You are on page 1of 9

KURSUS JAYADIRI PENYESUAIAN DIRI

Sesi 8 : KITA BOLEH – Bekerja Dengan Semangat Team

Tujuan : Mengajar peserta untuk bekarja dalam satu kumpulan dengan semangat "team" untuk mendapatkan
hasil yang baik yang difikirkan bersama.

Objektif : Pada akhir sesi pelajaran ini, peserta-peserta dapat :-

1. Memahami bahawa setiap individu dalam kumpulan mempunyai keistimewaan masing-masing.


2. Memahami erti sinergi kumpulan.
3. Memahami pembentukan kumpulan dan dimensi bekerja yang berkesan.
4. Melatih diri supaya menerima cadangan dan keperluan rakan dalam kumpulan.
5. Mengarang sebuah puisi bagi menggambarkan semangat kerjasama.
6. Memikirkan strategi untuk membentuk satu kumpulan yang bersinergi.
7.   Memahami bahawa sesebuah kumpulan berasal dari seorang individu (kaitan keluarga kepada negara).

Langkah:
Langkah1: Syair Semangat Kerjasama [5 minit]
Langkah 2 : Mengenal kelompok melalui limau dan kacang goreng [20 minit]
Langkah 3 : Perbincangan:
(a) Pengenalan istilah Sinergi
(b) Matlamat Pembentukan Kumpulan
(c) Dimensi Bekerja Yang Berkesan. [20 minit]
Langkah 4 : Aktiviti Sinergi - From nothing to something
From one to all. [35 minit]

Langkah 5 : Persembahan Aktiviti [25 minit]


Langkah 6 : Penutup dan Rumusan [15 minit]

Bahan: 1. Buah limau biasa - 4 biji satu kumpulan


2. Kacang goreng - 1 bungkus
3. Kotak kasut - 1 satu kumpulan.
4. Manila kad - 1 keping satu kumpulan
5. Gunting - 1 satu kumpulan
6. Pena warna pelbagai - 1 set satu kumpulan
7. Selotap - 1 gulung satu kumpulan
8. Kertas Putih - 1 helai satu kumpulan
9. Hadiah - 6 bungkus gula (untuk semua kumpulan)
10. Lampiran untuk Kuliah Guru
11. Alat Timbang - 0.01 gm

Rujukan:

1. S.R. Covey. (1989). The Seven Habits of Highly Effective People. Simon & Shuster Inc. Pg. 67 - 94.
2. D.W. Johnson et. al.(1988). Circles of Learning. ASCD. m.s.10.
3. Freed Orr (1987). How To Succeed At Work. Unwin Paperbacks, Chapter 10.
4. Blake R.R. et.al. (1982). The Academic Admisnistrator Grid, Josey : Bass Publishers.
5. Md. Yusuf Arshad (1992). Belajar Sehingga Berjaya. Pustaka Antara, mukasurat 142 - 144.
Proses Pelaksanaan:

Langkah 1 : Syair Semangat Kerjasama [5 Minit]

1.1 Guru menerangkan kepada peserta tentang titian yang diperlukan untuk seseorang itu berjaya yang
sebenarnya. Kejayaan individu boleh membawa kepada kejayaan kumpulan dan seterusnya kepada
seluruh warga Maktab.
- Tunjukkan carta muka surat 261 dari Covey.

1.2 Peserta diberitahu bahawa matlamat sesi ini adalah untuk memberikan suatu pengalaman tentang
kepentingan bekerja dalam kumpulan. Sesi ini juga bertujuan untuk menunjukkan bahawa kerjasama
dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu yang boleh membanggakan diri kita.

1.3 Sebagai pembukaan aktiviti, seorang peserta diminta bersyair tentang Semangat Kerjasama (rujuk
Lampiran 1).

1.4 Para peserta diminta mendengar dan mengulas maksud syair itu.

Langkah 2 : Mengenal Kelompok Melalui Limau dan Kacang Goreng [20 Minit]

2.1 Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan.  Setiap kumpulan diminta menghantarkan wakil ke depan
untuk memilih limau dan kacang goreng.

2.2 Setiap kumpulan diminta memilih 5 biji limau dan segenggam kacang goreng. (Guru hendaklak
mengingatkan supaya pelajar tidak memakan kacang goreng itu)

2.3 Setiap kumpulan diberi masa 5 minit untuk mengingati limau dan kacang goreng yang diambilnya itu.
Tidak dibenarkan membuat apa-apa kepada kacang dan limau itu.

