You are on page 1of 18

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (PENGURUSAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

MEI / 2022

ABSC3103

KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM

NO. MATRIKULASI : 930112025044001

NO. KAD PENGENALAN : 930112025044

NO. TELEFON : 018-7854993

E-MEL : jihah_mdisa93@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Open University Malaysia (OUM) Temerloh

Page | 1
BIL. PERKARA M/S

1 Pengenalan 3

2 Bahagian 1: 4-6
1) konsep multimedia dalam Islam dan peranannya untuk
menyebar luaskan dakwah.

2) Pandangan tentang penyalahgunaan platform media sosial


3 berkaitan hal ehwal agama Islam. 6-10
3) Aplikasi dalam telefon pintar yang berkaitan pendidikan
4 agama Islam untuk dikongsikan bersama anak-anak anda. 11

5 Kesimpulan 12

6 Rujukan 13

7 Bahagian 2: Online class participation 14-17

Page | 2
Pengenalan

Majoriti mengetahui bahawa berlakunya perubahan pada abad ke 21 kerana wujudnya


internet, iaitu suatu sumber yang mengandungi pelbagai maklumat, sistem komunikasi yang
terpantas dan berpatutan, jaringan masyarakat globalisasi, membentuk dunia siber yang
tersendiri serta turut menyediakan pelbagai kemudahan dan peluang perniagaan dalam
pelbagai platform seperti facebook, instagram, tiktok dan sebagainya. Asas kepada peradaban
dan kekuatan era maklumat ialah maklumat itu sendiri. Pelbagai maklumat kini lebih mudah
di layari sejajar dengan berkembangnya kepantasan teknologi maklumat, komputer,
komunikasi, interaktif, dan wujud dalam pelbagai format dan media atau multimedia. Ada
kemungkinan bahawa Negara-negara Bangsa pada suatu hari nanti akan berjuang untuk
menguasai informasi, sebagaimana mereka berjuang di masa lalu untuk menguasai sesuatu
Wilayah, dan kemudian menguasai laluan masuk dan mengeksploitasi bahan-bahan mentah
dan tenaga murah. Sebuah bidang baru akan terbuka dan strategi-strategi industri di satu
pihak, dan strategi-strategi politik serta ketenteraan di satu pihak (Lyotard 1986). Suatu
integrasi yang telah dikawal oleh komputer bagi grafik, teks, imej bergerak atau imej kaku,
bunyian, animasi atau lain-lain pengantara di mana setiap bentuk maklumat yang disalurkan
boleh disimpan, diwakilkan, dan diproses secara digital adalah merupakan konteks yang ingin
diterjemahkan dalam multimedia. Penghasilan bersepadu, kawal-komputer, pengolahan,
penyimpanan, persembahan dan komunikasi bagi maklumat bebas yang dikodkan sekurang-
kurangnya perantara selanjar (bersandar pada masa) dan diskrit (tiada persandaran masa)
adalah merupakan ciri-ciri system multimedia. (Mashkuri Hj Yaakub, Salimah Mokhtar dan
Abdullah Ghani 1999).

