You are on page 1of 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/317686163

LIBERALISME DALAM KITAB FATHUN NAWA OLEH AHMAD LAKSAMANA

Conference Paper · December 2016

CITATIONS READS

0 1,062

8 authors, including:

Suhailiza Md. Hamdani


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia
10 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Counseling and Spirituality View project

HALAL Ecosystem and Lifestyle View project

All content following this page was uploaded by Suhailiza Md. Hamdani on 20 June 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


LIBERALISME DALAM KITAB FATHUN NAWA OLEH AHMAD LAKSAMANA

Suhailiza Md. Hamdani1

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia,


Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

suhailiza@usim.edu.my

Buku bertajuk Al Fathun Nawa(vol 1) karya Ahmad Laksamana atau lebih dikenali dengan Dr Halo-N terbitan
CV Pustaka Al Fathun Nawa di Indonesia telah mula tersebar di kalangan umat Islam Malaysia sejak diterbitkan
pada tahun 2011.Rentetan daripada itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JAKIM telah mewartakan
Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku Al Fathun Nawa pada tahun 2014 kerana isi kandungannya yang
mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan serta mengelirukan umat Islam dan bertentangan dengan
aqidah ahli sunnah wal jamaah yang diamalkan di negara ini. Kandungan buku Al Fathun Nawa(vol 1) adalah
berbentuk pentafsiran ayat al –Quran yang mencakupi dua puluh lima ayat pertama surah al-Baqarah. Edisi
pertama buku ini mencecah hampir 1500 muka surat dan penulis bercita-cita mahu menyempurnakan pentafsiran
keseluruhan ayat al Quran. Oleh itu kajian ini akan meneliti kaedah yang digunakan oleh Ahmad Laksamana
dalam mentafsirkan ayat al-Quran di samping melihat kecenderungannya terhadap asas pemikiran Liberal dalam
kaedah pentafsiran yang digunapakai.

Kata kunci: takwil, Al Fathun Nawa, Ahmad Laksamana

1Suhailiza Md. Hamdani sedang menyiapkan thesis PhD di UIAM. Beliau sedang berkhidmat sebagai pensyarah di
Universiti Sains Islam Malaysia. Bidang Pengajian beliau adalah Aqidah dan Pemikiran Islam.
PENDAHULUAN

Ahmad Laksamana atau yang dikenali kini dengan gelaran Dr. Halo telah mencetuskan kontroversi baru melalui
penerbitan bukunya yang bertajuk “Al Fathun Nawa ( Jilid 1)”. Buku tersebut telah dicetak oleh CV. Pustaka Al
Fathu Nawa, Sumatera Barat Indonesia dan diterbitkan pada tahun 2011 serta mula tersebar di Malaysia
khususnya di Selangor sehingga kini.

Melalui karyanya “Al Fathun Nawa”,beliau telah memperlihatkan sisi lain pemikiran beliau iaitu cuba
mengadaptasikan pendekatan liberal dalam mentafsirkan ayat-ayat alQuran. Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri
(KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku bertajuk Al Fathun Nawa Jilid 1/2011 karya Dr
Halo-N kerana isi kandungan penerbitan itu mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan serta
mengelirukan umat Islam dan bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara
ini.Warta larangan itu berkuat kuasa 21 Mei 2015 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

``Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual,
mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud
seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,''2

AHMAD LAKSAMANA

Ahmad Laksamana Bin Omar Bin Osman dilahirkan di Kuala Nibong, Pasir Mas Kelantan pada 22 Julai
1954.Beliau dipelihara oleh bapa saudaranya Osman Bin Yakub sejak usia lapan belas bulan dan diberi
pendidikan oleh bapa saudaranya yang merupakan guru al-quran,Bahasa dan mantiq.Bapa saudaranya dikatakan
pernah menuntut ilmu dari tok Kenali sekitar tahun 1930. Suatu ketika dahulu iaitu sekitar tahun 70 an dan 80 an,
beliau telah mencetuskan kontroversi melalui penulisannya yang menjurus ke arah batinniyah dan wihdatul wujud
di dalam buku yang bertajuk” Hakikat Insan”. Lantaran itu, pada tahun 2001 Majlis Fatwa Negeri Melaka telah
membuat keputusan bahawa Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana didapati mengandungi ajaran-ajaran
yang bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian, orang Islam dilarang menyebar, mengajar, belajar dan
mengamalkan ajaran itu manakala orang islam yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajalli atau Ilmu
Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan ajaran itu dan memohon keampunan kepada
Allah s.w.t3.

AL FATHUN NAWA

Menurut Ahmad Laksamana ‘AL FATHUN NAWA’ adalah bermaksud Ledakan Nuklear, berseuaian dengan
peranan al Quran sebagai al furqan dan umm al kitab iaitu sumber kekuatan dalam meembentuk dan

2 http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140611/dn_51/KDN-warta-perintah-larangan-penerbitan-terhadap-
dua-buku#ixzz4IyFxQ4VA. < diakses pada 1 september 2016>
3 http://www.al-azim.com/jmm/index.php/en/perkhidmatan/fatwa-warta/aqidah/72-pengharaman-ilmu-tajalli-hakikat-insan-

ahmad-laksamana-bin-omar.< diakses pada 1 September 2016>


merencanakan manusia dalam seluruh aspek kehidupan4. Jilid Pertama buku al- Fathu Nawa telah diterbitkan pada
tahun 2011 mengandungi lebih kurang 1325 muka surat yang merangkumi perbincangan dari ayat pertama surah
al-Baqarah hingga ayat kedua puluh sembilan surah al-Baqorah. Manakala Jilid Kedua diterbitkan pada tahun
2015 mengandungi 1335 mukasurat yang merangkumi perbincangan ayat tiga puluh hingga tujuh puluh enam
surah al baqorah. Jilid ketiga pula diterbitkan juga pada tahun 2015 mengandungi 1337 mukasurat yang
mencakupi perbincangan ayat tujuh puluh tujuh hingga ayat seratus satu. Buku tersebut telah diterbitkan dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan selain dijual secara berleluasa kini boleh didapati dan dimuat turun secara
percuma melalui carian google.

