You are on page 1of 19

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

KPR3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

TAJUK

PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP YANG BERKESAN BAGI

MEMANTAU KEFAHAMAN MURID SELEPAS SESI PDPR DALAM

PEMBELAJARAN BAGI TAJUK ALGORITMA,

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO MATRIK PROGRAM

JASREY RAZNIZAR BIN ERIANSAH D20191088873 AT20

KUMPULAN KULIAH: AT20B

PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BINTI SHARIFF


KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 OBJEKTIF UMUM

2.2 OBJEKTIF KHUSUS

2.3 PERSOALAN KAJIAN

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

4.0 REKA BENTUK

4.1 SOROTAN LITERATUR

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.3 TINDAKAN YANG DIRANCANG DAN CARA PELAKSANAANNYA

5.4 PEMERHATIAN AKTIVITI

5.5 REFLEKSI SELEPAS AKTIVITI

6.0 REFLEKSI KAJIAN

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

RUJUKAN
PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kajian

tindakan ini dengan jayanya. Sepanjang menjalankan kajian ini, saya telah mendapat sokongan dan

kerjasama dari pelbagai pihak.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah KPR3012 iaitu Cik Amily

Shafila Binti Shariff di atas segala tunjuk ajar dan bantuan yang diberikan untuk memudahkan saya

menyiapkan kajian tindakan ini. Segala nota, panduan serta contoh yang diberikan sangat membantu

untuk saya memahami dengan lebih jelas tentang kajian tindakan. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih

kepada pengetua serta guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas, Tawau yang sentiasa

memberi tunjuk ajar dan membantu saya dalam menjalankan kajian tindakan ini. Terima kasih juga

kepada anak murid kelas 1UIA dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas yang terlibat sebagai

kumpulan sasaran dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang Latihan Mengajar 1.

Akhir sekali setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada keluarga tercinta di

atas sokongan moral yang diberikan.


PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP YANG BERKESAN BAGI MEMANTAU
KEFAHAMAN MURID SELEPAS SESI PDPR DALAM PEMBELAJARAN

BAGI TAJUK ALGORITMA, ASAS SAINS KOMPUTER

TINGKATAN 1

OLEH:

JASREY RAZNIZAR BIN ERIANSAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEKOLAH:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN APAS, TAWAU.

ABSTRAK

Pengajaran dan pembelajaran bagi topik algoritma berkait rapat dengan cara menyelesaikan masalah,

bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjaya guru hendaklah menggunakan kemahiran

yang ada dengan sebaik mungkin. Terdapat beberapa kemahiran yang boleh diguna pakai sewaktu

sesi pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran menerang, kemahiran penggunaan contoh,

kemahiran menyoal atau kemahiran penutup. Dalam kajian ini kemahiran penutup digunakan bagi

mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap topik algoritma di akhir sesi PdPc. Kemahiran

penutup merujuk kepada penumpuan perhatian kepada penyelesaian sesuatu tugas atau aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk mengukuhkan pembelajaran murid-murid supaya

mereka dapat bersedia untuk membuat pemindahan pembelajaran. Penutupan pengajaran yang baik

mampu meninggalkan kesan yang positif terhadap taham penguasaan murid. Tanpa kemahiran

penutup yang baik, murid tidak akan mampu merumuskan pembelajaran setelah proses pengajaran

dan pembelajaran berakhir. Kajian tindakan ini menfokuskan kepada kemahiran penutup dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di dalam kelas 1UIA SMK Jalan Apas, Tawau.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang telah dijalankan sewaktu latihan mengajar 1 di

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas, Tawau pada 08 Ogos 2022 sehingga 07 Oktober 2022

yang lalu, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas asas sains komputer tingkatan 1UIA

yang terdiri daripada 20 orang murid. Saya juga telah mengajar dua bab sepanjang latihan mengajar

iaitu Bab 3: Algortima dan Bab 4: Kod Arahan. Sepanjang pengajaran saya sewaktu saya mengajar

Bab 3 iaitu Algoritma, saya mendapati bahawa hasil pembelajaran yang telah saya tetapkan tidak

semuanya berjaya akibat daripada kemahiran penutup saya yang lemah.

