You are on page 1of 3

KESAHIHAN AMALAN KHATAM AL QURAN. Oleh; Al Haqir Wal Faqir , Abd. Raof bin Haji Nurin , Al Bahanji Al Aliy.

Pondok Jalan Padang Ragut, Negeri Sembilan. Malaysia. Assalammu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Memandangkan tiada sebarang jawapan yg agak terperinci berkenaan soalan berkenaan Amalan Khatam Quran dan dalilnya, adalah saya yg serba kekurangan ilmu dan faham ingin merujukkan kepada saudara pembaca kepada sebuah kitab karangan seorang ulamak yg tak asing lagi kemasyhuran namanya dalam Mazhab Syafie r,anhu.Mudah-mudahan beberapa titik air dari lautan Ilmu Ulamak ini , ianya dapat memenuhi dahaga semua kita Insyaallah taala.Dan mudah-mudahan menjadi pembantu untuk memahami kedudukan persoalan. Di m.s. 226 Kitab Fatawa al Kubro , karangan Syekh Ibnu Hajar al Haitamy .Cetak Mustafa Halaby , Mesir. Soalan : Ditanya Syekh ( Ibnu Hajar), mudah-mudahan memanafaatkan oleh Allah swt dengan Ilmu beliau dan memanjangkan nya kepada kami (manfaatnya) dengan huluran pertolongan Beliau. "Adakah diwaridkan sesuatu hadis Sahih pada disyariatkan TAKBIR ( ketika bacaan) Surah-surah mufassal yg pendek (yaitu surah-surah yg dinamakan Qushar al Mufoshol ) ?.Kalau kamu berkata "Ya" (diwaridkan oleh hadis sahih) , Maka adakah (pula) ianya khas pada hak ( melakukannya bagi mereka) yg tidak (berada dalam posisi ) sembahyang ?.Kalau kamu menjawab "Ya", Maka adakah telah dinaqalkan kesunnatan (menyebutnya ) pada hak orang yg (sedang) bersembahyang , (berkenaan dalilnya) daripada seseorang Imamimam (Ulamak?".( Jawab: Mudah-mudahan memanfaatkan oleh Allah swt dengan sebab beliau , mengembalikan (manfaatnya) atas kita dan atas sekelian Muslimin dari keberkatannya dengan jawapan beliau : " Hadis TAKBIR diwaridkan dari jalan-jalan (Turuq) yg banyak dari Ahmad bin Muhammad bin Abi Bazzah Al Bazziy (Beliau adalah salah seorang Qurra yg termaklum) ,berkata beliau " Saya telah mendengar ' Ikramah bin Sulaiman , beliau berkata " Saya telah membaca (quran) atas (lidah) Ismail bin Abdillah Qustantien , maka apabila sampai (pada surah) Waddhu ha beliau berkata kepada saya ('Ikramah ) : "Takbirlah ketika khatam tiaptiap surah sampai khatam (semuanya) , Beliau mengkhabarkan padanya ('Ikramah) bahawa (beliau menerima) bacaan (Quran) atas (lidah) Mujahid, maka Mujahid ( juga) menyuruhnya begitu, dan Mujahid mengkhabarkan kepadanya bahawa Ibnu Abbas r,anhuma meyuruhnya (Mujahid) begitu, dan mengkhabarkan Ibnu Abbas bahawasanya Ubbay bin Ka'ab menyuruhnya begitu, dan mengkhabarkan Ubayy bin Ka'ab bahawa Nabi saw menyuruhnya begitu ". Dan sesungguhnya telah mengeluarkan (hadis ini) oleh AlHakim Abu Abdillah dalam Sahihnya Al Mustadrak daripada Al Bazziy dan beliau berkata " Ini adalah Hadis yg Sahih Isnad padahal Al Bukhary dan Muslim tidak mentakhrijkannya (mengeluarkannya) " .Dan sesungguhnya telah mua'radhah ( melawani ) kesahihannya oleh pendahifan Abi Hatim Al Uqaily terhadap Al Bazziy . DiJawabkan: Bahawa pendhaifan ini (yang bersumber daripada Abi Hatim ) tidak diterima. Sesungguhnya telah meriwayatkan daripada Al Bazziy oleh Imam-imam yg thiqah. Dan telah memadailah keagungan Al Bazziy dan kepercayaannya (thiqah) dengan perkataan Imam kita AsSyafie r, anhu " Jikalau engkau tinggalkan Takbir , nescaya engkau tinggalkan Sunnah". Pada satu riwayat yg lain " Demi Allah ya Abal Hasan , Jika engkau tinggalkan takbir sesungguhnya engkau tinggalkan satu sunnah dari sunnah-sunnah Nabi engkau ". Berkata Al Hafiz Al 'Imadduddin bin Kasir " Dan ini (yg diriwayatkan) dari Imam AsSyafie menghendaki maksudnya bahawa beliau mensahihkan hadis ini ".

