You are on page 1of 9

PROJEK INTERNSHIP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN
LAMPIRAN 2A

CATATAN REFLEKSI
MINGGU 1 (11 Julai 2016 14 Julai 2016)
1. Isu / Perkara yang difokus:
Pelaksanaan Internship Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Sekolah
Rendah.
Pada minggu pertama saya telah menyerahkan semua butir-butir program Internship
yang akan saya laksanakan sepanjang empat minggu di sekolah kepada pihak
pengurusan sekolah yang mana seorang guru telah dilantik menjadi mentor saya iaitu
Guru Pendidikan Khas Puan Ros Azlina Binti Mat Aji. Saya telah diberi tanggungjawab
mengajar Pendidikan Khas bagi subjek Pengurusan Diri Kelas C, jadualnya ialah pada
hari rabu sepanjang 4 minggu. Pada minggu ini juga saya telah mula sesi pengajaran
dan pembelajaran. Saya telah memilih tajuk Kebersihan Diri sesuai dengan kajian
tindakan yang akan saya jalankan semasa program internship ini.
2. Analisis isu / perkara yang difokus:
2.1 Kekuatan:
Walaupun pada permulaannya saya agak terkejut kerana perlu melalui internship ini
yang masih samar-samar bagi saya namun saya bersikap positif dan menganggap
bahawa program ini akan memantapkan lagi keprofesionalan saya sebagai seorang guru
di kelak hari. Guru pembimbing saya adalah seorang yang mempunyai pengalaman
mengajar yang lama lebih kurang 10 tahun. Murid-murid kelas C begitu bersungguh1

PROJEK INTERNSHIP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN
sungguh dan berminat dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada minggu pertama.
2.2 Kelemahan:
Terdapat juga kelemahan yang dialami semasa menjalankan internship ini. Tarikh
pelaksanaan program internship berubah-ubah sehinggakan saya sukar untuk
menyediakan kertas cadangan bagi menjalankan projek di Sekolah Kebangsaan Sultan
Ahmad Tajuddin.
3. Cadangan penambahbaikan:
Justeru saya berharap pelaksanaan program Internship ini diberitahu lebih awal dan
diberi tempoh masa yang panjang bagi saya laksanakannya dengan lebih baik dan tidak
bertindan dengan pelbagai kerja atau aktiviti. Di samping saya dapat memaklumkan
kepada pihak sekolah tentang program ini agar pihak sekolah dapat memberi ruang
program ini dalam takwim sekolah. Apa yang saya dapati program Internship ini amat
baik dan bagus dilaksanakan. Ia peru ditambahbaik melalui tempoh pelaksanaannya
agar fleksibel dengan aktiviti sekolah.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


LAMPIRAN 2A

CATATAN REFLEKSI
MINGGU 2 (17 Julai 2016 21 Julai 2016)
2

PROJEK INTERNSHIP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN
1. Isu / Perkara yang difokus:
Pelaksanaan Internship Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Sekolah
Rendah.
Pada minggu kedua, saya telah menjalankan 2 projek di Sekolah Kebangsaan Sultan
Ahmad Tajuddin. Antara projek yang dijalankan ialah Terapi Mandian Herba dan projek
Lawatan Ekspo Inovasi.
2. Analisis isu / perkara yang difokus:
2.1 Kekuatan:
Kekuatan projek pertama Terapi Mandian Herba ialah terapi ini memberikan
pendedahan kepada murid bahawa mandian merupakan salah satu alternatif untuk
membantu murid khususnya murid-murid Pendidikan Khas SKSAT. Terapi ini dapat
membantu murid untuk meningkatkan keyakinan diri mereka disamping meransang
pemikiran mereka untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.
Kekuatan projek kedua Lawatan Ekspo Inovasi ialah dapat memberi peluang dan ruang
kepada murid Pendidikan Khas untuk melihat dengan mata mereka sendiri bahan-bahan
bantu mengajar yang terkini dan berinovasi.
2.2 Kelemahan:
Kelemahan yang dapat dikenalpasti melalui kedua-dua projek ini ialah dari segi kawalan
murid yang masih perlu diperbaiki oleh guru pelatih seperti saya.
3. Cadangan penambahbaikan:
3

PROJEK INTERNSHIP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN

Cadangan penambahbaikkan yang boleh diambil oleh saya ialah saya perlu memberi
penerangan jelas tentang peraturan ketika aktiviti diluar kelas. Penggunaan bahasa yang
ringkas dan mudah faham merupakan faktor penting dalam penyampaian sesuatu
maklumat kepada murid Pendidikan Khas agar mereka faham apa yang disampaikan.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

LAMPIRAN 2A

CATATAN REFLEKSI
MINGGU 3 (24 Julai 2016 28 Julai 2016)
1. Isu / Perkara yang difokus:
4