Pada muqaddimah buku ini, beliau menjelaskan kaedah penafsiran al Quran yang digunapakai dalam buku ini
adalah tafsir bil Ma’thur iaitu tafsir ayat alquran dengan ayat al quran. Walaubagaimanapun beliau menolak al
hadith dan asbanunuzul secara total dalam buku ‘AL FATHUN NAWA’ kerana menyifatkan kaedah penafsiran
alquran dengan menggunakan hadith atau asbabunnuzul ada kelemahannya. Melalui buku ini, beliau mendakwa
telah berjaya memperkenalkan beberapa kaedah baru mentafsirkan ayat- alquran dengan ayat al-quran sehingga
mampu melahirkan beberapa teori yang berkaitan bidang biochemistry dan telah diakui kesahihannya oleh pakar
dalam bidang ‘natural products’. Hasil daripada kejayaannya menghasilkan teori tersebut, beliau telah mendapat
pengiktirafan antarabangsa iaitu ‘Gusi Peace Prize International Filiphina’ pada tahun 2010 dan mendapat gelaran
‘The First al Quranic Scientist Of The World’5. Antara Teori tersebut adalah The Nine Stars Halo-N , Teori
Nawiah 9x45(1) Nawiah 9x 45(2), Teori Halo-N 9.2 Homolength dan Teori Halo-N H.V.D.

Kajian mendapati terdapat beberapa perkara yang meragukan ketika penulis melakukan pentafsiran al quran
dengan ayat al-quran dan di antaranya adalah seperti berikut:

PERTAMA: MENOLAK HADITH

Pada muqaddimah buku ini, Ahmad Laksamana telah melontarkan pandangan negatif terhadap hadith. Di antara
kelemahan asbabunnuzul menurut beliau adalah metode tersebut hanya boleh digunakan pada ayat tertentu sahaja
dan tidak mampu menghuraikan hukum sesuatu amalan ibadat serta tidak mampu menghasilkan teori, formula
sains dan ekonomi yang boleh diuji kesahihannya. Manakala kelemahan metode hadith menurut Ahmad
laksamana adalah dari sudut kesahihan dan keteguhan hadith di mana beliau mempertikaikan kemampuan al
Bukhari, Muslim dan seumpamanya yang dikatakan usia hidup mereka tidak setimpal dengan logika kemampuan
tenaga mereka dalam mengumpul ribuan hadith6. Selain itu beliau turut melontarkan beberapa pandangan negatif
terhadap hadith, antara kenyataan beliau: “Perlakuan mengklasifikasikan barang pada konsep memilih dan
mengambil barang halal(hadis sahih) yang telah bercampur dengan barang haram(hadis palsu) seumpama nasi
yang telah bercampur dengan najis untuk dihidang dan dimakan di wajah”, “sebab itulah tidak pelik kata golongan
anti hadis, otak umat islam menjadi lemah…lantaran rohani mereka telah disumbat dengan makanan kerohanian

4 Ahmad Laksamana, Al Fathun Nawa, hal 2.


5
Ibid,hal. 10.
6 Ibid, hal.18
yang telah bercampur dengan kekotoran tetapi diterima sebagai sesuatu yang baik”,” hadis dipandang gagal men-
jalankan fungsinya sebagai penjelas Alquran”, “hadis gagal menyatukan pendapat dan pandangan berbagai ulama
dalam berbagai mazhab”7.

Ternyata Pandangan Ahmad Laksamana yang menolak hadith secara total dalam pentafsiran al Quran memiliki
persamaan dengan pegangan golongan liberal iaitu menganggap bahawa dasar ajaran islam hanyalah al-quran
kerana al Quran sudah lengkap dan sempurna serta tidak percaya/menolak seluruh hadith Nabi s.a.w8. Golongan
anti hadith adalah termasuk dalam kategori yang tidak mempercayai hadith Nabi s.a.w sebagai sumber hukum 9.

KEDUA: TIDAK MENEPATI KAEDAH TAFSIR BIL MA’THUR YANG MUKTABAR.

Dalam hal ini, ternyata Ahmad Laksamana mengabaikan satu sisi penting dalam pentafsiran ayat al-Quran iaitu
beliau tidak merujuk dan menggunapakai kaedah pentafsiran yang muktabar sebagaimana yang dilakukan oleh
para mufassirin terdahulu. Kajian mendapati bahawa Ahmad Laksamana menolak penghujahan menggunakan
hadis nabi dalam semua ayat yang ditafsirkan walaupun ayat tersebut tiada keterangannya yang jelas dalam ayat
lain, namun beliau cuba menghubungkaitkan ayat-ayat tersebut dengan ayat-ayat lain yang dirasakan mempunyai
kaitan berdasarkan pemahaman dan penilaian logik aqal. Selain itu, beliau tidak mengklasifikasikan ayat tersebut
kepada mutasyabihhat atau muhkam, tidak memetik pandangan para sahabat, tabi’ dan tabi’in serta para
mufassirin yang terdahulu darinya.

Ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan kaedah tafsir para mufassirin yang terdahulu. Jika diteliti kaedah
tafsir yang digunapakai oleh Imam Qurtubi rahimahullah di dalam kitabnya”al-Jami’ Li ahkam al-quran”,kita
akan mendapati bahawa beliau sangat mengambil perhatian dengan pelbagai kaedah pentafsiran seperti merujuk
kepada hadis, menyatakan asbab annuzul, qiraat, I’rab dan menyelitkan syair arab. Selain itu, beliau turut memetik
pandangan dan kata-kata dari para ulama’ ulama’ dan perawi hadith.10

Manakala Imam ibn kathir yang tidak disangkal lagi ketajamannya dalam ilmu tafsir, beliau mengetengahkan
tafsir math’sur iaitu tafsir ayat al-quran bi al-quran, adakalanya beliau menyatakan ayat-ayat mutasyabihhat,
qiraat,dan beliau akan merujuk kepada hadis nabi s.a.w jika tiada ayat yg dapat mentafsirkan sesuatu ayat. Beliau
juga turut menceritakan asbab an-nuzul dan kata-kata para tabi’ dan tabi’in. Beliau menerangkan dengan jelas
tentang manhajnya didalam kitab tafsir: “Sesungguhnya kaedah terbaik dalam mentafsirkan al quran adalah tafsir
ayat dengan ayat, tetapi jika tiada keterangan dari ayat lain maka perlulah merujuk kepada hadis kerana peranan
hadis adalah penerang kepada ayat alquran, Dan jika tiada didapati keterangan di dalam hadis, maka rujuklah

7 Ibid,hal 18-19
8 Lihat Ramli Abdul Wahid, Telaah terhadap paham dan Argumen Inkar Sunnah, Pusat Penelitian IAIN-SU, 2007. Soleh Bin
Muhammad bin umar al-Dumaiji, mauqif al libraliyyah fi albilad al arabiyyah min muhakkmat addin, (Riyadh:maktabah al
Malik Fahd,1422H), 170.
9 Ada tiga jenis kelompok anti hadith. Pertama: kelompok yang menolak hadith rasulullah s.a.w secara keseluruhan. Kedua:

