You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Di dalam sesebuah negara yang maju, pendidikan merupakan perkara yang


sangat penting kerana pendidikan dapat melahirkan individu yang berilmu pengetahuan serta
modal insan yang berkualiti yang dapat menyumbangkan tenaga kerja mereka untuk
membangunkan negara (Affizal, 2008). Justeru, Kementerian Pendidikan di Malaysia telah
banyak melakukan pelbagai perubahan dalam memacu transformasi pendidikan negara.
Menurut Mastura (2011) transformasi ialah perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan
atau bahasa lainnya ialah peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain. Apabila
berkata mengenai transformasi pendidikan pula ialah perubahan yang dirancang dapat
mewujudkan pendidikan yang sistematik serta menyediakan pendidikan yang berkualiti (Pati
, 2014).

2.0 PROGRAM,INISIATIF DAN AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI SEKOLAH

Pada 26 Ogos 2018, saya bersama 11 orang rakan telah melawat di sebuah
sekolah iaitu SK Sultan Ismail (1) di Kuala Terengganu yang merupakan Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan program, inisiatif dan aktiviti
yang dilakukan oleh sekolah tersebut dalam memacu transformasi pendidikan di Malaysia.
Antara program yang dijalankan di sekolah berkenaan ialah:

2.1 Program Cakna LINUS

Program LINUS merupakan program yang melibatkan beberapa orang


pelajar yang lemah dalam membaca, menulis dan mengira (3M).Program Cakna LINUS di
sekolah ini dijalankan melibatkan dua orang pelajar dan seorang guru agar perhatian dapat
diberikan sepenuhnya kepada pelajar tersebut.Pelajar yang dilihat mempunyai Program ini
akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris seterusnya mengurangkan jumlah pelajar yang buta huruf dan
tidak tahu membaca.Kementerian Pendidikan menganggap bahawa kemahiran asas ini jika
tidak dikusai akan menyebabkan pelajar keciciran dalam pelajaran dan kerjaya (Zahanim,
2016). Maka dengan itu program cakna ini akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju kerana jika ingin menjadi negara maju,bilangan buta huruf dalam sesebuah negara
perlulah rendah (Zahanim, 2016).
2.2 Program Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM)

Selain itu juga, sekolah tersebut telah banyak menyertai program yang
melibatkan (STEM). Pelajar banyak mendapatkan bimbingan dan latihan daripada guru-guru
di sekolah.Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan robotik,membuat roket air dan
sebagainya.Melalui program ini,bakat pelajar akan dapat diasah dan boleh menjadikan pelajar
lebih mahir pada masa akan datang. Pelajar boleh mengaplikasikan program seperti ini di
dalam pembelajaran di kelas.Menurut daripada penolong kanan kokurikulum sekolah tersebut
kebanyakan pelajar yang menyertai program seperti ini adalah dalam kalangan pelajar yang
bijak kerana mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Pelajar dapat berfikir secara
kreatif dan kritis untuk mencipta sesuatu inovasi. Aktiviti Kokurikulum dapat meningkatkan
kecemerlangan pelajar dalam akademik (Sofian , Aminuddin , & Borhan , 2002).

Menurut Aminuddin (2004) penglibatan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum seperti ini,
akan dapat mengembangkan minat dan memajukan kemahiran pelajar dalam bidang-bidang
tertentu. Ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu satu usaha
yang berterusan untuk mengembangkan potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Selain itu juga, Kementerian Pendidikan juga ada menyatakan bahawa
hasrat untuk setiap pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, ini kerana terdapat
penilaian yang baru untuk setiap pelajar dalam PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum) . Dengan ini,transformasi Pendidikan yang dijalankan oleh Kerajaan akan
dapat menjadikan aktiviti kokurikulum ini sebagai suatu perkara penting. Pelajar-pelajar yang
berjaya akan dibawa mewakili negara Malaysia dan dapat mengharumkan nama negara
kerana pencapaian-pencapaian yang ditunjukkan kerana terdapatnya program seperti ini.

