You are on page 1of 3

Nama pelajar : MUHAMMAD SYAHMI BIN ROSLAN

Program : PISMP

Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2018 / PENDIDIKAN JASMANI

Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA

Fasa Praktikum :2

Minggu Praktikum :9

Tarikh : 3.09.2021

Tajuk : MASALAH MURID MASUK LEWAT DALAM


GOOGLE MEET

Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal

 Isu Yang Difokuskan :

Sehingga pada hari ini kebanyakan murid kerap kali masuk lewat dalam kelas segerak
menggunakan platform google meet iaitu sekitar 10-15 minit.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Antara punca yang menyebabkan murid masuk lewat adalah kerana kelewatan murid
bangun mempersiapkan diri dan alatan untuk menghadiri kelas, selain daripada faktor
jaringan internet lemah dan gajet yang kurang dari segi prestasi spesifikasinya. Hal ini
sedikit sebanyak mengganggu kelancaran perjalanan kelas kerana ketika guru membuat
penerangan slide, guru perlu kembali semula ke muka hadapan google meet untuk
menerima permintaan murid untuk memasuki kelas google meet.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Aziz (2007), dalam penulisannya mengenai masalah disiplin pelajar, beliau
menyatakan bahawa antara masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng dan hadir
lewat ke sekolah.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah saya lakukan, saya mencadangkan beberapa
alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut, antaranya ialah :

1) memberi penghargaan dengan kata-kata yang positif kepada murid yang masuk awal ke
dalam kelas.
2) memberi pautan google meet 15 minit lebih awal dan memasang papar muka interaktif
yang menarik perhatian murid.
3) bertanya kepada murid yang hadir lewat bagaimana masalah yang dia hadapi boleh
diselesaikan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 MINGGU iaitu sehingga 18 September 2021

6. Tindakan Susulan :

Saya telah menjalankan tindakan untuk memberikan kata-kata yang positif kepada murid-
murid yang masuk awal ke dalam kelas. Selain itu, saya juga membina video interaktif
dengan tulisan “selamat datang, kelas cikgu syahmi akan bermula sebentar lagi” dan
menyambut mereka dengan penuh kemesraan. Sehubungan itu, saya juga ada berbual dan
bertanya kepada murid yang datang lewat ke sekolah tentang masalah yang dihadapinya
untuk hadir ke dalam kelas segerak.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

18 September 2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


10. Rujukan :

Mohd Hafizi (2008), Gejala pelajar datang lewat ke sekolah pelajar tingkatan 4 di sebuah
sekolah dalam daerah Bera, satu kajian kes, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

You might also like