You are on page 1of 17

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM

MU’ADZAM SHAH

TAJUK KAJIAN:

KEBERKESANAN DAKWAH MELALUI MEDIA MASSA MENGIKUT


PERSEPSI MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM UniSHAMS

UPP 4012 METODOLOGI PENYELIDIKAN

PENSYARAH: ANAS SUZASTRI BIN AHMAD

NURUL SYAZWANI BINTI ROSLAN M184037702


NURUL NAJIHAH BINTI MD.NASROL M182042402
SITI NOOR HAFIZAH BINTI AHMAD M182009102

KUMPULAN: UPP 4012-A


SESI 2021/JUN

1
KEBERKESANAN DAKWAH MELALUI MEDIA MASSA MENGIKUT
PERSEPSI MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM
Nurul Syazwani Binti Roslan, Siti Noor Hafizah Binti Ahmad, Nurul Najihah Binti
Md.Nasrol
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ( UniSHAMS )

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau sejauh mana keberkesanan dakwah
melalui media massa mengikut perspektif mahasiswa pengajian Islam. Sebagaimana
yang kita ketahui, wasilah dakwah dalam Islam tidak hanya tertumpu kepada suatu cara
yang khusus sahaja. Pada masa kini, media telah menjadi satu elemen yang penting
serta mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan kehidupan masyarakat
tidak kurang juga dalam penyampaian dakwah seiring dengan konsep amar maaruf nahi
munkar yang dititikberatkan dalam Islam. Data diperolehi daripada 144 responden (103
perempuan dan 41 lelaki) yang berumur 18 hingga 27 tahun ke atas. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif yang dilakukan menerusi tinjauan dengan
mengedarkan borang soal selidik yang mempunyai sebanyak 30 item kepada responden
yang terdiri daripada pelajar Pengajian Islam yang terbahagi daripada jurusan Syariah,
Usuluddin dan Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah. Dengan menggunakan perisian SPSS, hasil dapatan kajian mendapati
soal selidik yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang amat tinggi dengan
koefisien Cronbach Alpha .959 manakala analisis deskriptif yang dijalankan
menunjukkan tahap kesedaran dakwah pada aras tinggi iaitu nilai min 4.06, tahap
keperluan dakwah berada pada aras tinggi iaitu nilai min 3.935, dan tahap keberkesanan
dakwah juga pada aras tinggi iaitu nilai min 4.123. Ini menunjukkan bahawa responden
bersetuju bahawa dakwah melalui media massa adalah berkesan.

Kata Kunci : Dakwah, media massa, berkesan.

PENGENALAN
Kemodenan dunia hari ini telah menyaksikan pelbagai kemudahan telah diperkenalkan
melalui media. Media massa menjadi sarana penting dalam menyebar maklumat dan
mendidik masyarakat tentang isu-isu yang berkaitan sama ada aspek ekonomi,
politik dan agama. Penggunaan media secara berterusan dapat memberi kesan kepada
masyarakat, sama ada kesan yang positif mahupun negatif.
Kajian Faradillah (2015), telah mengenalpasti media mempunyai peranan yang
sangat besar dalam kehidupan seharian masyarakat bahkan masyarakat moden pada
hari ini hampir tidak mungkin terlepas daripada paparan media yang menyediakan
pelbagai maklumat (Errika 2011).Dari perspektif dakwah, penggunaan media massa
penting untuk membentuk kesedaran Islam dalam diri masyarakat. Mahasiswa Islam

2
merupakan kelompok yang menggunakan medium ini secara aktif, maka sepatutnya
mereka memanfaatkan medium ini sebaiknya untuk berdakwah.
Fauzan (2016), seperti yang dipetik dalam kajian Faradillah (2015),
menegaskan hakikatnya teknologi pada hari ini telah lama digunakan dalam Islam
sebagai bukti ketaatan kepada Allah sebagaimana kisah Nabi Nuh yang menggunakan
bahtera untuk belayar ke tempat yang lebih selamat. Manakala Nabi Daud pula
menggunakan teknologi besi dan pendekatan ini sebagai asbab untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Oleh itu, manusia pada hari ini perlu menggunakan segala
kecanggihan dalam teknologi komunikasi untuk membawa manusia lain lebih dekat
kepada Allah dan mentaati segala suruhan serta menjauhi segala larangan-Nya. Oleh
itu, penggunaan teknologi komunikasi maklumat merupakan pendekatan yang relevan
dalam dunia pendakwahan masa ini.
Umar & Samsudin (2010), seperti yang dipetik dalam kajian Faradillah (2015),
mengatakan masyarakat Islam pada hari ini menggunakan internet sebagai alat
mencari informasi berkaitan dengan isu-isu agama Islam. Selain itu, internet juga
dijadikan medan mempelajari lebih banyak ilmu berkaitan dengan Islam.
Kajian Faradillah (2015), telah mengenal pasti generasi muda pada hari ini
menggunakan blog sebagai medium untuk menyampaikan dakwah. Media sosial
merupakan medium yang tepat sebagai sarana dalam penyebaran dakwah Islam
dan persediaan awal dalam menghadapi perang pemikiran yang disebar oleh
golongan anti-Islam. Oleh itu masyarakat Islam seharusnya memanfaatkan
kemudahan teknologi komunikasi hari ini sebagai alternative baru untuk berdakwah
(Aminudin, 2018).
Zulkefli & S. Salahudin (2012), dalam kajian Faradillah (2015) menyatakan
dakwah yang berkesan memerlukan kaedah, cara, pendekatan atau strategi
penyampaian yang bersesuaian dengan golongan sasaran. Ini adalah kerana, hala
tuju dakwah adalah jelas iaitu membimbing manusia untuk mencapai kesejahteraan
di dunia dan akhirat melalui rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. Dakwah juga
mempunyai perkaitan dengan komunikasi dan dikenali sebagai komunikasi dakwah
atau komunikasi Islam.

Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini ia dilihat sebagai satu cabaran kepada para pendakwah untuk
mempelbagaikan kaedah dakwah yang menarik dan tepat kepada golongan muda dan
tua termasuk orang bukan Islam untuk berminat dengan ilmu agama melalui media
massa.
Oleh yang demikian, pengkaji telah menyenaraikan masalah berkaitan dakwah di
media massa termasuklah masalah segelintir masyarakat yang mencari ilmu agama
hanya di media massa dan meninggalkan talaqqi yang mana ianya secara jelas tidak
mencukupi syarat menuntut ilmu dan penyampaian ilmu agama yang salah secara
meluas di media massa.
Masalah yang pertama iaitu mencari maklumat ilmu agama hanya di media massa.
Hal ini sewajarnya tidak berlaku kerana menuntut ilmu itu sewajarnya dimulakan
dengan talaqqi dan media massa ini hanya dijadikan sebagai rujukan tambahan sahaja
bagi mengelakkan salah faham agama berlaku.

3
Masalah kedua ialah penyampaian ilmu agama yang salah secara meluas di media
massa. Penggunaan media massa secara meluas menjadikan maklumat yang ada
bercampur antara kebenaran dan kebatilan. Oleh itu, setiap orang perlu mempelajari
ilmu asas agama terlebih dahulu sebelum membaca dan menerima maklumat agama di
media massa.

Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan dakwah
melalui media massa. Oleh itu, disertakan demografi responden iaitu jantina, umur,
kuliyyah, tahun Pengajian dan status diri. Antara objektif kajian ini adalah seperti
berikut:
I. Mengenalpasti Tahap Kesedaran Mahasiswa Pengajian Islam Tentang
Kepentingan Dakwah Di Media Massa.
II. Mengenalpasti Tahap Keperluan Dakwah Di Media Massa Masa Kini
Mengikut Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam.
III. Mengenalpasti Tahap Keberkesanan Dakwah Melalui Media Massa Mengikut
Pandangan Mahasiswa Pengajian Islam.
Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
I. Apakah Tahap Kesedaran Mahasiswa Pengajian Islam Tentang Kepentingan
Dakwah Di Media Massa?
II. Apakah Tahap Keperluan Dakwah Di Media Massa Masa Kini Mengikut
Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam?
III. Apakah Tahap Keberkesanan Dakwah Melalui Media Massa Mengikut
Pandangan Mahasiswa Pengajian Islam?

Batasan Kajian
Pengkaji meletakkan batasan kajian untuk 100 orang responden dari mahasiswa
pengajian Islam UniSHAMS. Para responden ini telah menjawab item-item yang
diberikan dengan memilih jawapan menggunakan skala likert iaitu sangat setuju,setuju,
tidak pasti, tidak setuju atau sangat tidak setuju.

KAJIAN LITERATUR
Kajian literatur ini dilakukan untuk mengkaji objektif kajian ini mengenai tahap
kesedaran, keperluan dan keberkesanan dakwah melalui media massa menurut persepsi
mahasiswa khususnya di UniSHAMS.

Kesedaran dakwah melalui media massa menurut persepsi mahasiswa


Menurut Faradillah Iqmar Omar et.al (2015), ramai pengguna internet terutama
mahasiswa mendapat kesedaran untuk menyertai program dakwah yang terdapat di

4
media massa. Media dan komunikasi saling berhubung dalam usaha untuk
menyampaikan sesuatu perkara dan media massa juga digunakan sebagai penyebaran
maklumat dan komunikasi semata-mata. Walaupun demikian, peranan media massa
kini bertambah kerana ramai yang menggunakannya sebagai sumber hiburan dan
perkara ini juga tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh mahasiswa. Kini media massa
dapat digunakan sebagai medium menyebarkan dakwah dan perkara ini dapat
membantu mahasiswa untuk mendalami ilmu agama.
Mahasiswa dan seluruh umat islam perlu sedar dan mengambil inisiatif melalui
teknologi ini seperti menyebarkan dakwah islam melalui media massa, menambah
pengetahuan yang lebih mendalam mengenai agama, budaya dan sebagainya (Earnie
Elmie Hilmi 2014). Justeru itu, dengan menggunakan teknologi masa kini seperti media
massa juga dapat memahami pembelajaran ilmu agama dan dapat mempraktikannya
dalam kehidupan seharian.
Menurut A.Rauf Ridzuan et.al (2015), ramai yang mengatakan bahawa dakwah
pada media massa adalah merupakan salah satu alat yang paling berkesan dan berguna
kerana dakwah melalui media massa adalah cara yang paling mudah dan senang untuk
disampaikan menerusi alam maya. Oleh yang demikian, ini juga merupakan salah satu
bentuk usaha yang dapat digunakan untuk menarik orang ramai terutamanya golongan
muda seperti mahasiswa ke arah mendalami agama islam. Maka dengan bantuan media
massa ini, akan menjadi lebih mudah dan dapat disebar dengan pantas serta dapat
diperlihatkan kepada pengguna media massa.
Oleh itu kewujudan internet dan juga media massa merupakan alat perantaraan
bagi penyebaran dakwah dalam kalangan mahasiswa mahupun orang ramai. Perkara
tersebut dapat dilakukan kerana sejak laman web ini digunakan setiap hari, pengguna
laman sosial tak kira orang Islam dan orang bukan Islam, kedua-duanya turut
mendapatkan mesej harian dakwah yang akhirnya berguna untuk mereka. Maka
gunakanlah medium ini dengan sebaiknya.