Page | 3
Bahagian 1

1) Perkembangan multimedia dan teknologi maklumat telah dihadapi oleh negara


dengan strategi jangka panjang, iaitu dengan memperkenalkan literasi iaitu kebolehan
menulis dan membaca (Kamus Dewan 1992) atau pengajian media untuk
mewujudkan satu suasana yang boleh menjamin public communication (komunikasi
awam) melalui rundingan dan pemahaman aktif. Di negara kita sendiri, usaha yang
sedang diketengahkan ini dikenali sebagai celik media dan ianya sesuatu yang masih
lagi baru lagi. Definisi celik media merupakan suatu usaha untuk memahami proses
penyediaan dan penyebaran maklumat secara meluas oleh multimedia dan bagaimana
cara untuk menggunakan maklumat yang telah diperolehi secara bijak supaya individu
tersebut dapat mengenal pasti peranan serta pengaruh multimedia dalam
kehidupannya. Pada tahun 1960-an, istilah multimedia telah diperkenalkan dan diguna
pakai buat pertama kalinya untuk menggambarkan persembahan kombinasi antara
slaid dengan pita video. Pelancaran cakera-video Laservision oleh Philips pada tahun
1970an telah membuatkan ianya semakin berkembang dari semasa ke semasa malah
sehingga kini, multimedia telah menular ke pelbagai bidang terutamanya dalam
bidang komputer dan komunikasi. Integrasi yang dikawal oleh komputer bagi teks,
grafik, imej bergerak atau kaku, animasi, bunyi dan lain-lain pengantara di mana
setiap bentuk maklumat boleh diwakilkan, disimpan, disalurkan dan diproses secara
digital adalah merupakan suatu konteks multimedia yang ingin diterjemahkan
(Mashkuri Hj Yaakub, Salimah Mokhtar dan Abdullah Abdul Ghani 1999). Sebagai
manfaat untuk pembangunan ummah, ajaran Islam tidak melarang umatnya dalam
penggunaan medium komunikasi bahkan budaya Islam merupakan budaya ilmu. Ilmu
tidak boleh dimonopoli oleh individu mahupun kumpulan tertentu memandangkan
ianya mempunyai makna yang jauh lebih mendalam dari maklumat dan penghayatan
ilmu memberi kesan kepada pembangunan insan. Dalam Islam, seseorang yang
mempunyai ilmu adalah dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan atau
menyampaikan ilmu tersebut kepada individu yang lain seperti ibu bapa mengajar
anak-anak yang masih kecil mengenal huruf, nombor, objek dan lain-lain lagi,
manakala guru-guru atau tenaga pengajar menyebarkan ilmu pengetahuan yang
mereka ada kepada para pelajar. Dalam penyebaran ilmu, walaupun simboliknya
merupakan satu huruf, ia menunjukkan tentang perlunya setiap individu Muslim yang

Page | 4
mempunyai kualiti keilmuan bagi membuat sesuatu keputusan yang terbaik,
mengorganisasi diri dan masyarakat (Zulkifle Abdul Ghani 1999). Martabat manusia
akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika manusia itu sendiri tidak berupaya
untuk meningkatkan hakikat kemanusiaan individu, wasilah atau cara (untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan) dan untuk mencapai keyakinan, hidayah dan iman
tidak diguna pakai dengan sebaik-baiknya. Teknologi bukanlah sesuatu yang asing di
dalam sejarah Islam, tetapi ia merupakan sesuatu yang berterusan, berkembang
bersama kepandaian manusia bagi memudahkan kehidupan. Teknologi yang berkait
rapat dengan seni bina, ketenteraan, perkapalan, kimia, tekstil, pertanian dan
komunikasi berkembang maju membantu membangunkan kecemerlangan Islam dan
ummah sebelum abad ke-16 Masihi lagi (Yusoff Zaky Yacob 1970). Dalam konteks
ini, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan kamu tidak
mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati
agar kamu bersyukur.”
(Surah al-Nahl: 78)

Ayat di atas menjelaskan tentang fungsi dan peranan tiga pancaindera utama iaitu
pendengaran, penglihatan dan hati kerana ianya selaras dengan konsep multimedia
yang menekankan soal kemahiran pendengaran, penglihatan dan analisis serta kajian.
Fakta ini disokong pula oleh pendapat yang mengatakan bahawa 80% daripada apa
yang dilihat, didengar dan diamalkan dapat diingati oleh manusia (Mashkuri Hj
Yaakub, Salimah Mokhtar dan Abdullah Abdul Ghani 1999). Dalam kalangan
pengkaji komunikasi, mereka berpendapat penyampaian mesej yang menggabungkan
pelbagai media dalam satu masa boleh merangsang pancaindera manusia secara lebih
aktif dan meninggalkan kesan yang lebih mendalam. Keberkesanan serta tarikan
dakwah bukan sahaja bergantung kepada kesesuaian pemilihan dan gaya
persembahan, tetapi ia juga disebabkan oleh kesesuaian media dan saluran. Sebagai
contoh, ramai pendakwah terkenal di Malaysia seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ebit
Lew dan pendakwah yang lain telah mengambil peluang secara bijak dengan
menyebarkan dakwah mereka menerusi media massa seperti Facebook, Youtube,
Instagram malahan ada juga menerusi Tiktok yang bertujuan untuk menarik perhatian
anak muda terhadap dakwah mereka. Sesuatu dakwah jika tidak disalurkan kepada

