You are on page 1of 2

Asal usul Bahasa Tamil

 (Tulisan Tamil: தமிழ் lit. tamiḻ) merupakan bahasa klasik dan salah satu


bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa
Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di
negara lain. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak
ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.

Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia,
bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih
dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh
tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan
harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih
diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka
kira-kira pada abad pertama Masihi.

Nama 'Tamil' bersempena bentuk "pembaratan" bagi nama asal தமிழ் (/t̪ ɐmɨɻ/). Huruf
terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil l atau zh,
merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam
transkripsi fonetik, simbol penggeseran gelungan

Keistimewaan Bahasa Tamil

Kewujudan bahasa di dunia ini mestilah berlaku setelah kewujudan manusia.


Bahasa menjadi alat utama bagi komuniti masyarakat untuk berkomunikasi serta
bertukar pendapat. Dalam komunikasi bahasa memainkan peranan penting supaya
masyarakat dapat berkomunikasi secara baik. Pada masa yang sama, sistem
bahasa menjadi unsur yang penting dalam ketamadunan manusia. Ketika ini
sebanyak lebih daripada 7000 bahasa digunakan oleh masyarakat sedunia.
Daripada  bahasa-bahasa tersebut hanya 3000 bahasa yang mempunyai tatabahasa
dan juga sastera yang tersendiri. Salah satu bahasa di antara bahasa- bahasa
tersebut ialah Bahasa Tamil.
Daripada kajian yang telah dilakukan, hanya enam bahasa yang telah
diiktirafkan sebagai bahasa yang terawal dan tertua di dunia. Antaranya ialah, Latin,
Greek, Cina, dan Tamil. Selain bahasa Cina, dan Bahasa Tamil, bahasa-bahasa lain
semua telah ditelan oleh arus kemodenan. Bahasa Tamil menjadi bahasa yang tidak
akan ditelani zaman ataupun akan terhapus sampai bila-bila. Bahasa Tamil menjadi
bahasa ibunda bagi komuniti masyarakat tamil di seluruh dunia yang
mengamalkannya. 

Untuk pengetahuan semua Bahasa Tamil juga diiktiraf sebagai ''Semmozhi'' yang
bermaksud bahasa yang sangat unik serta mempunyai keistimewaan yang
tersendiri. Sebenarnya, tidak ada bukti masa sebenar  bagi kemunculan Bahasa
Tamil. Pada masa yang sama, kewujudan Bahasa Tamil dijangkakan bahawa
mungkin wujud sebelum 15000 tahun dahulu. Jangkaan ini dapat  dibuktikan dengan
bahan buku yang berkaitan dengan tatabahasa dan sastera.Seterusnya, jumlah
abjad bagi Bahasa Tamil ialah 247 secara keseluruhan. Kesemua abjad ini boleh
dikategorikan kepada empat bahagian iaitu "vallinam","mellinam", "idaiyinam" dan
juga "aayutha elutthu".

You might also like