Keperluan dakwah melalui media massa mengikut persepsi mahasiswa.


Menurut Faradillah Iqmar Omar (2015), pada zaman moden yang serba canggih
ini, masyarakat menyedari bahawa penyebaran dakwah di media massa merupakan satu
keperluan. Dakwah pada hari ini memerlukan pendekatan yang lebih interaktif sesuai
dengan peredaran dunia teknologi yang lebih maju tidak kira masa mahupun tempat
dalam menjalankan usaha menyebarksn dakwah yang lebih dinamis dan optimis. Maka
dengan itu, pendekatan dakwah itu perlu sejajar dengan bentuk penerimaan masyarakat
hari ini yang memerlukan mekanisme baru dalam penerimaan maklumat.
Para pendakwah haruslah pandai menggunakan kemudahan yang sedia ada pada
hari ini dalam usaha mengembangkan dakwah kepada orang ramai (Noor Azaian et.al
2017). Hal ini kerana cara ini adalah sangat efektif untuk dipraktikan dalam konsep
penyebaran dakwah mengunakan teknologi internet dan media massa kerana dapat
berkomunikasi dengan golongan sasaran dengan lebih rapat dan mesra.
Menurut Azizan Had (2014) media massa adalah penting hal ini kerana
kepentingannya sebagai satu media utama sejak alaf baru menggantikan media
terdahulu seperti media cetak iaitu akhbar dan majalah sebagai sumber rujukan ilmu

5
dan pengetahuan dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa zaman ini.
Malahan ramai juga yang beranggapan bahawa internet sebagai suatu media utama
yang tidak boleh disekat dapat mengundang suatu ancaman kepada perkembangan
dakwah dimana penyebaran berita secara meluas ini menyebabkan pendakwah sukar
untuk menangani gejala penyebaran beritanya yang membawa dua kesan iaitu baik dan
buruk.
Oleh yang demikian, masyarakat terutamanya mahasiswa harus benar-benar
memahami maklumat yang disampaikan oleh pendakwah tersebut sebelum
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian meraka.

Keberkesanan dakwah melalui media massa mengikut persepsi mahasiswa.


Media merupakan faktor penting dalam proses komunikasi termasuk
komunikasi Islam sebagai saluran untuk menyebarkan dakwah dan ini merupakan
sebuah kesan baik pada pengguna media massa. Menurut Noradilah Abdul Wahab et.al
(2019), dakwah yang berkesan memerlukan kaedah atau suatu teknik penyampaian
yang sesuai dengan golongan sasaran dan hala tuju dakwah adalah jelas iaitu
membimbing manusia melakukan perintah yang diturunkan oleh Allah kepada
hambaNya.
Menurut Najidah Zakariya dan Abu Dardaa Mohamad (2013) pengunaan media
massa amat membantu dalam usaha memperkembangkan Islam di Malaysia dan
melalui medium ini mesej mengenai dakwah Islam dapat disampaikan dengan lebih
berkesan kerana kehidupan masyarakat terutama golongan muda seperti mahasiwa
pada masa kini banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat yang begitu canggih ini.
Menurut Abd Hadi Borham (2018), kesan daripada komunikasi internet atau
media baharu terhadap individu boleh dilihat kepada tiga iaitu emosi, tingkah laku dan
fikiran yang mendorong kepada perubahan habit terhadap pendedahan maklumat yang
diperolehi serta perubahan tingkah laku dan sikap dapat dilihat kepada tiga tahap iaitu:
I. Tahap pertama: Terdapat tiga faktor penentu iaitu sumber, maklumat
dan sifat-sifat individu.
II. Tahap kedua: Proses pengamatan dan pemahaman sebelum menerima
sepenuhnya tahap pertama
III. Tahap ketiga: Penerimaan yang berkesan akan menghasilkan
perubahan sikap dalam bentuk perubahan pendapat, persepsi, kesan dan
tindakan.
Menurut Sharifah Nora Othman (2018), kesan terhadap individu melalui
pendekatan dakwah berlaku apabila seseorang individu mampu menjalankan
tanggungjawab dengan baik dan juga dakwah yang disebarkan dapat menunjukkan
jalan yang lurus kepada manusia untuk sentiasa melakukan perintah Allah mengikut
cara yang betul. Justeru, dengan dakwah juga dapat menyeru manusia melakukan
kebaikan dan menjauhi keburukan yang akan mendatangkan kemudaratan kepada diri
sendiri mahupun orang lain. Oleh itu, media massa sangat memberi kesan dalam isu
penyebaran dakwah.
Kesimpulan dari kajian literatur ini adalah dakwah pada masa ini tidak terhad kepada
penyampaian secara langsung atau bersemuka, tetapi boleh juga dilakukan di ruang

