You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Pada zaman yang serba canggih kini, penggunaan gajet digunakan secara
meluas di merata dunia tidak mengira peringkat umur dari kanak-kanak sehingga orang
dewasa. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan yang diperoleh daripada penggunaan
gajet tersebut kerana bergantung kepada cara penggunaan seseorang sama ada baik atau
buruk. Meskipun begitu penggunaan gajet yang terlalu lama boleh memberikan kesan
negatif kepada pelbagai aspek perkembangan seseorang dari segi fizikal, kognitif, bahasa
dan lain-lain kepada seseorang terutamanya kanak-kanak sehingga peringkat awal
remaja.Menurut kajian setiap orang daripada rakyat Malaysia menggunakan gajet sebanyak
12 jam sehari.Maka, dengan penggunaan gajet yang lama menyebabkan beberapa aspek
perkembangan kanak-kanak hingga awal remaja terganggu.

2.0 IMPAK DAN PENGARUH GAJET TERHADAP PERKEMBANGAN BERMULA


DARIPADA KANAK-KANAK HINGGA AWAL REMAJA

2.1 Peringkat awal kanak-kanak.

Mengikut teori perkembangan kanak-kanak daripada Arnold Gesell


pada peringkat kedua ini iaitu umur 1-2 tahun, kanak-kanak sudah pandai untuk berjalan
dan kemudian berlari [ CITATION Azi10 \l 17417 ].Meskipun begitu, jika pada peringkat ini
kanak-kanak sudah didedahkan dengan penggunaan gajet yang tidak
terkawal,perkembangan fizikalnya akan menjadi lambat untuk seorang kanak-kanak itu
berjalan dan kerana masa banyak dihabiskan untuk bermain gajet daripada belajar untuk
merangsang proses gerakan motor kasar seperti berjalan, berlari melompat. Menurut Siti
(2015) pada peringkat awal kanak-kanak sepatutnya sudah mulai mahir untuk
perkembangan motor halus seperti sudah boleh memegang objek,melukis dan menulis.
Penggunaan gajet yang tidak dikawal akan memberi kesan negatif kepada perkembangan
saraf motor kanak-kanak kerana aktiviti menyentuh skrin gajet menyebabkan pergerakan jari
kanak-kanak kurang berkembang dan menjadikan otot jari lemah mengikut daripada kajian
kesihatan terhadap kanak-kanak daripada Amerika Syarikat [ CITATION Nur18 \l 17417 ].
Penggunaan gajet menyebabkan perkembangan fizikal kanak-kanak kurang dirangsang
kerana gajet menjadikan kanak-kanak leka bermain sehingga mengabaikan proses yang
dapat mengembangkan otot-otot motor halus dan kasar seperti menaiki tangga, bermain

1
bola, menunggang basikal, mewarna, memegang krayon dan lain-lain Peringkat awal kanak-
kanak merupakan proses untuk seseorang itu untuk melatih dan mengasah ‘motor skills’ dan
‘sensory skills’ supaya dapat meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak serta dapat
otot yang kuat dapat dibina.

Pada peringkat awal kanak-kanak ini,perkembangan bahasa pada usia 2-6


tahun sudah mula berkembang[ CITATION Hal08 \l 17417 ].Kanak-kanak yang menghabiskan
masa bersama gajet akan menyebabkan kanak-kanak kurang berinteraksi dan
berkomunikasi dengan orang lain. Oleh sebab itu, kanak -kanak mengalami kekurangan
perbendaharaan kata dan masih tidak dapat membina ayat yang mudah kerana menurut
perspektif behavioris peneguhan adalah penting dalam perkembangan bahasa kanak-
kanak.Ini bermaksud ibu bapa perlu membantu perkembangan bahasa dengan memberi
peneguhan setiap kali kanak-kanak menyebut sesuatu perkataan. Disini dapat kita lihat
bahawa jika kanak-kanak menghabiskan masa dengan gajet sehingga tidak berkomunikasi
dan berinteraksi dengan orang lain, maka akan mengalami impak negatif terhadap
perkembangan bahasa pada peringkat awal kanak-kanak kerana masih tidak dapat
menguasai perbendaharaan kata seperti perkataan saya, awak serta tidak dapat membina
ayat yang mudah.

Selain itu juga, perkembangan kognitif kanak-kanak juga akan terganggu


kerana jika pada peringkat awal kanak-kanak lagi sudah didedahkan dengan gajet otaknya
tidak dapat berkembang dengan pesat [ CITATION Nur18 \l 17417 ]. Ini kerana, perkembangan
otak pada waktu ini ditentukan oleh jumlah rangsangan terhadap persekitaran mereka untuk
memahami sesuatu situasi.Jika kanak-kanak mengabaikannya maka perkembangan kognitif
otak tidak dapat berlaku.Kanak-kanak masih tidak dapat mengenal huruf ‘b’ dan ‘d’ kerana
mereka tidak diperkenalkan dengan skema tersebut.Maka proses asimilasi dan akomodasi
tidak berlaku. Maka seseorang kanak-kanak tidak dapat mencapai tahap keseimbangan
pada peringkat awal kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget[ CITATION Far15 \l 17417 ].

