You are on page 1of 9

Seminar Penyelidikan Pendidikan 2022

IPG Kampus Pendidikan Teknik


24-25 Mei 2022

Kebergunaan dan Kesediaan Menggunakan Google Classroom


Dalam Kalangan Guru Pelatih IPGKPT
Afif Roshini 1*, Wan Ameran Wan Mat1
1
Jabatan Teknik dan Vokasional, IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek Negeri Sembilan
*afifsafwan172@pendidikguru.edu.my

Abstrak: Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk meninjau kebergunaan dan
kesediaan menggunakan Google Classroom dalam kalangan guru pelatih IPGKPT terhadap pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc). Kajian melibatkan kebergunaan Google Classroom dan kesediaan guru
pelatih dari dua faktor iaitu motivasi dan capaian internet. Responden kajian terdiri daripada 92 orang
pelajar semester 8 kursus Reka Bentuk dan Teknologi, Sains dan Matematik di IPG Kampus
Pendidikan Teknik. Kajian tinjauan ini dijalankan secara deskriptif dan menggunakan borang soal
selidik yang mengandungi 20 item soalan. Kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi iaitu 0.908. Data-
data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statiscal Package for Social Science (SPSS) versi
26.0. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratus dan sisihan piawai.
Hasil kajian mendapati bahawa kebergunaan Google Classroom dan kesediaan guru pelatih dari aspek
motivasi dan capaian internet berada pada tahap min yang tinggi. Pada akhir kajian ini, penyelidik
mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Kata kunci: Kebergunaan, Google Classroom, kesediaan, guru pelatih, motivasi, capaian Internet

1.0 PENGENALAN
Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam bidang teknologi khususnya, Malaysia
tidak terlepas menyahut cabaran unik ini untuk bergerak seiring dengan negara-negara maju.
Perkembangan teknologi dalam era Revolusi Industri 4.0 yang mencakupi maklumat digital
dan data raya telah membantu kebanyakkan sektor ekonomi termasuklah sektor pendidikan di
Malaysia (Rais Hussin, 2020). Tambahan lagi, krisis wabak koronavirus (Covid-19) yang
melanda hampir semua negara telah menyebabkan aktiviti pendidikan khususnya tergendala
seketika kesan daripada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini memerlukan
guru dan murid beralih sepenuhnya kepada pembelajaran berasaskan teknologi digital sebagai
medium perhubungan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Justeru itu, kajian ini merupakan kajian awal tentang kebergunaan dan kesediaan
menggunakan Google Classroom dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Pendidikan
Teknik (IPGKPT). Kemudahan yang ada pada Google Classroom dapat membantu bakal guru
atau guru pelatih dalam menguruskan dan mencapai maklumat untuk tujuan pembelajaran
(Sukmawati, S., & Nensia, N., 2019). Di samping itu, pelantar ini dapat menyediakan guru-
guru menghadapi cabaran pendidikan abad kb-21 dan program Transformasi Sekolah 2025
(TS25).

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Pelaksanaan insiatif ICT dalam pendidikan dapat membantu pelaksanaan pedagogi
konstruktif dan menggalakkan pembelajaran berasaskan murid seiring dengan perkembangan
pendidikan di negara-negara maju. Contohnya, menurut Nur Alim et.al, (2019), penggunaan
Google Classroom diterima baik oleh pelajar di kebanyakkan negara maju seperti Amerika
Syarikat kerana mempunyai kebebasan dari sudut kepelbagaian penyampaian bahan
mengajar. Sungguhpun begitu, semasa era pandemik COVID-19, pelaksanaan Google
Classroom di setiap sekolah mahupun institusi pendidikan terjejas dan mendapat perhatian.
Tambahan lagi, terdapat beberapa individu yang sukar menerima kebergunaan sistem Google
Classroom kerana menganggap sistem tersebut terlalu kompleks kerana memerlukan
pemahaman tinggi dan pengaplikasian teknologi baharu.