Kelompok yang menolak hadith yang tidak disebutkandalam alquran secara tersurat ataupun tersuratatau yang bertentangan
dengan akal sihat manusia.Ketiga, kelompok yang hanya menerima hadith mutawatir dan menolak hadith ahad ataupun sahih.
Lihat ; Ishak Sulaiman, Liberalisme dalam antihadith di Indonesia dan Malaysia, kertas kerja dibentangkan dalam Seminar
Pemikiran Islam,2008,ILIM Bangi.
10 Muhammad Bin Ahmad Bin Abi Bakar al-Qurtubi,al-Jami’ Li Ahkam.(.Beirut:Muassasah al-Risalah,2006), .Jilid 1, hal. 6.
kepada pendapat sahabat kerana mereka golongan terawal dan lebih memahami al quran dengan ilmu yang benar
dan amal yang lebih solih,terutama khulafa’rasyidin…”.11

Kajian mendapati bahawa Ahmad Laksamana yang dikatakan membuat pentafsiran ayat al quran dengan ayat
quran tidak memetik pandangan dari mana-mana ahli tafsir,sedangkan hakikatnya setiap individu yang mahu
melakukan penafsiran kepada ayat al-quran perlu merujuk kepada ahli tafsir terdahulu yang pakar dalam bidang
tersebut. Inilah yang diamalkan oleh seluruh mufassirin, contohnya Ibn Jarir yang merupakan pelopor tafsir al-
quran bil math’sur di mana kata—kata beliau turut dinukilkan oleh Ibn Kathir dan lain-lain.Oleh itu seseorang
tidak mungkin boleh membuat tafsir al- quran bil math’sur tanpa merujuk kepada ilmu tafsir yang telah dipelopori
oleh ulama’terdahulu terutamanya tafsir ibn jarir. Bukan setakat dalam mentafsirkan al- quran bil math’sur perlu
berbuat demikian, malah bagi tafsir bil-rai’y juga lebih utama perlu berbuat demikian.12

Isu menentukan kaedah pentafsiran adalah perkara yang sangat penting samaada dalam tafsir bil ra’yi atau tafsir
bil math’sur. Oleh kerana itulah para mufasiirin yang terdahulu sangat berhati-hati dalam hal ini sebagaimana
yang ditegaskan oleh pengarang kitab al Mizan:” Jika kamu mahu mencari maksud sebenar di dalam semua jenis
ilmu hendaklah kamu menggunakzxan kaedah yang ditetapkan’. Jika diselusuri usaha ulama’ terdahulu dalam
memelihara kaedah pentafsiran ayat al-Quran, Ibnu Taimiyyah adalah yang terawal menulis karya yang bertajuk
“ Muqaddimah Fi Usul al-Tafsir”.

Islam menetapkan bahawa autoriti dalam ilmu pengetahuan adalah sangat penting. Terdapat banyak ayat-ayat al-
quran dan hadith yang menuntut agar umat islam menghormati ilmuwan dan berpegang pada disiplin ilmu.Setiap
disiplin ilmu ada autoriti masing-masing. Oleh yang demikian, seseorang yang ingin mendalami dan menguasai
ilmu perlu merujuk kepada autoriti dan pakar-pakarnya. Pengabaian yang ditunjukkan oleh Ahmad Laksamana
dalam merujuk ilmu tafsir daripada pakar yang muktabar adalah cenderung kepada pemikiran liberalisme yang
menolak autoriti agama.

Golongan islam liberal melihat bahawa outoriti agama hanya akan memberi kesan negatif iaitu religious
authoritarianism. Mereka mendakwa bahawa golongan ulama’ akan memonopoli kebenaran dan menghukum
pandangan selain daripada pandangan mereka sebagai tidak islami,sesat dan sebagainya.Kekeliruan ini adalah
satu salah faham. Apa yang nyata adalah wujudnya autoriti ilmu ini tidak mengisyaratkan wujudnya hierarki
dalam islam kerana islam sama sekali tidak meletakkan ulama’ sebagai pemegang kuasa menggantikan Tuhan
sepertimana yang yang berlaku dalam tradisi Nasrani dan pemerintahan gereja di zaman Kegelapan. (Dark Age).13

Dalam Islam, kebenaran ijtihad ulama’ tidak mutlak. Konsep yang sangat penting dalam tradisi ilmu islam adalah
konsep qawl al al jumhur dan ijma’. Oleh itu, pandangan ulama’ tidak semestinya benar,dan hanya boleh diterima
sekiranya terbukti sesuai dengan kehendak shariah dan dipersetujui kebenarannya. Penolakan terhadap agama
akan memberi ruang yang luas kepada golongan islam Liberal untuk berijtihad dengan bebas. Lantaran itu,

11 Ismail bin Umar bin Kathir al-Qursyi al-Damsyiqi,Tafsir Ibn Kathir(. Kaherah:Dar Toyyibah.2002),.Jilid 1, hal.10
12Sulaiman Bin Ibrahim, Manhaj Ibn Kathir Fi Al-Tafsir..(Riyadh: Dar al-Muslim.1999),hal. 113.
13 Khalif Muammar, Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal,( Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009),hal.

43.
golongan liberal melihat perlunya menggunakan pendekatan hermeniutik sebagai kaedah tafsir al quran
memandangkan metode yang sedia ada tidak relevan lagi pada zaman moden ini. 14

Dalam wacana Islam Liberal penekanan banyak diberikan kepada kebebasan pendapat oleh mana-mana individu
tentang apapun permasalahan agama. Pendekatan yang digunakan adalah relativisme iaitu dengan mengatakan
bahawa kebenaran adalah relatif dan tidak boleh didakwa oleh mana-mana pihak. Hal ini telah ditegaskan oleh
Nasir Abu Zayid iaitu salah seorang tokoh liberal:” al-Quran perlu bebas dari kawalan bahasa dan masa dan
sentiasa diperbaharui mengikut peredaran zaman”..15

Kenyataan tersebut disokong oleh Ali Harbi yang melontarkan pandangan tentang al quran:”Setiap orang berhak
meneroka bahasa al quran dan menguji kefahamannya terhadap makna al quran mengikut pandangan dan kaedah
mereka sendiri.”..16

