You are on page 1of 2

Ahli kumpulan:

Arulvelan Thevar A/L Ulaganathan


Winny Ngieng Suk Chee

Jelaskan bagaimana kepelbagaian sosiobudaya berdasarkan perkara-perkara di bawah dapat


mempengaruhi Sistem Pendidikan di Malaysia ?
- Bangsa
Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia menjurus ke arah kebangsaan dan
sistem berpusat, namun dalam pelaksanaannya wujud jenis-jenis sekolah yang berbeza.
Justeru, budaya sekolah juga berbeza memandangkan warga sekolah-sekolah
tergolong daripada kaum etnik tertentu.
Antara jenis sekolah yang wujud adalah
Jadual 1: Jenis-jenis Sekolah di Malaysia

Peringkat Rendah Peringkat Menengah

Sekolah Kebangsaan Sekolah Menengah


Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah Menengah


Kebangsaan Agama

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sekolah Menengah Jenis


Kebangsaan

Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah Berpretasi Tinggi

Sekolah Wawasan

Sekolah Bestari

Sekolah Menengah Teknik

Sekolah Menengah Sains

Sekolah Menengah Vokasional

Sekolah Pendidikan Khas

- Bahasa
Berbeza dalam gaya komunikasi. Setiap kaum dapat Bahasa dan dialek yang berbeza
dan ini telah menyebabkan gaya komunikasi yang berbeza di sekolah. Gaya komunikasi
merujuk kepada penggunaan bahasa dan komunikasi bukan verbal. Dua orang yang
berlainan latar budaya, malah dalam budaya yang sama boleh penggunaan bahasa
yang berbeza. Individu Melayu Utara mempunyai bersuara lantang dan bernada tinggi
semasa berbual adalah diterima. Rakan karib menggunakan sapaan 'aku-hang adalah
diterima tetapi bukan dalam perbualan dengan orang yang lebih tua. Begitu juga dalam
perbualan dialek Melayu di Pantai Timur, terdapat kosa kata yang boleh mengelirukan
pemahaman pengguna bahasa standard. Contohnya kosa kata 'selalu' membawa
maksud 'sekarang. Justeru, pelajar dalam sesebuah kelas membawa gaya komunikasi
yang berbeza ke dalam bilik darjah. Pemahaman akan kelainan yang ada ini perlu
disedari agar kita dapat menghindari sebarang masalah antara individu yang berpunca
daripada salah faham gaya berkomunikasi.

- Struktur Sosial
Bagi sekolah-sekolah berprestasi tinggi, budaya dan aspirasi sekolah juga akan turut
terserlah Guru dan pelajar akan bergerak seiring untuk mencapai matlamat sekolah,
Masalah sosial, sikap dan pencapaian mungkin tidak ketara jika dibandingkan dengan
sekolah-sekolah pencapaian rendah dan sederhana. Budaya bersaing. bekerjasama,
berfokus dan bermatlamat menjadi pegangan warga sekolah.

- Kepercayaan & Adat resam


Merujuk ke jadual 1, terdapat juga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Rata-rata
warga sekolah jenis kebangsaan terdiri daripada satu etnik majoriti. Sosiobudaya yang
mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majoriti tersebut.
Namun akan wujud juga kepelbagaian berdasarkan budaya mikro sub-etnik daripada
aspek bahasa dan adat resam. Kepelbagaian sosiobudaya juga dapat dilihat daripada
segi kelas sosial dan amalan adat resam serta kepercayaan agama.

You might also like