1
Seminar Penyelidikan Pendidikan 2022
IPG Kampus Pendidikan Teknik
24-25 Mei 2022

Seterusnya, menurut Haizvanie Muhamud Ganasan dan Norzaini Azman, (2021),


motivasi bermaksud keperluan, keinginan, kehendak atau dorongan dalam diri individu.
Sumber motivasi yang diperolehi secara dalaman (intrinsik) atau luaran (ekstrinsik) dapat
mempengaruhi perlakuan seseorang dan secara tidak langsung mengubah prestasi
pembelajaran. Sungguhpun begitu, keadaan norma baharu ini menjadikan sesetengah pelajar
mempunyai tahap motivasi yang rendah kerana sukar untuk mengadaptasi dengan perubahan
teknologi seperti pelantar Google Classroom dalam mencapai bahan dan tugasan serta
perbincangan.
Selain itu, Norehan anasir dan Mahaliza Mansor, (2021) berpendapat kesediaan pelajar
dalam menjalankan PdPc secara atas talian bergantung kepada peranti, pelan data dan
motivasi diri pelajar. Dalam konteks capaian internet, pelan data yang dilanggan juga perlu
mengambil kira signal telco terbaik di sesebuah kawasan itu supaya kemudahan internet dapat
dicapai bagi melaksanakan proses PdPc secara atas talian. Jadi, pelajar yang mempunyai
masalah capaian internet menyebabkan mereka tidak dapat mengakses bahan tugasan dan
perbincangan di Google Classroom pada masa yang ditetapkan.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


3.1 Objektif
Kajian ini mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai bagi meningkatkan
keberkesanan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus
Pendidikan. Antaranya adalah:
a. Mengenalpasti kebergunaan Google Classroom sebagai platform pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc).
b. Mengenalpasti faktor kesediaan guru pelatih IPGKPT dari aspek motivasi dalam
menggunakan Google Classroom.
c. Mengenalpasti faktor kesediaan guru pelatih IPGKPT dari aspek capaian internet
dalam menggunakan Google Classroom.

3.2 Persoalan Kajian


a. Adakah platform Google Classroom berguna dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc)?
b. Adakah faktor motivasi mempengaruhi kesediaan guru pelatih IPGKPT dalam
menggunakan Google Classroom?
c. Adakah faktor capaian internet mempengaruhi kesediaan guru pelatih dalam
menggunakan Google Classroom?

4.0 METODOLOGI KAJIAN


4.1 Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan deskriptif di mana responden terdiri daripada
92 guru pelatih 8 PISMP di IPG Kampus Pendidikan Teknik yang mengambil kursus Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT), Matematik dan Sains yang telah menjalani latihan mengajar.

4.2 Sampel Kajian


Saiz sampel kajian terdiri daripada guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Teknik yang telah
menjalani latihan mengajar iaitu guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2018 seramai 92 orang
yang dianggap sebagai responden sebenar daripada 128 orang responden. Saiz sampel yang
dipilih adalah berdasarkan jadual penentuan sampel saiz oleh Krejcie dan Morgan (Fuad
Mohamed Berawi, 2017).

2
Seminar Penyelidikan Pendidikan 2022
IPG Kampus Pendidikan Teknik
24-25 Mei 2022

4.3 Instrumen Kajian


Bagi kajian ini, instrumen yang digunakan ialah kaedah soal selidik di mana mempunyai set
soalan yang memberikan gambaran berkenaan kebergunaan Google Classroom dan kesediaan
guru pelatih dari aspek motivasi dan capaian internet (seperti jadual 1). Soal selidik
mengandungi 20 item soalan bersifat tertutup. Guru pelatih telah menjawab semua soalan
yang dikemukakan. Data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan bantuan
perisian Statiscal Package for the Social Scienses (SPSS) versi 26 dan dipersembahkan
melalui analisis deskriptif bagi mengenalpasti peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai.