6
maya seperti interaksi melalui laman media sosial. Justeru itu media massa dianggap
sebagai medium terpantas untuk menyebarkan sesuatu mesej dan berdakwah kerana ia
boleh mencapai jutaan pembaca dan penonton. Malahan tidak semua maklumat yang
diberikan adalah tidak benar tetapi ada juga berita dan maklumat yang boleh dipercayai
kerana disampaikan oleh orang tertentu atau yang mempunyai pengalaman dalam
bidang tersebut.

METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian penting untuk memastikan kajian dapat dijalankan dengan tersusun
dan lancar bagi menyumbang kepada kejayaan memperolehi data-data yang diperlukan.
Metodologi kajian ini meliputi beberapa perkara, iaitu reka bentuk kajian, sampel
kajian, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan dan juga interpretasi skor min.

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah
tinjauan deskriptif bagi mendapatkan persepsi pelajar tentang keberkesanan dakwah
melalui media massa dalam kalangan mahasiswa UniSHAMS. Kaedah tinjauan ini
merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang. Kaedah
kuantitatif ini membolehkan sesuatu data dapat dikumpulkan dan dianalisis untuk
menghasilkan maklumat dan pengetahuan tentang pendapat, sikap dan amalan (Gall,
M, Gall J.P dan Borg, 2007). Kaedah ini dipilih kerana ia merupakan kaedah yang
paling mudah dan murah serta menjimatkan masa.

Populasi dan Sampel Kajian


Kepentingan pengenalpastian sesuatu populasi kajian amat penting dalam sesuatu
penyelidikan. Populasi dapat menentukan ruang lingkup bidang kajian yang hendak
dikaji dan skop masalah yang perlu dikaji. Populasi responden kajian ini adalah seramai
230 orang pelajar yang mengambil subjek Metodologi Penyelidikan bagi pelajar Tahun
1 hingga Tahun 4 yang terdiri daripada pelbagai bidang pengajian Islam di Universiti
Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Hanya
seramai 144 orang pelajar sahaja yang dipilih secara rawak mudah daripada bilangan
populasi seramai 230 orang pelajar. Penentuan bagi saiz sampel kajian ini ditentukan
mengikut jadual penentuan saiz sampel daripada Krejcie dan Morgan (1970). Data yang
telah dikumpulkan di kod, di rekod dan dianalisis dengan menggunakan program
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 untuk mendapatkan skor min
bagi setiap aspek yang dinilai.

Instrumen Kajian
Borang soal selidik kajian ini telah diadaptasi daripada borang soal selidik kajian
“Keberkesanan Media Elektronik Sebagai Medium Dakwah : Kajian Persepsi
Mahasiswa IPT Di Bahagian Kuching” dan juga borang soal selidik kajian “Keperluan

7
dan Penerimaan Dakwah” yang dijalankan oleh Susanti Iskandar. Instrumen kajian ini
dilihat daripada tiga aspek, iaitu yang pertama kesedaran mahasiswa tentang
kepentingan dakwah di media massa, yang kedua keperluan dakwah di media massa
masa kini dan yang ketiga keberkesanan dakwah melalui media massa.
Instrumen kajian ini juga telah diubah suai dari segi struktur ayat supaya ianya
bersesuaian dengan situasi dalam kajian ini. Kaedah skala lima likert telah diguna pakai
sebagai pilihan jawapan daripada responden kajian bagi mengenal pasti pandangan
mereka tentang keberkesanan dakwah melalui media massa. Skala lima likert ini juga
digunakan bagi memudahkan pengkaji mengenal pasti persepsi dan penilaian
responden terhadap item-item yang dirasakan sesuai. Jadual 1.1 berikut menunjukkan
skor penilaian skala likert yang digunakan bagi bahagian ini:

Jadual 1.1
Skor Skala Likert
Pernyataan Skor
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Kebolehpercayaan Instrumen
Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) instrumen bagi kajian ini,
pengkaji telah menjalankan analisis kebolehpercayaan. Nilai pekali kebolehpercayaan
yang diperoleh dibandingkan dengan Jadual Nilai Kebolehpercayaan seperti jadual 1.2
bagi mengenal pasti item yang memerlukan penambahbaikan, pengubahsuaian atau
disingkirkan daripada instrumen.
Jadual 1.2
Nilai Kebolehpercayaan
Pekali kebolehpercayaan Tahap kebolehpercayaan
.90 dan ke atas Amat baik
.80-.89 Baik
.60-.79 Sederhana
.40-.59 Diragui
.00-.39 Ditolak

Analisis kebolehpercayaan instrumen kajian ini menunjukkan nilai alpha cronbach


ialah .959. Ini menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach
bagi kajian ini adalah amat baik dan mempunyai ketekalan dalaman yang melebihi .70.
Oleh itu, instrumen kajian ini sesuai digunakan untuk kajian yang sebenar.

