You are on page 1of 4

PENULISAN JURNAL REFLEKSI

MINGGU KELAPAN (22 MAC 2015 - 26 MAC 2015)


MASALAH KEMAHIRAN MERANCANG AKTIVITI YANG MELIBATKAN
KUMPULAN
MASALAH:
Pada minggu ini, saya mula menghadapi masalah baru. Saya telah
mendapatkan jadual pengajaran baru dimana terdapat penukaran kelas untuk subjek
minor saya iaitu Matematik untuk kelas 4 Arif. Saya telah memasuki kelas 4 Arif dan
menjalankan aktiviti kumpulan. Namun, saya mendapati bahawa aktiviti berkumpulan
ini kurang sesuai untuk dijalankan kerana beberapa factor misalnya kedudukan meja
dan kerusi yang rapat telah menghalang mereka untuk bergerak. Selain itu bilangan
murid perempuan adalah lebih ramai berbanding dengan murid lelaki. Literalnya,
apabila pembahagian kumpulan yang melibatkan jantina, kumpulan murid lelaki
menghadapi masalah ahli yang tidak mencukupi dan tidak seimbang dengan
bilangan murid perempuan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan
oleh guru tergganggu.
ANALISIS MASALAH
Pada pandangan saya, masalah ini berlaku sewaktu menjalankan aktiviti
berkumpulan adalah kerana pemilihan modul yang tidak bersesuaian dan tidak
mengambil kira bilangan murid di dalam kelas. Hal ini kerana aktiviti yang ingin
dilaksanakan memerlukan murid-murid membentuk dua kumpulan iaitu kumpulan
lelaki dan kumpulan perempuan yang sama rata untuk mengelakkan ketidakadilan
wujud semasa mengajar. Masalah ini wujud juga disebabkan oleh diri saya sendiri
yang tidak dapat untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan murid lelaki dan
murid perempuan dalam kelas ini. Bukan itu sahaja, saya sebagai seorang guru juga
tidak mendapatkan maklumat awal tentang bilangan murid mengikut jantina sebelum
menetapkan sesuatu aktiviti yang ingin dilaksanakan. Impaknya, apabila jumlah
bilangan murid antara lelaki dan perempuan tidak diketahui, maka ia tidak selari
dengan apa yang rancang oleh guru untuk pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Pemilihan modul yang bersesuaian dengan bilangan murid dengan
mengambil kira jantina murid adalah sangat penting. Guru perlu membuat penilaian
terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti bimbingan. Hal ini dapat
membantu seseorang guru dalam melancarkan dan melicinkan proses pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (2008), aktiviti merancang
pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran
untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan
pelajaran yang tersusun ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menarik, lebih bermakna dan lebih berkesan. Cadangan untuk mengatasi masalah
ini ialah saya perlu berjumpa dengan guru Matematik kelas tersebut sebelum
memulakan aktiviti. Hal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan bilangan murid yang
sebenar antara murid lelaki dan murid perempuan. Hal ini kerana guru kelas
mempunyai rekod kedatangan murid yang tepat dan dicatat setiap hari. Selain itu,
sesi temubual dengan guru kelas juga adalah perlu untuk mengetahui tentang situasi
sebenar murid-murid dalam kelas tersebut.
TEMPOH PENYELESAIAN:
Bagi penyelesaian masalah ini, Saya menjangkakan masalah ini dapat
diselesaikan selama satu minggu yang bermula dari 29 Mac 2015 sehingga 2 April
2015.
TINDAKAN SUSULAN:
Saya akan membuat rujukan dan pembacaan mengenai kemahirankemahiran merancang pengajaran yang bersesuaian dengan murid-murid.
Perancangan yang teliti amat penting dan perlu ditekankan sebelum memulakan
sesuatu aktiviti pengajaran dengan mengambilkira beberapa perkara. Ia mestilah
melibatkan aktiviti yang dapat menentukan objektif pelajaran, memilih strategi dan
kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran, memilih dan
menyediakan bahan-bahan pelajaran serta menyedia dan menguruskan kemudahankemudahan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

PENILAIAN KEJAYAAN:
Bagi menilai kejayaan kepada permasalahan ini, saya akan memastikan ciri-ciri
perancangan dapat diterapkan dalam diri saya secara lebih maksimum yang mampu
melonjakkan kecemerlangan dalam proses PdP. Ia bertepatan dengan pendapat Mok
Soon Sang (2008), iaitu kemahiran merancang boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri
perancanagn seperti berikut:
I.

Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan


berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid.

II.

Isi pelajaran dalam rancangan mengajar telah disusun daripada mudah


kepada kompleks, bermakna, relevan serta menarik.

III.

Rancangan mengajar meliputi pengunaan pelbagai alat bantu mengajar.

IV.

Pendekatan pengajaran berpusat kepada murid adalah diutamakan. Ini


bermakna rancangan mengajar menekankan aktiviti pembelajaran murid.

V.

Rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah mengajar yang lengkap,


iaitu mempunyai langkah permulaan, perkembangan dan penutup yang
lengkap.

VI.

Strategi dan kaedah mengajar yang dipilih boleh meningkatkan keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh:

.
(THIAN FANG MING)
GURU PELATIH,
7 PISMP-SAINS

ULASAN GURU PEMBIMBING:

Disemak oleh:

(PN. DARMA BT. HUSSIN / PN. NORLIZA BT. ABDUL MAJID)


GURU PEMBIMBING,
SK LUBUK KAWAH.

Ulasan Pensyarah Pembimbing:


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Disemak oleh :

(TN. HJ. RASHID B. MOHAMAD / TN. HJ. MOHAMAD ARIFF B. ABD. RAHMAN)
PENSYARAH PEMBIMBING,
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN.

You might also like