Tidak cukup menganggap bahawa pentafsiran al quran itu bersifat relatif, malah lebih dari itu,mereka menjadikan
makna relatif Al-Quran dan keterbukaan kepada semua makna sebagai mukjizat al quran yang paling agung dan
sesiapa yang tidak berpegang dengan pandangan ini adalah dikalangan orang yang jahil. Menurut Muhammad
Syahrur:” Di sinilah terletak mukjizat terbesar al-Quran iaitu perdebatan antara relatif dan mutlak ...”17 .Ini
dijelaskan lagi oleh Ali Harbi:” Bukanlah satu mukjizat bagi al quran jika ia hanya mencakupi hal-hal
pensyariatan, tetapi terserlah mukjizat alquran itu kerana sifat keterbukaan kepada semua makna sehingga boleh
dilihat dan dibaca oleh setiap individu dari latar belakang agama yang berbeza”18. Pendapat-pendapat tersebut
hakikatnya memperlihatkan matlamat mereka( golongan liberal) yang membawa kepada pahaman pluralisme
agama iaitu suatu paham yang mengajar bahawa semua agama adalah sama kerana kebenaran setiap agama adalah
relatif;19 oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh mendakwa bahawa hanya agamanya saja yang benar
sedangkan agama yang lain salah.

KETIGA: MENDAKWA BERJAYA MEMBINA BEBERAPA KAEDAH BARU MENTAFSIRKAN AYAT


ALQURAN BIL QURAN,ANTARANYA:

1) kaedah berdasarkan ilmu mantiq-tajwid di peringkat iqraul quran-terutama pada sifat mad dan wakaf seperti
berikut: Jika mahu membuktikan dalil/ayat bagi sesuatu isu, maka petik ayat dari awal ayat bernombor (xx)
sehingga akhir ayat bernombor(xxx). Contoh: Jika mahu membuktikan bahwa alquran adalah ummul kitab, petik
ayat dari surah 43:surah azzuhruf bermula dari awal ayat bernombor (3) hingga hujung ayat nombor (4) atau Jika
mahu membuktikan ayat bagi sesuatu isu, maka petik pangkal ayat yang bertanda mad( samaada bertanda huruf
‫ ط‬mad tabi’ atau huruf ‫ ج‬mad jais) hingga akhir ayat yang bernombor (xx)atau sebaliknya. Contoh: Jika mahu

14 Khalif Muammar, Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal,( Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia,
2009),hal.44.
15Solih Bin Muhammad Bin Umar, Ibid, hal.339.
16Ali Harbi, Naqd Nas,hal 80
17 Muhammad Shahrur. Al Kitab wa al Quran,hal 107.
18Ali Harbi, Naqd Nas,hal. 87.
19 Solih Bin Muhammad Bin Uma, Ibid, hal. 10.
membuktikan isu tentang betapa mustahaknya sesuatu kisah sebagai ibrah kepada manusia, maka petik pangkal
ayat 111 surah yusof yang bertanda nombor ayat (111) hingga hujung ayat yg bertanda thaa.

Menurut ahmad Laksamana,para pembaca akan mendapat manfaat dan faedah daripada kaedah yang
beliau perkenalkan ini iaitu memahami ilmu tajwid di peringkat (Iqra‟ Quwwatal Quraan)- Membaca bagi
menzahirkan kekuatan hikmah Al Quran iaitu Satu ilmu yang memberi penekanan tentang cara mengolah nada
suara bacaan ayat-ayat Al Quran mengikut tujuan kegunaannya agar kemujarabannya terzahir dari hikmah
kekuatan Al Quran .

Misalnya ayat-ayat Quran yang hendak dijadikan ubat atau penawar satu-satu penyakit. Bacaannya hendaklah
dibaca dengan nada tertentu, sebaliknya ayat-ayat Al Quran yang hendak digunakan sebagai ayat pelindung,maka
ianya hendaklah dibaca dengan nada suara yang tersendiri berdasar kaedah-kaedah yang ditetapkan. Jika tidak
dilakukan demikian,maka kemujarabannya tidak menjadi. Oleh itu beliau menyarankan agar merujuk hal ini dan
20
bertanya kepada mursyid yang lebih mengetahui rahsianya . Ternyata Dakwaan Ahmad Laksamana tentang
kaitan nada bacaan tertentu pada ayat alquran dan kemujarabannya adalah satu pembohongan nyata yang
bertentangan dengan ajaran islam kerana Islam melarang seseorang mengada-adakan sesuatu dalam
pekerjaan,perbuatan ataupun dalam perkataan yang bertujuan untuk menarik kepercayaan orang lain tanpa asas
sebenar sedangkan sesuatu perkara yang diada-adakan itu cuma rekaan semata-mata. Hakikatnya tidak ada amalan
dalam islam yang menganjurkan cara membaca ayat al quran dengan nada tertentu berdasarkan tujuan tertentu
malah apa yang perlu dititikberatkan ketika membaca ayat al quran adalah memperhatikan hukum-hukum
tajwid & membunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dgn tartil (perlahan-lahan). Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dan Bacalah Al-Qur’an itu dgn perlahan-lahan”. (Al-Muzzammil: 4). Di
samping itu,disunatkan memanjangkan bacaan & memperindah suara ketika membacanya. Anas bin Malik
Radhiallaahu anhu pernah ditanya: Bagaimana bacaan Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam (terhadap Al-Qur’an?
Anas menjawab: “Bacaannya panjang (mad), kemudian Nabi membaca “Bismillahirrahmanirrahim” sambil
memanjangkan Bismillahi, & memanjangkan bacaan ar-rahmani & memanjangkan bacaan ar-rahim”. (Hadis
Riwayat: Al-Bukhari). Dan Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam juga bersabda: “Hiasilah suara kalian dgn Al-
Qur’an”. (Hadis Riwayat: Abu Daud, & dishahih-kan oleh Al-Albani).

Kesimpulannya, perbuatan mengada-adakan sesuatu dalam pekerjaan,perbuatan ataupun dalam perkataan yang
bertujuan untuk menarik kepercayaan orang lain tanpa asas sebenar adalah melampaui batas agama, sebagaimana
yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t di dalam surah Saad:86:

ِِ ِ ِِ
َ ‫َج ٍر َوَما أ َََن م َن الْ ُمتَ َكلف‬
‫ي‬ ْ ‫َسأَلُ ُك ْم َعلَْيه م ْن أ‬
ْ ‫قُ ْل َما أ‬
Maksudnya: “Katakanlah (hai Muhammad):'Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada mu atas dakwah ku,dan
bukanlah aku termasuk orang yang mengada-adakan(sesuatu yang hakikatnya tidak ada)”

20 Ahmad Laksamana, Tadabbarul Quran Tartilla, hal. 28.


Begitu juga Diriwayatkan dari Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu anhu ia berkata, “Kami dilarang bersikap
takalluf21 (memaksa-maksa diri)22.

