You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

Bilangan Jurnal : Ketujuh MINGGU


Tarikh : 24 JULAI 2022 7
Tajuk : Ketidakcekapan Pengurusan Masa

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Sepanjang saya menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdPc) di kelas
Pendidikan Jasmani tahun 6, saya mendapati bahawa dari segi pengurusan masa saya
semasa PdPc masih berada dalam tahap yang tidak memuaskan. Hal ini berpunca
daripada saya yang kelihatan terlalu cepat menghabiskan masa PdPc dan juga kadang
itu, saya tidak sempat untuk menghabiskan aktiviti yang telah dirancang dalam waktu
yang ditetapkan dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat. Walaupun
objektif tercapai tetapi saya berasa ralat kerana hal ini sedikit sebanyak menimbulkan
masalah bagi saya untuk membetulkan keadaan semasa PdPc sehingga boleh
mengakibatkan saya terlupa langkah seterusnya dalam rancangan pengajaran harian
yang telah saya buat.
2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :
Apabila dianalisis, antara punca bagaimana masalah ini boleh timbul melalui :
-Tahap kesediaan murid untuk menerima pengajaran yang seterusnya daripada saya.
-Aktiviti yang kurang sesuai sehingga menyebabkan murid-murid mengambil masa
yang lama untuk menyiapkan Tugasan yang diterima oleh saya.
Tahap kesediaan murid untuk menerima pengajaran yang seterusnya daripada saya
merupakan salah satu punca utama kenapa saya mengalami kesukaran dalam
pengurusan masa semasa PdPc. Aktiviti yang dirancang mengambil masa yang lama
bagi murid untuk menyiapkannya sekaligus menyebabkan pengurusan masa untuk ke
langkah seterusnya menjadi lambat.
3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN
ATAU KAJIAN LEPAS):
Koweit (1989), pengurusan masa guru adalah pengurusan masa dalam kawalan
guru iaitu pengurusan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Beliau ada menyatakan
bahawa jika terlalu sedikit masa yang digunakan dalam pengajaran subjek tersebut
sukar dipelajari. Oleh yang demikian, lebih banyak masa digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam pencapaian murid. manakala bagi
Gordon (1982), pengurusan masa yang cekap sahaja akan dapat membantu
menyesuaikan diri dengan pelbagai tuntutan kerja yang dihadapi semasa
melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran. Oleh dengan
itu, boleh dirumuskan bahawa dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdPc)
guru, pengurusan masa merupakan salah satu faktor utama yang memainkan peranan
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik
sekaligus menjadikan pengajaran yang sistematik dan objektif pembelajaran pada hari
tersebut tercapai dengan jayanya.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Antara cadangan idea penyelesaian masalah yang boleh dilakukan supaya
masalah ini boleh diatasi tanpa mengalami kesulitan adalah dengan saya boleh:
-menambahbaik aktiviti yang kurang sesuai kepada aktiviti yang lebih relevan bagi
murid saya yang dapat dilakukan oleh mereka dalam masa yang ditetapkan seperti
latihan tubi pebagai aras.
-cuba tenangkan diri untuk tidak terlalu cepat gelabah dalam mengawal keadaan luar
kawalan saya dengan baik.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu
6.TINDAKAN SUSULAN :
Saya juga cuba untuk refleks tentang pengurusan masa dalam memastikan
murid boleh mengikuti langkah pengajaran saya.Sebagai tindakan susulan, saya akan
sentiasa memastikan :
-menambahbaik aktiviti yang kurang sesuai kepada aktiviti yang lebih relevan bagi
murid saya agar dapat dilakukan oleh mereka dalam masa yang ditetapkan seperti latih
tubi pelbagai aras.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


31 JULAI 2022

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Saya juga cuba untuk refleks tentang pengurusan masa dalam memastikan
murid boleh mengikuti langkah pengajaran saya.Sebagai tindakan susulan, saya akan
sentiasa memastikan :
-menambahbaik aktiviti yang kurang sesuai kepada aktiviti yang lebih relevan bagi
murid saya agar dapat dilakukan oleh mereka dalam masa yang ditetapkan seperti latih
tubi pelbagai aras.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
Saya merasa amat berpuas hati dengan hasil daripada tindakan yang diambil.
RUJUKAN

Husairi Jikan. (2004). Pengurusan Masa Guru Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional di Sekolah-sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_5850_f926484ccaf448b
2b704f7264f5439e2.pdf

Disemak Oleh Guru Pembimbing; Disahkan Oleh Pensyarah Penyelia;

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

You might also like