Page | 5
media yang bersesuaian dengan sasaran boleh mengakibatkan kekurangan tarikan dan
pengaruh kepadanya (Ab. Aziz Mohd Zain 2001). Oleh itu, para pendakwah perlu
memainkan peranan yang amat penting dalam membimbing kehidupan individu dan
masyarakat supaya mereka dapat menghakis kejahilan umat dengan gaya
persembahan yang menarik. Langkah ini perlu diambil supaya perkembangan dakwah
dapat digerakkan dengan matang dan lancar. Walaubagaimanapun, pendekatan
dakwah wajib berpandukan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
mereka dengan cara yang lebih baik”
(Surah al-Nahl: 125)

2) Pada pandangan saya, penyalahgunaan platform media sosial berkaitan hal ehwal
agama Islam tidak sepatutnya berlaku kerana ia dapat memesongkan akidah dan
mengelirukan fahaman masyarakat. Sebagai contoh, penyebaran ajaran Wahabi yang
semakin berleluasa ketika ini terutamanya di media sosial seperti facebook. Saya juga
pernah secara tidak sengaja membaca tentang posting individu yang menentang keras
sambutan Maulidur Rasul yang disambut di negara kita pada setiap tahun. Beliau
menyatakan bahawa menyambut Maulidur Rasul adalah haram dan bidaah dholalah.
Ulama Wahabi menfatwakan bahawa menyambut sambutan Maulidur Rasul SAW
adalah haram dan bidaah dholalah adalah kerana Rasul SAW dan para Sahabat Rasul
SAW tidak mengamalkannya dan ianya merupakan satu perkara bidaah (yang diada-
adakan) dalam Islam dan bagi mereka setiap bidaah adalah sesat. Ini bertentangan
dengan pendapat jumhur ulama Ahlusunnah wal Jamaah yang membolehkan
sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memperingati jasa-jasa Rasul SAW dan
sebagai tanda terima kasih kita kepada Rasul SAW yang membawa rahmat ke
sekalian alam dengan kelahirannya ke muka bumi ini. Bagi Ahlusunnah wal Jamaah,
bidaah itu terbahagi kepada 2 iaitu bidaah hasanah dan bidaah dholalah. Dan
sambutan Maulidur Rasul ini termasuk dalam kategori bidaah hasanah (baik). Kerana
ketika sambutan Maulidur Rasul inilah, amalan-amalan baik dan ibadah banyak
dilakukan seperti selawat, berzanji, mendengar ceramah sirah Nabi, nasyid dan
pelbagai aktiviti yang menanam rasa kecintaan kita kepada Rasul SAW dengan
harapan untuk mendapatkan syafaatnya di Akhirat kelak. Ulama Wahabi juga pernah
menuduh bacaan selawat ketika Maulidur Rasul yang menyebut ‫ أنت نورفوق نور‬yang

