You are on page 1of 3

JURNAL REFLEKSI PRAKTIKUM

MINGGU KE (7)

MINGGU PRAKTIKUM :7
TARIKH : 25 SEPT 2022 - 29 SEPT 2022
TAJUK JURNAL : Masalah-Masalah Mengintegrasikan KBAT
Dalam Pengajaran
KATEGORI : Pengurusan Bilik Darjah

1. Isu yang difokus


Unsur KBAT merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam pengajaran
untuk melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis
dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.
Namun, saya mendapati bahawa saya kurang mengaplikasikan unsur KBAT dalam
sesi Pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, hal ini telah dijadikan salah satu isu
yang akan dibincang pada minggu ini.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)


Selepas saya membincang dengan guru pembimbing saya mengenai sesi
Pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. Beliau telah memberi
pandangan beliau bahawa saya perlu lebih memfokuskan kepada aplikasi unsur
KBAT dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan bahawa murid-
murid hanya dapat mencapai pada tahap ketiga sahaja, iaitu mengaplikasi. Hal ini
telah menyebabkan murid-murid tidak mampu dan tidak mempunyai peluang untuk
berfikir pada aras yang lebih tinggi, iaitu menganalisis, menilai dan mencipta.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau


Kajian Lepas)

Menurut Preus (2012), KBAT bermaksud penggunaan minda secara meluasbagi


membolehkan murid melakukan prosesmentaksir, menganalisis atau
memanupulasikanmaklumat untuk menjawab soalan ataumenyelesaikan masalah.
KBAT mampu memberikan kefahaman yang tinggi tentang arahan yang diberikan
terhadap para murid di sekolah.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah:

a. Menyediakan bahan bantu mengajar atau membina soalan-soalan aras tinggi


berdasarkan Semakan Semula Taksonomi Bloom.
b. Sentiasa merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
untuk memastikan unsur KBAT yang diaplikasikan adalah tepat dan sesuai
untuk Pengajaran dan pembelajaran.
c. Menunjuk ajar daripada guru pembimbing dan guru lain supaya dapat idea
untuk mengaplikasikan unsur KBAT yang sesuai dan tepat.
d. Membeli buku atau buku latihan yang berunsur KBAT supaya mempunyai
idea baharu.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSLAN
Saya akan merujuk kepada DSKP untuk merancang aktiviti pengajaran saya.
Seterusnya, saya akan merancang untuk membuat bahan bantu mengajar
yang sesuai dan dapat mengaplikasikan elemen KBAT ke dalam Pengajaran
dan pembelajaran. Pada masa yang sama, saya akan meminta pengajar
untuk menentukan sama ada aktiviti yang saya rancang sesuai dengan tahap
pelajar.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN

25 September 2022 – 29 September 2022

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Selepas saya melaksanakan langkah yang dicadangkan, saya telah mendapati


bahawa sesi Pengajaran dan pembelajaran berjaya melibatkan unsur KBAT dengan
berkesan. Murid-murid perlulah menggunakan masa yang lebih panjang untuk
berfikir tentang soalan yang mempunyai unsur KBAT. Jika berbanding dengan
Pengajaran dan pembelajaran lepas, mereka biasanya tidak menghadapi cabaran
yang besar ketika menjawab soalan. Selain itu, murid-murid juga telah melibatkan
diri dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran dengan lebih aktif.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Secara keseluruhannya, saya berasa puas hati terhadap cadangan penyelesaian


masalah kerana telah membawa impak yang positif terhadap isu ini. Pada masa
yang sama, saya berpendapat bahawa hal ini telah membantu murid-murid berfikir
secara aktif semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran. Jika berbanding dengan
Pengajaran dan pembelajaran sebelumnya, mereka selalunya hanya menerima apa-
apa pengetahuan yang disampaikan oleh guru semata-mata. Namun, selepas
melibatkan lebih banyak unsur KBAT dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran,
murid-murid dapat berfikir secara aras tinggi iaitu menganalisis, menilai dan
mencipta.

10. Rujukan
Johnson et. Al. (1994); Hamid Hasan (1996). Pembelajaran Kooperatif,
Model dan Jenis. Bandung: Rineka Cipta.

Disemak oleh Guru pembimbing: Disemak oleh pesyarah penyelia:

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh Tarikh:

You might also like