You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Al-Quran merupakan keagungan dan menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. Al-Quran


menjadi sumber yang utama untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kerana di
dalamnya lengkap dari pelbagai aspek seperti aqidah, akhlak, syari’, ibadah dan lain-
lain.Al-Quran adalah satu sumber yang dijamin oleh Allah bahawa dijamin daripada
penyelewengannya (Mujahidin , Heni , & Mukhlis , 2014). Pelbagai usaha yang
dilakukan oleh umat islam dalam mempelajari Al-Quran. Antaranya ialah melalui
pembacaan dan pemahaman daripada tafsir-tafsir Al-Quran supaya dapat memahami
sesuatu ilmu itu dengan lebih mendalam.Para ulama’ telah banyak membuat
penafsiran daripada Al-Quran dan membukukannya.Di dalam melakukan penafsiran,
pada mufassir dengan pelbagai kaedah. Antaranya dengan tafsir bil-ma’thur, tafsir bil-
ra’yi, ijtihad.

Selain itu juga, terdapat kelemahan jika ditafsir dengan kaedah bil-mathur
kerana dimasukkan riwayat yang dhaif, mungkar serta maudhu.Selain itu wujudnya
riwayat israiliyyat yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu yang tidak disebutkan
dalam Al-Quran dalam bentuk cerita israiliyyat.Keadaan ini amat membimbangkan jika
wujudnya kisah-kisah israiliyyat ini berbentuk khurafat serta dapat memberikan
peluang kepada musuh islam untuk memburukkan agama Islam.

2.0 PENGERTIAN ISRAILIYYAT

2.1 Bahasa

Perkataan Israiliyyat dari bahasa diambil daripada kata jamak


perkataan ‫ إسرائيليات‬. Menurut Imam At-Tabari pula ialah, perkataan
israiliyyat adalah daripada perataan Israil yang menunjukkan daripada
Bani Israil yang bermaksud anak-anak daripada keturunan Nabi
Ya’akob Bin Ishak Bin Ibrahim iaitu bapa kepada keturunan dua belas
orang adik beradik serta berketurunan yahudi. Maka mereka digelar
bani israil (Rozali, 1985).

2.2 Istilah

Menurut Muhammad Hussein al-Dzahabi, israiliyyat adalah pengaruh


kebudayaan Yahudi dan Nasrani terhadap beberapa tafsir. Menurut
Sayyid Ahmad Khalil pula, israiliyyat adalah riwayat yang berasal
daripada ahli kitab, sama ada dari segi agama atau tidak (Hasnan ,

1
2006).Periwayatannya disandarkan kepada orang-orang Yahudi
kerana kebanyakan perawi adalah berasal daripada kalangan mereka
yang sudah masuk islam.Menurut Ahmad Asy-Syarbasi pula, israiliyyat
adalah kisah atau berita yang dibawa masuk oleh orang Yahudi ke
dalam Islam (Hasiah, 2014).

3.0 KISAH ISRAILIYYAT DARIPADA PELBAGAI TAFSIR

3.1 Kisah tersirat Fawatihus Sur. (Tafsir Muqatil Bin Sulaiman)

Kisah Israiliyyat yang terdapat di dalam penafsiran Tafsir Muqatil Bin Sulaiman
ini ialah dalam penafsirannya pada fawatihussur atau permulaan awal surah
(Muhammad Hussin, 2011). Sebagai contoh dalam surah Qaf. Menurut
penafsirannya qaf merupakan sebuah gunung yang dicipta daripada permata
zamrud yang hijau dan meliputi seluruh alam dan disebabkan itulah langit
kelihatan kehijauan. Selain itu, qaf adalah punca dan akal kerana gunung-
gunung adalah daripadanya.Segala kejadian yang ada, tidak dapat mengatasi
kejadiannya. Apabila Allah S.W.T hendak menggoncangkan bumi, suatu
malaikat dihantar sebagai wahyu untuk menggoncangkan salah satu akar
gunung itu. Maka bergoncanglah bumi sebagaimana kehendak Allah
S.W.T.Gunung tersebut merupakan gunung pertama yang diciptakan,
kemudian barulah dibina Gunung Abu Qubais. Berhadapan dengan gunung
Qaf, terdapat sebuah gunung di mana matahari tenggelam disana dan
jaraknya lebih kurang perjalanan setahun.