2.4 Setelah 5 minit, guru memasukkan ke dalam plastik buah limau dan kacang goreng yang telah diingati
kumpulan itu.

2.5 Guru meminta peserta mencatatkan berat limau dan kacang goreng itu. Kemudian, campurkan
limau dan kacang goreng itu untuk semua peserta.

2.6 Seterusnya, setiap kumpulan diminta untuk memilih kembali limau dan kacang goreng yang telah
diingatinya.

2.7 Sekiranya kumpulan berusaha untuk mengingati limau dan kacang goreng, mereka akan dapat
mengenalinya.  Ini disebabkan limau dan kacang goreng itu setiap satunya mempunyai keistimewaan yang
tersendiri.

2.8 Mintalah peserta mengupaskan sedikit kulit limau. Kemudian taupkan kembali. Ulaskan apa yang terjadi
setelah ditaupkan kembali. Selalunya jawapan ialah:

(i) Tidak boleh sama seperti sebelum dikupas.


(ii) Merosakan limau.
Guru boleh mengulas bahawa kadang-kadang kalau kita melukai hati kawan, ianya susah diperbaiki.
Bersifat degil dan memarahi ahli kumpulan boleh merosakan kumpulan itu.

Langkah 3 : Perbincangan [20 Minit]

3.1 Guru memberikan kuliah dalam bentuk soal jawab untuk perkara berikut:
(a) Pengenalan Istilah Sinergi
(b) Matlamat Pembentukan Kumpulan
(c) Dimensi Bekerja Yang Berkesan.

3.2 Oleh kerana peserta merupakan pelajar, guru hendaklah menunjukkan aplikasi kerja kumpulan dalam
pembelajaran. Ini boleh merujuk kepada:
(a) Cooperative Learning
(b) Mengulang Secara Kumpulan.

Langkah 4 : Aktiviti Sinergi [35 Minit]

4.1 Setiap kumpulan diberi beberapa bahan iaitu:


i. Kotak kasut
ii. Manila kad
iii. Gunting
iv. Pena
v. Selotap
vi. Kertas Putih

4.2 Berdasarkan bahan tersebut peserta diminta untuk membuat:


(a) Alat permainan seperti menggelongsor.
(b) Alat seperti kotak pos dan suratnya.

(c) Alat yang boleh dijadikan bahan motivasi atau bahan pelajaran.
      (d)   Alat yang mempunyai pelbagai kegunaan.

4.3 Setiap kumpulan diminta membuat alat tersebut dengan menyediakan perancangan dan pelan.  Setiap
kumpulan dikehendaki mempersembahkan alat yang dibuat itu dengan satu pantomin yang mengandungi
bahasa puitis menggambarkan peranan mereka dalam menghasilkan alat tersebut.

Catatan : Bahasa Puitis boleh dipersembahkan dengan - (i) Deklamasi Sajak


                 (ii) Syair
                 (iii) Lagu-lagu rakyat
                 (iv) Nasyid

4.4 Ingatkan kepada peserta bahawa setiap kumpulan perlu mempersembahkan hasil kerja dalam masa 4 minit
sahaja.

4.5 Semasa kumpulan bekerja, dimainkan lagu seperti ’Ibu’, ‘MARA’ dan lagu patrotik.

[maklumat perbincangan seperti lampiran 2 ]


Langkah 5 : Persembahan Aktiviti [25 Minit]

5.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan hasil kerja mereka dalam masa 4 minit sahaja.

5.2 Oleh kerana aktiviti ini merupakan aktiviti terakhir dalam kursus Jayadiri ini, maka guru bolehlah
menyediakan hadiah untuk setiap persembahan.

5.3 Guru hendaklah mempastikan setiap persembahan dilihat oleh kumpulan lain dan jika boleh diberikan
tepukan bagi setiap persembahan.

5.4 Jika diadakan pertandingan,  lihat sahaja dari sudut kreativiti dan kerjasama semasa proses
menghasilkan bahan persembahan itu.
Langkah 6 : Penutup dan Rumusan [15 Minit]

6.1 Guru boleh memberikan ulasan sekali lagi berkaitan aktiviti yang dilakukan.  Tegaskan aspek kepentingan
bekerja dalam kumpulan untuk mendapat sinergi.

6.2 Oleh kerana tajuk ‘Kita Boleh’ ini merupakan tajuk terakhir, guru hendaklah menerangkan kembali
keseluruhan kursus ini iaitu dari tajuk ‘Saya Percaya’ hinggalah ke tajuk ‘Saya dan Anda’.  Rumusan ini
boleh dibuat dalam kumpulan selama 5 minit.

