You are on page 1of 36

ULUMUL QURAN:

Oleh: Ustaz Idris Bin Hj Ahmad Pentauliahan Guru Pengajian Quran (QTRS) Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

Penyusunan Al-Quran:
Ayat:

Cara Mengetahui Ayat Jumlah Ayat Tertib Ayat Faedah Mengetahui Ayat Surah Tertib Surah Faedah Pembahagian Surah.

Pengertian Ayat:
Dari sudut bahasa:

1. 2. 3. 4.

Tanda atau alamat Bukti atau dalil Keterangan Mukjizat

Pengertian Ayat:
Dari sudut istilah:

Sejumlah kalam Allah yang terdapat di dalam sesebuah surah daripada Al-Quran.

Cara Mengetahui Ayat:


Dua pendapat:

1. Pendapat jumhur ulama: Tidak boleh dengan kajian atau penelitian. Tidak boleh melalui ijtihad atau qiyas. Ia adalah tauqifi (ketetapan Rasulullah saw) Atau taufiqi (petunjuk Rasulullah saw)

Hujah Jumhur:
dikira satu ayat.

Tetapi

tidak dikira satu ayat.

Berdasarkan hadith Nabi saw:

2 Pendapat sebahagian ulama:

Setengahnya tauqifi manakala setengah yang lain adalah berdasarkan ijtihad dan qiyas.
Jika Nabi saw selalu waqaf pada ayat tertentu, maka ia adalah akhir ayat.

Jika Nabi saw selalu wasal, maka pastilah ia bukan akhir ayat.

Jumlah Ayat:

6217 6214 6210 6220 6205 6235 6226

ayat ayat ayat ayat ayat ayat ayat

ulama ulama ulama ulama ulama ulama ulama

Madinah (Nafi) Madinah (Syaibah) Madinah (Abu Jafar) Mekah (Ibn Kathir) Basrah (Asim) Kufah (Hamzah) Syams (Yahya al-Harith)

Tertib Ayat:
Tertib ayat dan urutan ayat adalah taufiqi daripada Rasulullah saw.

Ini berdasarkan hadith riwayat Ahmad daripada Uthman Ibn Abul As:

Faedah Mengetahui Ayat:

Menambah keyakinan bahawa AlQuran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw.
Merupakan peranan besar dalam hukum Fiqh.

Surah:
Pengertian:

Sejumlah ataupun sekumpulan ayatayat al-Quran yang terbentuk dengan mempunyai permulaan dan akhiran. Jumlah surah al-Quran ialah 114. Terpanjang ialah surah al-Baqarah. Terpendek ialah surah al-Kauthar.

Tertib Surah:
Terdapat 3 pendapat ulama:

1) Ia adalah tauqifi dan taufiqi.

2) Berpandukan ijtihad para sahabat.


3) Sebahagian tauqifi dan sebahagian ijtihad para sahabat.

Pendapat pertama:

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Masud yang mengatakan tentang surah Bani Israil, al-Kahfi, Maryam, Taha dan al-Anbiya. Surah-surah ini diturunkan di Mekah dan yang mulamula aku pelakari. Kemudian dia menyebut urutan surah tersebut sebagaimana tertibnya sekarang ini.

Daripada Ibn Wahab dari Sulaiman bin Bilal dia berkata, Aku mendenagr Rabiah ditanya orang mengapa surah Al-Baqarah dan ali Imran didahulukan, padahal sebelum kedua surah itu telah diturunkan lapan puluh surah Makkah, sedang keduanya diturunkan di Madinah?

Rabiah menjawab, Kedua surah itu memang didahulukan dan Al-Quran dikumpulkan menurut pengetahuan dari orang yang mengumpulnya. Ini adalah sesuatu yang mesti terjadi dan tidak perlu dipersoalkan.

Pendapat kedua:

Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelum datang Mashaf Uthman. Mashaf Ali ibn Abi Talib dimulai dengan tertib nuzul: surah al-Alaq al-Muddathiral-Muzammil al-Masad al-Takwir dan seterusnya. Mashaf Ibn Masud bermula dengan alBaqarah al-Nisa Ali Imran. Mashaf Ubay ibn Kaab bermula dengan alFatihah al-Baqarah al-Nisaa Ali Imran.