Dalam penafsiran yang lain iaitu ketika beliau menafsirkan firman Allah
di awal surah Mutaffifin dengan mengatakan perkataan (‫ )ويل‬adalah sebuah
wadi yang terdapat di dalam neraka Jahanam.Perjalanannya sejauh tujuh
puluh tahun dan di dalamnya terdapat 70 ribu cabang.Setiap cabang pula
terdapat 70 ribu liang dan setiap liang terdapat 70 ribu gua. Di dalam setiap
gua pula terdapat 70 ribu istana dan di dalam istana terdapat 70 peti yang
terdapat 70 ribu pokok. Pada setiap pokok terdapat 70 ribu dahan yang dibuat
daripada api dan pada setiap dahan terdapat 70 ribu buah. Di dalam setiap
buah terdapat seekor ulat yang panjangnya 70 hasta.Di bawah setiap pokok
terdapat 70 ribu ular dan 70 ribu kalajengking (Mujahidin , Heni , & Mukhlis ,
2014).

2
3.2 Kisah Nabi Zakaria (Tafsir Muhammad Bin Jarir At-Tabari)

Menurut Ahmad Najib (2009) cerita israiliyyat yang terdapat di dalam tafsir ini
ialah cerita yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir ketika mentafsirkan firman Allah
S.W.T pada Surah Maryam ayat 8. Menurut beliau “Musa Bin Harun
menceritakan daripada Asbat daripada Al-Suddi dia berkata: Malaikat Jibril
menyeru Zakaria: Sesungguhnya Allah memberikan berita gembira kepadamu
tentang seorang anak yang bernama Yahya yang belum pernah dijadikan
nama sedemikian. Selepas daripada itu,datanglah syaitan lantas berkata
kepada Zakaria: ‘Wahai Zakaria, sesungguhnya suara yang engkau dengan
tadi bukanlah daripada Allah, akan tetapi daripada syaitan yang ingin
mempermainkan kamu.Sekiranya perkara tadi daripada Allah, sudah pasti dia
akan mewahyukan kepada kamu perkara-perkara yang lain’. Maka Zakaria
menjadi syak dan berkata: ‘Bagaimana untuk aku mempunyai seorang anak?’.

Di dalam kisah ini tidak dapat dinafikan bahawa cerita tersebut adalah
kisah yang batil dan tidak terdapat sumber yang sahih. Ini kerana adalah tidak
sepatutnya berasa ragu-ragu terhadap apa yang telah diriwayatkan
kepadanya.Jika wujud rasa ragu-ragu dalam diri pastilah orang lain akan mula
hilang kepercayaan terhadap perkara yang dikatakan sebagai
wahyu.Tambahan pula adalah mustahil untuk syaitan menguasai hati nurani
nabi Zakaria A.S.

3.3 Kisah Nabi Musa a.s (Tafsir al-Hafiz Ibn Kathir)

Kisah israiliyat yang terdapat di dalam tafsir ini ialah dalam penafsiran beliau
firman Allah dalam ayat 20 surah Taha yang maksudnya “Maka dia (Musa) pun
mencampakkannya (tongkat) maka tiba-tiba bertukar menjadi seekor ular yang
berjalan (Ishak, 2014).

Ibnu Kathir berkata membawa riwayat daripada Wahab Bin Munabbih


mengenai firman Allah dalam surah tersebut dengan menerangkan secara
terperinci tentang keadaan ular itu. Selepas Nabi Musa mencampakkan
tongkatnya ke tanah, tongkat tersebut telah bertukar menjadi ular yang besar
dan disaksikan oleh orang sekeliling. Kemudian ular tersebut dikatakan
menelan seekor unta dan telah dapat menumbgkan sebatang pokok yang
besar.Ular tersebut digambarkan mempunyai mata yang menyala seperti api,

3
rambutnya seperti lembing. Dua cabang menjadi mulut seperti kawah yang
luas.Di dalamnya terdapat gigi geraham dan taring (Muhammad Hussin, 2011).

Kisah Israiliyyat di dalam kisah ini ialah dalam penafsiran Ibnu Kathir
dalam memerangkan secara teliti tentang sifat-sifat ular tersebut sedangkan di
dalam Al-Quran hanya menyebut bahawa tongkat tersebut bertukar menjadi
seekor ular dan selebihnya diambil daripada periwayatan israiliyyat (Hasiah,
2014).

