You are on page 1of 20

Oleh:

Cr.MOHAMED SODER RAHMAD,K.B.,P.A.(Mal)


Kaunselor Kanan
UiTM Pulau Pinang
KONSEP DAN PROSES BELAJAR
Belajar membawa maksud penguasaan manakala membaca membawa
maksud pemahaman. Bila kita telah membaca/mengikuti kelas sesuatu topik,
akibatnya ialah kita memahami topik tersebut, jika tidak, bermakna kita telah
membaca/mengikuti kelas dengan cara yang tidak berkesan.
Jika kita telah mempelajari sesuatu topik, akibatnya ialah kita
menguasai topik tersebut, jika tidak, mungkin teknik belajar dan lain-lain
proses belajar yang kita amalkan tidak cukup berkesan.

    Belajar melibatkan proses berikut (BAFIK) :-


 
BACA FAHAM INGAT KUASAI
 
Strategi belajar boleh dirumus dalam formula berikut;
 
STUDY = SURVEY (TINJAU)
QUESTION (SOALAN)
READ (BACA + BUAT NOTA)
RECALL (INGAT KEMBALI)
REVISE (ULANGKAJI)
 
Hendaklah dipastikan bahawa setiap kali anda belajar, aktiviti –
aktiviti SQRRR dilakukan agar proses BAFIK dapat dilakukan dengan
berkesan.
DEFINISI ULANGKAJI
• Mengulangkaji pelajaran bermaksud meneliti semula
segala yang telah dipelajari. Meneliti di sini bermaksud
melihat semula (mempelajari) perkara-perkara yang telah
dipelajari berulangkali dan dari berbagai sudut, sehingga
benar-benar difahami (Dr. Tajul Ariffin 1992)
• Semasa di dalam kelas, pelajar mempelajari sesuatu topik
bantuan dan bimbingan pensyarah/guru. Pelajar cuba memahami,
mengingat dan menguasai apa-apa yang dibincangkan. Namun tahap
penguasaan masih terbatas lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak
membuat persediaan sebelum kelas. Itulah sebabnya diluar kelas
pelajar mesti membuat ulangkaji.

• Kecemerlangan pelajar amat bergantung kepada proses


ulangkaji yang dilakukan secara sistematik, berjadual dan
berterusan.
TUJUAN ULANGKAJI

 Meningkatkan kefahaman tentang sesuatu topik

 Menguatkan daya ingatan

 Menambahkan penguasaan semua topik yang telah


dipelajari

 Menambah maklumat, kemahiran, dan pengalaman


baru

 Sebagai persiapan menghadapi peperiksaan

 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar


dalam sesuatu topik atau subjek
BAHAN ULANGKAJI
 Nota yang diberi oleh pensyarah/guru di kelas

 Bahan dalam buku teks, rujukan yang berkaitan dengan


topik

 Nota-nota ringkas yang anda sediakan sendiri

 Latihan/tugasan yang diberi oleh pensyarah/guru

 Laporan amali/projek/lawatan dll

 Soalan-soalan ujian/kuiz/peperiksaan semester/awam yang


lepas

 Nota-nota pengingat memori (buku kecil)

 Bahan-bahan tambahan dari surat khabar, majalah, radio,


TV, internet, komputer dll
MASA ULANGKAJI
 Setiap hari (masukkan dalam jadual belajar)

 Hari Sabtu dan Ahad (tentukan masa)

 Hampir ujian/peperiksaan (sediakan jadual khas)

JENIS ULANGKAJI
 Ulangkaji Harian

 Ulangkaji Mingguan

 Ulangkaji Menjelang Peperiksaan (1-3 bulan


sebelum peperiksaan)
PERSEDIAAN ULANGKAJI

 Pastikan semua buku, bahan pembelajaran dan


alat tulis disediakan

 Senaraikan objektif pembelajaran yang hendak


dicapai

 Sediakan soalan peperiksaan yang berkaitan


dengan topik

 Pilih tempat yang sesuai/kondusif

 Tentukan had masa

 Tentukan topik perbincangan, jika ulangkaji dibuat


secara berkumpulan.
TEKNIK ULANGKAJI

 Membaca/mempelajari semula nota


pensyarah/guru.

-Menggaris/ mencari kata kunci yang sesuai,


meringkaskan isi-isi penting, menandakan bahagian
yang anda kurang faham untuk dirujuk kepada
pensyarah atau guru.

 Membuat nota ringkas sendiri.

- berdasarkan nota pensyarah/guru dan buku teks/rujukan


dan lain-lain sumber, sediakan nota ringkas bagi
setiap topik dengan menggunakan berbagai teknik
membuat nota seperti senarai isi, skima,neumonik,
carta aliran, gambarajah, lagu, grafik
Latihan dan Tugasan
 Pastikan latihan/tugasan yang diberi oleh
pensyarah/guru disiapkan dengan baik dan
bersungguh-sungguh seolah-olah anda menjawab
soalan peperiksaan. Di samping itu, anda juga perlu
membuat latihan tambahan sendiri dari buku-buku
secara berterusan.
Membuat Rujukan Tambahan

 Biasakan diri anda dengan bahan-bahan rujukan yang


lain kerana persembahan penulisan dalam bahan-
bahan itu mungkin lebih mudah difahami dan dikuasai
berbanding buku teks anda. Bahan rujukan tambahan
ini adalah seperti surat khabar, majalah, kamus,
ensaiklopedia, radio, TV, internet, CD ROM dan lain-
lain.
Latihan Menjawab Soalan
 Buat analisa soalan-soalan peperiksaan lepas
bagi setiap topik dan cuba jawab dan semak
isi jawapan anda serta tentukan tahap
penguasaan anda.
Gunakan Buku Penguat Memori.
 Terdapat banyak buku-buku kecil yang
mengandungi ringkasan isi bagi semua
subjek di pasaran. Buku ini mudah dibawa ke
mana-mana dan boleh digunakan untuk
menguatkan memori anda.
Perbincangan Dalam Kumpulan
 Bagi topik tertentu, amat berkesan sekali jika
anda membincangkannya dalam kumpulan
kerana dengan cara ini anda dapat
menentukan kelemahan dan kekuatan anda
dengan cepat.

