan bahawa sejarah perkembangan ilmu


Qiraat telah berlaku sejak daripada zaman Rasulullah S.A.W sendiri. Iaitu sejak daripada
penurunan Al-Quran kepada Rasulullah melalui perantaraan[ CITATION Abd94 \l 17417 ]
Malaikat Jibril di Mekah Al-Mukarramah.Hadis ini menjadi dalil dan bukti bahawa
Rasulullah S.A.W membaca Qiraat daripada Allah dengan perantaraan Malaikat
Jibril.Dalam hadis ini juga, Rasulullah S.A.W telah meminta secara berulang kali untuk
malaikat Jibril meringankan bacaan kepada umatnya, kerana baginda mengetahui
bahawa umatnya tidak mampu untuk membaca dengan hanya satu huruf
sahaja[ CITATION Ism95 \l 17417 ].

Menurut riwayat Al-Nasaie, semasa peristiwa tersebut malaikat Jibril dan Mikail
telah datang kepada Rasulullah S.A.W, kemudian Jibril berkata :bacalah di atas satu
huruf”,dan malaikat Mikail pula menambah dengan huruf yang lain.Berikutan daripada
peristiwa ini, jelaslah menunjukkan bahawa Para malaikat telah menyampaikan kepada
Rasulullah kesemua huruf-huruf qiraat atau huruf Sab’ah dan Rasulullah telah
membacanya.

2.2 Hadis Kedua

Hadis kedua yang menjadi bukti bahawa Qiraat telah berlaku sejak daripada zaman
Rasulullah ialah:Hadis tersebut menerangkan tentang peristiwa yang berlaku disebabkan
perselisihan bacaan antara Sayyidina Umar bin al-Khattab dengan Hisham bin Hakim
dalam bacaan surah Al-Furqan. Kemudian Sayyidna Umar pergi berjumpa Rasulullah
S.A.W dan mengadu tentang perkara tersebut lalu baginda meminta untuk mendengarkan
bacaan kedua-duanya dihadapannya. Lalu Nabi S.A.W bersabda:
4
“Maksudnya:Begitulah ia diturunkan,Sesungguhnya Al-Quran ini telah diturunkan
dengan tujuh huruf, maka bacalah apa yang mudah daripadanya”

Pengajaran dan faedah yang dipelajari daripada hadis ini ialah:

1) Sumber ilmu Qiraat dan segala cara bacaan tersebut adalah daripada Rasulullah
S.A.W dan bukan rekaan atau ijtihad daripada para sahabat.Hal ini dapat dibuktikan
daripada perkataan al-iqra’ yang menunjukkan beliau mengajar bacaan tersebut kepada
para sahabat. [ CITATION Zai15 \l 17417 ]

2) Rasulullah S.A.W mengajar kepada setiap sahabat, dengan qira’at yang berbeza,
bahkan setiap orang dengan satu bacaan.Penerimaan setiap sahabat mengenai Al-Quran
dan Qiraat adalah berbeza antara satu sama lain [ CITATION Moh01 \l 17417 ]. Hal ini dapat
dibuktikan daripada hadis tersebut bahawa terdapat perselisihan yang berlaku di antara
Umar dan Hisyam dari segi bacaan masing-masing akan tetapi Rasulullah S.A.W tetap
mengakui kedua-dua bacaan tersebut.Rasulullah bertindak bijak dengan menenangkan
para sahabat dan mendengarkan bacaan kedua-duanya.Keringanan dan kemudahan
telah diberikan kepada setiap kabilah arab ketika itu untuk membaca Al-Quran mengikut
loghat atau dialek mereka.Jelaslah bahawa Al-Quran adalah mukjizat yang agung dengan
diturunkan dengan tujuh ahruf[ CITATION Moh01 \l 17417 ]. Sekiranya dilihat,telah wujud
beberapa bacaan Al-Quran yang sebenarnya mempunyai hikmah dan rahsia tersirat yang
perlu dikaji.

3.3 Hadis ketiga

“Maksudnya:Sesungguhnya Allah S.w.t telah menyuruh kamu membaca kepada umatmu


Al-Quran di atas tujuh huruf maka mana-mana huruf kamu baca di atasnya ia adalah
benar dan betul”

Daripada hadis yang berlaku di Bani Ghaffar menunjukkan bahawa Allah telah memberi
kemudahan kepada umat Nabi Muhammad untuk membaca Al-Quran dengan mana-
mana huruf dari tujuh huruf[ CITATION Has95 \l 17417 ].

5
3.0 PENGERTIAN SAB’ATU AHRUF

Maksud Huruf dalam bahasa Arab ialah kata jamak dari kalimah harfun iaitu
pengertian.Misalnya hujung,pinggir,tepi,huruf hijaiyyah,puncak bukit, dan unta yang
kurus.Namun dari sudut istilah pula ialah ulama telah berselisih pendapat untuk
memberikan maksud sebenar bagi kalimah harfun[ CITATION Abd94 \l 17417 ].

Pendapat pertama daripada beberapa ulama’ iaitu al-Imam Ibn Jarir al-Tabari dan
Sufyan ibn ‘Uyaynah memberikan maksud Sab’atu Ahruf sebagai tujuh Bahasa Arab
untuk menerangkan satu makna[ CITATION Nor07 \l 17417 ].Mereka telah berpendapat
bahawa al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah S.A.W dengan tujuh
bahasa.Baginda telah membacanya dengan ketujuh-tujuh bahasa tersebut.Namun
ketujuh-tujuh bahasa tersebut adalah berbeza untuk menerangkan sesuatu perkara
menggunakan lafaz yang berbeza tetapi mempunyai maksud yang sama[ CITATION Zai15 \l
17417 ].