8
Interpretasi Skor Min
Tafsiran nilai min untuk kajian ini adalah berasaskan kepada 5 skala likert. Jadual
skala 5 ditunjukkan seperti jadual 1.3
Jadual 1.3
Jadual Skala 5
Skala Pemberat min skala interval Persamaan deskriptif min
5 4.21 - 5.00 Sangat tinggi
4 3.41 - 4.20 Tinggi
3 2.61 - 3.40 Sederhana
2 1.81 - 2.60 Rendah
1 1.00 - 1.80 Sangat rendah

DAPATAN KAJIAN

Profil Responden

Kajian tinjauan ini melibatkan 144 orang responden yang terdiri daripada 41 orang
lelaki (28.5%) dan 103 orang responden perempuan ( 71.5%). Majoriti responden
adalah daripada kaum perempuan. (Rujuk Jadual 2.1)

Jadual 2.1
Profil Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus


Lelaki 41 28.5
Perempuan 103 71.5
Jumlah 144 100.0

Rajah menunjukkan umur responden yang terdiri daripada 18 sehingga 27 Tahun ke


atas dibahagikan mengikut empat peringkat umur . Peringkat pertama responden yang
berumur 18 hingga 20 tahun adalah paling sedikit seramai 5 orang(3.5%). Peringkat
kedua 21 hingga 23 tahun adalah paling ramai iaitu 107 orang (74.3%). Peringkat ketiga
berumur 24 hingga 26 tahun seramai 24 orang (16.7%). Dan peringkat terakhir 27 tahun
ke atas iaitu 8 orang (5.6%). (Rujuk Jadual 2.2)

Jadual 2.2
Profil Responden mengikut Kategori Umur

Umur Bilangan Peratus

9
18-20 Tahun 5 3.5
21-23 Tahun 107 74.3
24-26 Tahun 24 16.7
27 Tahun ke atas 8 5.6
Jumlah 144 100.0

Kajian ini dilakukan khusus buat mahasiswa pengajian Islam UniSHAMS. Oleh itu
hasil mendapati mahasiswa kuliyyah Syariah dan undang-undang adalah majoriti
responden iaitu seramai 74 orang (51.4%). Yang kedua adalah kuliyyah Usuluddin dan
Sains Al-quran seramai 45 orang (31.3%). Yang ketiga kuliyyah Bahasa Arab seramai
16 orang (11.1%). Manakala lain-lain terdiri daripada kuliyyah KMS, Cifer dan
Kulinari seramai 9 orang (6.3%). (Rujuk Jadual 2.3)

Jadual 2.3
Profil Responden mengikut Kuliyyah

Kuliyyah Bilangan Peratus


Syariah dan Undang-undang 74 51.4

Usuluddin Dan Sains Al- 45 31.3


Quran
Bahasa Arab 16 11.1
Lain-lain 9 6.3
Jumlah 144 100.0

Kajian mendapati majoriti responden adalah merupakan mahasiswa tahun akhir (tahun
4) iaitu seramai 108 orang (75.0%). Yang kedua adalah mahasiswa tahun 3 iaitu seramai
18 orang (12.5%). Mahasiswa tahun 3 seramai 15 orang (10.4%). Manakala mahasiswa
tahun 1 seramai 3 orang (2.1%). ( Rujuk Jadual 2.4)

Jadual 2.4
Profil Responden mengikut Tahun Pengajian

Tahun Pengajian Bilangan Peratus


Tahun 1 3 2.1
Tahun 2 15 10.4
Tahun 3 18 12.5
Tahun 4 108 75.0
Jumlah 144 100.0

10
Kajian mendapati seramai 134 orang responden adalah berstatus bujang (93.1%) dan
10 orang responden telah berkahwin ( 6.9%). (Rujuk Jadual 2.5)

Jadual 2.5
Profil Responden mengikut Status

Status Bilangan Peratus


Berkahwin 10 6.9
Bujang 134 93.1
Jumlah 144 100.0

Analisis Tahap setiap item

Tahap kesedaran dakwah dalam kalangan mahasiswa UniSHAMS


Jadual 2.6 menunjukkan skor min bagi tahap kesedaran dakwah dalam kalangan
mahasiswa yang mengikuti program pengajian di UniSHAMS. Daripada jadual
didapati bahawa keseluruhan item tersebut berada pada tahap tinggi (min : 4.06). Item
B10 iaitu mempelajari ilmu agama tidak cukup jika hanya berpegang pada maklumat
di media sosial yang memperoleh min tertinggi, sebanyak 4.51. Item B3 iaitu saya suka
melanggan naskah berkaitan islam merupakan item yang paling rendah nilai min, iaitu
3.37, yang berada pada tahap sederhana. Rumusannya, tahap kesedaran dakwah dalam
kalangan mahasiswa yang mengikuti program pengajian di UniSHAMS adalah sangat
tinggi.
Antara kesedaran dakwah dalam kalangan mahasiswa di UniSHAMS ialah
mempelajari ilmu agama tidak cukup jika hanya berpegang pada maklumat di media
sosial, dakwah di media massa perlu didasari dengan niat yang betul, saya merasakan
program agama lebih baik berbanding program hiburan, penyampaian dakwah haruslah
tersusun secara sistematik dan saya merasakan pendekatan dakwah di media massa
adalah bersesuaian dengan zaman kini.