Lawatan dan Projek


 Pastikan anda merancang apa yang hendak
capai atau kuasai dalam sesuatu
lawatan/projek dan berkaitan dengan soalan-
soalan peperiksaan bagi topik berkaitan.
Berbincang Dengan
Pensyarah/Guru
 Jika anda ada masalah dalam menguasai
sesuatu topik, berbincanglah dengan
pensyarah/guru anda sekerap mungkin.
Jangan hanya berjumpa disaat-saat akhir.

Sistem Tutor-Tutee
 Anda mengajar pelajar lain bagi subjek/topik
yang anda punya penguasaan yang tinggi
dan belajar dari orang lain bagi tajuk yang
anda lemah. (tolong-menolong baik kan!)
Kelas Tambahan / Tusyen
 Jika anda menghadiri kelas tambahan /
tuisyen bagi subjek tertentu, pastikan kelas
itu bertujuan untuk melengkapkan atau
meningkatkan tahap penguasaan anda bukan
ganti kepada kelas biasa di sekolah yang
anda beri tumpuan sepenuhnya.
Uji Diri
 Sebelum anda menghadapi peperiksaan,
ujilah diri anda bagi setiap topik/subjek
dengan menjawab soalan-soalan
peperiksaan lepas/ramalan secara
berkumpulan, tetapkan had masa, semak
jawapan dan bincangkan bersama.
ULANGKAJI DAN INGATAN

Kelok Kelupaan (Ebbinghaus)


 Sebenarnya kadar ingatan kita mengaenai
sesuatu perkara akan menurun mengikut
masa (hari). Misalnya jika pada hari Isnin kita
di ajar tentang sesuatu topik dan selepas itu
kita tidak membuat sebarang ulangkaji maka
pada hari Jumaat atau Sabtu kadar ingatan
kita tentang topik tersebut hanya tinggal
sebanyak 15 – 20% sahaja. Cuba perhatikan
kelok dibawah.
KELOK KELUPAAN
PERATUS
INGATAN

100

80

60

40

20

1 2 3 4 5 6 7 HARI
Oleh kerana ingatan kita menurun mengikut masa,
maka ulangkaji memainkan peranan yang penting
untuk kita mengekalkan atau meningkatkan kadar
ingatan ditahap yang memuaskan. Itulah juga
sebabnya ulangkaji perlu dilakukan secara
berterusan dan bersistem.

Ingatan pula terbahagi kepada tiga, iaitu ingatan


serta merta, ingatan jangka pendek dan ingatan
jangka panjang. Apa yang kita dapat di dalam
kelas, sebahagian besarnya ialah dalam bentuk
ingatan jangka serta merta dan jangka pendek.
Ulangkaji yang berterusan akan menjadikan
ingatan jangka pendek bertukar menjadi ingatan
jangka panjang.
Untuk menjadikan sesuatu maklumat/fakta
menjadi ingatan jangka panjang kita perlu
merancang proses ulangkaji secara sistematik
dan efektif. Misalnya selepas kelas, kita
membuat ulang kaji secara berperingkat;

Bil Ulangkaji Teknik Ulangkaji % Penguasaan

U1 Semak nota 45

U2 Buat nota ringkas 60

U3 Bacaan tambahan 75

U4 Jawab soalan 100


lepas
Ulangkaji Syarat
Kecemerlangan

Ulangkaji adalah strategi belajar yang amat penting


dan menjadi pelengkap kepada pengajaran yang
disampaikan oleh pensyarah/guru di dalam kelas.
Belajar tanpa ulangkaji samalah seperti menanam pokok
tanpa dibaja, disiram dan dijaga. Ulangkaji memerlukan
displin, teknik dan motivasi belajar yang tinggi. Telah
berbukti, ramai pelajar yang muncul sebagai pelajar
cemerlang kerana kegigihan mereka membuat ulangkaji
dengan teknik yang betul, bersistem, terancang
berjadual dan tidak pernah mengenal erti penat dan lelah
dalam rangka memburu kecermelangan akademik demi
masa depan yang gemilang. Anda bagaimana?
Jika saya masih tidak dapat ‘ A ‘

• ANTARA PUNCANYA : (Sila tandakan / )


1. Tidak buat bacaan awal
2. Tidak sediakan soalan sem. Lepas
3. Tidak beri tumpuan dalam kelas/studio/dll
4. Tidak ambil nota dalam kelas
5. Tidak buat nota ringkas
6. Tidak buat ulangkaji
7. Tidak siapkan projek sebaik mungkin
8. Tidak bincang dengan rakan dan GURU/ PENSYARAH
9. Tidak buat rujukan tambahan
10. Tidak amalkan teknik mengingat yg. berkesan
11. Tidak baiki kelemahan Bahasa Inggeris
12. Jarang-jarang pergi ke perpustakaan
13. ……………………………………………………….
“KEJAYAAN ADALAH 1 % INSPIRASI
DAN 99 % USAHA”

(Thomas Edision)

Pak su

You might also like