Page | 6
bermaksud “Andalah cahaya di atas cahaya” sebagai bercanggah dengan surah An
‫هّٰللَا‬
ِ ۗ ‫ت َوااْل َ ْر‬
Nur ayat ke 35 iaitu  ‫ض‬ ِ ‫ ُ نُ ْو ُر السَّمٰ ٰو‬yang mereka terjemahkan sebagai “Allah
adalah cahaya langit dan bumi”.
Ulama Wahabi menafsirkan selawat tersebut berlawanan dengan ayat Al-Quran tadi
kerana bagi mereka, Allah adalah cahaya langit dan bumi dan sekiranya Nabi SAW
adalah cahaya di atas cahaya, maka seolah-olah Baginda adalah lebih tinggi dan mulia
dari Allah SWT. Maha Suci Allah! Lihatlah betapa dangkalnya tafsiran Wahabi ini
yang hanya menerima tafsiran zahiriah ayat Al-Quran tersebut dan tidak mengupas
maksud simbolik atau batiniah surah tersebut. Bagi Ahlusunnah wal Jamaah, tafsiran
ayat Quran 35 surah An Nur itu sepatutnya adalah “Allah adalah cahaya
(petunjuk/hidayah) langit dan bumi”, dan bukannya seperti yang ditafsirkan oleh
ulama Wahabi tersebut. Sekiranya tafsiran ulama Wahabi ini diterima, maka kita telah
melakukan syirik dengan mengatakan bahawa Allah itu adalah cahaya seperti mana
cahayanya para malaikat, matahari,lampu, lilin dan sebaginya. Maha Suci Allah
daripada bersifat seperti makhluk-Nya. Dalam surah As Syura ayat 11 yang
bermaksud: “Tiada yang menyerupai-Nya sebarang sesuatu”. Tetapi hal ini pun
tidaklah menghairankan kerana mereka lebih gemar mengikut Ibnu Taimiyah
laknatullah itu dalam menerima tafsiran zahiriah semata-mata tanpa mengupas dan
melihat maksud tersirat dalam sesuatu surah itu. Perkara seperti ini terlalu bahaya jika
tersebar dengan meluas terutamanya melalui media kerana boleh menyesatkan akidah
umat Islam yang berpegang dengan Ahlusunnah wal Jamaah jika individu tersebut
tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi.

Seterusnya, saya juga seringkali terjumpa posting individu yang gemar


melabelkan orang lain sebagai penunggang agama. Frasa ini perlu difahami dengan
cara yang betul dan sahih supaya kita tidak mudah menuduh dan melabel seseorang
sebagai “penunggang agama” hanya semata-mata kesilapan yang dilakukannya.
Sedangkan umum mengetahui bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada
sebarang kesalahan atau kesilapan dalam hidupnya. Rasulullah SAW bersabda:
“Kesemua anak cucu Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang
melakukan kesilapan itu ialah mereka yang bertaubat”.
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Page | 7
Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, perkataan “tunggang” bermaksud
duduk di atas sesuatu sebagai alat yang dikenderai atau dinaiki dengan duduk
bercelapak di atasnya. Perbuatan mengenderai sesuatu itu adalah untuk menuju ke
sesuatu tempat yang tertentu. Kenderaan yang ditunggang itu boleh jadi haiwan
seperti kuda atau unta, ataupun alat seperti basikal atau motosikal. Tunggang juga
bermaksud mempergunakan sesuatu (orang dan lain-lain) untuk mencapai maksud
sendiri. Sehubungan dengan itu, perbuatan yang dikatan sebagai “menunggang
agama” itu merujuk perbuatan menggunakan agama sebagai alat untuk sampai kepada
matlamat dengan cara yang salah, seterusnya membawa imej yang negatif terhadap
agama.

“Akan timbul pada akhir zaman orang yang mencari keuntungan dunia dengan
menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat
daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) untuk mendapat simpati orang ramai,
dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka merupakan
hati serigala (mempunyai tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka,
“Apakah kamu tertipu dengan kelembutan-Ku?” Ataukah kamu terlampau berani
berbohong kepada-Ku? Demi kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu
fitnah yang akan terjadi kepada mereka, sehingga orang yang alim pun akan menjadi
bingung (disebabkan fitnah itu)”.