2)Selain itu, Ahmad Laksamana juga mendakwa berjaya memperkenalkan kaedah Ta’wil almaa’ni iaitu teori yang
digunakan untuk mengumpulkan ayat-ayat quran yang membincangkan sesuatu topik atau isu yang sama. Teori
ini memperkenalkan istilah baru seperti kalimah almulk, kalimah alkhitob dan kalimah al-takluk’. ‘Kalimah
altakluk’ terdiri daripada :‫ وتلك‬،‫ وذلك‬،‫ وكذلك‬،‫ أولئك الذي‬،‫ أولئك لهم‬،‫ أولئك‬،‫ ذلك‬،‫ قد‬. Langkah pertama adalah mencari ayat
yang mengandungi kalimah altakluk, antaranya di dalam ayat 111,surah Yusof :

ْ َ ‫ب ۗ َما كَانَ َحدِيثًا يُ ْفت ََر ٰى َو ٰلَكِن ت‬


‫صدِيقَ الَّذِي بَ ْينَ يَ َد ْي ِه َوت َ ْف ِصي َل ُك ِل ش َْيءٍ َو ُهدًى َو َرحْ َمةً لِ َق ْو ٍم‬ ِ ‫َص ِه ْم ِعب َْرةٌ ِّلُولِي ْاّلَ ْلبَا‬
ِ ‫لَقَ ْد كَانَ فِي َقص‬
َ‫يُؤْ مِ نُون‬
Berdasarkan ayat tersebut, Ahmad Laksamana mendakwa bahawa ‘kalimah altakluk’ adalah )‫ (لقد‬manakala firman
ِ ‫ص ِه ْم ِعب َْرة ٌ ِِّلُولِي ْاّل َ ْل َبا‬
Allah s.w.t )‫ب‬ َ َ‫ ( فِي ق‬adalah ‘kalimah maudu’.Manakala terdapat enam ‘kalimah khitob’ iaitu:
ِ ‫ص‬

.23) َ‫و(لِقَ ْو ٍم يُؤْ مِ نُون‬


ِ )ً‫ش ْيءٍ ) و ( ُهدًى) و( َو َرحْ َمة‬ ْ َ ‫( َما َكانَ َحدِيثًا يُ ْفت ََر ٰى) و ( َو ٰلَكِن ت‬
ِ ‫صدِيق الَّذِي َبيْنَ َيدَ ْيهِ) و (و"َت َ ْف‬
َ ‫صي َل ُك ِل‬

Kemudian beliau mengemukakan beberapa ayat lain yang menguatkan hujah perbincangan dalam ayat yang
termasuk dalam kategori ‘kalimah khitob’. Contohnya, ayat yang mengandungi perbincangan yang berkait rapat
dengan ‘kalimah khitob’ )‫ ( َما َكانَ َحدِيثًا يُ ْفت ََر ٰى‬iaitu kisah-kisah benar yang boleh dijadikan pengajaran adalah ayat 34
surah an-nur:

‫ي‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ ٍ ِ ٍ ‫ولََق ْد أَنزلْنَا إِلَي ُكم‬


َ ‫ين َخلَ ْوا من قَ ْبل ُك ْم َوَم ْوعظَةا ل ْل ُمتَّق‬
َ ‫آَيت ُّمبَ ينَات َوَمثَاًل م َن الذ‬
َ ْ ْ َ َ
Dan ayat 132-133 surah al Baqaroh yang menceritakan kisah benar yang boleh dijadikan teladan baik tetapi beliau
tidak menerangkan lebih lanjut kandungan ayat tersebut:

21Salah satu istilah untuk sikap berlebih-lebihan dalam agama. Istilah lain adalah ghuluw(melampau batas). Ghuluw dalam
agama itu sendiri adalah sikap dan perbuatan berlebih-lebihan melampaui apa yang dikehendaki oleh syariat, baik berupa
keyakinan maupun perbuatan.
Dalam hadits yang diriwayatkan dari `Abdullah bin Abbâs Radhiyallahu anhu, dia berkata: “Pada pagi hari di Jumratul Aqabah
ketika itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berada di atas kendaraan, beliau berkata kepadaku: “Ambillah beberapa
buah batu untukku!” Maka aku pun mengambil tujuh buah batu untuk beliau yang akan digunakan melontar jumrah. Kemudian
beliau berkata:

ِ ِِ ‫الدي ِن فَِنَّه أَهلََ من َُا ََ قَب لَ ُكم الُْلُُّو‬


‫الدي ِن‬ ِ ِِ ‫ال َي أَيَُّا النَّاُ إِ ََّي ُُم والُْلَُّو‬ ِ
ُ ُ ْ َْ َ ْ ُ ُ َْ ُ َ َ َ َ‫ال َه ُؤالَء فَ ْارُم ْوا ُُثَّ ق‬
َ َ‫أَ ْمث‬
“Lemparlah dengan batu seperti ini!” kemudian beliau melanjutkan:“Wahai sekalian manusia, jauhilah sikap ghuluw
(melampaui batas) dalam agama. Sesungguhnya perkara yang membinasakan umat sebelum kalian adalah sikap ghuluw
mereka dalam agama.( Hadits shahîh, diriwayatkan oleh an-Nasâ’i (5/268), Ibnu Mâjah (3029) dan Ahmad (I/215).