Pendapat ketiga:

Berdasarkan hadith daripada Huzaifah althaqafi katanya: Rasulullah saw berkata kepada kami Telah datang kepadaku waktu untuk membaca hizb daripada al-Quran maka aku tidak mahu keluar sebelum selesai membacanya. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah saw: Bagaimanakan kamu membahagikan Al-Quran? Mereka menjawab: Kami bahagikan menjadi tida surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelah surah, tiga belah surah dan bahagian al-Mufassal sampai kami khatam.

Faedah Pembahagian Surah:

Memudahkan umat Islam menghafal dan mempelajari al-Quran.


Sesuai dengan maudhu (topik) yang dibincangkan. Membuktikan ia datang daripada Allah.

Bahagian surah-surah:

Bahagian surah-surah:

1) al-Tiwal : al-Baqarah, ali Imran, al-Nisaa, al-Maidah, al-Anam, alAraf, al-Anfal dan al-Taubah.

2) Al-Miuun: surah-surah yang ayatnya lebih dari seratus atau sekitarnya.


3) Al-Masani: kurang dari al-Miuun. 4) Al-Mufassal : dimulai dari surah Qaf hingga al-Naba.

Ayat Makki & Madani:


Pengertian Makki & Madani.

Ciri-Ciri Pengenalan Ayat Makki & Madani.


Ciri-ciri Khusus Ayat Makki. Ciri-ciri Khusus Ayat Madani. Penyususan Ayat & Jumlah Surah Al-Quran. Faedah Mempelajari Makki & Madani

Pengertian Makki & Madani:


Terdapat 3 pendapat ulama:

1) Dari sudut masa. 2) Dari sudut tempat. 3) Dari sudut sasaran.

Pendapat pertama:

Surah dan ayat yang diturunkan sebelum hijrah dinamakan ayat Makki, manakala surah serta ayat yang diturunkan selepas hijrah dinamakan ayat Madani.

Pendapat Kedua:

Surah dan ayat yang diturunkan di Mekah dinamakan ayat Makki, manakala surah serta ayat yang diturunkan di Madinah dinamakan ayat Madani.

Pendapat Ketiga:

Surah dan ayat yang diturunkan dengan khitab (orang sasaran) kepada penduduk Mekah dinamakan ayat Makki, manakala surah serta ayat yang diturunkan dengan khitab kepada penduduk Madinah dinamakan ayat Madani.

Cara Mengenali Ayat Makki & Madani:


Dua cara : 1) Simai naqli (menerusi riwayat).

2) Qiyasi ijtihadi (menerusi ijtihad).

Ciri Pengenalan Ayat Makki:


Ciri-ciri Khusus Ayat Makki:

1) Ciri khusus bersifat Qatie 2) Ciri khusus bersifat Aghlabi

Ciri khusus bersifat Qatie:


1) Setiap surah yang terdapat ayat sahdah.


2) Setiap surah yang mencertikan kisah para nabi serta umat terdahulu kecuali surah al-Baqarah. 3) Setiap surah yang terdapat lafaz Kalla.

4) Setiap surah yang dimulai huruf altahajji kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.

Ciri khusus bersifat Aghlabi:

Ayat yang menerangkan tentang aqidah, tauhid dan ibadah.


Ayat-ayat kauniyah. Membicarakan perbuatan buruk Arab Jahiliyyah.

Pembentukan akhlak.

Pendek, ringkas dan padat.

Banyak lafaz sumpah.


Perletakan dasar umum dalam perundangan. Kisah umat terdahulu. Kebanyakan surah al-Mufassal.

Ciri Pengenalan Ayat Madani:


Ciri-ciri Khusus Ayat Madani:

1) Ciri khusus bersifat Qatie. 2) Ciri khusus bersifat Aghlabi.

Ciri khusus bersifat Qatie:

Ayat yang mengizinkan berperang dan hukum jihad. Dialog dengan ahli Kitab.

Membongkar sifat orang munafiq kecuali surah al-ankabut.


Surah yang mengandungi hukum jenayah, hudud, faraid dan kenegaraan.

Ciri khusus bersifat Aghlabi:


Ayatnya panjang-panjang.

Menerangkan bukti keagamaan.


Menjelaskan soalah muamalat, kekeluargaan, sosial dan jihad. Ayat yang dimulai Ya ayyuhalllazina amanu.

Faedah Mempelajari Makki & Madani:

Dapat membezakan antara ayat nasikh dan mansukh.


Dapat mengetahui perkembangan perundangan Islam. Menghargai kegigihan ulama dalam mengkaji al-Quran. Menjadi syarat utama kepada ahli tafsir dalam mentafsir al-Quran.

You might also like