(Riwayat Al-Tarmidzi)

Hadis ini menggambarkan golongan yang menjadikan agama sebagai alat untuk
mendapat habuan dan keuntungan dunia. Agama hanya sekadar kosmetik, sedangkan
tujuan utamanya adalah untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan duniawi.
Akhirnya,agama dijadikan alat untuk berpura-pura, namun matlamat sebenarnya
sangat jauh daripada agama sehinggakan orang yang mengamalkan kehidupan
beragama, malah tokoh-tokoh agama pun dicemuh dan dihina, namun orang yang
jelas menentang agama dipandang mulia dengan pelbagai sangkaan baik terhadap
mereka. Contohnya, wujud pandangan sinis terhadap orang yang berserban dan
berpurdah kononnya mereka “penunggang agama”, tetapi pada masa yang sama

Page | 8
pandangan harmoni dan sangat positif diberikan kepada orang yang berpakaian
sebaliknya.

Pandangan saya yang ketiga terhadap salah guna platform media sosial berkaitan
hal ehwal agama Islam ialah, adab ketika menegur sama ada dalam kalangan sesama
Muslim atau bukan Muslim. Boleh dikatakan hampir setiap hari adanya berita yang
tersebar meluas sama ada melalui sumber diterbitkan mahupun media atas talian
seperti Facebook, Instagram, Twitter serta terdapat juga perkongsian mesej melalui
aplikasi WhatsApp. Berita yang diterima itu bukan sahaja akan mendapat tanda
‘suka’, emoji dan komen, malah akan dikongsi dengan meluas seiring dengan komen
positif mahupun negatif serta bahasa kesat. Demi memberi justifikasi terhadap
perbuatan itu, ramai menggunakan hak asasi atau bebas menyuarakan pandangan,
meskipun maksud hak itu lebih ditumpukan kepada milik peribadi membuatkan
seseorang merasakan bebas melakukan apa sahaja. Hakikatnya, hak itu sendiri
mempunyai batasannya sendiri kerana walaupun kita bebas menyuarakan pendapat,
tetapi tidak bermaksud kita dengan sewenangnya boleh membuat tuduhan secara
membuta tuli, mengeluarkan kata-kata kesat mahupun memfitnah. Malangnya, itulah
yang sering kali terjadi apabila media sosial dihujani komen dan kenyataan yang
mencabul hak orang lain. Ruangan komen menjadi medan untuk menghina, mengutuk
dan mengaibkan tanpa memikirkan perasaan orang lain. Disebabkan terlalu ghairah
menggunakan hak sendiri membuatkan kita terlupa untuk menghormati hak orang
lain. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang suka akan (berita) perbuatan yang amat keji itu tersebar
dalam kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di
akhirat.”

(An-Nur: 19)

Setiap hak yang diberikan kepada setiap individu, datang bersama had dan syarat
perlu dipatuhi. Batasan itu bertujuan memastikan setiap hak digunakan dengan cara
yang tepat. Namun, apa yang terjadi pada hari ini seolah-olah memperlihatkan

Page | 9
masyarakat lebih mudah mengambil sikap menghukum daripada membela dan
menyedarkan saudara mereka yang melakukan kesilapan seperti yang dapat dilihat di
media sosial. Jika berlakunya berita viral, ia akan menjadi perhatian umum dan kita
dapat membaca komen dari individu yang berlagak seperti penguat kuasa, hakim,
peguam, ulama, dan pembela kerana seolah-olah mereka mengetahui segalanya.
Mereka juga turut digelar “keyboard warrior” kerana terlalu handal mengeluarkan
kenyataan yang dirasakan betul. Lebih membimbangkan, bukan sahaja kisah negatif
malah perkara baik yang dilakukan sesetengah pihak juga turut mendapat kecaman.
Bukanlah kita disuruh bersetuju atau menyokong perbuatan yang menyalahi syariat
agama Islam, tetapi adalah lebih baik jika kita berusaha membantu dengan memberi
pandangan atau nasihat secara penuh hikmah dan adalah lebih afdhal juga jika nasihat
dan teguran yang ingin diberikan adalah secara sembunyi atau secara peribadi sahaja
supaya individu tersebut tidak berasa malu dikhalayak ramai walaupun di alam maya.

