You are on page 1of 10

PENULISAN ANALISIA AYAT

PROGRAM: FUNDAMENTAL OF ISLAM (CTU101)

NAMA AHLI 1: NUR NUHA NAZIHAH BINTI MOHD NADZREE

(DBM202025636/2021531825)

NAMA AHLI 2: NURUL LYANA BINTI MOHD ESAM

(DBM202025659/2021524983)

NAMA AHLI 3: MUHAMMAD FAIQ NAFIZ LOW BIN FADZRIQUE FIRDAUS LOW

(DBM202025660/2021781001)

PENSYARAH: MISS FATIN AQILAH JAMALUDIN

SURAH PILIHAN: SURAH AL-KAHFI AYAT (1-10)


JADUAL KANDUNGAN

BIL. PERKARA PENERANGAN MUKA SURAT


1. PENDAHULUAN • Keseluruhan latarbelakang surah 3-9
• Latarbelakang Ayat Yang dipilih
• Kaitan Dengan Surah/Ayat
Sebelum dan Selepasnya
• Keistimewaan/fadhilat surat atau
ayat
2. ASBABUL NUZUL AYAT • Sebab turun ayat/surah 9-10

3. MAKSUD AYAT • Maksud ayat berdasarkan Tafsir


Pimpinan Al Rahman
4. TERJEMAHAN AYAT • Tafsir ayat berdasarkan
pandangan/pendapat ahli Tafsir
berkaitan dengan ayat/surah
5. KAITAN AYAT DENGAN • Isu-isu berkaitan dengan masa kini
REALITI MASA KINI • Ibrah dari ayat memandu isu
tersebut sebagai panduan hidup
6. PENGAJARAN AYAT • Ibrah/pengajaran yang boleh
didapati menerusi ayat/surah

7. KESIMPULAN • Keseluruhan hasil perbincangan

8. BIBLIOGRAFI • Bahan rujukan yang digunakan


samada dari buku atau internet
1.PENDAHULUAN

❖ KESELURUHAN LATAR BELAKANG SURAH

Surah yang dilpilih adalah surah Al Kahfi. Surah Al-Kahfi adalah surat ke-18 dalam kitab
suci al-Quran. Terdapat 110 ayat dalam surah Al-Kahfi dan ia juga termasuk dalam golongan
surah Makkiyyah. Surah yang dinamakan Al-Kahfi ini mempunyai maksud dalam bahasa
Arab iaitu Gua dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud kepada Penghuni-Penghuni Gua.
Disamping itu, nama surah ini berkait rapat dan diambil daripada cerita yang terdapat dalam
surah Al-Kahfi ini sendiri pada ayat (9-26) yang menceritakan mengenai beberapa orang
pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut,
terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat
relevan dengan kehendak zaman.

Malah, ia juga amatlah berguna bagi nawaitu diri. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah
SAW yang menyatakan kepentingan dan keutamaan membaca surat Al-Kahfi ini. Jika
ditelusuri, surah ini bukan sahaja menceritakan tentang realiti kehidupan yang sebenar
malahan membuktikan bahawa setiap ayat yang tercatat di dalam al-Quran bukanlah suatu
kebetulan sebaliknya menjelaskan kebenaran. Tambahan pula, Nur dari Gua menerangkan
mengenai intipati dalam surah al-Kahfi ini yang menceritakan tentang fitnah atau ujian yang
besar di sebalik empat buah kisah utama. Kisah utama yang telah diceritakan dalam surah ini
ialah kisah penghuni gua, si pemilik kebun, Nabi Musa a.s. dan Al-Khidir serta kisah Nabi
Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj.

Sepertimana yang telah disebutkan, dalam ayat (9-26) dalam surah al-Kahfi ini
menceritakan perihal Ashabul Kahfi iaitu "Penghuni Gua". Sekumpulan pemuda (Ashabul
Kahfi) keimanannya telah diuji sehingga berlindung di dalam gua. Kisah ini telah mengajar
kita agar bersahabat dengan orang soleh atau orang baik-baik dan saling membimbing antara
satu sama lain dalam memelihara akidah serta iman terhadap Allah.