6.3 Guru hendaklah mengemukakan kepada peserta beberapa perkara seperti:

 Sudahkah kita bersedia untuk menangani Wawasan 2020.

 Sudahkah kita berpuas hati dengan keadaan kita sekarang.

 Sudahkah kita menilai prestasi diri kita sekarang.

 Sudahkah kita memiliki sikap positif untuk membentuk kumpulan sinergi:

             . sikap positif terhadap Allah

            . sikap positif terhadap manusia

HJ. MOHD. YUSOF HJ. ARSHAD


J/K Jayadiri BPM

DIS. 1992

Lampiran 1

SYAIR : SEMANGAT KERJASAMA

Asalamulaikum, nada nan syahdu


Memadahkan irama, semangat padu
Bekerjasamalah, kita bersatu
Aman tenteram, negara kan maju.

Percayakan Tuhan, prinsip utama


Jangan nasib, ditakuk lama
Ubahlah diri, imej baru dijelma
Bersama rakan, kita bekerjasama.

Kumpulan Sinergi, idaman kita


Menghasilkan idea, berlipat ganda
Kualiti yang tinggi, tentulah ada
Cemerlanglah diri, kita sentiasa.

Semua ahli, seia sekata


Tiadalah seorang, suka berdusta
Dengki hasad, lenyap tiada
Itulah tanda, Sinergi bermula.

Lampiran 2

1. Pengertian Sinergi

Apabila pemimpin atau ketua sesuatu kumpulan berinteraksi dengan orang bawahannya atau ahli-ahli
kumpulan lain secara optimum, sumber boleh diagihkan dan ditambah. Sesuatu yang lebih besar dan di
luar jangkaan,  mungkin dapat dihasilkan apabila setiap ahli kumpulan memberi sumbangan dan kerjasamn
dalam sesuatu tugasan. Kita namakan ini sebagai ‘SINERGI’.

Secara amnya,  jika ± « ± « ± ½ 3»  tetapi dalam Sinergi kita mungkin boleh mendapat 5, 10 atau 20. 
Secara kumpulan, kita tidak terhad kepada keupayaan masing-masing, tetapi usaha dan kejayaan semua
ahli secara berkumpulan boleh dilipat-gandakan untuk mendapat satu kejayaan yang cemerlang.  Inilah
sebenarnya matlamat bekerja atau belajar dalam kumpulan iaitu memberikan jalan kepada kita untuk
mencapai sesuatu kejayaan lebih daripada kejayaan yang dicapai secara berseorangan.

2. Matlamat Pembentukan Kumpulan Belajar Atau Bekerja

2.1 Menggantikan secara tradisi dan amalan lama dengan budaya penyelesaian masalah.
    2.2  Meningkatkan objektif peribadi dalam pentaksiran perlakuan bekerja dan belajar.

    2.3  Menentukan 'standard' untuk kecemerlangan.

    2.4  Membentukkan objektif kumpulan dan pencapaian individu.

    2.5  Meningkatkan kemahiran bekerja dan belajar berkumpulan.

    2.6. Menggunakan kritikan dalam pembelajaran.

3. Dimensi Kumpulan Bekerja Yang Berkesan

3.1 Norma dan standard yang digunakan oleh kumpulan dalam menjalankan tugas dan belajar.

3.2 Kuasa dan 'autoriti’ yang dipraktiskan oleh ahli-ahli kumpulan.

3.3 Semangat dan kesepaduan yang wujud di dalam kumpulan.

3.4 Matlamat dan objektif yang berkaitan dengan kualiti kejayaan.

3.5 Perubahan dan pembangunan (‘Paradigm Shift’) yang diperlukan untuk masa hadapan.

Modul Variasi Sesi 8

Modul : KITA BOLEH - Bekerja Dengan Semangat Pasukan

Proses Perlaksanaan:

Langkah 1: Peserta menyampaikan nasyid ‘Semangat Kerjasama’.

Langkah 2 : Mengenal Kelompok Melalui Penyedut Minuman

Bahan : 1. Penyedut minuman beza ukuran panjang - 5 dalam 1 kumpulan berlima.