2.2 Peringkat Kanak-Kanak

Jika seorang kanak-kanak menggunakan gajet terlalu lama,


perkembangan fizikal kanak-kanak pada usia ini juga akan kurang berkembang.Ini kerana

2
jika sepatutnya pada usia 7-12 tahun ini, kanak-kanak adalah cenderung untuk bermain
dalam aktivit lasak seperti permainan bola di padang.Kanak-kanak pada usia 7-12 tahun ini
mungkin sudah boleh menendang bola sejauh 5 meter akan tetapi kanak-kanak yang tidak
diasah kemahiran motor halus nya tidak dapat menendang bola sejauh 5 meter ke pintu gol.
Selain itu juga, kanak-kanak yang hanya bermain gajet juga tidak dapat menambah baik
kemahiran psikomotor yang sedia ada pada seseorang kanak-kanak[ CITATION Far15 \l 17417
]. Misalnya kanak-kanak hanya tahu bermain bola di dalam gajet tetapi tidak mempunyai
kemahiran menendang,mengelecek serta kemahiran yang terdapat di dalam bola sepak.
Perkembangan otot halus, serta koordinasi mata dan tangan belum cukup berkembang
apabila kanak-kanak masih tidak dapat menulis dengan baik pada usia ini.

Selain daripada itu juga, perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak juga


akan terganggu. Ini kerana, menurut Izzatul (2017) pendedahan gajet boleh menyebabkan
kesan sampingan seperti pembelajaran terjejas.Perkembangan kognitif kanak-kanak pada
usia ini akan lambat berkembang kerana menurut teori piaget menjelaskan tiga cara kanak-
kanak mengetahui sesuatu dan salah satu caranya ialah interaksi sosial dengan
mempelajari sesuatu perkara daripada orang lain.Disini kita dapat lihat jika kanak-kanak
menghabiskan masanya dengan gajet, mereka tidak dapat berinteraksi dengan orang lain
supaya perkembangan kognitif dapat berkembang. Maka mengakibatkan pelajaran kanak-
kanak terganggu. Menurut [ CITATION Nur18 \l 17417 ] kanak-kanak yang didedahkan dengan
gajet akan mengalami masalah cepat hilang fokus dalam sesuatu pelajaran.Maka
menyebabkan pembelajaran anak dalam pelajaran menjadi merosot.

Pada waktu ini juga, kanak-kanak sepatutnya sudah mengalami


perkembangan dari segi bahasa secara meluas.Kanak-kanak pada peringkat ini sudah
boleh mahir dalam membina ayat yang lengkap.Jika pada peringkat ini kanak-kanak hanya
didedahkan dengan gajet kemungkinan besar seseorang anak itu akan mengalami masalah
dalam komunikasinya kerana kurang perbendaharaan kata. Ekoran daripada itu kanak-
kanak akan menjadi pasif dan kurang yakin untuk bercakap dengan orang lain kerana
perkembangan bahasanya tidak berkembang dengan sepenuhnya.Kanak-kanak gagal untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain[ CITATION Hal08 \l 17417 ].

3
2.3 Peringkat Awal Remaja

Seseorang remaja yang banyak menghabiskan masa dengan gajet


boleh sehingga mengabaikan aktiviti fizikalnya boleh menyebabkan
pertambahan saiz badan fizikal seorang remaja.Perkembangan fizikal pada
peringkat awal remaja ini sepatutnya perkembangan otot-otot nya telah
berkembang.Pada peringkat remaja ini, remaja sudah mengalami
pertumbuhan dan perkembangan fizikal. Namun impak daripada pengaruh
gajet, boleh menyebabkan seseorang remaja obesiti dan tidak dapat
melakukan aktiviti fizikal kerana mempunyai badan yang besar. Remaja yang
terlalu bermain dengan gajet menyebabkan otot-ototnya tidak dapat
berkembang[ CITATION Azi10 \l 17417 ].

Selain daripada itu juga, perkembangan dari segi kognitif juga akan
turut terganggu.Jika remaja menggunakan gajet untuk perkara yang tidak
baik, maka pemikirian dan remaja tersebut akan diserap.Menurut Izzatul
(2017) ini menyebabkan aspek perkembangan emosi remaja turut terganggu
iaitu sering untuk mencuba perkara baharu yang dilihat di dalam internet.
Perkara ini membuatkan remaja sering mengamuk dan menyebabkan
pemikiran seseorang remaja itu telah tercemar.