Saya kurang mempraktikkan kemahiran penutup yang berkesan di akhir pengajaran. Hal ini

mengakibatkan murid sukar untuk mengimbas kembali pembelajaran lepas pada kelas yang

berikutnya. Murid juga dilihat tidak mampu untuk memberi rumusan yang terbaik tentang apa yang

telah dipelajari selepas sesi PdPc berakhir. Sepanjang pemerhatian saya melalui video pengajaran

yang telah dirakam, saya mendapati bahawa saya hanya bertanya secara umum tentang apa yang telah

dipelajari oleh murid selepas sesi PdPR dan hanya segelintir murid yang memberi respon manakala

yang lain hanya mendiamkan diri sehingga mengakibatkan saya tidak dapat mengenalpasti tahap

pemahaman dan masalah yang mereka hadapi setelah kelas berakhir. Menurut Abd. Ghaffar (2003),

penutup merupakan amalan yang dilakukan oleh seseorang guru sebelum mengakhiri sesebuah

pengajaran, penutup mestilah diakhiri secara teratur dan guru perlu mengadakan kegiatan ringkas

yang sesuai untuk mengakhiri pelajaran.

Selain itu, kelemahan saya pada fasa penutup juga dikenalpasti daripada hasil perbincangan

saya dengan guru pembimbing selepas pencerapan berakhir. Beliau mendapati bahawa saya sering

menghabiskan masa PdPc dengan lebih awal akibat daripada aktiviti pada fasa penutup yang terlalu

singkat dan tidak terlalu memberi impak kepada pemahaman murid. Guru pembimbing saya juga

menyarankan saya supaya lebih kreatif dan melakukan sedikit aktiviti yang dapat membantu murid

mengingat kembali kata kunci yang terkandung sewaktu sesi pembelajaran murid.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memilih masalah kemahiran penutup untuk dibaiki

agar pengajaran saya lebih berkesan dan dapat membantu murid dalam meningkatkan pemahaman

mereka bagi topik algoritma.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 OBJEKTIF UMUM

Objektif umum bagi kajian tindakan ini adalah untuk memperbaiki kelemahan guru pelatih dalam fasa

penutup pada sesi pengajaran yang akan datang supaya murid dapat memahami topik yang di ajar

serta membuat kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari dengan baik.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus bagi kajian ini adalah:

2.2.1 Meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam menggunakan kemahiran penutup.

2.2.2 Meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam menarik minat murid terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran.

2.2.3 Murid dapat memahami serta membuat kesimpulan tentang apa yang dipelajari dengan betul
pada akhir pengajaran.

2.3 PERSOALAN KAJIAN

2.3.1 Adakah kajian ini dapat meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam menggunakan kemahiran
penutup?

2.3.2 Adakah kajian ini dapat meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam menarik minat murid
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran?

2.3.3 Adakah murid dapat memahami serta membuat kesimpulan tentang apa yang dipelajari dengan
betul pada akhir pengajaran?
3.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang murid Tingkatan 1 di

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas Tawau, Sabah. Dalam kajian ini murid yang terlibat

adalah seramai 9 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan dimana 1 orang daripada murid

lelaki adalah berbangsa cina dan selebihnya berbangsa melayu.

3.1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Bagi kaedah pengumpulan data, saya telah menjalankan pemerhatian melalui video pengajaran saya di

dalam kelas terhadap 20 orang murid tingkatan 1UIA. Melalui pemerhatian video tersebut, murid

dilihat tidak memberikan respon yang terbaik dan hanya segelintir murid yang memberi perhatian dan

mengikuti arahan saya sewaktu berada di fasa penutup. Perkara ini tidak disedari oleh saya sewaktu

berada di dalam sesi PdPc dan hanya disedari setelah saya melihat kembali video pengajaran saya.

Seterusnya, saya telah menggunakan Exit Ticket untuk mengenalpasti tahap pemahaman dan

penguasaan murid selepas kelas berakhir. Saya juga dapat mengetahui perasaan murid terhadap topik

yang dipelajari. Melalui Exit Ticket tersebut saya mendapati bahawa sebahagian daripada murid tidak

dapat merumuskan kesimpulan pembelajaran dengan baik dan tahap penguasaan mereka terhadap

topik ini adalah berada di tahap yang sederhana.

