You are on page 1of 2

 

 
JURNAL PRAKTIKUM
   
  Nama Pelajar : NUR SYAHIRA BT. ABDULLAH
  No Kad Pengenalan : 001120011850
  Program : PISMP
  Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2020/ PENDIDIKAN ISLAM 2
  Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN LEREH
  Minggu Praktikum :3
  Tarikh : 26-08-2022
  Tajuk : MURID PASIF
  Kategori : Komunikasi
  Pensyarah Penyelia : DR. NORAINI ABDULLAH
  Guru Pembimbing : SITI NORHASLINI BT. HASHIM

   
 
1. Isu Yang Difokuskan :

Pada kelas Jawi Tahun 2 Zuhal iaitu 28 Ogos 2022 yang lalu, saya mendapati hampir separuh kelas murid mempunyai menjadi
pasif didalam kelas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Murid Kelas 2 Zuhal menjadi pasif apabila belajar bidang jawi. Apabila diminta membaca teks pendek bertulisan jawi pasti guru
tidak mendapat respon yang memberansangkan daripada murid. Murid hanya duduk diam sahaja dan tidak memberikan respon .

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Muhamad Suhaimi Taat pada tahun 2012, untuk menjadikan bilik darjah lebih kondusif, berkesan dan dapat diurus
dengan cekap, guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih, dan
prihatin.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Untuk membuat murid pasif menjadi aktif didalam kelas semasa subjek jawi:
a. memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan murid.
b. sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai.
c. menggunakan alat bantu mengajar yang menarik minat murid disamping selaras dengan aras pengetahuan mereka.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

4 hari

6. Tindakan Susulan :

Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan bahawa seorang guru yang asertif amat
diperlukan oleh murid untuk membantu murid mengatasi masalah yang mereka alami di atas.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

30-08-2022

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak
yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan murid yang memberi respon semasa ditanya. Selain itu, murid lebih
semangat untuk belajar.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah saya sampaikan dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan. Pendekatan ini mampu menarik murid untuk aktif didalam kelas
saya semasa PdP dijalankan.

Rujukan :

M. Suhaimi Taat. (2012). Pengurusan Bilik Darjah Berkesan. Diakses Pada 26 Ogos 2022 daripada
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4441/1/nc0000001734.pdf

You might also like