You are on page 1of 2

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : MOHAMAD AMIRUL HAZIQ BIN ROSLI

No Kad Pengenalan : 021128060559


Program : PISMP
Pengkhususan / : 2021/06 - PENDIDIKAN ISLAM
Opsyen
Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN
Minggu Praktikum : 11
Tarikh : 08-11-2023
Tajuk : PENERAPAN NILAI DALAM PENGAJARAN
Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal
Pensyarah Penyelia : DR. MOHAMMAD SYUKOR BIN MOHAMMAD GHULAM
Guru Pembimbing : USTAZAH YUSRA BINTI ABDUL HAMID

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada minggu ini , saya mengalami masalah untuk mempraktikan penerapan nilai dalam pengajaran
Pendidikan Islam. Saya menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan penerapan nilai kepada
murid-murid.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan masalah ini, saya dapati bahawa saya terlalu fokus kepada pengisian tajuk yang
hendak diajar sehingga kurang menerapkan nilai-nilai dalam pengajaran Pendidikan Islam. Sebagai
contoh ketika murid malu untuk membentangkan di hadapan kelas saya tidak menerapkan nilai
berani disitu.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Nilai-nilai murni merangkumi aspek tingkah-laku yang baik, peradaban dan tatasusila seseorang
individu dalam hubungan sesama manusia, alam sekitar, dan Tuhan. Noordin (1994), mengatakan
nilai-nilai murni boleh ditakrifkan sebagai satu tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati
dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran dalam kehidupan seseorang bagi
membentuk akhlak yang mulia

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

1- Mendapatkan rujukan daripada guru pembimbing sehari sebelum pengajaran berlangsung.


2- mengkaji nilai yang boleh dikaitkan dengan topik tersebut.
3- menulis nilai yang ingin diterapkan di dalam sekeping kertas kecil.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :

5 HARI

6. Tindakan Susulan :

Perbincangan perlu dilakukan bersama dengan guru pembimbing, rakan-rakan praktikum untuk
mendapatkan nasihat serta idea-idea untuk menerapkan nilai dalam pengajaran murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

15-11-2023

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Apabila saya melakukan cadangan penyelesaian yang telah dibincangkan, sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar apabila murid tahu mengenai nilai-nilai murni yang terdapat
dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan. Oleh itu, saya akan sentiasa menerapkan nilai-nilai
murni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya langsungkan bagi memupuk nilai murni
dalam kalangan murid.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Alhamdulillah, pengajaran makin bertambah baik, saya sering merujuk guru pembimbing dan rakan-
rakan praktikum dalam menentukan nilai-nilai pengajaran yang sesuai dan mengaplikasikan di
dalam kelas. Kesimpulannya, sebagai seorang guru praktikum,guru perlulah sentiasa aktif untuk
bertanya pendapat guru pembimbing mahupun guru-guru yang lain secara tidak langsung dapat
menimba ilmu baharu dan pengalaman yang sebenar sebelum masuk ke sekolah yang benar.

Rujukan :

Noordin, M. Z. (1994). Ke Arah Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni Dalam KBSM: Falsafah Pendidikan
Negara. Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi cabaran 2020. Nurin Enterprise.

You might also like