Selain itu, saya juga telah menjalankan perbincangan bersama guru pembimbing saya selepas

sesi pencerapan yang pertama berakhir. Hasil daripada perbincangan tersebut, guru pembimbing saya

mendapati bahawa saya sering menghabiskan kelas 10-15 minit lebih awal dari waktu yang

ditetapkan. Hal ini terjadi kerana aktiviti pada fasa penutup saya dilihat terlalu ringkas sehingga ianya

membosankan dan tidak menarik pada pandangan murid. Guru pembimbing saya mencadangkan

supaya saya lebih kreatif dalam melakukan aktiviti pada fasa penutup.
4.0 REKA BENTUK

Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan. Menurut Kementerian

Pelajaran Malaysia (2008), kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri

yang dilakukan oleh pengamal pendidikan iaitu guru. Kajian tindakan ini bertujuan untuk

memperbaiki amalan seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat tindakan

terhadap penemuan yang didapati tentang sesuatu amalan.

Terdapat pelbagai model untuk menjalankan kajian tindakan, salah satu daripada model

tersebut adalah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Model

tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelung (Cycle) seperti berikut:

i. Mereflek (Reflect)

ii. Merancang (Plan)

iii. Bertindak (Action)

iv. Memerhati (Observe)

Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmiss & McTaggart, 1988)


Rajah 1 menunjukkan kajian Tindakan dijalankan berpandukan proses berikut:

i. Guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang
hendak ditangani.

ii. Guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya.

iii. Guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru
memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Refleksi dilakukan bertujuan seperti berikut:


i. Memahami kewujudan sesuatu masalah/kesukaran.
ii. Memahami mengapa masalah tersebut wujud.
iii. Memahami bentuk masalah yang timbul.
iv. Mengetahui tahap keseriusan masalah yang membelenggu pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
v. Memahami pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam permasalahan
itu.

Keseluruhan pelaksanaan kajian tindakan tersebut disifatkan sebagai Gelungan Pertama


(Cycle 1) dan jika masalah tidak dapat ditangani, maka guru bolehlah memulakan proses semula
ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah dapat diselesaikan.

4.1 SOROTAN LITERATUR


Menurut Fakhrul Anwar Mohd Sabri (2019) dalam kajian beliau iaitu Penggunaan Kemahiran

Membuat Penutup dalam Pengajaran dan Pembelajaran menyatakan bahawa terdapat dua jenis

kemahiran penutup yang perlu dilaksanakan oleh guru iaitu penutup kognitif dan juga penutup

sosial. Penutup kognitif merupakan penutup yang menumpukan kepada kognitif atau pemikiran

murid dimana iainya bertujuan untuk menfokuskan perhatian murid terhadap fakta penting yang

telah dipelajari manakala penutup sosial pula dilakukan bagi membangkitkan rasa ingin tahu dan

motivasi kepada murid.


Selain itu, dalam kajian Pengurusan Biilik Darjah oleh Mohd Hasani Dali & Mohamad

Johdi Salleh (2009), menyatakan bahawa kemahiran penutup boleh dilihat dari segi perkaitan

kognitif dan sosial dimana pada penutup kognitif guru hendaklah mengaitkan kembali isi-isi

penting sebagai penutup pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh memberi tugasan kepada

murid sebagai pengukuhan. Penutup sosial pula, guru hendaklah menimbulkan rasa penguasaan

ke dalam diri murid dengan memberikan penuguhan yang positif kepada mereka.

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Terdapat dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini, antaranya ialah Peta i-Think. Peta i-

Think merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara

visual, ianya mudah digunakan serta mampu difahami merentas kurikulum. Abdul Rashid

Jamian, Martini Misdon & Azhar Md.Sabil (2017) menyatakan bahawa penggunaan peta

pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran adalah selari dengan tujuan peta

pemikiran i-Think, iaitu untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan memudahkan

murid untuk mencatat nota serta meningkatkan daya ingatan murid dalam pembelajaran. Oleh itu,

Peta i-Think digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini bagi membantu murid untuk

meningkatkan daya ingatan serta pemahaman mereka selepas kelas berakhir.