2.3 Program guru Penyayang

Program guru penyayang merupakan inisiatif pihak sekolah untuk


mewujudkan sebuah sekolah yang penyayang.Antara aktiviti dibawah program ini ialah, guru-
guru menunggu kehadiran pelajar di hadapan sekolah untuk menyambut kedatangan pelajar
pada setiap hari.Guru juga akan menjadi ibu bapa angkat kepada beberapa orang
pelajar.Terdapat beberapa hari yang ditetapkan untuk guru berjumpa dengan anak angkat
dalam kumpulan masing-masing. Guru dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar di dalam
kumpulan dan mengenalpasti masalah.Dengan program guru penyayang seperti ini akan
dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar seperti datang lewat ke
sekolah, masalah buli dan masalah yang melibatkan tekanan emosi pelajar.Melalui program
ini juga perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain dapat dibentuk
dalam kumpulan pelajar berkenaan kerana percampuran pelajar tidak mengira bangsa dan
warna kulit.

Penerapan nilai adalah penting kepada pelajar-pelajar agar dapat membentuk peribadi
masing-masing serta mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang
kaum.Menurut Khairi dan Asmawati (2010) ialah penerapan nilai-nilai murni dalam diri pelajar
merupakan peranan sekolah dan guru agar pembentukan insan yang berakhlak mulia dapat
dihasilkan.Maka dengan program seperti ini dapat penerapan nilai murni yang baik dan
mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Selain itu juga, dapat mewujudkan
perpaduan dalam diri pelajar di sekolah tersebut. Dalam transformasi pendidikan ada
menyatakan bahawa lima aspirasi murid yang salah satunya ialah perpaduan iaitu
Kementerian berhasrat untuk menjadikan suatu sistem pendidikan yang berbeza dari segi
agama dan etnik dan pelajar dapat memahami dan menerima perbezaan. Ini mewujudkan
perkongsian dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013-2025).

3.0 CADANGAN SAYA KEPADA PIHAK SEKOLAH

Selain daripada itu juga, berikut adalah program, aktiviti dan inisiatif daripada
saya kepada pihak sekolah agar mutu transformasi pendidikan dapat ditingkatkan lagi
menerusi beberapa langkah iaitu :

3.1 Meningkatkan pembelajaran abad yang ke -21

Pihak sekolah boleh menyediakan pembelajaran abad ke-21 dengan


menyediakan kelengkapan yang terbuka, interaktif dan berpusatkan pelajar seperti
mengaplikasikan peta i-THINK dalam pembelajaran, menyediakan suasana pembelajaran
abad ke – 21 seperti susunan meja bertujuan agar pelajar dapat berbincang di dalam
kumpulan dengan lebih mudah.Selain itu, guru boleh mengamalkan pdp dengan
mengaplikasikan aktiviti yang terdapat di dalam pak-21.Antaranya ialah menggunakan ‘traffic
light’ untuk mengetahui tahap pemahaman pelajar,’hot seat’ , ‘gallery walk’ .Melalui aktiviti
Traffic Light pelajar yang kurang memahami akan mengangkat kad merah, dan yang
memahami akan mengangkat kad hijau. Menurut Faridah, Faiziah & Amran (2016)
pembelajaran seperti ‘traffic light akan dapat mengawal pelajar daripada bising. Pelajar yang
ingin bertanya akan mengangkat kad merah dan guru akan bergerak kearah pelajar tersebut.

Menurut Azhar (2017) , pembelajaran abad ke-21 adalah berpusatkan pelajar dan guru
berperanan sebagai fasilitator dan pemudah cara. Pdp akan berlaku secara dua hala.Maka,
pak-21 akan dapat meningkatkan keyakinan seseorang pelajar dalam berinteraksi (Faridah ,
Faiziah, & Amran, 2016). Selain itu, guru hendaklah menekankan aspek Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) kepada pelajar agar dapat melahirkan individu yang berfikiran kelas
pertama sesuai dengan transformasi pendidikan kerajaan yang bermatlamat untuk
menjadikan sistem pendidikan negara setaraf dengan negara maju yang lain.