Jadual 2.6
Tahap kesedaran dakwah dalam kalangan mahasiswa UniSHAMS
Bil Item Min SP Tahap

1 B10. Mempelajari ilmu agama tidak 4.51 .793 Sangat


cukup jika hanya berpegang pada Tinggi
maklumat di media sosial.
2 B8. Dakwah di media massa perlu 4.39 .785 Sangat
didasari dengan niat yang betul. Tinggi

11
3 B9. Saya merasakan program agama lebih 4.31 .857 Sangat
baik berbanding program hiburan. Tinggi

4 B7. Penyampaian dakwah haruslah 4.31 .822 Sangat


tersusun secara sistematik. Tinggi

5 B4. Saya merasakan pendekatan dakwah 4.16 .951 Tinggi


di media massa adalah bersesuaian
dengan zaman kini.

6 B6. Mahasiswa perlu mengambil peluang 4.13 .750 Tinggi


menyampaikan ilmu agama di media
massa.
7 B5. Program yang saya minati adalah 4.06 .768 Tinggi
berunsurkan hukum hakam islam.

8 B1. Saya berpendapat media massa sesuai 3.97 1.013 Tinggi


dijadikan alat mencari maklumat
berkaitan agama.

9 B2. Saya kerap pergi ke surau untuk 3.39 .894 Sederhana


menghadiri kuliah agama.

10 B3. Saya suka melanggan naskah 3.37 .930 Sederhana


berkaitan islam.

Tahap keperluan dakwah dalam kalangan mahasiswa UniSHAMS


Jadual 2.7 menunjukkan skor min bagi tahap keperluan dakwah dalam kalangan
mahasiswa yang mengikuti program pengajian di UniSHAMS. Daripada jadual
didapati bahawa item pada keseluruhannya berada pada tahap tinggi (min : 3.935) .
Item C1 iaitu saya lebih gemar mempelajari agama islam secara berhadapan dengan
guru yang memperoleh min tertinggi, sebanyak 4.51. Item C3 iaitu pengacara remaja
lebih sesuai untuk mengendali rancangan agama merupakan item yang paling rendah
nilai min, iaitu 3.28, yang berada di tahap sederhana. Rumusannya, tahap keperluan
dakwah dalam kalangan mahasiswa yang mengikuti program pengajian di UniSHAMS
adalah sangat tinggi.
Antara keperluan dakwah dalam kalangan mahasiswa di UniSHAMS ialah :
i. Saya lebih gemar mempelajari agama islam secara berhadapan dengan guru.
ii. Dakwah merupakan satu medan utama untuk memahami agama.
iii. Rancangan agama di internet perlu menyentuh isu-isu remaja masa kini.
iv. Hiburan berunsurkan keagamaan perlu diselitkan dalam setiap program.
v. Ramai kawan saya yang mempunyai ilmu agama yang mendalam.

12
Jadual 2.7
Tahap keperluan dakwah dalam kalangan mahasiswa UniSHAMS
Bil Item Min SP Tahap

1 C1. Saya lebih gemar mempelajari agama 4.51 .793 Sangat Tinggi
islam secara berhadapan dengan guru.
2 C10. Dakwah merupakan satu medan 4.31 .771 Sangat Tinggi
utama untuk memahami agama.
3 C5. Rancangan agama di internet perlu 4.24 .924 Sangat Tinggi
menyentuh isu-isu remaja masa kini.
4 C4. Hiburan berunsurkan keagamaan 4.17 .901 Tinggi
perlu diselitkan dalam setiap program.
5 C2. Ramai kawan saya yang mempunyai 4.01 .729 Tinggi
ilmu agama yang mendalam.
6 C6. Saya berpendapat pendakwah di 3.99 .881 Tinggi
media massa lebih menarik minat
seseorang untuk mendekati dakwah
7 C8. Saya banyak mengikuti pendakwah di 3.81 .895 Tinggi
media massa.
8 C9. Saya lebih suka berdakwah dengan 3.56 .898 Tinggi
kaedah penulisan.
9 C7. Saya lebih selesa menggunakan 3.47 1.017 Tinggi
media massa sebagai rujukan agama.
10 C3. Pengacara remaja lebih sesuai untuk 3.28 .980 Sederhana
mengendali rancangan agama.

Tahap keberkesanan dakwah dalam kalangan mahasiswa UniSHAMS


Jadual 2.8 menunjukkan skor min bagi tahap keberkesanan dakwah dalam kalangan
mahasiswa yang mengikuti program pengajian di UniSHAMS. Daripada jadual
didapati bahawa perkiraan min pada item tersebut secara keseluruhannya berada pada
tahap tinggi (min : 4.123). Item D5 iaitu penyampaian dakwah yang lebih padat dan
mudah difahami adalah lebih disukai yang memperoleh min tertinggi, sebanyak 4.31.
Item D7 iaitu kefahaman ilmu seseorang banyak dipengaruhi oleh media massa
merupakan item yang paling rendah nilai min, iaitu 3.81, yang berada pada tahap tinggi.
Rumusannya, tahap keberkesanan dakwah dalam kalangan mahasiswa yang mengikuti
program pengajian di UniSHAMS adalah sangat tinggi.
Antara keberkesanan dakwah dalam kalangan mahasiswa di UniSHAMS adalah :
1) Penyampaian dakwah yang lebih padat dan mudah difahami adalah lebih
disukai.
13
2) Saya termotivasi untuk melakukan perubahan diri selepas mengikuti ceramah
agama.
3) Kandungan video di media sosial saya lebih cenderung kepada unsur agama.
4) Saya dapat merasakan keindahan islam setelah menyertai program dakwah.
5) Dakwah melalui percakapan (video) adalah lebih efektif.