Menurut Shaharudin&Pangilun&Mohd Mahfuz (2014) pendapat kedua daripada al-


Imam al-Bayhaqi dan al-Imam Mahmud al-Alusi memberi pengertian bahawa sab’atu
ahruf merujuk kepada tujuh bahasa arab yang digunakan di dalam Al-Quran.Mereka
berpendapat bahawa Al-Quran tidak akan terkeluar daripada tujuh bahasa yang fasih
dalam bahasa Arab dikalangan bangsa Arab.Namun tidak semua kalimah di dalam al-
Quran menggunakan tujuh bahasa tersebut tetapi bahasa tersebut telah banyak di
pelbagai tempat di dalam al-Quran[ CITATION Nor07 \l 17417 ].

Pendapat ketiga pula menyatakan bahawa maksud Sab’atu Ahruf ialah tujuh
bentuk perbezaan dalam Al-Quran bagi sesuatu kalimah.Ulama yang berpendapat seperti
ini alah al-Imam al-Razi,al-Baqillani, Ibn al-Jazari,dan Ibnu Qutaybah.Mereka berpendapat
bahawa walau sebanyak manapun perbezaan dalam sesuatu kalimah dalam al-
Quran,tujuh bentuk tersebut tidak akan terkeluar[ CITATION Nor07 \l 17417 ].

6
Selain itu juga, al-Zarqani telah memilih pandangan ulamak mengenai maksud
tujuh Huruf daripada al-Imam Abu Al-Fadhl al-Razi terbahagi kepada beberapa
bahagian[ CITATION Saa13 \l 17417 ]. Pertama, perbezaan dari sudut nama( Al-Asma’) iaitu
bagi bilangan sama ada satu, dua atau jama’.Contohnya terdapat qiraat yang
membacanya dengan jama’ dan ada qiraat yang membaca dengan mufrad[ CITATION
Nor07 \l 17417 ].

Kedua pula ialah, perbezaan dari sudut Tasrif Af’al atau kata kerja iaitu Fi’il Madhi,
Mudhari’ dan Amar.Contohnya terdapat qiraat yang membaca dengan baris atas
disebabkan munada,serta terdapat juga membaca dengan fi’l amar kerana permintaan
dan doa kepada Allah. Ketiga ialah perbezaan dari sudut Wujuh Al-I’rab iaitu terdapat
qiraat yang membaca dengan baris di atas jika sebelumnya adalah ‫ال نهية‬. Manakala dalam
qiraat lain pula membaca dengan baris hadapan kerana huruf sebelumnya adalah ‫ال نافية‬.

Keempat ialah perbezaan dari sudut naqs dan ziyadah iaitu terdapat qiraat yang
membaca ayat dengan membuang kalimah tertentu.Kelimanpula ialah, perbezaan dari
sudut taqdim atau ta’khir iaitu ada qiraat yang membaca dengan mendahulukan ‫الموت‬
dalam surah Qaf.Keenam pula ialah perbezaan dari segi ibdal iatu ada qiraat yang
ُ ‫ ُن ِن‬dengan menggantikan huruf zai kepada ra. Akhir sekali perbezaan
membaca lafaz ‫شز َها‬
dari sudut bahasa atau lughah iaitu al-Fath,al-Imalah al-Tarqiq,al-Tafkhim,al-izhar dan
lain-lain.Pendapat daripada Imam al-Razi adalah yang paling masyhur dalam kalangan
ulama’.

4.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, dapat lah dirumuskan bahawa ilmu Qiraat merupakan suatu
bidang ilmu yang sangat meluas untuk dikaji dan dipelajari.Terdapat beberapa pendapat
ulama yang dibincangkan mengenai sab’atu ahruf.Ilmu Qiraat juga telah wujud sejak
zaman Rasululah S.A.W.Baginda menjadi guru kepada para sahabat dalam bidang Al-
Quran.

7
RUJUKAN

Abdullah , Haji Soleh. (1994). Sejarah Dan Sanad Bacaannya. Kuala Lumpur: Pustaka Azim
Sdn.Bhd.

Hasan Mahmud, Al.-Hafiz. (1995). Mengenal Qiraat Al-Quran. Kuala Lumpur : Darul Nu'man .

Ismail Masyhur, Al.-Aziz. (1995). Ilmu Qira'atul Quran. Kuala Lumpur: Indah Sdn. Bhd.

Mohd Rahim, Jusoh. (2001). Pengenalan Ilmu Qiraat . Selangor: Mahsuri Timur Sdn. Bhd.

Norakyairee, Mohd Raus. (2007). Al-Qiraat. Selangor: Meteor Doc Sdn.Bhd.

Saad, Abdul Wahid. (2013). Makna Turunnya Al-Quran Dalam Tujuh Huruf, 101-118.

Shaharudin , Pangilun., & Mohd Mahfuz, Jaafar. (2014). Khilaf Makna Sab'ah Ahruf, 187-197.

Sharifah Norshah Bani, Syed Bidin., Syed Hadzrullathfi, Syed Omar., Mohamad Zaidin Mat, Mat.,
Mohd Shahril, Othman., & Abdul Aziz, Sulaiman. (2014). Qiraat. Kuala Terengganu :
Universiti Sultan Zainal Abidin .

Zainora , Daud., & Muhammad Fairuz, Adi. (2015). Pendidikan Qira'at. Satu Sorotan Sejarah, 76-
90.

You might also like