Instrumen yang kedua pula adalah soalan yang berbentuk permainan di fasa penutup. Di

sini saya mengubahsuai aktiviti di fasa penutup supaya ianya kelihatan lebih menarik. Hal ini

demikian kerana, aktiviti yang menarik mampu menarik minat murid untuk turuk ikut serta dalam

pelaksanaan aktiviti dan diharapkan dapat memberi impak yang positif kepada murid dalam

memahami topik laju dan pecutan. Soalan dalam bentuk permainan ini juga mampu

meningkatkan lagi daya berfikir seseorang murid disamping memupuk rasa seronok ke dalam diri

seseorang murid.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Dalam kajian ini, saya menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat bagi

menjalankan kajian. Antara kaedah yang digunakan adalah:

5.1.1 Pemerhatian Video

Rakaman video sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung digunakan sebagai

salah satu kaedah untuk merakam tindak balas yang diberikan oleh murid di dalam kelas.

Pemerhatian video tersebut mendapati bahawa hanya segelintir murid yang terlibat secara aktif

dan murid yang sama akan menjawab soalan serta memberi respon kepada pengajaran saya. Saya

terpaksa meminta salah seorang murid saya yang aktif untuk memanggil rakan sekelas yang lain

bagi menjawab soalan kerana mereka tidak mahu menjawab secara sukarela. Selain itu, saya juga

mendapati bahawa persoalan yang saya ajukan tidak dapat membantu dari segi merumus kembali

pembelajaran mahupun menarik perhatian mereka.

5.1.2 Exit Ticket

Exit Ticket pula digunakan bagi mengenalpasti tahap penguasan murid terhadap pembelajaran

diakhir sesi PdPc. Penggunaan Exit Ticket mampu membantu dari segi mengetahui masalah yang

dihadapi oleh murid kerana ianya lebih tertutup. Hanya guru dan murid tersebut sahaja yang

mengetahui apa yang ditulis. Secara tidak langsung, murid juga boleh meluahkan apa saja tanpa

merasa malu dengan rakan-rakan. Selain itu, Exit Ticket dapat membantu guru untuk mengetahui

perasaan dan maklum balas murid sepanjang sesi PdPc dijalankan.

5.1.3 Perbincangan

Perbincangan pula merupakan perbincangan di antara guru pembimbing dan juga guru pelatih, di

mana perbincangan ini dilakukan selepas sesi pencerapan berakhir. Melalui perbincangan ini,

guru pembimbing memberitahu kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri saya untuk

digunakan dan juga dibaiki.


5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Saya telah membuat analisis berdasarkan kaedah yang dilakukan bagi meninjau masalah atau

punca yang menyebabkan kelemahan kemahiran penutup saya di fasa penutup. Data ini dikumpul

dengan menggunakan kaedah kualitatif yang perlu dianalisis untuk mengenal pasti masalah yang

saya hadapi.

5.2.1 Pemerhatian Video

Dalam pemerhatian saya terhadap video pengajaran, saya mendapati bahawa apabila saya

bertanya soalan di fasa penutup seperti “apa yang kamu belajar pada hari ini?” hanya segelintir

murid sahaja yang menjawab pertanyaan saya. Murid yang menjawab juga tidak semuanya

mampu memberikan rumusan yang terbaik. Hal ini berkemungkinan kerana saya hanya

menggunakan slaid kosong dan tidak menarik pada pandangan murid untuk menjawab pertanyaan

saya. Soalan yang saya kemukakan juga berkemungkinan terlalu umum dan tidak mempunyai

hint dalam membantu murid untuk mengimbas kembali apa yang telah mereka pelajari pada hari

tersebut.

5.2.2 Exit Ticket

Melalui data dari Exit Ticket yang telah diedarkan kepada murid, saya mendapati bahawa tahap

penguasaan murid pada topik laju dan pecutan adalah berada pada tahap yang sederhana. Tahap

penguasaan murid di dalam topik laju dan pecutan banyak dilihat pada subtopik menyelesaikan

masalah. Hal ini mungkin berpunca daripada murid yang tidak mampu merumuskan

pembelajaran pada hari tersebut lalu memberi kesan yang negatif pada kelas yang berikutnya.

