You are on page 1of 2

Transkip ( Temubual antara saya dengan guru penasihat Kelab Lestari Alam En.

Selva)

Velan: Selamat pagi Encik Selva. Hari ini saya akan bertanya beberapa soalan berkaitan
kelab Lestari alam kepada encik. Boleh saya tanya encik?

En. Selva: Ye, Boleh Velan.

Velan: Encik, boleh ke saya tahu bila kelab lestari alam ditubuhkan dalam sekolah SJK(T)
Kerajaan?

En. Selva :Kelab Lestari Alam SJK(T) Kerajaan, Perak ini ditubuhkan pada 01 Januari 2006,
di bawah unit ko-kurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerajaan.

Velan: Baik encik. Bagaimana kelab lestari dapat ditubuhkan dalam sekolah itu encik? Dan
bagaimana dapat idea tersebut?

En. Selva : Pada tahun 2005 Persatuan Sains dan Matematik bekerjasama dengan panitia
Pendidikan Moral dan Sivik Kewarganegaraan untuk mengadakan program gotong-royong
di sekitar kawasan sekolah. Idea ini terjetus daripada Program Go Green yang diadakan
oleh WWF di daerah Kinta. Maka, pihak bertanggungjawab terhadap kawasan persekitaran
sekolah telah memutuskan untuk mengadakan program gotong-royong di sekolah supaya
dapat mendidik rakyat agar bijak membuang sampah.. Implikasinya daripada itu, guru-guru
persatuan Sains dan Matematik bersama panitia Pendidikan Moral telah mencadang untuk
mewujudkan Kelab Lestari Alam di SJK(T) Kerajaan, Perak.

Velan: seterusnya, boleh ke encik bagitahu aktiviti yang telah di jalankan dibawah kelab
tersebut?

En. Selva: Antara program yang kami telah melaksankan ialah program gotong-royong dan
khidmat masyarakat, pertandingan keceriaan kelas menggunakan bahan kitar semula
sempena bulan kemerdekaan dan program bank kitar semula di sekolah

Velan: Baik encik. Berapa perlu bayar yuran pendaftaran ahli baharu dan yuran bulanan?
Selain itu, adakah yuran itu cukup untuk melaksankan aktivii kitar semula di sekolah?

En. Selva: Kelab Lestari Alam ini mengenakan yuran ahli sebanyak RM10.00 bagi setiap
penaftaran ahli baharu. Bukan itu sahaja, bendahari juga akan mengumpul RM2.00 setiap
bulan. . Disebabkan sumber kewangan yang terlalu terhad, ahli-ahli menghasilkan
kraftangan kreatif 3R seperti mencipta kolaj, mencipta pokok kitar semula, cenderahati
daripada bahan kitar semula dan sebagainya untuk dijual di dalam dan di luar sekolah.
Secara langsung, hasil jualan lumayan untuk keperluan pembelian barang-barang untuk
kegunaan kelab tersebut. menambahkan lagi pendapatan. Selain itu, persatuan ini juga
menyediakan satu tabung untuk menjana pendapatan melalui aktiviti-aktiviti yang mereka
jalankan seperti program kitar semula di kawasan sekitar sekolah. Tabung ini berfungsi
sebagai panduan persatuan untuk menjaga sumber kewangan mereka.

Velan: Baik encik. Terima kasih atas perkongsian mengenai kelab tersebut dan meluangkan
masa encik untuk menjawab soalan saya.

En. Selva: Terima kasih Velan.

You might also like