Yang terakhir ialah isu penghinaan agama khususnya terhadap agama Islam yang
seolah-olah menjadi satu trend di media sosial. Penghinaan terhadap agama Islam dan
juga Nabi Muhammad SAW secara hakikatnya bukanlah perkara yang baru. Dalam
perkembangan semasa, masyarakat dunia telah beberapa kali dikejutkan dengan isu
penghinaan terhadap agama Islam dan masyarakat Muslim sama ada melalui media
cetak atau media sosial. Pada tahun 2005, penghinaan terhadap Islam dan Rasulullah
SAW telah dimuatnaik dalam majalah Jylland Postem di Denmark dan diulang tayang
penerbitannya di beberapa media di Eropah. Hal ini mencetuskan kemarahan umat
Islam di seluruh dunia. Di Malaysia penghinaan agama Islam turut berlaku walaupun
Islam diiktiraf sebagai satu-satunya agama rasmi negara atau agama bagi Persekutuan.
Pengiktirafan ini telah termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Penghinaan terhadap agama Islam seolah-olah menjadi tren di media sosial sejak
akhir-akhir ini. Buktinya, Unit Pemantauan Isu Hina Agama, Jabatan Agama Islam
Malaysia (JAKIM) melaporkan bahawa terdapat 431 aduan berkaitan penghinaan
terhadap Islam di media sosial sehingga 30 Jun 2020. Di samping itu, JAKIM turut
mengenal pasti sebanyak 83 pautan yang menghina agama Islam (Mohd Ridzuan Abu
Hassan,2020). Kajian awal ini telah membuktikan bahawa individu yang tidak
bertanggungjawab telah menjadikan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW sebagai
tema utama penghinaan terhadap agama Islam di media sosial. Walaupun segelintir
sahaja yang terlibat dengan isu ini, tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah isu

Page | 10
akan jika dibiarkan akan menggugat kestabilan dan keharmonian masyarakat
berbilang agama di Malaysia. Tambahan pula perundangan sedia ada masih tidak
berupaya untuk mengatasi isu penghinaan agama Islam dengan lebih efisien di negara
ini. Justeru, satu pelan tindakan yang lebih efektif perlu difikirkan dan dibina sebagai
upaya untuk membantu pihak berwajib membanteras penghinaan agama Islam di
media sosial.

3) Sebagai seorang ibu, aplikasi di dalam telefon pintar yang berkaitan Pendidikan
agama Islam yang saya kongsikan bersama anak-anak ialah aplikasi Omar dan Hana.
Aplikasi tersebut sangat bermanfaat terutamanya untuk anak yang masih bersekolah
rendah mahupun tadika kerana terdapat pelbagai kisah teladan yang menarik seperti
tolong mama papa, kami suka kucing, serta terdapat juga kisah tentang perjuangan
sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar. Dengan adanya kisah-kisah seperti
ini, anak-anak dapat mencontohi sifat mahmudah yang terdapat dalam kisah tersebut.
Sebagai contoh, kisah tolong mama papa, anak-anak kemungkinan akan terpengaruh
dengan cerita tersebut walaupun sedikit sekaligus akan menjadi ringan tulang untuk
menolong ibu bapa di rumah atau dimana sahaja. Selain itu, menerusi aplikasi ini juga
anak-anak dapat membelajar mengenal huruf hijaiyyah dengan betul dan cepat seperti
alif, ba, ta, juga dapat mempelajari cara solat, doa dan mempelajari Iqra atau Al-
Quran dengan mudah. Dengan rekaan grafik yang menarik dan berwarna-warni,
aplikasi ini tentu sahaja akan membuat anak anda tidak merasa bosan untuk belajar
setiap hari. Walaubagaimanapun, terdapat juga sisi negatif jika acap kali anak-anak
disajikan dengan aplikasi yang terdapat di telefon pintar. Sebagai contoh, anak-anak
akan mudah mengalami kecanduan atau ketagihan gadjet. Hal ini bukan sahaja tidak
baik untuk kesihatan mata, malahan akan membuat anak-anak menjadi seorang yang
introvert atau tidak suka untuk bergaul dengan orang lain. Malahan mereka juga akan
mudah tantrum atau mengamuk tidak kira dimana sahaja mereka berada jika tidak
diberikan gadjet untuk bermain. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, berpada-
padalah jika ingin memberikan gadjet kepada anak-anak. Hadkan tempoh masa anak
untuk bermain gadjet setiap hari. Sebagai contoh, hanya satu jam sahaja sehari anak-
anak dibenarkan bermain gadjet untuk membuka aplikasi Omar dan Hana tersebut.
Jika anak melanggar peraturan yang ditetapkan atau membuka aplikasi yang tidak
sepatutnya atau membuka Youtube dewasa, ibu bapa perlulah bersikap tegas dengan