Jadual 1: Bilangan item soal selidik

Bahagian Perkara Bilangan Item


A Profil demografi responden 3
B Kebergunaan Google Classroom 10
C Kesediaan guru pelatih dari aspek motivasi 5
D Kesediaan guru pelatih dari aspek capaian internet 5

4.4 Kebolehpercayaan
Kaedah yang digunakan untuk mengukur kebolehpercayaann item-item soalan ialah melalui
kaedah Cronbach Alfa bagi mengukur ketekalan dalaman sesuatu konstruk (Chua Yan Piaw,
2017).

Jadual 2: Nilai Alpha Cronbach soal selidik mengikut aspek kajian

Reliability Statistics
Perkara Cronbach’s N of Items
Alpha
Kebergunaan Google Classroom .867 10
Tahap kesediaan guru pelatih dari aspek motivasi .708 5
Tahap kesediaan guru pelatih dari aspek capaian .775 5
internet
Keseluruhan .908 20

Soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu pada nilai koofisien
Cronbach’s Alpha r=0.908 berada di antara 0.6 hingga 1.0 menunjukkan item kajian diterima
dan instrumen tidak perlu ditukar. Ini bermakna instrumen yang digunakan mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi melihat kebergunaan Google Classroom dan
tahap kesediaan guru pelatih dari aspek motivasi dan capaian internet.

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN


5.1 Profil responden
Profil yang telah disoal selidik oleh pengkaji ialah berkenaan jantina, bidang teras dan bangsa.
Frekuensi dan peratus digunakan oleh pengkaji dalam bentuk jadual adalah bertujuan untuk
menghurai ciri-ciri demografi berdasarkan data daripada responden (seperti jadual 3).

3
Seminar Penyelidikan Pendidikan 2022
IPG Kampus Pendidikan Teknik
24-25 Mei 2022

Jadual 3: Demografi responden kajian

Faktor demografi Kategori Frekuensi Peratus (%)


Jantina Lelaki 48 52.2
Perempuan 44 47.8
Bidang Teras RBT 61 66.3
Matematik 11 12
Sains 20 21.7
Bangsa Melayu 62 67.4
Cina 21 22.8
India 6 6.5
Lain-lain 3 3.3

Jadual 3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina. Seramai
92 orang guru pelatih IPGKPT yang terdiri dari semester 8 telah dipilih sebagai responden
bagi kajian ini. Daripada jumlah ini, didapati seramai 48 (52.2%) guru pelatih adalah lelaki
dan 44 (47.8%) guru pelatih adalah perempuan. Kesemua responden terdiri daripada beberapa
bangsa iaitu 62 berbangsa Melayu (67.4%), 21 berbangsa Cina (22.8%), 6 berbangsa India
(6.5%) serta 3 orang guru pelatih dari bangsa berlainan (3.3%). Taburan bilangan dan
peratusan mengikut tiga bidang teras utama iaitu RBT, Matematik dan Sains. Seramai 61
orang guru pelatih dari kelas RBT (66.3%), 11 orang dari kursus Matematik (12%) dan 20
orang dari kursus Sains (21.7%).

5.2 Kebergunaan Google Classroom dan kesediaan guru pelatih dari aspek
motivasi dan capaian internet
Analisis dapatan dilakukan melalui analisis deskriptif yang terdiri daripada frekuensi,
peratusan, min dan sisihan piawai bagi mengetahui tahap pengetahuan dan amalan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) guru pelatih dengan menggunakan interpretasi skor min.

Jadual 4: Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi kebergunaan
Google Classroom

No. Item 1 2 3 4 5 Min SP


Item STS TS TP S SS
(%) (%) (%) (%) (%)
B1. Google Classroom 6.5 54.3 39.1 4.32 0.595
meningkatkan prestasi dan (6) (50) (36)
kualiti kerja

B2. Google Classroom 10.9 44.6 44.6 4.33 0.667


menjimatkan masa untuk (10) (41) (41)
mencari bahan dan
tugasan yang diberikan
oleh pensyarah