2. Makanan ringan - 2 bungkus dalam 1 kumpulan.
3. Selotap.

Arahan (Bahagian I)

1. Sila buat kumpulan berlima dan setiap kumpulan akan diberi 1 bungkus (5 penyedut seorang satu)

2. Setiap kumpulan dikehendaki menjatuhkan bungkusan makanan ringan yang diletakkan pada dinding /
digantung dengan menggunakan penyedut.
Syarat: . Kumpulan melantik seorang sukarelawan.
. Penyedut dipegang pada 1 hujung.
. Tangan tidak melebihi paras seperti ditanda.
. Jolok hingga bungkusan jatuh.
. Ahli-ahli makan makanan tersebut.

(Bahagian II)
3. Tanggalkan penyedut di bahagian hujung yang dipegang.
4. Penyedut tersebut dibelah empat.

5. Sambungkan balik penyedut yang telah dibelah kepada penyedut yang lain.

6. Jolok bungkusan makanan hingga jatuh.

Langkah 3: Perbincangan

Guru melaksanakan perbincangan dengan pelajar seperti di bawah dan dicatat jawapan di papan putih:
Aspek Pemerhatian
Kerjasama Bagaimana kumpulan berjaya menjatuhkan bungkusan apabila
diberi penyedut yang pendek?
Sumbangan setiap ahli Adakah semua penyedut digunakan?
Sumbangan mengikut keupayaan Adakah penyedut yang digunakan sama panjang?
Kesediaan untuk berkongsi Adakah penyedut diberi secara sukarela ?
Kejayaan dikecapi bersama Adakah semua ahli makan makanan tersebut?

Kesimpulan: Menekankan ciri kerjasama akan menghasilkan kejayaan yang dapat dikecapi bersama tetapi
sebaliknya tiada sefahaman membawa kegagalan.
Transparensi: Definisi Sinergi:

"Kekuatan yang dijanakan dari satu kumpulan yang berinteraksi, adalah berlipat kali ganda daripada
jumlah kekuatan individu secara berasingan"

Langkah 4: Aktiviti Sinergi (35 minit)

1. Setiap Ketua Kumpulan diminta tampil ke depan untuk memilih bahan-bahan peralatan yang diperlukan
untuk digunakan dalam aktiviti seterusnya dengan berpandukan kepada 'clue’ yang ditayangkan.

2.  Andaikan anda pelajar MRSM yang baru 2 hari berada di Maktab dan masih lagi mengalami ‘Sindrom
Rindu Keluarga’ yang masih belum terubat. Bincangkan dengan kumpulan anda apakah cadangan kepada
matlamat untuk menyelesaikan masalah anda bersama. Berdasarkan kepada cadangan penyelesaian anda
itu, binalah carta bagi menunjukkan jawapan-jawapan kepada masalah anda bersama. Alatan itu
digambarkan bersama. Alatan itu digambarkan pada 'clue’ yang ditayangkan.

3.   Setiap kumpulan diminta menunjukkan 'alat penyelesaian masalah’ masing-masing dengan menyampaikan
penerangan dalam bentuk bahasa puitis untuk menggambarkan peranan masing-masing dalam membina
alatan tersebut.

Disediakan oleh:

1. Gha'zale Bahari (MRSM Banting)


               2. Abdullah Sharif (MRSM Muar)
               3. Cik Zaharah Che Hassan (MRSM Pasir Tumboh)
               4. Naimah bt. Abdul Mutalib (IPM, K.Lumpur)
               5. Shahir Mashur b. Shukur (MRSM Kulim)
DIS. 1992
Lampiran

Nasyid : Kerjasama Membawa Berkat

Bersatu teguh, bercerai roboh


Amalan hidup kita.

Mari kita bekerjasama


        Agar hidup aman sentosa
        Jangan kita asyik sengketa
        Semua kerja serba tak kena

           Mari kita kerjasama


           Agar hidup bahagia

        Ayuh semua rakan dan taulan


        Hidup ini hanya sementara
        Jangan selalu membuang masa
        Mari segera usaha bersama.

           Bersatu teguh bercerai roboh


           Amalan kita semua
          Amalan - Kita - Semua

Lagu : S . I . N . E . R . G . I

Apa saja yang susah


      akan menjadi mudah
sekiranya semua bersatu berusaha
      sinergi teras kejayaan
      bertambah keuntungan
      kerja seikhlas hati
      sempurna pekerjaan
      Kita bantu membantu
      bertukar-tukar fikiran
      bersatu kita maju
      ke arah kemakmuran

   Kita tegur menegur


      kerana kebaikan
      berusaha dengan jujur
      mencari kejayaan

You might also like