You are on page 1of 3

JURNAL

MINGGU 1
TARIKH 25 Ogos 2023
TAJUK JURNAL KESUNTUKAN MASA DAN KEKURANGAN BAJET

1. Isu yang difokuskan


Saya sedang menjalankan tugas sebagai seorang guru pelatih di mana saya perlu
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan murid - murid dari kelas
4 Lawyer bagi subjek Matematik. Berdasarkan pengalaman, saya telah
mengenalpasti bahawa terdapat beberapa isu yang telah saya alami, iaitu
kesuntukan masa dan kekurangan bajet.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):


Punca kepada kedua – dua isu yang telah saya alami, iaitu kesuntukan masa dan
kekurangan bajet adalah sikap pengurusan masa yang kurang baik. Hal ini dikatakan
demikian kerana, saya tidak meluangkan masa tertentu bagi mencari bahan - bahan
yang perlu digunakan sebagai bahan bantu mengajar yang murah. Tambahan pula,
selepas pulang ke rumah dari sekolah, saya berasa letih dan berehat untuk jangka
masa panjang. Hal ini menyebabkan kesuntukan masa untuk menghasilkan
rancangan pengajaran serta bahan bantu mengajar yang terbaik. Selain itu, saya
juga mengalami isu kekurangan bajet kerana saya tidak mendapati biasiswa atau
pihak luaran yang menyebabkan tercetusnya isu kekurangan bajet untuk membeli
bahan – bahan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang canggih dan
menarik untuk murid - murid.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas):
Menurut Abdul Rahim (1999), guru harus dapat menguruskan masa dengan baik dan
berkesan, menghargai masa dan dapat mengoptimumkan kerja dengan dedikasi
tanpa mengelat atau mengabaikannya. Kecekapan menggunakan masa, untuk
meningkatkan pembelajaran pelajar amat penting dalam pengurusan bilik darjah.
Selain itu, guru harus dapat merancang dan melaksanakan perancangan dengan
berkesan, fleksibiliti dalam melaksanakan perancangan, dapat meningkatan prestasi
dan kemajuan akademik pelajar, mengadakan perancangan yang teratur dan
menjurus kepada matlamat yang ingin dicapai. Sebagai guru yang profesional dan
berpengalaman, mereka perlu memperbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran agar dapat menimbulkan minat terhadap pelajar.
Crow (1980), mengatakan bahawa minat merupakan daya penggerak utama yang
menuju kejayaan seseorang. Jika seseorang itu berminat walaupun mempunyai
kebolehan yang sederhana, mereka boleh mengembangkan minat dan terus
beusaha dengan gigih sehingga berjaya.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah:-
i. Menguruskan masa terluang untuk mencari serta menghasilkan rancangan
pengajaran yang terbaik.
ii. Bertanya dan memperoleh bantuan daripada rakan – rakan dan juga pensyarah
iii. Menggunakan kitar semula bahan – bahan seperti botol, surat khabar, kotak dan
sebagainya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 Minggu

6. Tindakan Susulan :
Saya akan mengambil tindakan susulan iaitu dengan menguruskan masa untuk
mencari maklumat tambahan serta menghasilkan rancangan pengajaran yang
terbaik. Saya juga akan bertanya dan memperoleh bantuan daripada rakan – rakan
dan juga pensyarah mengenai cara menghasilkan rancangan pengajaran serta
bahan bantu mengajar yang mampu menarik perhatian murid - murid. Selain itu,
saya akan menggunakan kitar semula bahan – bahan seperti botol, surat khabar,
kotak dan sebagainya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :


8 September 2023 (Cuti Sekolah – 1 Minggu)

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi kesan yang baik dimana menghasilkan
rancangan pengajaran serta bahan bantu mengajar menarik yang meningkatkan
penglibatan aktif kanak – kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):
Saya berasa amat berpuas hati dengan hasil yang diterima apabila kanak – kanak
mula untuk melaksanakan komunikasi serta melibatkan diri secara aktif kerana
bahan – bahan yang disediakan menarik perhatian murid. Namun, saya perlu
meneruskan lagi bagi menyelesaikan permasalahan ini secara sepenuhnya untuk
melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi.

RUJUKAN
http://eprints.utm.my/id/eprint/10238/2/Liew_Pui_San.pdf

Hassan, C. Z. C., & Rahman, F. A. (2021). Pelaksanaan pengajaran dan


pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1), 67-87.

Kamarudin, S. B., & Taat, M. S. (2020). Pengaruh faktor-faktor tekanan kerja dalam
kalangan guru di sekolah menengah: Satu analisis persamaan struktur (SEM-
PLS). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 104-
115.

You might also like