You are on page 1of 3

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum: 3

Bilangan Jurnal: Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27/9/2020

Tajuk Jurnal : Sesi Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Tidak Dapat Diselesaikan
Dalam Masa Yang Ditetapkan

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

Saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina di kelas 4B. Saya mendapati
bahawa masa pelaksanaan kadang kala melebihi daripada masa perancangan yang
ditetapkan semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dijalankan.
Pengurusan masa yang kurang efektif ini menyebabkan langkah seterusnya tidak dapat
dijalankan dengan lancar seperti yang telah dirancang seperti pembentangan hasil setiap
kumpulan dikurangkan kepada 1 atau 2 kumpulan sahaja atau murid tidak dapat selesaikan
perbincangan sebelum PdPc tamat.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :

Punca sesi PdPc tidak dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang ditetapkan hasil daripada
analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah murid kurang bersedia untuk
mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran, mungkin disebabkan kurang
pengalaman sedia ada dalam set induksi atau pengenalan. Akibatnya, murid memerlukan
banyak masa dalam melaksanakan aktiviti. Kesan yang ditimbulkan daripada isu ini ialah
lebih banyak masa diperlukan bagi menyempurnakan sesi PdPc ini, justeru menyebabkan
kelas seterusnya dijejas, serta tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Selain itu,
guru juga menggunakan masa untuk mengawal kelas seperti memberi amaran kepada
murid yang nakal menyebabakan kekangan masa dalam PdPc.
3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU
KAJIAN LEPAS) :

Menurut Korweit (1989), pengurusan masa guru adalah pengurusan masa dalam kawalan
guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Beliau juga, menyatakan jika
terlalu sedikit masa yang digunakan dalam pengajaran subjek tersebut sukar dipelajari. Oleh
yang demikian, lebih banyak masa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih
banyak kesan positif dalam pencapaian pelajar.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mancadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah:-
I. Memfokuskan PdPc dan kurangkan memberi amaran semasa PdPc tetapi selepas
atau sebelum waktu.
II. Memberi demonstrasi kepada murid-murid terlebih dahulu.
III. Melakukan perancangan yang tepat serta memilih bahan dan merancang PdPc yang
sesuai dengan tahap murid.
IV.
5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN : 1 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu memfokuskan PdPc saya dan kurangkan
menggunakan masa untuk memberi nasihat dan amaran kepada murid dalam kelas. Saya
akan memberi amaran selepas kelas. Selain itu, saya akan mendemostrasikan aktiviti yang
berkaitan terlebih dahulu supaya pelajar mengetahui bahawa peranan dan tugas yang perlu
dijalankan sepanjang aktiviti dilaksanakan. Di samping itu, saya akan lebih berhati-hati
semasa merancang aktiviti PdPc supaya tidak akan menimbul masalah aktiviti yang terlalu
banyak, permainan yang terlalu sukar. Ini dapat memastikan setiap kumpulan mempunyai
peluang untuk membuat pembentangan.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 4/10/2020


8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif. Situasi ini dapat dilihat apabila sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berjaya dilaksanakan dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa untuk memberi amaran, pesanan dan membuat
persiapan telah menyebabkan guru mempunyai masa yang lebih mencukupi untuk
menyampaikan PdPc. Justeru, permainan atau aktiviti yang singkat dan sesuai dengan
tahap mereka juga menyebabkan murid tidak menggunakan masa yang panjang untuk
menyiapakannya lalu setiap kumpulan mempunyai peluang untuk membentangkan hasil
mereka. Perancangan yang tidak terlalu padat menyebabkan guru tidak menghabiskan
PdPc dalam masa yang ketat.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan pengurusan masa pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan supaya lebih banyak masa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran,
lalu mendatangkan banyak kesan positif dalam pencapaian pelajar. Guru haruslah
memastikan menepati waktu yang telah diperuntukkan dalam rancangan pengajaran
seharian. Oleh itu, guru perlulah bijak mengurusakan masa di bilik darjah dengan
mengelakkan melalukan perkara yang tidak terlalu penting bagi mengelakkan berlakunya
kesuntukkan masa dalam PdPc.

RUJUKAN

Husairi Bin Jikan (2004). Pengurusan Masa Guru Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Teknik Dan Vokasional (Elektif –Sains Pertanian Di Sekolah-
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.

You might also like