Sebahagian dari (perkara) muqtadho yg (memaksudkan) keSahihannya juga, bahawa Ahmad bin Hanbal meriwayatkannya dari Abi Bakar Al 'ayun daripada Al Bazziy . Pada hal Ahmad menjauhi hadis mungkar maka jikalau ia (hadis ini ) adalah mungkar nescaya beliau tidak akan meriwayatkannya. Padahal telah sahlah ia ( yakni hadis ini) disisi Ahli Makkah , Fuqaha mereka dan Ulamak mereka telah meriwayatkannya dari mereka. Dan kesahihannya melimpahi dan berhamburan serata pelusuk sehingga sampai had tawatur (mutawatir). Dan telah sah juga dari Riwayat Abi Amrin dari riwayat Suusi .Dan diriwayatkan juga dari seluruh para Qurra , Dan JADILAH IA AMALAN DISISI AHLI-AHLI NEGERI PADA SELURUH MASA . Tammat. Ulasan penulis : Dari bahasan Syekh Ibnu Hajar tersebut menunjjukkan kesahihan amalan khatam Quran. Walaupun soalan asalnya ditujukan kepada pesoalan takbir yg dibaca dicelah antara surah-surah khatam , tetapi hadis yg membicarakan khatam tersebut adalah sahih.Maka menunjjukan seluruh perkara yg terdapat didalam hadis tersebut adalah sah . Samaada takbirnya, surahnya , talaqqi bacaannya , cara penerimaan sesuatu ilmunya, juziynya ,kulliynya dan sebagainya. Musykil dan Jawabnya: 1) Kemusykilan : Adakah dalil dibaca khatam Quran diluar sembahyang?. Jawab: Hadis tersebut menyatakan talaqqiyy (penerimaan) bacaan Quran dari seseorang guru, yg sememangnya nyata sudah tentu tidak ternafi berlakunya diluar sembahyang. 2) Kemusykilan : Bagaimana dengan permulaan surah khatam dan akhirnya?. Jawab: Ibnu Hajar berkata " Yang rajih, daripadanya (yaitu yg nyata dalilnya daripada semua qaul) yaitulah zohir segala nas , bermula dari Ad Duhha hingga akhir surah An Nas".

3) Kemusykilan: Bagaimana pula khatam dalam sembahyang?. Jawab: Berkata Ibnu Hajar Al Haitami : Sesungguhnya telah menaqalkan oleh Abu Hasan As Sakhawi dengan sanadnya dari Abi Yazid Al Quraysi beliau berkata " Aku bersembahyang (jadi Imam) dengan orang ramai di Masjid Haram, Terawikh dibulan Ramdhan, Maka sampai malam jumaat aku takbir bermula dari khatam Ad Duha hingga Akhir Quran, dalam sembahyang bila aku selesai salam aku berpaling , tiba-tiba Abi Abdillah Muhammad bin Idris As Syafie r,anhu berkata "Sebaik-baik engkau telah betul engkau dengan Sunnah". Al Hafiz Abu Amrin AdDaani juga meriwayatkan (kaifiat tersebut) dari Ibnu Juraij dari Mujahid. 4) Kemusykilan : Bagaimana dengan dibaca tahlil bersama takbir pula ketika khatam?. Jawab: Berkata Ibn Hajar Al Haitami :Berkata Ad Daani : Dua wajah (bacaan khatam) yakni tahlil dan takbir (baca berasingan) dari Al Bazzy dan Qunbul adalah sahih kedua-dua (riwayat tersebut( masyhur diamalkan lagi baik kedua-dua (riwayat)nya". 5) Kemusykilan: Bagaimana pula dengan doa selepas khatam?.Sebagaimana yg tercatit diAkhir quran?. Jawab: Doa, adalah doa.Tiada langsung masalahnya.Asalkan sahih maknanya.Kalau diperincikan ayat doa yg tercatit diakhir Mushaf Usmani pada hari ini semuanya berasal kalau tidak dari quran maka adalah dari hadis sahih.Bahkan saya ada sebuah kitab yg bertajuk Doa Khatam Quran karangan Ibnu Taimiyyah. Jadi kalau diselidiki pun entah dimanalah agaknya Ibnu Taimiyyah yg mengaku sentiasa nak mengikut Quran Hadis mengambil Doa tersebut?. 6) Kemusykilan: Mengapa orang hari ini mengadakan upacara khatam beramai-ramai?. Jawab: Kena tanya mereka kenapa buat begitu.

Pada asasnya khatam quran memang ada asalnya.Setelah sampai ke Surah Wad Dhu ha , begitulah seterusnya amalan yang dinamakan khatam.Mengkhatamkan Quran berjemaah pun memang ada dasarnya samaada berdalilkan Perbuatan Sahabat kalau menurut Mazhab Imam Ahmad, atau pun Sunat pada sisi Mazhab Syafie sebagaimana tersebut dalam Umdatul Qori, Syarah Hadis Bukhari telah dibahaskan disana. 7) Kalau orang berkata mengapa tiba-tiba sahaja buat majlis khatam ,pada hal tak dibaca dari awal quran?. Jawab: Adake orang buat begitu?. Tiba-tiba saja buat khatam quran .Dengan tak dibaca dari awal. Mungkin orang yg baca dari awal ada. Cuma yg lain hanya tumpang berkat. Langsung dibuat majlis. Apa salahnya.Kalau tak boleh tunjuklah dalilnya. LAGI PULA APA YG DIBUAT DAN DIBACA OLEH ORANG BERKHATAM QURAN ADALAH SAH MENURUT DALIL-DALIL SYARAsamada yang am atau yang khas, Wallahu alam. Sekian .Sekadar menambah maklumat berfaedah.. Wassalam.

You might also like