PROJEK INTERNSHIP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN
Pelaksanaan Internship Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Sekolah
Rendah.
Pada minggu ketiga, saya telah menjalankan projek Terapi Boling untuk murid-murid
Pendidikan Khas SKSAT. Projek ini dijalankan pada hari Khamis di Jitra Mall, Kedah.
Semua murid terlibat dalam menjayakan projek ini.
2. Analisis isu / perkara yang difokus:
2.1 Kekuatan:
Kekuatan pertama yang diperolehi daripada pelaksanaan projek ini ialah bertujuan untuk
melatih pergerakkan psikomotor kasar dan halus murid. Sebagaimana yang kita ketahui
bahawa tidak semua murid pendidikan khas mempunyai kemahiran motor kasar dan
halus yang berfungsi dengan baik. Jadi, melalui program Terapi Boling ini dapat melatih
murid mengembangkan lagi kemahiran pergerakan motor kasar dan halus murid dengan
kaedah membaling bola boling tersebut seorang demi seorang.
Kekuatan kedua pula ialah dapat membina keyakinan diri murid pendidikan khas.
Melalui permainan boling ini, setiap murid yang terlibat semasa terapi ini perlu
membaling bola boling tersebut. Jika terdapat murid yang kurang keyakinan untuk
membaling bola boling akan dibantu oleh guru atau pembantu pengurusan murid (PPM).
Tambahan pula, keyakinan terbentuk apabila murid boleh melakukan balingan yang baik
seperti individu normal yang lain. Dalam aktiviti seperti inilah guru perlu memainkan
peranan memberi galakan dan keyakinan dalam diri murid.
Selain itu, melalui terapi ini juga dapat memberi pengalaman pembelajaran luar
bilik darjah kepada murid pendidikan khas. Hal ini penting kerana murid pendidikan khas
5

PROJEK INTERNSHIP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN
dapat diberi pendedahan mengenai dunia luar dan dapat melihat apa yang berlaku di
sekitar mereka. Tambahan pula, melalui terapi ini guru dapat mengesan potensi setiap
murid dan dapat mencungkil bakat daripada permainan boling ini.

2.2 Kelemahan:
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti semasa pelaksanaan projek
Terapi Boling ini. Antaranya ialah kelemahan dari segi kawalan murid. Sebagaimana
yang kita ketahui bahawa murid pendidikan khas ini mempunyai pelbagai kategori
masalah yang dihadapi. Jadi, pelbagai juga masalah tingkahlaku yang akan dihadapi
oleh guru dan PPM seperti tidak membuat barisan semasa pergerakan ke tempat
permainan boling, berlari-lari semasa hendak menuju ke tempat boling dan membuat
bising ketika perjalan ke tempat boling.
Selain itu, kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah kekangan masa yang
dihadapi semasa perjalanan Terapi Boling ini berlangsung. Kekangan masa yang
dihadapi ialah tempoh masa perjalanan terapi ini berakhir sedikit lewat daripada tentatif
masa yang telah disediakan. Hal ini kerana pergerakan ke tempat permainan boling ini
tidak menepati masa sebagaimana yang telah dijadualkan di dalam tentatif terapi boling.
Oleh itu, semasa perjalanan balik ke sekolah terdapat waris yang telah menunggu
kepulangan anak mereka mengikut jadual tentatif iaitu pada jam 12.45 tengahari.
Di samping itu, kelemahan yang dihadapi semasa terapi ini juga ialah terapi
seperti ini adalah sangat terhad kerana hanya dapat dilakukan sebanyak sekali dalam
sebulan.

Hal

ini

demikian

kerana,

peruntukan
6

masa

yang

ditetapkan

untuk

PROJEK INTERNSHIP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN
melaksanakan program pembelajaran luar bilik darjah juga terhad kerana kekangan
tugas yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan khas.
3. Cadangan penambahbaikan:
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa
akan datang:
Penambahbaikkan yang boleh dijalankan untuk mengawal pergerakkan murid
pendidikan khas di luar bilik darjah ialah dengan cara melantik seorang guru dan
beberapa

orang

murid

di

bawah

jagaanya.

Sebagai

contoh,

saya

diberikan

tanggungjawab untuk menjaga 2-3 orang murid dan segala yang berlaku atas
tanggungjawab saya sendiri. Di sini setiap tingkah laku murid dapat dikawal dengan baik
oleh seorang guru.
Di samping itu, penambahbaikkan untuk pengurusan masa ialah guru pendidikan
khas perlu merancang masa dengan baik dan efisien agar tidak berlaku pembaziran
masa begitu sahaja. Selain itu, guru perlu merancang slot-slot tambahan agar masa
yang terluang dapat dipenuhi dengan baik dan berguna.
Akhir sekali ialah penambahbaikkan yang boleh dilaksanakan dalam projek
Terapi Boling ini ialah pihak pengurusan Pendidikan Khas SKSAT perlu peruntukkan
masa yang lebih untuk terapi boling kerana terapi ini amat penting kepada murid-murid
pendidikan khas bagi membentuk otot-otot halus dan kasar mereka.

PROJEK INTERNSHIP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

LAMPIRAN 2A

CATATAN REFLEKSI
MINGGU 4 (31 Julai 2016 4 Ogos 2016)
1. Isu / Perkara yang difokus:
Pelaksanaan Internship Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Sekolah
Rendah.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
8

PROJEK INTERNSHIP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN
2.2 Kelemahan:

3. Cadangan penambahbaikan:

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

You might also like