You are on page 1of 5

TUGASAN 3 : PEMBENTANGAN (ISU, CABARAN DAN HALA TUJU)

1) Isu dan Cabaran

Pendidikan Inklusif telah berjaya membawa perubahan besar dalam pendidikan


khas. Konsep inklusif ini telah menunjukkan tiga terma yang mana kemudiannya
membentuk konsep iaitu inclusion, integrasion dan mainstreaming. Kesemua terma ini
telah digunakan dengan pemahaman masyarakat dan guru adalah merujuk kepada
konsep yang sama. Semua terma ini merujuk kepada pelaksanaan program yang
menempatkan murid berkeperluan khas (MBK) bersama-sama murid arus perdana
(MAP). Antara isu, cabaran dan hala tuju yang dikenalpasti melalui artikel ini adalah isu
berkaitan dengan pengajaran bersama. Pendekatan Pengajaran Bersama (PPB) merupakan satu
inisiatif yang telah digunakan di beberapa buah negara dan kerap dibincangkan. Pendekatan ini telah
bermula dalam aliran perdana (Friend et al., 2014). . Rasional pelaksanaan PPB bersandar kepada
anggapan bahawa guru arus perdana (GAP) dan guru pendidikan khas (GPK) menggabungkan
kepakaran bersama untuk memberi manfaat kepada semua murid.

Terdapat pelbagai isu dalam pelaksanaan PPB. Antaranya ialah isu-isu logistik program seperti
kaedah perancangan dan agihan penjadualan guru. PPB juga bermatlamatkan perkongsian bersama
GAP dan GPK dalam banyak bidang. Berkenaan isu logistik seperti pemilihan penempatan murid
berkeperluan khas, melalui PPB murid yang telah dikenal pasti boleh mengikuti aliran perdana sahaja
dicadangkan mengikuti pembelajaran di kelas-kelas inklusif. Matlamat penempatan mereka adalah
selari dengan matlamat PPB yang mana perkongsian secara menyeluruh dalam aspek pembelajaran
dan suasana di bilik darjah. Penyelesaian kepada masalah yang timbul rentetan daripada perkongsian
ini perlu diselesaikan dengan perbincangan dan tindakan yang terancang agar semua pihak yang
terlibat berpuas hati selain mendapat manfaat. Penjadualan juga dimatlamatkan dalam PPB. Perkara
ini lebih menyentuh kepada penjadualan guru yang mengajar di kelas inklusif. Penjadualan guru
melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan giliran mengambil tempat sebagai guru utama yang
mengetuai pengajaran, pengagihan peranan dalam mengenalpasti kelemahan murid, mengendalikan
sesi pembelajaran individu, mentadbir ujian, mendapatkan bantuan sokongan pakar dan
lain-lain perkara yang dapat membantu membaiki pengisian PPB. Semua yang
dinyatakan di atas merupakan matlamat PPB yang mana semua isu tersebut dapat
diselesaikan dengan baik jika ada hubungan yang terancang dan sikap profesional
semua individu yang terlibat. Semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab mereka
seperti yang telah dipersetujui semasa merancang PPB.
Dalam melaksanakan PPB terdapat banyak cabaran yang harus ditempuhi terlebih dahulu
sebelum sesebuah kejayaan dicapai. Masa merupakan aspek yang sangat menjadi kekangan dan
halangan dalam menghasilkan sesuatu tindakan. Peruntukan masa yang terhad merupakan kekangan
dan halangan utama dalam menjalankan perbincangan bersama guru dalam melaksanakan inklusif.
Oleh yang demikian, dalam kajian ini isu yang telah dikaji berkait rapat dengan kekangan masa yang
dihadapi oleh guru untuk merancang PPB. Perancangan hendaklah sistematik dengan peruntukan masa
yang secukupnya diperlukan bagi membolehkan perancangan, penilaian dan penstrukturan semula
dibuat. Perancangan sebelum melaksanakan PPB perlu merangkumi beberapa aspek penting yang
perlu diberikan perhatian seperti kandungan pelajaran yang akan diajar, keperluan bahan pengajaran
dan juga keperluan untuk memahami keperluan khusus MBK.

Peranan pentadbir dalam memastikan PPB dapat dilaksanakan mengikut aturan merupakan satu
aspek yang sangat diperlukan. Perkara ini merupakan intipati kepada kejayaan kerana dengan
sokongan daripada pentadbir yang melihat PPB sebagai suatu keperluan boleh memberi impak yang
besar kepada keseluruhan tindakan guru. Guru-guru yang terlibat dalam PPB mengeluh kerana
kekurangan sokongan daripada pihak pentabir kerana mereka memerlukan sokongan bagi setiap
perancangan yang telah dipersetujui oleh guru-guru yang terlibat dalam merancang dan menjalankan
PPB.