3.0 IMPLIKASINYA TERHADAP PIHAK-PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB

3.1 Peranan ibu bapa

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi membendung


masalah ini daripada berlaku.Ibu bapa boleh menukarkan penggunaan gajet
kepada permainan yang dapat merangsang perkembangan fizikal dan kognitif
anak-anak. Sebagai contoh untuk kanak-kanak yang masih kecil diberikan
dengan permainan ‘lego’,’puzzle’ iaitu permainan yang dapat megembangkan
perkembangan kognitif kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Selain itu
ibu bapa hendaklah mengehadkan permainan gajet kepada anak-anak

4
seperti menyediakan jadual waktu kepada anak-anak untuk bermain gajet
pada hujung minggu dan tidak melebihi 2 hingga 3 jam serta mengawal
aktiviti anak pada setiap masa supaya anak-anak terutamanya remaja tidak
dapat mengakses laman sesawang yang negatif dan bersifat lucah
sebaliknya memberikan gajet kepada anak dengan kelengkapan
pembelajaran. Ibu bapa hendaklah memantau anak-anak dalam penggunaan
gajet serta banyak meluangkan masa dengan anak-anak seperti berinteraksi
bersama supaya perkembangan bahasa dapat ditingkatkan dalam diri anak-
anak yang masih kecil.

3.2 Peranan Guru

Selain daripada itu, guru merupakan pihak yang berperanan untuk


mengatasi masalah penggunaan gajet seperti ini di sekolah.Guru boleh
menyediakan aktiviti yang dapat menarik perhatian kanak-kanak dan remaja
dalam pembelajaran mereka supaya mereka dapat merasakan bukan gajet
sahaja yang boleh menjadi hiburan akan tetapi akitviti yang disediakan oleh
guru yang bersifat pembelajaran juga adalah satu aktiviti yang menarik.Selain
itu juga,guru boleh menggunakan gajet kepada kanak-kanak dan remaja
dalam aktiviti pembelajaran dengan cara yang betul seperti memberikan
soalan kuiz serta permainan yang dapat menguji minda pelajar.Pembelajaran
yang digunakan di dalam kelas perlulah melibatkan aktiviti perkembangan
fizikal, kognitif dan bahasa pelajar. Guru-guru juga boleh memberikan
penerapan dalam diri pelajar tentang kebaikan gajet kepada kehidupan
manusia jika kita menggunakannya dengan bijak dan tahu untuk
membahagikan masa.

3.3 Peranan kerajaan

Selain itu,pihak kerajaan boleh mengadakan Kempen Kesedaran


untuk ibu bapa dan guru supaya dapat mengehadkan penggunaan gajet
kepada anak-anak dan pelajar.Selain itu pihak kerajaan boleh mengadakan
satu aktiviti seperti perkemahan yang dapat merangsang perkembangan

5
seseorang individu dan tidak hanya terpengaruh dengan gejala gajet.Pihak
kerajaan juga boleh memperkenalkan peraturan supaya terdapat tempat-
tempat yang diharamkan bermain gajet seperti ketika menaiki pengangkutan
awam.

4.0 RUMUSAN

Gajet sememangnya memberikan impak yang positif kepada peringkat awal kanak-
kanak hingga awal remaja jika digunakan dengan bijak, akan tetapi jika penggunaannya
tidak dikawal maka ianya memberikan kesan sebaliknya.Oleh itu pelbagai pihak perlulah
berganding bahu dan berperanan untuk mengatasi masalah ini.Penggunaan yang terlalu
lama boleh menyebabkan impak yang negatif terhadap perkembangan manusia dari
peringkat awal kanak-kanak hingga dewasa. Maka, sebagai pengguna, kita hendaklah bijak
dalam menggunakan gajet supaya impak negatif gajet dapat kita elakkan.

6
RUJUKAN

Azizi, Y., & Zainuddin, A. (2010). Psikologi Pendidikan. Teori-Teori Perkembangan, 12-30.

Faridah , N., Norhiza , S., & Zairinah , M. (2015). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Sasbadi SDN
BHD.

Fatimah , I. (2015). Perkembangan Konitif. Teori Jean Piaget, 27-38.

Haliza, H., & Joy, N. (2008). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Izzatul Wafa , M. (30 Mac, 2017). Kesan Buruk beri anak gajet. Retrieved from UTUSAN ONLINE:
utusan.com.my/rencana/forum/kesan-buruk-beri-anak-gajet-1.463517

Nurhidayu, R., Naquiah , N., Sahrunizam, S., Dharisigah, A., & Abdul Hafiz, A. (2018). Impak Negatif
Teknologi Moden Dalam Kehidupan Dan Perkembangan Kanak-Kanak Hingga Usia Remaja.
International Journal of Islamic (pp. 87-99). Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Siti , A. (28 Mei, 2015). Kanak-Kanak lambat Berjalan : Ibu Bapa Perlu Rujuk Doktor. Retrieved from
Utusan Online: m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/kanak-kanak-lambat-berjalan-
1.96739

You might also like