Bil Soalan Peratus Penguasaan


1 2 3
1. Menulis pseudokod atas sesuatu masalah. 1(5.9%) 7(41.2%) 9(52.9%)

2. Membezakan symbol dan kegunaan dalam 0(0%) 7(41.2%) 10(58.8%)


menghasilkan carta alir
3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan algoritma 3(17.6) 5(24.4%) 9(52.9%)
dalam penggunaan pseudokod dan carta alir.

Jadual 1: Analisis Exit Ticket

5.2.3 Perbincangan

Daripada perbincangan dengan guru pembimbing berkaitan dengan kekuatan dan kelemahan saya.

Guru pembimbing merumuskan bahawa pengajaran saya lemah pada fasa penutup.

Bil Perkara yang dinilai Catatan

1. Penutup  Fasa penutup yang baik.

 Aktiviti di fasa penutup boleh ditambah baik.

 Sesi kelas ditamatkan beberapa minit lebih awal

Jadual 2: Borang Penilaian Fasa Penutup

5.3 TINDAKAN YANG DIRANCANG DAN CARA PELAKSANAANNYA

Daripada tinjauan yang telah dilakukan berdasarkan kelemahan guru terhadap kemahiran penutup

yang mengakibatkan murid tidak dapat memberi kesimpulan yang baik setelah kelas berakhir, maka

saya mengambil inisiatif bagi memperbaiki kelemahan tersebut pada rancangan pengajaran harian

yang seterusnya. Saya mengubah suai aktiviti pada fasa penutup diharapkan mampu meningkatkan

minat murid untuk melibatkan diri secara aktif.

5.3.1 Aktiviti 1

Saya mengakhiri pembelajaran pada kelas berikutnya dengan menggunakan Peta i-Think di fasa
penutup.

a) Aktiviti ini memerlukan murid untuk berfikir serta merumuskan apa yang telah dipelajari
mengikut Peta i-Think tersebut.

b) Murid dikehendaki untuk melengkapkan Peta i-Think yang telah disediakan seperti yang
tertera pada slaid guru pelatih (Lampiran 2).
c) Guru pelatih menyediakan Peta i-Think yang mempunyai hint standard pembelajaran pada
hari tersebut bagi menjana idea murid untuk mengimbas kembali.

d) Masa akan diberikan kepada murid untuk melengkapkan Peta i-Think tersebut dan guru
pelatih akan memilih murid secara rawak untuk menunjukkan Peta i-Think mereka yang telah
disiapkan.

5.3.2 Aktiviti 2

Saya meneruskan lagi pengajaran pada kelas seterusnya dengan langkah inisiatif kedua iaitu dengan
menyediakan permainan yang menarik dan membantu murid dalam membuat kesimpulan
pembelajaran.

a) Guru pelatih menyediakan soalan dalam bentuk permainan bagi menarik perhatian murid
(Lampiran 3).

b) Murid diberikan masa untuk menjawab soalan yang terdapat di dalam permainan tersebut.

c) Selepas murid menjawab soalan, murid akan dipanggil untuk merumuskan sesi PdPc.

d) Guru pelatih menerapkan aspek kongnitif dengan memanggil murid untuk membuat
refleksi, aspek sosial dengan bertanya tentang perasaan mereka sepanjang sesi PdPc.

5.4 PEMERHATIAN AKTIVITI

Guru pelatih membuat pemerhatian berdasarkan kedua-dua aktiviti yang telah dijalankan.

5.4.1 Pemerhatian Aktiviti 1

Berdasarkan pemerhatian guru pelatih bagi aktiviti yang pertama, kumpulan sasaran iaitu murid kelas

204 mula menunjukkan minat dan perhatian terhadap aktiviti di fasa penutup. Mereka juga dilihat

mampu memberi definisi algoritma dengan tepat serta dapat memahami pseudokod dan carta alir yang

dipelajari pada hari tersebut dengan betul. Namun begitu, guru pelatih hanya memanggil beberapa

orang murid secara rawak dalam membantu melengkapkan Peta i-Think tersebut, berkemungkinan

besar terdapat beberapa orang murid yang tidak melengkapkan Peta i-Think seperti yang diminta.