Page | 11
cara mengambil semula gadjet dari anak dan memberi denda tidak dapat bermain lagi
untuk keesokan harinya. Hal ini dapat mendisiplinkan lagi anak-anak serta dapat
mendidik anak supaya mendengar arahan yang diberi oleh ibu bapa.

Kesimpulan

Jika kita dapat melihat kembali sejarah pendidikan pada zaman dahulu kala,
sudah pasti umat Islam boleh membezakan dan merasai perbezaan pendekatannya.
Dahulunya pendidikan yang bercorak penjajah telah mula diubah dengan konsep
pendidikan yang lebih tersusun dan moden. Kemajuan ini termasuklah dalam dakwah
Islam. Kefahaman Islam (ilmu akidah, tauhid, fiqh, sejarah dan lain-lain) akan lebih
menarik dengan adanya sokongan video dan gambar. Sebagai contoh dalam ilmu
sejarah Islam, multimedia mampu mempamerkan gambar-gambar seni bina Islam
yang lampau dan melihatnya dengan lebih dekat dengan menggunakan kaedah tiga
dimensi (3D). Manakala melalui teknologi talian terus (internet), para pengguna boleh
berbincang dengan para ulamak secara interaktif melalui IRe (Internet Relay Chat),
newsgroup dan e-mail. Konsep ini bukan sahaja mengambil kaedah interaktif antara
individu dengan individu yang lain, bahkan antara individu dengan orang ramai.
Maklumat menjadi agenda terpenting dalam kehidupan. Mereka yang bermaklumat
akan disanjung dan mereka yang kurang serta tidak bermaklumat akan dipinggirkan.
Penekanan kepada masyarakat belinformasi menyebabkan masyarakat akan
didedahkan kepada berbagai bahan yang mendorong mereka untuk mencapai suatu
maklumat. Masyarakat mestilah memahami konsep serta persaingan yang bakal
dihadapi. Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) adalah aspek yang
boleh diketengahkan dan dipraktikkan dalam mendalami teknologi maklumat.

(2995 patah perkataan)

Page | 12
Rujukan

Ab. Aziz Mohd Zaino (200 I). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbitan
Universiti Malaya.

Abdul Rahman Mohd Said (1999). "Membimbing Ummah Melalui Multimedia"


dalam Abu Bakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah Abdul Rahman. Multimedia dan
Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Abu Bakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah Abdul Rahman (1999). Multimedia dan
Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia

Kamus Dewan (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

ZuLkitle Abdul Ghani (1999). "Imperatif Multimedia dalam Pembangunan Ummah"


dalam Abu Bakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah Abdul Rahman Multimedia dan
Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Mohd Sukki Othman (Dr.) – Prof Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia (UPM) – Fikrah Berhati-hati dengan penunggang agama

Journal of Contemporary Islamic Law

www/mcmc.gov.my/ms/media/press release/hina-hina-nabi-Muhammad-saw

www.utusanborneo.com.my

Aplikasi Omar dan Hana – Google store

Page | 13
Bahagian 2

Online class participation

Page | 14
Page | 15
Page | 16
Page | 17
Page | 18

You might also like