22 Ahmad Bin Ali Bin Hajar al-Asqalani.Fathul Bâri Syarh Sohih Bukhari. (Kaherah: Dar al-Hadith. 1980). Jilid 13.m/s
263-265.
23 Ahmad Laksamana. Tadabbarul Quran Tartilla . hal. 59-68
‫(أ َْم ُُنتُ ْم‬132 )ََ ‫ين فَ ًَل َتَُوتُ َّن إَِّال َوأَنتُم ُّم ْلْسلِ ُمو‬ ِ
َ ‫اصطََفى لَ ُك ُم الد‬ َّ ََّ ِ‫ِن إ‬
ْ َ‫اَّلل‬ َّ َِ‫وب ََي ب‬
ِ ِ ‫صى ِِبا إِب ر ِاه‬
ُ ‫يم بَنيه َويَ ْع ُق‬
ُ َ ْ َ َّ ‫َوَو‬
‫يل‬ ِ ِ ِ ِ َ َِِ‫َ وإِلَه آ‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ َ‫ُشَ َداء إِ ْذ حضر ي ع ُقوب الْموت إِ ْذ ق‬
َ ‫َ إبْ َراه َيم َوإ َْْاع‬ َ َ َ َ َ‫ال لبَنيه َما تَ ْعبُ ُدو ََ من بَ ْعدي قَالُوا نَ ْعبُ ُد إ ََٰل‬ ُ ْ َ َ ْ َ ََ َ َ َ
‫ف طَاَِِف اة ِمْن َُ ْم‬ ِ ْ َ‫ض وجعل أَهلََا ِشي عا يلْست‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ‫وإِسح‬
ُ ‫ضع‬ ْ َ ‫) إ ََّ ف ْر َع ْو ََ َع ًَل ِ ْاْل َْر ِ َ َ َ َ ْ َ َ ا‬133 ( ََ ‫اق إ ََٰلاا َواح ادا َوََْن ُن لَهُ ُم ْلْسل ُمو‬ َْ َ
)134( ‫ين‬ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫يُ َذب ُح أَبْنَاءَ ُه ْم َويَ ْلْستَ ْحيي ن َلْساءَ ُه ْم ۚ إنَّهُ َُا ََ م َن الْ ُم ْفلْسد‬
Dan ayat 4 surah alqasas yang menceritakan kisah benar yang tidak patut diikuti jejaknya tanpa diterangkan
dengan lebih lanjut isi kandungan ayat tersebut:

‫ف طَاَِِفةا ِمْن َُ ْم يُ َذبِ ُح أَبْنَاءَ ُه ْم َويَ ْلْستَ ْحيِي نِ َلْساءَ ُه ْم ۚ إِنَّهُ َُا ََ ِم َن‬ ِ ْ َ‫ض وجعل أَهلََا ِشي عا يلْست‬ ِ ِ ِ
ُ ‫ضع‬ ْ َ ‫إ ََّ ف ْر َع ْو ََ َع ًَل ِ ْاْل َْر ِ َ َ َ َ ْ َ َ ا‬
‫ين‬ ِِ
َ ‫الْ ُم ْفلْسد‬
Contoh ayat lain adalah seperti ayat 5 surah al-baqarah:

ََ ‫َ ُه ُم الْ ُم ْفلِ ُحو‬


َ ِ‫َ َعلَى ُه ادى ِمن َّرِبِِ ْم ۖ َوأُولَئ‬
َ ِ‫أ ُُولَئ‬

Menurut Ahmad Laksamana, kalimah takluk dalam ayat ini adalah َ‫أُو ٰ َلئِك‬. Kalimah maudu’ pula terletak selepas
kalimah takluk iaitu َ‫علَ ٰى ُهدًى ِمن َّربِ ِه ْم ۖ َوأُو ٰلَئِكَ ُه ُم ْال ُم ْف ِلحُون‬
َ , manakala kalimah khitob terletak dalam ayat sebelum iaitu
ayat 2-4 iaitu:

( 3 )ََ ‫اه ْم يُ ِنف ُقو‬ ِ َّ َ‫ب وي ِقيمو‬ ِ َّ ِ ِ ِ ِ ‫َ الْ ِكتَاب َال ري‬ ِ
ُ َ‫الص ًَل َة َوِمَّا َرَزقْ ن‬ َ ُ ُ َ ِ ‫ين يُ ْؤِمنُو ََ َِلَُْْي‬
َ ‫ (الذ‬2)‫ي‬
َ ‫ب ۛ فيه ۛ ُه ادى ل ْل ُمتَّق‬
َ َْ ُ َ ‫َذل‬

َ‫َ َوَِْْل ِخَرِة ُه ْم يُوقِنُو‬ ِ


َ ‫َ َوَما أُن ِزَل ِمن قَ ْبل‬
َ ‫ين يُ ْؤِمنُو ََ ِِبَا أُن ِزَل إِلَْي‬
ِ َّ
َ ‫َوالذ‬
Kemudian beliau memetik ayat-ayat lain yang mempunyai kaitan dalam pokok perbincangan dengan kalimah
khitab iaitu tentang alQuran adalah sebuah kitab yang tidak perlu diragui. Antara ayat-ayat tersebut adalah surah
as-sajdah ayat 2, surah alzukhruf ayat 4, surah al-takwir ayat 81.

3)Selain itu, beliau mendakwa berjaya memperkenalkan kaedah tafsir nab’ul furqan untuk tujuan menghasilkan
beberapa teori dalam pelbagai bidang ilmu samaada dalam bidang pendidikan,kemasyarakatan atau sains.
Langkah pertama dalam teori ini adalah memilih satu ayat dan keluarkan tiga isi penting darinya. Langkah kedua
adalah membina atau mengemukakan penerangan dari ketiga-tiga isi penting tersebut. Langkah ketiga adalah
membina rangka teori dan menguji kesahihan teori tersebut. Melalui kaedah tafsir nab’ul furqan ini, beliau
mendakwa berjaya menghasilkan teori dalam bidang natural products iaitu (Nine Stars Halo-N) yang dikatakan
telah disahkan oleh pakar dalam bidang natural product iaitu Dr. Abdul Hamid Abdul Hadi. Bagi menghasilkan
teori (Nine Stars Halo-N), beliau bersandar kepada ayat 15-17 surah Nuh:

ِ ‫شم‬ ِ ِ ٍ
‫اجا‬
ً ‫س س َر‬ ً ُ‫) َو َج َع َل الْ َق َم َر في ِه هن ن‬15( ‫اَّللُ َس ْب َع ََسََوات طبَاقًا‬
َ ْ ‫ورا َو َج َع َل ال ه‬ ‫ف َخلَ َق ه‬
َ ‫﴿أَ ََلْ تَ َرْوا َك ْي‬

ِ ‫اَّللُ أَنْ بَ تَ ُك ْم ِم َن ْاْل َْر‬


)17( ‫ض نَبَ ًاًت‬ ‫) َو ه‬16(

ٍ ‫(سبع َْاو‬
‫ات ِطبَاقاا‬
Berdasarkan ayat ini, Ahmad Laksamana mentakwilkan firman Allah )
َ َ َ َْ iaitu tujuh

benda(berbentuk bintang) yang bertingkat yang terletak menegak atau melintang , manakala fenomena kedudukan

bintang dan cahaya dari bulan dan matahari dikaitkan dengan kewujudan tumbuhan di bumi melalui ayat ‫َو ه‬
ُ‫اَّلل‬
ِ ‫ أَنْبَ تَ ُك ْم ِم َن ْاْل َْر‬. Berdasarkan ayat ini, beliau mendakwa adanya hubungan antara kedudukan bintang di
‫ض نَبَ ًاًت‬
langit dengan karbon( mass compound carbon) iaitu satu sebatian yang terdapat dalam tumbuhan dan pelbagai
hidupan muka bumi24.

