You are on page 1of 3

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : Lee Min Yi

No. Kad Pengenalan : 960530-04-5176

Program : PDPP

Pengkhusuan : Pendidikan Moral

Minggu Praktikum : 10 ( 14 – 18 Ogos 2023)

Tajuk : Hubungan antara guru dan pelajar

Kategori : Pengurusan Bilik Darjah

Pensyarah Penyelia : En. Uthayakumaran A/L Karuppiah

Guru Pembimbing : Pn. Florence Ngu Mui Aik

1. Isu Yang Difokuskan


Pada minggu ini, isu yang difokuskan ialah hubungan antara guru dan pelajar. Hubungan ini
merupakan aspek yang penting dalam pembentukan jati diri murid-murid. Hal ini kerana guru
merupakan insan yang memainkan peranan yang amat penting kerana di sebalik membantu
pembelajaran murid dalam sesuatu mata pelajaran, guru juga perlu mendidik iaitu
memberikan sokongan terhadap perkembangan pelajar, menegur akhlak mereka sekiranya
perlu dan memotivasikan murid dalam mendapatkan hala tuju hidup yang betul. Hal ini
hanya boleh terlaksana secara berkesan apabila guru mengenali pelajar tersebut secara
mendalam iaitu mengetahui nama mereka, latar belakang, minat dan kecederungan mereka
serta membantu mereka mencapai potensi diri. Setelah proses ini terlaksana, maka akan
terbentuk kepercayaan antara pelajar dan guru di mana akan terbentuklah suatu hubungan
guru dengan murid yang positif.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan


Oleh itu, saya mendapati agak sukar untuk mengawal pelajar kerana pelajar tidak mahu
mendengar nasihat atau arahan yang diberikan. Hal ini bertambah sukar apabila
kebanyakan pelajar merupakan pelajar yang kurang fasih berbahasa Melayu, maka hal ini
menyukarkan komunikasi yang berkesan. Maka apabila guru tidak mempunyai hubungan
yang positif dengan pelajar, kepercayaan antara satu sama lain tidak dapat dibina dan ini
merupakan salah satu halangan komunikasi untuk pelajar belajar secara berkesan dengan
guru mereka.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu (pengalaman atau kajian lepas)


Menurut Wentzel (2002), penyesuaian murid di persekitaran sekolah amat dipengaruhi oleh
kerapatan dan kerenggangan dalam hubungan antara guru dan pelajar. Kerapatan dalam
hubungan antara guru dan pelajar yang ditunjukkan melalui kemesraan, kepercayaan dan
darjah konflik yang rendah membolehkan seseorang pelajar berasa selesa dan
membolehkan ia menyesuaikan diri dengan persekolahan. Kajian yang dilakukan oleh Birch
& Ladd (1997) dan kajian Pianta & Steinberg (1992) turut membuktikan bahawa hubungan
guru-pelajar mendorong penyesuaian murid di bilik darjah. Kemesraan dalam hubungan dan
keberkesanan interaksi dalam bilik darjah meningkatkan pola penyesuaian murid. Dorongan
penyesuaian ini juga meningkat dengan penurunan konflik dalam hubungan antara guru-
pelajar. Menurut Hamre & Pianta (2001), keupayaan pelajar dalam membentuk hubungan
yang positif, mesra atas dasar kepercayaan yang tinggi tanpa konflik mampu memberi
kesan yang positif ke atas penyesuaian pelajar terhadap persekitaran pembelajaran di bilik
darjah.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut. Antaranya
ialah:

a. Berbual dengan lebih mendalam dengan pelajar-pelajar yang tidak memberikan


tumpuan dalam kelas saya.

b. Memanggil nama murid dan mengajar secara lebih santai dan memperbanyakkan
interaksi iaitu dengan memanggil nama murid yang lemah, sederhana dan baik
berdasarkan tahap soalan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian


Sepanjang masa praktikum

6. Tindakan Susulan
Tindakan saya bagi masalah ini ialah saya akan membuat aktiviti yang berpusatkan murid
dan memperbanyakkan memanggil nama pelajar dan apabila memberikan pujian, nama
pelajar akan disebut sekali. Selain itu saya juga akan membuat kajian latar belakang dengan
bertanyakan latar belakang pelajar secara santai apabila terdapat masa yang terluang atau
ketika di luar bilik darjah.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


21.8.2023

8. Kesimpulan
Kesimpulannya, guru hendaklah mempunyai hubungan yang positif dengan pelajar untuk
memudahkan guru menyampaikan sesuatu pembelajaran mahupun dalam aspek kawalan
kelas. Apabila guru mempunyai hubungan yang positif dengan pelajar, maka pelajar akan
mempunyai rasa hormat terhadap guru tersebut.

Rujukan
Birch, S. H., & Ladd, G. W. (1997). The teacher–child relationship and children’s early school
adjustment. Journal of School Psychology, 35, 61–79.
Hamre, B. K., & Pianta, R. C. (2001). Early Teacher-Child Relationships and the Trajectory
of Children's School Outcomes Through Eighth Grade. Child Development, 72, 625– 638.
Pianta, R. C., & Steinberg, M. S. (1992). Teacher–child relationships and the process of
adjusting to school. New Directions for Child Development, 57, 61–80
Wentzel, K. R. (2002). Are Effective Teachers Like Good Parents? Teaching Styles and
Student Adjustment in Early Adolescence. Child Development, 73, 287– 301.

You might also like