Gaya pengajaran adalah kekuatan seseorang guru kerana setiap guru mempunyai keistimewaan
daripada sudut penyampaian. Sekiranya stail pengajaran yang berbeza terhadap program inklusif ini
akan melambatkan kejayaan program inklusif ini. Dalam pelaksanaan PPB, guru seharusnya boleh
menerima stail pengajaran yang pelbagai. Penerimaan ini akan menjadikan pengajaran lebih menarik
selain dapat meningkatkan kualiti penyampaian. Dalam kajian ini perbincangan mengenai stail
pengajaran adalah lebih kepada pemahaman tentang perbezaan stail pengajaran antara GAP dan GPK.
Pendapat yang menyatakan perbezaan stail pengajaran GPK tidak dapat digunakan bagi MAP tidak
dapat dibuktikan dengan jelas kerana dapatan daripada temu bual mendapati kebanyakan MAP boleh
menerima stail pengajaran GPK kerana kebanyakan GPK membuat pendekatan individu. Bagi
kumpulan pelajar yang lemah dan memerlukan lebih bimbingan mereka lebih cenderung untuk berada
dalam kumpulan yang mendapat sentuhan GPK berbanding yang lain. Gaya pengajaran yang berbeza
boleh menyebabkan konflik terhadap dua guru yang mengajar dalam kelas kerana tidak selari dengan
pemahaman murid dan boleh memberi impak kepada keseluruhan kelas

2) Cadangan penyelesaian
Perbincangan berkaitan strategi pengajaran memerlukan permuafakatan dicapai dari segi
penyertaan guru yang mengajar di dalam kelas. Percanggahan pendapat mengenai mengajar serentak
dan mengikut kepakaran tidak akan menjejaskan konsep pengajaran utama tetapi keadaan di negara ini
yang tidak menyokong kerana kebanyakan guru akan menjadi pasif jika ada dua orang guru yang
mengajar di kelas yang sama. Namun begitu menurut Salends (2010) tindakan mengajar serentak akan
dapat membaiki teknik pengajaran dalam kalangan guru yang terlibat. Kekerapan sesi pengajaran akan
dapat mengurangkan rasa tidak selesa tersebut. Selain dapat juga memastikan pencapai pelajar dapat
ditingkatkan melalui bantuan dua guru. Namun begitu terdapat juga strategi lain iaitu pengajaran
mengikut penggiliran. Pengajaran ini membolehkan pasangan digilirkan semasa sesi pengajaran.
Penggiliran ini bukanlah bermaksud guru mengambil keseluruhan waktu persekolahan tetapi
menggilirkan diri untuk bercakap dan mengambil giliran menjalankan pengajaran di dalam kelas.
Daripada analisis data kualitatif di dapati sistem guru mengajar secara giliran dapat membantu murid
yang lemah untuk menguasai pelajaran yang disampaikan.

Pentadbir memainkan peranan penting dalam melaksanakan PPB. Secara umum peranan
pentadbir dalam memantau pelaksanaan akan mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan guru.
Kekerapan berhubungan akan memberikan rasa selesa dalam kalangan guru berbanding hubungan
pemantauan yang jarang dilakukan. Oleh itu, dalam melaksanakan pengajaran guru perlu mempunyai
strategi menghampiri pentadbir, bermaksud mereka perlu memberikan maklumat kepada pentadbir
berkenaan perjalanan program secara konsisten. Begitu juga kekerapan perbincangan, kebanyakan
pentadbir memerlukan perbincangan bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi atau pun
berkaitan dengan penggunaan kelas, pembelian barangan dan juga hal kebajikan guru-guru yang
terlibat. Hala tuju program perlu dijelaskan kepada pentadbir agar mereka tahu perancangan dan
aktiviti yang sedang dilaksanakan yang berkait rapat dengan pelaksanaan PPB.
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan, perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah
komponen, matlamat, cabaran, dan strategi. Penggunaan moderator dan mediator memberi maklumat
tentang kesan secara langsung dan tidak langsung dari aspek hubungan pengalaman terhadap amalan
Pengajaran Bersama. Rekabentuk gabungan dengan pendekatan Strategi Penerangan Berturutan
(Explanatory Sequential Design) digunakan bagi melihat hubungan antara pemboleh ubah, selain
memberi gambaran pelaksanaan melalui kajian kualitatif. Data dikumpul melalui hasil soal selidik
dengan persampelan bertujuan seramai 540 orang daripada 55 buah sekolah (kuantitatif) dan
kombinasi hasil (kualitatif) secara temu bual dengan persampelan bertujuan seramai 9 orang. Data
kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif, analisis varian (ANOVA) dan Model
Persamaan Struktur, SEM-PLS 2.0. Manakala data kualitatif diproses menggunakan ATLAS.ti.
Analisis kuantitatif, pemboleh ubah komponen (3.99), matlamat (3.99), cabaran (3.92) dan strategi
(3.89) menunjukkan guru telah bersedia melaksanakan pengajaran bersama. Analisis varian
menunjukkan semua hipotesis null diterima, bermaksud tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara semua pemboleh ubah yang digunakan. Analisis SEM-PLS 2.0 pula menunjukkan ada
hubungan yang signifikan antara Dasar KPM dengan semua pemboleh ubah. Analisis menunjukkan
nilai Q², R² dan f² digunakan telah menghasilkan model statistik Pengajaran Bersama. Begitu juga
dengan moderator (pengalaman), didapati pengalaman tidak mempengaruh komponen, matlamat,
cabaran dan strategi. Manakala mediator (komponen) menunjukkan terdapat perbezaan kesan
langsung dan kesan tidak langsung antara cabaran dengan strategi dan matlamat dengan strategi. Hasil
kuantitatif telah menghasilkan nilai hubungan positif antara cabaran dengan strategi (2.59), cabaran
dengan komponen (1.66), matlamat dengan strategi (1.66), matlamat dengan komponen (2.43) dan
hubungan antara komponen dengan strategi (2.74). Hasil analisis menonjolkan keperluan kepada
kesamarataan pendidikan, tambahan guru, keperluan Murid Berkeperluan Khas, keperluan kursus dan
latihan, penekanan dalam pilihan guru, keperluan jawatan guru inklusif, penjadualan yang khusus
untuk pengajaran bersama, dan konsep ‘Dua Guru’ dalam pelaksanaan pengajaran bersama yang lebih
sistematik

You might also like