Kisah kedua pula ialah tentang si pemilik kebun. Ia mengisahkan tentang dua pemilik
kebun yang ditimpa ujian dan fitnah harta benda. Ujian yang ditimpa mereka telah
menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia akan musnah juga pada suatu hari yang
dirahsiakan oleh Allah SWT, akan tetapi hari akhirat adalah hari yang kekal abadi buat
selamanya.
Kisah ketiga ialah tentang Nabi Musa a.s. dan Al-Khidir yang diceritakan dalam surah ini
dalam ayat (60-82). Ia mengisahkan tentang Nabi Musa a.s. yang diperintahkan oleh Allah
SWT untuk menuntut ilmu dengan Al-Khidir. Kerana pada masa itu, Nabi Musa a.s.
merasakan bahawa Al-Khidir adalah orang yang cerdik pandai dan mempunyai banyak ilmu.
Kisah ini juga berkaitan mengenai ujian serta fitnah ilmu. Ia mengingatkan kita agar sentiasa
mengamalkan sikap tawaduk dan rendah diri walaupun dikurniakan ilmu yang tinggi.

Kisah yang terakhir ialah Kisah Raja Zulqarnain dengan Yakjuj dan Makjuj. Kisah seorang
raja yang memerintah Timur dan Barat dengan sangat adil. Akan tetapi, penduduk yang
tinggal berdekatan dengan kaum Yakjuj dan Makjuj sering mengadu yang mereka hidup
dalam keadaan yang tidak tenteram dan sering diganggu oleh kaum itu. Maka penduduk di
situ telah pun menyeru dan memohon kepada Raja Zulqarnain agar membina satu benteng
untuk menghalang mereka daripada diganggu oleh kaum Yakjuj dan Makjuj. Malah,
penduduk tersebut sanggup membayar berapa sahaja upah supaya mereka boleh hidup
dengan aman tanpa sebarang gangguan dari kaum Yakjuj dan Makjuj. Namun, Raja
Zulqarnain menolak upah mereka yang telah dihulurkan dan lalu mengatakan bahawa apa
yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya jauh lebih besar dari upah mereka. Maka telah
terang lagi bersuluh kisah ini membongkarkan tentang cabaran umat akhir zaman adalah
pemerintahan yang amat zalim. Jika kita perhatikan di merata dunia, telah banyak
pembunuhan terhadap manusia dengan kejam tanpa sebarang belas kasihan. Tambahan pula,
mereka membunuh manusia tidak mengira kanak-kanak, tua dan muda. Pada abad ini, sudah
terbukti bahawa perbuatan-perbuatan zalim tersebut telah pun di merata dunia. Contohnya di
sekitar Palestin, Syria, Iraq, Burma dan lain-lain
❖ LATAR BELAKANG AYAT YANG DIPILIH

Menariknya, kesemua kisah yang telah dinyatakan itu merupakan fitnah serta ujian yang
dihadapi manusia sepanjang zaman. Oleh kerana itu, semua umat islam dituntut
mengamalkan bacaan surah Al-Kahfi ayat yang telah ditunjukkan di atas ayat (1-10)
seeloknya pada hari Jumaat.
Surah Al-Kahfi ayat (1-10) ini mempunyai mukjizat yang bagus buat umat islam tambahan
pula bagi kita sebagai umat akhir zaman ini. Sepertimana dijelaskan, sepuluh ayat terawal
surah Al-Kahfi ini mampu menyelematkan umat manusia dari terkena fitnah ad-Dajjal iaitu
fitnah terbesar. Pada hari datangnya Dajjal, dia mampu mengutip ramai pengikut kerana pada
waktu yang sangat sukar seperti cuaca panas yang kering kontang akan menyebabkan kita
kehausan dan kelaparan. Maka, pada waktu itu dengan megahnya ad-Dajjal dating dengan
membawa segunung roti dan mempelawa umat manusia makan. Selain itu, dia juga
membawa pengikutnya ke suatu tempat yang mempunyai dua sungai. Satu sungai itu
kelihatan sungguh sedap manakala lagi satu sungai itu di atasnya dipenuhi dengan api dan
panas. Jika umat manusia mengambil roti dan meminum air sungai yang dingin itu maka,
mereka telah tergolong dalam fitnah terbesar ad-Dajjal.