4.0 KESAN-KESAN KISAH ISRAILIYYAT KEPADA UMAT ISLAM

4.1 Merosakkan akidah umat islam

Melalui kisah israiliiyyat yang dapat merosakkan akidah umat islam ialah jika
sesuatu kisah atau cerita israiliyyat yang berbentuk dongeng dan khurafat yang
bersalahan dengan akal dan syarak dipercayai oleh umat islam. Seperti contoh
kisah Nabi Zakaria yang meragui tentang wahyu yang disampaikan oleh Allah
S.W.T bahawa mengurniakannya anak.Kisah ini jelaslah bertentangan dengan
syarak dan tidak mungkin bahawa seorang nabi berasa keraguan terhadap apa
yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. Unsur penafian terhadap sifat maksum
para anbiya’ dan mursalin.Apabila umat islam mempercayai tentang kisah
israiliyyat mengenai perkara khurafat dan dongeng maka ianya boleh
merosakkan akidah umat islam kerana umat islam berasa ragu-ragu kepada
Allah S.W.T.

4.2 Menghilangkan tumpuan manusia daripada tujuan asal penurunan al-


Quran

Daripada kisah israiliyyat juga terdapat beberapa tafsiran yang terlalu meneliti
dalam memahami maksud ayat-ayat Al-Quran sehingga boleh menghilangkan
tumpuan manusia daripada tujuan asal penurunan Al-Quran.Sebagai contoh
dalam penafsiran lafaz ‘Qaf’ pada permulaan surah dimaksudkan dengan
gunung. Ini kerana makna perkataan tersebut adalah rahsia Allah S.W.T dan
hendaklah diserahkan kepada Allah S.W.T sahaja.Maka, dengan kisah
israiliyyat ini kemungkinan menjadikan umat islam leka dan boleh mengalihkan
konsemtrasi muslimin untuk memahami makna Al-Quran.Perkara yang

4
sepatutnya perlu diambil tahu mengenai Al-Quran tidak diambil cakna.Selain
itu berkenaan tongkat nabi Musa yang bertukar menjadi ular. Dalam tafsir ada
menyebut secara teliti mengenai ular tersebut.

4.3 Memberi gambaran buruk terhadap agama islam

Apabila kisah-kisah israiliyyat yang tidak logik, serta khurafat


dan dongeng ini disebarkan dari bibir ke bibir setiap individu pasti akan
memberi gambaran buruk kepada orang lain tentang agama islam
melalui kisah-kisah israiliiyyat yang tidak dapat difikirkan oleh akal
tersebut.Dengan itu daripada kisah israiliyyat ini maka kesucian agama
islam akan tercalit. Sebagai contoh kisah Nabi Musa yang mana mata
ular tersebut seperti api.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, wujudnya kisah israiliyyat di dalam penafsiran sebahagian kitab-kitab


tafsir telah banyak memberikan kesan kepada umat islam. Banyak cerita-cerita israiliyyat yang
tersebar luas sehingga ke hari ini.Maka, setiap individu hendaklah mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi dalam memahami penafsiran Al-Quran serta dapat membezakan
kisah israiliyyat yang batil dan dapat menyekat pengaruh kisah-kisah israiliiyat pada hari ini
daripada terus tersebar jika ianya memberi kesan yang negatif kepada akidah umat islam.
Oleh itu, kita hendaklah mendalami ilmu-ilmu agama dan merujuk orang yang lebih arif di
dalam memahami Al-Quran.

5
RUJUKAN

Ahmad Najib, Bin. Abdullah .Al-Qari. (2009). Isu Israiliyyat dan Hadith Palsu . Kota Bharu, Kelantan:
Ahmad Najib Abdulllah.

Hasiah. (1 Januari-Jun, 2014). Mengupas Israiliat Dalam Tafsir Al-Quran. Kisah Israiliat, 89-106.

Hasnan , Bin Kassan. (2006). Israiliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-Kitab Tafsir. Kuala Lumpur:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ishak, Bin Sulaiman. (2014). Israiliyyat dalam Pengajian Tafsir Dan Sunnah. Usuluddin, 1-12.

Muhammad Hussin, Al.-Zahabi. (2011). Kisah Israiliyyat Dalam Tafsir Dan Hadith. Johor:
PERNIAGAAN JAHABERSA .

Mujahidin , Muhayan., Heni , Amalia., & Mukhlis , Yusof Arbi. (2014). Israiliyyat dan Hadits-Hadits
Palsu . Jawa Barat: Keira Publishing.

Rozali, Adam. (1985). Al-Quran Di Antara Tafsir Dan Israiliyat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

You might also like