Kemudian beliau memetik ayat al Quran lain yang dirasakan berkaitan dengan topik perbincangan untuk
ٍ ‫(سبع َْاو‬
‫ات ِطبَاقاا‬
menjelaskan lebih lanjut tentang maksud yang dikehendaki oleh ayat )
َ َ َ َْ iaitu:

‫ص َر َه ْل تَ َرى ِم ْن فُطُوٍر‬ ِ ٍ ِ ِ ٍ ِ
َ َ‫﴿الهذي َخلَ َق َس ْب َع ََسََوات طبَاقًا َما تَ َرى ِِف َخل ِْق ال هر ْْحَ ِن م ْن تَ َف ُاوت فَ ْارج ِع الْب‬

‫يح‬ِ َ َ‫الدنْيَا ِِب‬


ُّ ‫اء‬ ِ ِ َ ‫ب إِلَْي‬ ِ ِ ْ َ‫) ُثُه ارِج ِع الْبصر َك هرت‬3(
َ ‫صاب‬ َ ‫س َم‬
‫) َولََق ْد َزيهنها ال ه‬4( ‫ري‬
ٌ ‫ص ُر َخاسئًا َو ُه َو َحس‬
َ َ‫ك الْب‬ ْ ‫ْي يَ ْن َقل‬ ََ َ ْ

)5( ‫س ِع ِري‬ ِ ‫شي‬


ِ ‫اط‬ ِ ‫وجعلْنَاها رج‬
َ ‫ْي َوأَ ْعتَ ْد ََن ََلُ ْم َع َذ‬
‫اب ال ه‬ َ ‫وما لل ه‬
ً ُُ َ ََ َ
Berdasarkan ayat tersebut, Ahmad Laksamana mendakwa bahawa firman Allah s.w.t ) ‫ت طِ بَاقًا‬
ٍ ‫س َم َوا‬
َ ‫س ْب َع‬
َ ( adalah
merujuk kepada tujuh benda berbentuk bintang yang berada dalam kedudukan melintang manakala dua benda lain
adalah bulan dan matahari yang berada dalam kedudukan menegak. Kemudian beliau mentakwilkan firman Allah
s.w.t )‫ين‬ َّ ‫(ر ُجو ًما لِل‬
ِ ِ‫شيَاط‬ ُ sebagai ubat atau rawatan25.

Lebih dari itu, beliau mendakwa berjaya melahirkan teori Nine Stars Halo-N iaitu dengan cara menjumlahkan

nombor (7+2=9) yang didapati daripada ayat ‫ات ِطبَاقًا‬


ٍ ‫ س ْبع ََسَو‬dan ayat ‫شمس‬
َ َ َ
ِ
ً ُ‫َو َج َع َل الْ َق َم َر في ِه هن ن‬
َ ْ ‫ورا َو َج َع َل ال ه‬

24
Ahmad Laksamana. al-FathunNawa.Hal. 1104.
25 Ahmad Laksamana. Tadabbarul Qurana Tartilla. Hal. 132.
‫اجا‬ ِ
ً ‫س َر‬. Untuk menguatkan lagi hujahnya tentang Teori Nine Stars Halo-N, beliau mendakwa teori tersebut adalah
juga hasil daripada pemerhatian terhadap ayat 12,surah al-Naml:

‫ت إِ َ َٰل فِ ْر َع ْو َن َوقَ ْوِم ِه ۚ إِ هّنُ ْم َكانُوا‬ ٍ ‫ضاء ِمن غَ ِري س‬


ٍ ‫وء ۖ ِِف تِس ِع آَي‬
َ ْ َ ِ‫﴿ َوأَ ْد ِخ ْل يَ َد َك ِِف َج ْيب‬
ُ ْ ْ َ َ ‫ك ََتْ ُر ْج بَ ْي‬

)‫ْي‬ ِِ
َ ‫قَ ْوًما فَاسق‬

Berdasarkan ayat(
َ‫ضاء‬ َ ِ‫( َوأ َْد ِخ ْل يَ َد َك ِِ َجْيب‬beliau mentakwilkan ayat tersebut dengan maksud: (
َ ‫َ ََتُْر ْج بَْي‬ :

"‫)"وأدخل يدك ِ جيبَ فيأيت العًلج اليت من ش أهنا عًلج اْلمراض‬, kemudian beliau mentakwilkan ayat ‫(تِ ْلْس ِع‬
ٍ ‫ آَي‬yang terkandung dalam ayat )‫( ِِ تِلْس ِع آَي ٍت إِ ََل فِرعو ََ وقَوِم ِه‬
)‫ت‬ ‫ تلْسعة معاجلة‬26 .Hasil
َ ْ َ َْ ْ َ ْ kepada maksud

daripada pentakwilan ayat tersebut maka lahirlah teori Teori Nine Stars Halo-N, yang dikatakan telah disahkan
oleh pakar dalm bidang’ natural science ‘ di Malaysia.Beliau juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa
sehingga mendapat gelaran ‘ The first al Quranic scientist Of The World’.

Jika diperhatikan pentakwilan beliau terhadap ayat tersebut,ia hanya berdasarkan fikiran atau logik akal semata-
mata tanpa sandaran yang jelas dan kukuh.Walaupun teori natural science itu telah diuji kesahihannya oleh
Profesor A.Hamid A. Hadi tetapi cara Ahmad Laksamana mengaitkan setiap teori dengan ayat Quran amat
janggal kerana ayat Quran berkenaan hanya bersifat umum, seolah-olah beliau mempunyai kelebihan makrifat
yang tinggi mentafsir ayat Quran dengan pendapat sendiri, manakala pandangan ulama tafsir yang muktabar tidak
dirujuk langsung. Hal seperti seperti inilah yang amat ditegah dalam islam, sebagaimana yang ditegaskan dalam
sebuah hadith:

‫آَ بَِرأْيِِه فَ ْليَ تَ بَ َّوأْ َم ْق َع َدهُ ِم َن النَّا ِر‬


ِ ‫ال ِِف الْ ُقر‬
ْ َ َ‫َوَم ْن ق‬
“Barangsiapa berkata tentang Al Qur’an dengan logikanya (semata), maka silakan ia mengambil tempat
duduknya di neraka” (HR. Tirmidzi)27 no. 2951. Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan. Al Hafizh Abu
Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini dho’if).