Amalan pdp yang berkesan adalah penting kerana menjadi penentu keberkesanan
sesuatu kurikulum (Mastura, 2011).Sebagai guru hendaklah kreatif dalam merancang alat
bahan bantu mengajar untuk pembelajaran supaya hasrat Kementerian Pendidikan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) untuk menempatkan sistem
pendidikan Malaysia setaraf dengan sistem yang terdapat di negara maju.Di dalam
gelombang yang pertama kerajaan berhasrat meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran serta usaha untuk melahirkan modal insan yang unggul melalui persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan (Aisyah, 2017).

3.2 Meningkatkan penggunaan ICT dalam pembelajaran

Dalam era globalisasi ini, penggunaan teknologi maklumat adalah


perkara yang penting.Pembelajaran dengan menggunakan ICT menjadikan proses pdp
pelajar berjalan menarik (Aisyah, 2017) kerana pelajar pada zaman sekarang telah banyak
didedahkan dengan perkara ICT seperti ini.Pihak sekolah boleh melengkapkan sebuah bilik
yang lengkap dengan pelbagai teknologi dengan kecekapan internet yang baik. Guru boleh
mengadakan kuiz dengan menggunakan aplikasi ‘Kahoot’. Selain itu juga, pembelajaran
menggunakan ICT seperti VLE Frog menjadikan pembelajaran tidak terhad di sekolah
sahaja.Dengan itu suasana pembelajaran pelajar boleh juga dilakukan di rumah dengan
adanya kemudahan internet dan teknologi dapat menjadikan pembelajaran pelajar tidak
hanya di bilik darjah tetapi boleh juga berlaku dimana-mana.Pelajar celik dari segi IT dapat
dibentuk mengikut peredaran zaman. Dengan hasrat kerajaan untuk memanfaatkan
penggunaan ICT dalam pembelajaran melalui laman 1bestari.net (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013-2025).
3.3 Mewujudkan program ‘tahfiz cilik’

Pihak sekolah boleh mengadakan program ‘tahfiz cilik’ yang merupakan


program kerohanian kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut untuk menghafaz surah-surah
pilihan. Dengan mengadakan program seperti ini akan dapat melahirkan pelajar yang
seimbang bukan daro segi akademik sahaja malahan juga dari segi rohaninya. Melalui
program seperti ini juga, dapat memartabatkan subjek Pendidikan Islam serta menerapkan
perkara kerohanian dalam diri pelajar yang beragama islam.

Dengan penerapan program kerohanian seperti ini akan dapat mewujudkan


pembentukan akhlak dalam diri pelajar (Jasiman, 2014). Pelajar yang menghafaz akan diberi
hadiah sebagai salah satu penghargaan. Disini jelaslah pelajar yang unggul dari segi sahsiah
juga dapat dibentuk serta guru-guru dapat mengetahui bakat dan potensi pelajar dalam
menghafaz sejak kecil lagi.