Jadual 2.8
Tahap keberkesanan dakwah dalam kalangan mahasiswa UniSHAMS
Bil Item Min SP Tahap

1 D5. Penyampaian dakwah yang lebih 4.31 .813 Sangat Tinggi


padat dan mudah difahami adalah lebih
disukai.
2 D3. Saya termotivasi untuk melakukan 4.23 .726 Sangat Tinggi
perubahan diri selepas mengikuti
ceramah agama.

3 D9. Kandungan video di media sosial 4.23 .755 Sangat Tinggi


saya lebih cenderung kepada unsur
agama.
4 D4. Saya dapat merasakan keindahan 4.21 .818 Sangat Tinggi
islam setelah menyertai program dakwah.

5 D6. Dakwah melalui percakapan (video) 4.19 .861 Tinggi


adalah lebih efektif.

6 D8. Media massa boleh menjadi asbab 4.18 .958 Tinggi


menjadi asbab kita ke syurga atau neraka.

7 D1. Saya memperolehi banyak maklumat 4.10 .922 Tinggi


mengenai islam melalui media massa.

8 D2. Ilmu agama yang diperolehi di media 4.07 .781 Tinggi


massa menjadikan saya lebih
berpengetahuan.
9 D10. Dengan berdakwah saya mampu 3.90 .842 Tinggi
meningkatkan ilmu yang di pelajari.

10 D7. Kefahaman ilmu seseorang banyak 3.81 .908 Tinggi


dipengaruhi oleh media massa.

14
RUMUSAN

Kesimpulannya, bagi pengkaji mencapai objektif yang pertama iaitu mengenal


pasti tahap kesedaran mahasiswa pengajian Islam UniSHAMS tentang kepentingan
dakwah di media massa, analisis deskriptif min dijalankan. Hasil kajian yang telah pun
dibuat mendapati tahap kesedaran dakwah dalam kalangan mahasiswa pengajian Islam
UniSHAMS adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min 4.06. Hal ini adalah
kerana responden soal selidik ini adalah ditujukan khas buat mahasiswa pengajian Islam
UniSHAMS yang sudah pastinya mempunyai semangat dakwah dan pengetahuan
agama yang luas untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan mahupun di media
massa.

Seterusnya, bagi objektif kedua pula iaitu mengenal pasti tahap keperluan
dakwah di media massa masa kini dalam kalangan mahasiswa pengajian Islam
UniSHAMS mendapati tahap keperluan dakwah di media massa masa kini juga berada
pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.935. Ini menunjukkan bahawa
responden bersetuju bahawa dakwah di media massa merupakan satu keperluan.
Tambahan pula di era modenisasi ini ramai masyarakat yang menggunakan Internet
sebagai rujukan atau mencari ilmu agama yang tidak mereka ketahui. Pastinya dengan
adanya dakwah dari para penyampai yang dipercayai ini membantu supaya masyarakat
tidak mendapat ilmu atau maklumat agama yang salah.

Dalam pada itu, bagi mencapai objektif yang ketiga iaitu mengenal pasti tahap
keberkesanan dakwah melalui media massa mengikut pandangan mahasiswa pengajian
Islam di UniSHAMS, analisis deskriptif min juga dijalankan dan didapati bahawa tahap
keberkesanan dakwah berada pada tahap yang tinggi iaitu nilai min sebanyak 4.123.
Kajian Noradilah Abdul Wahab et. al., (2019) menyatakan bahawa dakwah yang
berkesan memerlukan kaedah atau suatu teknik penyampaian yang sesuai dengan
golongan sasaran dan hala tuju dakwah adalah jelas iaitu membimbing manusia
melakukan perintah yang diturunkan oleh Allah kepada hambaNya. Melalui hasil
kajian ini, jelaslah membuktikan bahawa responden bersetuju bahawa dakwah di media
massa adalah berkesan pada masa kini.

Hasil daripada dapatan kajian yang telah dilaksanakan melalui dapatan data
daripada edaran soal selidik, masih terdapat beberapa perkara yang menjadi isu
terhadap keberkesanan dakwah melalui media sosial menurut persepsi mahasiswa
pengajian Islam di UniSHAMS. Kajian ini hanya dijalankan di UniSHAMS yang
merupakan responden utama. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan agar
ruang lingkup kajian ini dapat diperluas dan ditambah baik lagi dengan mengambil kira
beberapa isu antaranya ialah yang pertama dengan memperluaskan lagi skop populasi
kajian untuk melibatkan penglibatan dari pelbagai universiti dalam soal selidik dan
melihat respon mereka terhadap kajian yang dilaksanakan. Kajian ini sebenarnya
hanyalah berfokuskan kepada keberkesanan dakwah melalui medium media massa
menurut persepsi mahasiswa Pengajian Islam di UniSHAMS. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan agar kajian lanjut diadakan.