❖ KAITAN DENGAN SURAH/AYAT SEBELUM DAN SELEPASNYA

Kami telah melakukan analisis mengenai ayat al-Quran yang berkaitan dengan akidah. Ayat
yang telah kami analisis adalah daripada potongan ayat dari surah Al-Kahfi iaitu sepuluh ayat
terawal (1-10). Potongan ayat tersebut menjelaskan tentang iktibar dalam menghadapi ujian
dan fitnah akhir zaman.

• Terdapat hadith dalam Sahih Muslim yang menyatakan bahawa baginda Nabi
Muhammad S.A.W bersabda (tentang Ad-Dajjal):
• Permulaan surah Al-Kahfi

Daripada Abi Darda' daripada Nabi , baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh
ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal."
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi
daripada Qatadah)

• Pengakhiran surah Al-Kahfi

Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada
surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.
– Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i
Dalam surah Al-Kahfi ini, terdapat dua bahagian ayat yang istimewa iaitu sepuluh ayat
terawal dan sepuluh ayat terakhir. Dua bahagian ayat ini mempunyai kaitan kelebihan yang
sama iaitu boleh terhindar dan terpelihara dari fitnah ad-Dajjal. Sedang kita pelajari, bab 5
akidah islam. Surah Al-Kahfi ini sangat berkaitrapat dengan tajuk tersebut. Antara
subtopiknya ialah alamat hari kiamat dan ramalan hari kiamat. Telah dinyatakan bahawa hari
kiamat itu pasti akan berlaku pada tarikh dan hari yang dirahsiakan oleh Allah SWT. Hari
kiamat adalah suatu hari berlakunya penghancuran yang terbesar di alam semesti ini. Selain
itu, telah dibincangkan tentang tanda-tanda kecil dan besar kiamat. Munculnya ad-Dajjal
adalah salah satu tanda kiamat besar sebelum tibanya hari kejadian dasyat iaitu hari kiamat.

Telah juga diterangkan hadis sahih bahawa dengan mengamalkan dan menghafaz surah Al-
Kahfi daripada 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir dapat memelihara iman kita daripada
menjadi pengikutnya dan tergolong dalam fitnah Ad-Dajjal.

❖ KEISTIMEWAAN/FADHILAT SURAT ATAU AYAT

Pada zaman ini, dalam tidak sedar kita semua sebenarnya telah berada dalam kelompok
manusia akhir zaman yang bakal melalui segala ujian yang sukar dan cabaran hidup yang
amat berat termasuklah diuji dalam bentuk fitnah. Untuk peringatan semua, fitnah Dajjal
adalah fitnah yang terbesar buat umat manusia. Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sejak
dijadikan Nabi Adam sehinggalah berlakunya kiamat, tidak ada satu fitnah pun yang lebih
besar daripada fitnah Dajjal.” Ketika sedang menghadapi ujian yang berat atau mencabar,
Nabi Muhammad SAW menyarankan dan menekankan kita agar sentiasa membaca dan
menghafaz surah al-Kahfi.

I. DIPANCARKAN CAHAYA UNTUKNYA ANATARA DUA JUMAAT


• Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya
untuknya di antara dua Jumaat.”

(HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-
Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)

• Dalam sebuah lagi hadis, dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:

َ َ‫سو َرة َ الكَهف لَيلَةَ ال ُجم َعة أ‬


‫ضا َء لَهُ منَ النُّور في َما َبينَهُ َو َبينَ ال َبيت ال َعتيق‬ ُ َ ‫َمن َقَ َرأ‬
Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan
cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.

(Sunan Ad-Darimi: 3273)

II. TERSELAMAT DARI FITNAH AD-DAJJAL

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA,
bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ورة الكَهف عُص َم منَ الدَّجَّال‬


َ ‫س‬ُ ‫عش َر آ َيات من أ َ َّول‬ َ ‫َمن َحف‬
َ ‫ظ‬

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat
daripada fitnah Dajjal.

