You are on page 1of 3

Jurnal Praktikum Minggu 1

Mingggu Praktikum: 1

Tarikh: 28 Jun 2021

Tajuk Jurnal: Kecuaian Tidak Menyemak Jumlah Murid Dalam Google Classroom

Isu Yang Difokuskan:

Saya telah mengadakan pengajaran dan pembelajaran tidak segerak dalam Google Classroom
untuk kelas Matematik Tahun 2. Setelah saya memberitahu murid bahawa saya telah memberi
nota video dan kerja rumah, seorang ibu murid telah menelefon kepada saya. Ibu murid
tersebut telah menyatakan bahawa saya tidak mengajak anaknya ke dalam Google Classroom.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Punca ibu murid menelefon saya daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti
ialah kecuaian saya tidak menyemak jumlah murid dalam Google Classroom dan tidak
mengambil gambar sebagai bukti. Saya telah menjemput 21 orang murid untuk masuk ke
Google Classroom yang telah saya membuka. Pada kali pertama, saya telah menjemput murid
kelas lain, tetapi saya telah menyelesaikan masalah ini. Pada kali ini, saya lebih berhati-hati
apabila menjemput murid masuk Google Classroom, tetapi masih berlakunya kecuaian semasa
saya menjemput murid. Seorang murid lalai menekan butang keluar Google Classroom, oleh
itu, ibu murid tersebut telah menuduh saya tidak menjemput anaknya ke dalam Google
Classroom.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut M. Kaviza (2020), Google Classroommerupakan aplikasi pembelajaran percuma


yang telah dibangunkan oleh pihak Google untuk kegunaan sistem pendidikan pada
tahun 2014 bagi memudahkan para pendidik merancang, melaksanakan dan mentaksir
tugasan ataupun hasil kerja murid secara pendekatan paper less, di samping
menggalakkan proses perkongsian bahan-bahan pembelajaran antara murid-murid dan
guru-guru dengan membentuk komuniti persekitaran pembelajaran atas talian.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa altenatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:-
(a) Mengambil gambar setelah menjemput murid ke Google Classroom sebagai bukti agar
dapat mengelakkan perselisihan faham.

(b) Lebih berwaspada mengira jumlah murid yang telah dijemput ke dalam Google Classroom

(c) Mencari aplikasi whiteboard dari internet untuk menarikkan perhatian murid.

Tempoh Penyelesaian Masalah:

1 Minggu

Tindakan Susulan:

Saya akan mengambil tindakan susulan yang telah saya mencadangkan, iaitu lebih
berwaspada lagi apabila menjemput murid ke dalam Google Classroom.

Rujukan:

M. Kaviza. (2020). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom


Sebagai Platform Pembelajaran Sejarah. https://msocialsciences.com/index.php
/mjssh/article/view/397/282
Jurnal Praktikum Minggu 1

Mingggu Praktikum: 1

Tarikh: 28 Jun 2021

Tajuk Jurnal: Kecuaian Tidak Menyemak Jumlah Murid Dalam Google Classroom

Tarikh Tindakan Susulan:

Tindakan yang telah saya melaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah kenal pasti telah memberi kesan kepada pelaksanaan pdpc secara talian. Ini dapat
didapati melalui semua murid telah memasuk ke dalam Google Classroom kecuali murid yang
mengalami masalah gajet dan internet.

Kesimpulan/Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)):

Saya akan lebih berwaspada apabila melakukuan sesuatu,seperti menyemak jumlah murid
yang dijemput ke dalam Google Classroom. Pada masa yang akan datang, saya akan lebih
berwaspada lagi dan berusaha untuk menjalankan kerja saya.

Tandatangan Guru Pembimbing, Tandatangan Pensyarah Pembimbing,

Nama: Nama:

You might also like