You are on page 1of 2

 

 
JURNAL PRAKTIKUM
   
  Nama Pelajar : NUR SYAHIRA BT. ABDULLAH
  No Kad Pengenalan : 001120011850
  Program : PISMP
  Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2020/ PENDIDIKAN ISLAM 2
  Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN LEREH
  Minggu Praktikum :1
  Tarikh : 12-08-2022
  Tajuk : MASALAH PENGURUSAN MASA
  Kategori : Lain-Lain
  Pensyarah Penyelia : AZMAN B KANIL@KONIL
  Guru Pembimbing : SITI NORHASLINI BT. HASHIM

   
 
1. Isu Yang Difokuskan :

Pada 12 Ogos 2022 saya telah menghadapi masalah pengurusan masa semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas 2 Zuhal. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berlangsung seperti yang dirancang dalam
rancangan pengajaran harian yang menyebabkan aktiviti yang telah dirancan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal
ini menimbulkan masalah bagi guru untuk memastikan murid mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan pada hari tersebut.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Masalah pengurusan masa ini berpunca daripada saya yang masih mempunyai masalah untuk menentukan aktiviti yang sesuai
untuk dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga menghadapi cabaran dalam membina rancangan
pengajaran harian dimana saya sukar untuk menentukan bahan bantu mengajar dan kaedah pengajaran terkini yang sesuai dan
tidak melibatkan masa yang banyak. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti
perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan.
Kesan terhadap isu yang berlaku ini akan menyebabkan murid kurang mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan pada
hari tersebut kerana masa yang diperuntukkan untuk mencapai objektif tersebut tidak mencukupi. Dengan ini, murid tidak dapat
menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Good, 1973 " pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka
masa yang panjang untuk memberi masa bagi aktiviti kuliah, belajar, rehat, riadah, dan tanggungjawab".

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
a) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.
b) Saya akan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan
perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.
c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan
rakan-rakan guru pelatih.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu pada pengajaran dan pembelajaran akan datang saya akan lebih bijak dalam
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di dalam kelas mengikut masa yang ditetapkan.
Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah
ini tidak diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

17-08-2022

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak
yang positif, ini dapat dilihat melalui kecukupan masa untuk mengajar seperti yang saya telah rancang pada rancangan
pengajaran harian dimulakan dengan muqaddimah sehingga penutup. Selain itu, didapati seramai 90% murid dapat menguasai
objektif pengajaran yang ditetapkan kerana guru melaksanakan semua aktiviti yang dirancang bagi membolehkan murid
menguasai objektif pembelajaran pada hari tersebut.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya merasa berpuas hati dengan pengurusan masa yang telah saya perbaiki untuk mengajar. Dengan ini, murid tiada masalah
lagi untuk mencapai objektif pembelajaran kerana masa yang dirancang oleh guru dalam rancangan pengajaran harian sepatutnya
membolehkan murid mencapai objektif pengajaran.

Rujukan :

Good. C.K. (ed). Dictionary ofEducation. New York: Macgraw Hill.

You might also like