(Hadith riwayat Muslim: 1342)

III. BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI UJIAN DAN FITNAH


AKHIR ZAMAN
• 4 kisah utama yang telah diceritakan itu telah disebutkan melalui surah Al-Kahfi ini
sebagai iktibar dan mengambil pengajaran setiap apa ujian yang menimpa kita.
IV. TURUNNYA KETENAGAN DAN RAHMAT YANG DISERTAI DENGAN PARA
MALAIKAT
• Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya,

“Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan
dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi
kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi
berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”

• Baginda pun bersabda,

“Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang
disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

V. MENGISAHKAN REALITI KEHIDUPAN SEBENAR


• Menurut petikan buku Tafsir dan Tadabbur Surah Al-Kahfi tulisan Datuk Dr Haji
Zahazan Mohamed, surah ini bukan sahaja menceritakan realiti kehidupan sebenar,
malah telah membuktikan bahawa setiap apa yang tercatat dalam al-Quran itu
bukanlah suatu kebetulan sebaliknya menjelaskan lagi setiap kebenaran. Jika diteliti,
surah ini mempunyai satu tema iaitu pertembungan antara iman dengan keduniaan.

2. SEBAB TURUNNYA AYAT/SURAH


❖ ASBABUL NUZUL AYAT

Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang
mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:

"Orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith
kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad
shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad
menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.

Para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi:" kami
datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan
keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "

Orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka (utusan Quraisy), berikanlah tiga
pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka
memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia
alah seorang yang mengada-adakan cerita, dan terserah kepada kamu bagaimana mahu
menghadapinya. Para rahib itu meneruskan ajarannya, "tanyakanlah kepadanya tentang,
Beberapa pemuda di zaman dahulu yang pergi berkelana, dan bagaimana pengakhiran kisah
mereka? Kedua, tanyakanlah kepadanya tentang seorang lelaki yang menempuh perjalanan
mengelilingi dunia dari timur sampai ke barat, bagaimana ceritanya? dan yang ketiga,
tanyakanlah kepadanya apakah itu roh?

Jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah
rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang
mengada-adakan cerita, dan terserah kepada kamu bagaimana mahu menghadapinya."apabila
utusan Qurais itu kembal dari pertemua mereka dengan para rahib yahudi itu, berkatalah
mereka kepada kaumnya:

" kami telah diajari oleh rahib-rahib yahudi itu untuk mengemukakan beberapa pertanyaan
kepada Muhammad. jika dia dapat memberikan keterangan, maka benarlah dia seorang nabi.
Maka, segera mereka bertanya kepada rasulullah tiga masalah yang diperoleh daripada rahib-
rahib yahudi itu. rasulullah tidak dapat menjawab soalan itu dalam waktu yang pantas.
baginda hanya bersabda kepada mereka: " Esok aku akan memberikan keterangan kepada
kalian tentang apa yang kalian tanyakan itu". Sejak itulah baginda menantikan kedatangan
Jibril membawa wahyu yang tidak kunjung tiba melainkan setelah 15 malam.Dalam masa
rasulullah dirundung sedih dan berkesal hati kerana orang Qurais mula mengejek-ejek dengan
kata-kata "Muhammad berjanji sehari untuk memberika keterangan tentang tiga perkara yang
ditanyakankepadanya, namun selepas 15 hari telah lewat kami belum mendengar sesuatu
darinya"

Menurut Ibn Ishaq, apabila Nabi Muhammad S.A.W ditanyakan tiga soalan daripada para
rabai tersebut, baginda berkata yang baginda akan menjawabnya pada keesokan pagi tetapi
tidak mengungkapkan "insya-Allah" (jika diizin Allah). Selama lima belas hari baginda
menunggu wahyu tetapi tidak kunjung tiba dan selama itu juga baginda tidak menjawab
soalan tersebut. Penduduk Makkah mula meragui kenabian baginda. Kemudian, selepas lima
belas hari berlalu, baginda menerima wahyu berupa Surah al-Kahfi sebagai jawapan kepada
persoalan rabai.

You might also like