Walaupun Islam meletakkan keharusan mentafsir al-Quran menggunakan fikiran, namun penggunaan fikiran tidak
tidak seharusnya dilakukan kecuali orang-orang yang mempunyai ilmu dan syarat-syarat yang yang perlu ada
pada seorang pentafsir iaitu memiliki ilmu-ilmu sebagai pentafsir al-Quran yang mencakupi ilmu Bahasa Arab,
Ilmu Nahu, Ilmu Saraf, Ilmu Qiraat, Ilmu Balaghah, Ilmu Usuluddin, Ilmu Usul al-Fiqh, Ilmu al-Quran, Ilmu

26
Ahmad Laksamana. al FathunNawa.Hal 1106.
27Hadith riwayat Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits
ini dho’if).
Nasikh dan Mansukh, Ilmu Hadith dan Sunnah, Ilmu Ilmu asbab an-Nuzul, Ilmu al-Mauhibah28. Kajian mendapati
Ahmad Laksamana gagal memenuhi kriteria seorang pentafsir al Quran sebagaimana yang telah digariskan oleh
ulama’ berdasarkan latar belakang pendidikan agama beliau yang tidak jelas. Keadaan ini sangat bahaya kerana
boleh meletakkan buku tafsir ini di dalam kategori tafsir mazmum iaitu tafsiran yang dibuat oleh seseorang yang
tidak mempunyai ilmu-ilmu yang diperlukan oleh seorang pentafsir; tafsiran mengikut hawa nafsu atau tafsiran
bertujuan menyokong suatu ideologi palsu; atau mentafsir ayat-ayat mutasyabihah yang Hanya Allah yang
Mengetahui maksudnya29.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pemikiran Ahmad Laksamana dalam pentafsiran ayat alquran melalui karyanya :”al-
Fathun Nawa” cenderung kepada asas pemikiran liberal iaitu al-hurriyyah alfardiyyah(kebebasan individu) dan
al ‘aqliah( kebergantungan kepada aqal fikiran semata-mata).Penolakannya terhadap hadith sebagai penerang
kepada ayat al quran yang tiada keterangan dalam ayat lain turut meletakkan dirinya dalam bahaya fahaman
liberal. Pengabaiannya terhadap kaedah tafsir bil ma’thur yang muktabar ini juga secara tidak langsung
menunjukkan beliau menolak autoriti agama.Walaupun beliau cuba untuk mengelak dari terjebak dengan tafsir
hermeneutik, namun pada dasarnya jelas sekali beliau telah terpengaruh dengan pahaman liberal yang semakin
luas pengaruhnya dalam dunia Islam yang mencakupi ciri-ciri berikut30:

1) Mengakui bahawa asas untuk memahami islam hanya al quran al-karim dan menolak hadith.

2) Pergantungan dalam memahami Al-Quran pada teks Al-Quran sahaja di samping pengetahuan dan
pengalaman sendiri pada setiap masa.

3) Menyeru kepada kebebasan ijtihad dalam pelbagai bidang dan menyeru kepada pentafsiran al quran
karim serta istinbat hukum berdasarkan akal,pengalaman dan eksperimen.

4) Menyeru kepada hermeneutik.

5) Mengiktiraf bahawa pembaharuan agama adalah satu pembangunan agama yang meliputi aspek
aqidah,ibadah dan muamalah. Oleh itu hukum perlu berubah mengikut peredaran masa dan zaman.

28
Al-Suyuti, al-itqon fi Ulum al-Quran,(Cairo: Matba’ah al Mashdad al Husaini), Jilid 4,hal.188
29
Muhammad Abu Syuhbah, al-Israilliyat wa almauduat fi kutub al-tafsir,(Cairo: Maktabah al Sunnah,1980),hal 81.
30
Solih Bin Muhammad Bin Umar,Ibid,hal 104.
RUJUKAN

1. Ahmad Laksamana. Al Fathun Nawa.(Selangor: Hafizul Publication,2011)


2. Ahmad Laksamana. Tadabbarul Quran Tartilla.(Selangor: Hafizul Publication,2015)
3. Ahmad Bin Ali Bin Hajar al-Asqalani.Fathul Bâri Syarh Sohih Bukhari. (Kaherah: Dar al-Hadith. 1980).
4. Al-Suyuti. al-itqon fi Ulum al-Quran.(Cairo: Matba’ah al Mashdad al Husaini)
5. Muhammad Abu Syuhbah. al-Israilliyat wa almauduat fi kutub al-tafsir.(Cairo: Maktabah al Sunnah,1980)
6. Soleh Bin Muhammad bin umar al-Dumaiji. mauqif al libraliyyah fi albilad al arabiyyah min muhakkmat addin.
(Riyadh:maktabah al Malik Fahd,1422H),
1. Ishak Sulaiman. Liberalisme dalam antihadith di Indonesia dan Malaysia. kertas kerja dibentangkan dalam
Seminar Pemikiran Islam.2008, ILIM Bangi.
2. Muhammad Bin Ahmad Bin Abi Bakar al-Qurtubi. al-Jami’ Li Ahkam.(.Beirut:Muassasah al-Risalah,2006
3. Ismail bin Umar bin Kathir al-Qursyi al-Damsyiqi.Tafsir Ibn Kathir.(. Kaherah:Dar Toyyibah.2002)
4. Sulaiman Bin Ibrahim. Manhaj Ibn Kathir Fi Al-Tafsir.(Riyadh: Dar al-Muslim.1999)
5. Khalif Muammar. Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal.( Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia,
2009)
6. Ali Harbi. Naqd Nas.( Beirut: Dar al-thaqofah,2005).
7. Muhammad Shahrur. Al Kitab wa al Quran qiraah muassarah.( Damsyiq: al ahali liltauzi’ wa al-Tibaah,
8. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140611/dn_51/KDN-warta-perintah-larangan-penerbitan-
terhadap-dua-buku#ixzz4IyFxQ4VA. < diakses pada 1 september 2016>
9. http://www.al-azim.com/jmm/index.php/en/perkhidmatan/fatwa-warta/aqidah/72-pengharaman-ilmu-tajalli-
hakikat-insan-ahmad-laksamana-bin-omar.< diakses pada 1 September 2016>

View publication stats

You might also like