3.4 Meningkatkan penglibatan komuniti di sekolah

Bagi pendapat saya, komuniti di sekitar sekolah tersebut berperanan untuk


melibatkan diri kearah meningkatkan lagi kemajuan dan kecemerlangan sekolah tersebut. Ibu
bapa pelajar perlu menyertai program yang diadakan atau memberi sumbangan kepada pihak
sekolah bagi tujuan pendidikan anak-anak mereka.Selain daripada itu, pihak sekolah juga
boleh mengadakan satu kumpulan bekas-bekas pelajar terdahulu yang telah berjaya untuk
turut menyumbang kearah kecemerlangan pendidikan. Sebagai contoh,bekas pelajar tersebut
boleh dipanggil untuk menjadi penceramah motivasi kepada pelajar-pelajar di sekolah
berkenaan. Dengan penglibatan ini akan dapat merealisasikan hasrat kerajaan dalam 11
anjakan dalam mentransformasi sistem pendidikan iaitu bekerjasama dengan ibu
bapa,komuniti dan sektor swasta dalam bidang pendidikan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013-2025). Menurut Azmy (2012) penglibatan ibu bapa dapat pembelajaran dapat
meningkatkan kejayaan seseorang anak.Ibu bapa boleh menunjukkan penglibatannya
kepada sekolah dengan menyumbangkan segala perkara seperti tenaga, idea, wang ringgit
dan masa.Pihak lain seperti bomba,ahli jawatankuasa masjid, pihak polis yang berhampiran
boleh mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan bidang masing masing.Anggota polis boleh
menjadi jurulatih kepada sekolah tersebut dalam kawad kaki.Pihak bomba boleh mengadakan
latihan kebakaran dan ahli jawatankuasa masjid boleh mengadakan cara pengurusan
jenazah. Dengan penglibatan ini, maka wujudlah permuafakatan antara sekolah dan komuniti.
4.0 RUMUSAN

Transformasi pendidikan adalah satu perubahan yang dilakukan oleh kerajaan untuk
memenuhi enrolmen yang diperlukan mengikut keadaan semasa (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013-2025). Maka semua pihak hendaklah berganding bahu dalam melaksanakan
segala usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan lagi
sistem pendidikan di Malaysia. Menurut Asron (2009) transformasi pendidikan merupakan
salah satu langkah yang tepat oleh Kementerian kerana sistem yang membetuk pelajar yang
seimbang dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-semata.Akan tetapi
merupakan langkah Kementerian untuk menjadikan individu itu seimbang mengikut Falsafah
Pendidikan Negara.
RUJUKAN

Affizal, Ahmad. (2008). Pendidikan. Kepentingan Pendidikan Dalam Pembentukan Kualiti


Hidup Sejahtera, 1-8.

Aisyah, Mazalan. (2017). Pembelajaran Abad Ke - 21. Kulai, Johor: Kosmo Sdn. Bhd.

Aminuddin , Rahman. (2004). Penglibatan Pelajar Secara Aktif dalam Kokurikulum kesannya
ke atas pencapaian akademik. Satu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Pekan Nenas, Pontian, 1-48.

Asron, Mustapha. (20 April, 2009). Transformasi Pendidikan Langkah Tepat. Retrieved from
Utusan Online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0420&sec=Dalam_Negeri&p
g=dn_01.htm

Azmy , Mohamed. (23 Julai, 2012). Penglibatan Ibu Bapa Penting. Retrieved from Utusan
Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_01/Penglibatan-
ibu-bapa-penting

Faridah , Nasir, Faiziah, Shamsudin., & Amran, Bakar. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran
Abad - 21. Petaling Jaya, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Jasiman, Ahmad. (2014). Memaju Kejayaan Malaysia : Transformasi Pendidikan . Semenyih,


Selangor: Mostgain Resources Publications.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013-2025). Ringkasan Eksutif. Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia, 1-52.

Khairi, Othman., & Asmawati , Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni. Satu Sorotan, 118-127.

Mastura, Aswad. (2011). Transformasi Dalam Pendidikan. Hulu Langat,Selangor : Pustaka


Rezeki Emas.

Pati , Aleng. (2014). Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan. Batu Caves,
Selangor: PTS Akademia .

Sofian , Omar., Aminuddin , Yusof., & Borhan , Yusof. (2002). Kokurikulum Peranan dan
Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors.

Zahanim, Ahmad. (2016). Perlaksanaan Literasi dan Numerasi Di Sekolah. Pusat Pengajian
Teras (pp. 1-6). Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa.

You might also like