5.4.2 Pemerhatian Aktiviti 2


Berdasarkan pemerhatian bagi aktiviti yang kedua, murid dilihat semakin berani memberikan respon

dan penglibatan yang aktif di dalam kelas sewaktu berada di fasa penutup. Murid juga mampu

menjawab soalan yang diajukan di dalam permainan tersebut dengan baik dan mereka mampu

memberi kesimpulan pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu, dengan pertanyaan guru yang

melibatkan aspek kognitif dan sosial, murid kelihatan semakin bersemangat untuk melibatkan diri.

5.5 REFLEKSI SELEPAS AKTIVITI

Berdasarkan aktiviti 1 dan aktiviti 2 yang telah dijalankan, terdapat perkembangan yang positif dari

murid. Murid dilihat lebih berani menyatakan pendapat, pengetahuan serta perasaan mereka di dalam

kelas. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu guru pelatih dalam memantau tahap penguasaan

murid terhadap topik algoritma. Selepas penggunaan aspek penutup kognitif dan sosial, murid juga

dilihat lebih bersungguh-sungguh untuk belajar dan mampu mengimbas kembali pembelajaran lepas

sebelum memulakan pembelajaran yang baru.

Namun begitu, masih terdapat segelintir murid yang masih tidak menunjukkan minat dan

kesungguhan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ianya berkemungkinan kerana

terdapat kelemahan saya yang lain di kemahiran yang lain atau penggunaan bahan bantu mengajar

yang kurang menarik.

6.0 REFLEKSI KAJIAN

Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu saya untuk memperbaiki kelemahan saya dari segi

kemahiran penutup pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hal ini demikian kerana, saya

melalui kajian tindakan yang dijalankan, saya mampu mengenalpasti kekurangan saya untuk ditambah

baik supaya sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang akan berjalan lancar dan berkesan.

Selain itu, setelah saya meneliti kelemahan pada kemahiran penutup saya iaitu tidak dapat

mewujudkan tahap penguasaan yang baik kepada murid, saya juga mendapati bahawa masih terdapat

banyak lagi kelemahan secara langsung mahupun tidak langsung yang saya peroleh daripada
penelitian video, Exit Ticket dan perbincangan bersama guru pembimbing. Namun, masalah di fasa

penutup dilihat lebih ketara oleh itu saya memilih untuk menjalankan kajian berkenaan dengan

masalah ini.

Akhir sekali, kajian tindakan ini juga dapat membantu saya untuk membuat refleksi

terhadap diri sendiri dan mencuba untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada demi menjayakan

proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga telah memilih model Kemmis & McTaggart (1988)

sebagai panduan utama saya intuk memperbaiki kelemahan dalam kemahiran menyoal kerana model

ini sentiasa berlanjutan untuk memperbaiki masalah.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan yang saya lakukan hanyalah berkaitan dengan kemahiran penutup dan segelintir

murid masih lagi tidak menunjukkan minat terhadap sesi PdPc. Oleh itu saya bercadang untuk

menggunakan inisiatif yang lain bagi menangani masalah yang saya hadapi seperti memperbaiki

kemahiran menggunakan papan putih dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih menyeronokkan

untuk menarik perhatian serta meningkatkan pemahaman mereka.

Saya juga akan terus mengekalkan kecemerlangan yang telah saya peroleh sewaktu

menjalankan kajian ini, terutamanya dari segi mengaplikasikan penutup kognitif dan sosial ke dalam

fasa penutup saya. Hal ini demikian kerana, penutup yang baik mampu memberi impak yang positif

terhadap pemahaman murid.


RUJUKAN

Abd.Ghaffar Md Din (2003). Prinsip dan amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Abdul Rashid Jamian, Martini Misdon & Azhar Md.Sabil (2017). Penggunaan Peta I-Think dalam
Pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia.

Fakhrul Anwar Mohd Sabri (2019). Penggunaan Kemahiran Membuat Penutup dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Asian Education Action Research Journal. Diperoleh daripada:
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ESSS/article/view/3269/2252

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan: Edisi ketiga. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Geelong, Victoria, Australia:
Deakin University Press.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis
dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Pps 161 – 188. ISBN 978-983-3850-54-9.
Lampiran 1

Tinjauan pemerhatian video pengajaran.

Exit Ticket

Lampiran 2

Peta I-Think
Lampiran 3

Soalan berasaskan permainan

You might also like