You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar : TAN SIN YIN
Kursus & Ambilan : PISMP AMBILAN JUN 2016
Tempoh Praktikum : 12 minggu
Pengkhususan : MATH / MORAL
Nama Guru Pembimbing : Puan Teh Lee Chrai (MT) (Moral)
Nama Pensyarah Pembimbing : Mohamad Rodzi bin Abdullah (MT), Encik Jafri bin Jaafar(Moral)

Catatan Minggu ke: (10). Tarikh : 6 Oktober hingga 11 Oktober 2018

1. Isu/peristiwa/masalah yang difokuskan

Sepanjang sepuluh minggu saya berpraktikum, masalah yang saya hadapi pada
minggu ini ialah pengurusan masa. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
saya mendapati saya mengajar lebih masa. Buktinya, saya tidak dapat melaksanakan
fasa penutup bagi sesetengah kelas dan ini akan menyebabkan objektif pembelajaran saya
tidak tercapai. Ada kalanya, disebabkan masalah pengurusan masa yang kurang baik ini,
terdapat langkah yang tidak dapat saya jalankan kerana masa tidak mencukupi. Terdapat
aktiviti yang telah dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan
kerana kekangan masa yang tidak mencukupi ini.

2. Analisis masalah/Isu/peristiwa

Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan saya telah mengajar seperti yang
dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian namun saya tidak menitikberatkan masa yang
telah diperuntukan bagi setiap fasa pengajaran seperti set induksi, permulaan dan penutup.
Saya tidak mengendahkan minit yang telah diperuntukkan. Faktor seterusnya yang
menyebabkan kesuntukan masa semasa menjalankan PdP ialah murid-murid mengambil
masa tambahan untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan bagi mereka.
Seterusnya, murid-murid juga mengambil masa yang panjang untuk berada dalam kumpulan
masing-masing. Saya perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah
penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada mereka.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu

Pengurusan masa amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan perlu
diberikan perhatiankepada aspek ini. Menurut Korweit (1989) pengurusan masa adalah
pengurusan dalam kawalan guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah.
Pengurusan masa amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan perlu
diberikan perhatian kepada aspek ini. Good (1973) pengurusan masa ialah perancangan masa
yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk
memberikan masa bagi aktiviti Kuliah,belajar ,rehat,riadah,dan tanggungjawab.

4. Cadangan Penyelesaian

Bagi mengelakkan saya tidak mengunakan masa lebih dari yang telah diperuntukkan
dalam rancangan pengajaran harian saya mencadangkan beberapa langkah, iaitu merancang
dengan berkesan. Saya perlu melaksanakan aktiviti berkumpulan dengan tidak melebihi masa
yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang baki masa yang ada
dan meminta mereka bergerak aktif semasa bermain.. Selain itu, saya perlu mengamalkan
ketepatan waktu semasa proses pengajaran berjalan seperti tidak melengah-lengahkan masa
dalam kelas. Saya juga perlu merancang masa dengan mengikut masa iaitu 30 minit. Saya
perlu memahami penguasaan murid dalam merancang aktiviti berkumpulan. Contohnya,
dalam rancangan pengajaran harian set induksi yang diperuntukkan ialah lima
minit, ini bermakna saya perlu patuhi masa yang telah ditetapkan. Bukan itu
sahaja saya juga perlu melaksanakan tugas secara efisien dan teratur dan mengelakkan
diridaripada melakukan kesilapan.

5. Tempoh masa Penyelesaian:

Tempoh masa untuk melakukan tindakan susulan bermula daripada 14 Oktober 2018
sehingga 18 Oktober 2018 iaitu selama lima hari sesi persekolahan. Saya akan cuba
mengatasi masalah ini dalam tempoh tersebut. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secrpat mungkin sudah tentu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dirancangkan tidak dapat berjalan dengan lancar, seterusnya objektif tidak akan tercapai.
6. Tindakan susulan

Setelah mengenal pasti kelemahan diri saya, saya telah membuat beberapa
tindakan susulan bagimemperbaiki kualiti pengurusan masa saya dalam pengajaran dalam
kelas. Antaranya ialah, merancangRancangan Pengajaran Harian lebih teratur dan efisen.
Saya juga perlu merancang aktiviti pengajaran bagisetiap fasa pengajaran supaya tidak
terlalu padat dengan aktiviti sehingga tidak cukup masa untukmelaksanakannya.
Dengan itu, saya perlu menggunakan teknik perngajaran yang bersesuaian dengan
tahapmurid yang diajar dan selari dengan aktiviti yang dirancang. Saya juga akan
memastikan saya masuk ke kelas tepat pada waktunya dan mematuhi masa yang telah
dirancang bagi setiap fasa pengajaran.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :


14 Oktober 2018 - 18 Oktober 2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


Setelah mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi, saya
telah menganalisamasalah ini dengan mencari punca berlakunya masalah ini dan
mengambil beberapa langkahpenambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seperti memastikan guru menepati waktu yangtelah diperuntukkan seperti dalam Rancangan
Pengajaran Harian. Guru juga mengambil kira beberapatindakan susulan bagi mengatasi
kelemahan guru dalam pengurusan masa dalam kelas dan memperbaikipenulisan Rancangan
Pengajaran Harian

Rujukan

Korweit. (1989). Pengurusan masa guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan teknik dan vokasional (Elektif- Sains Pertanian) di sekolah-sekolah menengah
daerah Johor Bahru. Retrieved Oktober 12, 2018, from
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_5850_f926484ccaf448b2
b704f7264f5439e2.pdf

Good. (1973). Perkaitan antara pengurusan masa dengan pencapaian akademik pelajar
UTM. Retrieved Oktober 12, 2018, from
http://eprints.utm.my/id/eprint/12266/1/MohdNajibAbdul_PerkaitanAntaraPengurusanMa
saDenganPencapaian2002.pdf

PANDANGAN/ KOMEN GURU PEMBIMBING:


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________
Tarikh : ________________________ Tandatangan : _________________________
Nama : ________________________

PANDANGAN/ KOMEN PENSYARAH PEMBIMBING:


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________
Tarikh : ________________________ Tandatangan : _________________________
Nama : ________________________

You might also like