Adalah dicadangkan juga supaya kajian lanjut diadakan untuk mengenalpasti


perbezaan persepsi mahasiswa pengajian Islam UniSHAMS mengenai keberkesanan

15
dakwah di media sosial mengikut gender. Seterusnya, kajian lanjut dengan melihat
hubungan antara kesedaran mahasiswa pengajian Islam tentang kepentingan dakwah di
media massa dan keberkesanan dakwah melalui media massa.

RUJUKAN
1. Gall, M., Gall, J.P., & Borg, W. (2007). The Nature Of Educational Research.
Educational Research : An Introduction. Pearson. Di rujuk pada 1 Oktober 2021
dicapai daripada laman
https://www.researchgate.net/publication/232559864-Educational-Research-An-
Introduction
2. Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research
Activities. Educational and Psychological Measurement, 30 (3), 607-610. Dirujuk pada
1 Oktober 2021 dicapai daripada laman
https://www.researchgate.net/publication/349118299-Sample-SizeDetermination-
Using-Krejcie-and-Morgan-Table

3. Noor Azaian Binti Abdul Talib, Mohd Yusof Abdullah & Mohd Azul Mohamad
Salleh. (2017). Cabaran Dakwah Islam Di Alam Siber. Univeristi Kebangsaan
Malaysia. Dirujuk pada 20 September 2021 dicapai daripada laman
https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/22742
4. Rohana Zakaria dan Muhammad Faisal (2018). Pola Agama Dalam Penggunaan
Instagram Di Kalangan Mahasiswa. Dirujuk pada 10 Ogos 2021 dicapai daripada
laman
http://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-
content/uploads/2018/09/11.1.2_01-1-1.pdf
5. Faradillah Iqmar Omar. (2015). Hubungan Penggunaan Media Sosial Dan
Penerimaan Mesej Dakwah. Dirujuk pada 10 Ogos 2021 dicapai daripada laman
https://www.researchgate.net/publication/290226124_HUBUNGAN_PENGGUNAA
N_MEDIA_SOSIAL_DAN_PENERIMAAN_MESEJ_DAKWAH
6. Faradillah Iqmar Omar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. (2015).
Penerimaan Media Sosial Sebagai Medium Dakwah Dalam Kalangan Mahasiswa
KUIS. Kolej Universiti Islam Selangor. Dirujuk pada 15 Ogos 2021 dicapai daripada
laman
https://jmm.kuis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/84
7. Earnie Elmie Binti Hilmi. (2014). Peranan Tekno Daie Dalam Berdakwah Di Era
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Universiti Malaysia Sabah. Dirujuk pada 15
Ogos 2021 dicapai daripada laman

16
http://www.ukm.my/rsde/wp-content/uploads/2014/11/23-PERANAN-TEKNO-
DAIE-DALAM-BERDAKWAH-DI-ERA-TEKNOLOGI-MAKLUMAT-DAN-
KOMUNIKASI-ICT.pdf
8. Najidah Zakaria dan Abu Dardaa Mohamad. (2013). Media Sebagai Wasilah
Dakwah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dirujuk pada 20 Ogos 2021 dicapai
daripada laman
http://journalarticle.ukm.my/6771/
9. Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhamad & Mohd Sani Ismail. (2019). Media
Sosial Sebagai Medium Dakwah Masa Kini. Universiti Sultan Zainal Abidin. Dirujuk
pada 27 Ogos 2021 dicapai daripada laman
https://www.researchgate.net/publication/340861392_MEDIA_SOSIAL_SEBAGAI_
MEDIUM_DAKWAH_MASA_KINI_SOCIAL_MEDIA_AS_A_MEDIUM_DAKW
AH_NOWADAYS_1_NORADILAH_ABDUL_WAHAB
10. Azizan Had. (2014). Dakwah Melalui Internet Di Malaysia:Masalah Dan Cabaran.
Univeristi Malaysia Sabah. Dirujuk pada 28 Ogos 2021 dicapai daripada laman
http://www.ukm.my/rsde/wp-content/uploads/2014/11/32-Dakwah-internet.pdf
11. A.Rauf Ridzuan, Salahudin Suyurno, Rusydi Kamal, Fakrulnizam Jafri, Dzaa Imma
Abd Latif, Siti Nurshahidah. (2015). Keberkesanan Dakwah Melalui Laman Jaringan
Sosial Dalam Membentuk Masyarakat Islam. Dirujuk pada 3 September 2021 dicapai
daripada laman
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16670/
12. Abd Hadi Borham. (2018). Media Baharu dan Impak Terhadap Dakwah. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Dirujuk pada 7 September 2021 dicapai daripada laman
https://www.researchgate.net/publication/330000326_Media_Baharu_dan_Impak_Ter
hadap_Dakwah
13. Sharifah Nora Othman. (2018). Dakwah Alam Siber Rentas Sempadan. Dirujuk
pada 10 September 2021 dicapai daripada laman
https://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/Research8.pdf

17

You might also like