B3. Google Classroom 8.7 55.4 35.9 4.27 0.613


membantu ke arah (8) (51) (33)
pembelajaran secara maya

B4. Google Classroom 2.2 25.0 41.3 31.5 4.02 0.811


memudahkan untuk (2) (23) (38) (29)
melaksanakan soalan kuiz

4
Seminar Penyelidikan Pendidikan 2022
IPG Kampus Pendidikan Teknik
24-25 Mei 2022

B5. Google Classroom 1.1 20.7 50 28.3 4.05 0.731


membantu proses PdPc di (1) (19) (46) (26)
luar bilik darjah

B6. Google Classroom 2.2 19.6 42.4 35.9 4.11 0.796


mengurangkan kos (2) (18) (39) (33)
pencetakan kertas

B7. Google Classroom 1.1 26.1 41.3 31.5 4.03 0.790


memudahkan gerak kerja (1) (24) (38) (29)
dalam mencapai dan
menguruskan bahan
tugasan

B8. Google Classroom 4.3 18.5 47.8 29.3 4.02 0.811


meningkatkan (4) (17) (44) (27)
pembelajaran kendiri

B9. Google Classroom terlalu 15.2 30.4 18.5 21.7 14.1 2.89 1.304
kompleks dan sukar (14) (28) (17) (20) (13)
diakses

B10. Google Classroom dapat 20.7 45.7 33.7 4.13 0.729


menyimpan semua bahan (19) (42) (31)
PdPc secara automatik
dalam Google Drive

Min keseluruhan=4.02 Sisihan piawai keseluruhan=0.489

Secara keseluruhannya, min yang diperoleh ialah 4.02 dan sisihan piawai 0.489. Bagi
menjawab persoalan kajian 1, analisis dapatan kajian menunjukkan majoriti (76.84%) guru
pelatih bersetuju bahawa Google Classroom berguna sebagai platform PdPc berbanding
hanya (17.52%) guru pelatih tidak pasti dan (5.64%) guru pelatih tidak bersetuju Google
Classroom berguna sebagai platform PdPc.

Jadual 5: Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi faktor kesediaan
guru pelatih dari aspek motivasi

No. Item 1 2 3 4 5 Min SP


Item STS TS TP S SS
(%) (%) (%) (%) (%)
C1. Saya mempunyai 6.5 48.9 44.6 4.38 0.608
motivasi dan rasa ingin (6) (45) (41)
tahu untuk mempelajari
sesuatu yang baharu
melalui Google
Classroom

C2. Saya bersifat konsisten 2.2 13.0 59.8 25 4.07 0.683


dan tidak mudah berputus (2) (12) (55) (23)
asa dengan perubahan
teknologi yang
mewajibkan pembelajaran

5
Seminar Penyelidikan Pendidikan 2022
IPG Kampus Pendidikan Teknik
24-25 Mei 2022

atas talian menggunakan


Google Classroom

C3. Saya malas untuk 5.4 26.1 13 42.4 13 3.31 1.157


menggunakan aplikasi (5) (24) (12) (39) (12)
Google Classroom untuk
PdPc dalam talian

C4. Saya sangat seronok 1.1 18.5 52.2 28.3 4.07 0.714
menggunakan aplikasi (1) (17) (48) (26)
lain yang dihubungkan
dengan Google
Classroom seperti
Jamboard dan Google
Slide

C5. Saya sangat tertekan 10.9 28.3 20.7 27.2 13 3.03 1.235
setiap kali menghantar (10) (26) (19) (25) (12)
tugasan di Google
Classroom

Min keseluruhan=3.77 Sisihan piawai keseluruhan=0.539

Secara keseluruhannya, min yang diperoleh ialah 3.77 dan sisihan piawai 0.539. Bagi
menjawab persoalan kajian 2, analisis dapatan kajian menunjukkan majoriti (70.88%) guru
pelatih bersetuju bahawa mempunyai aspek motivasi mempengaruhi kesediaan guru pelatih
dalam menggunakan Google Classroom berbanding hanya (14.34%) guru pelatih tidak pasti
dan (14.6%) guru pelatih tidak bersetuju aspek motivasi mempengaruhi kesediaan guru
pelatih dalam menggunakan Google Classroom.

Jadual 6: Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi faktor kesediaan
guru pelatih dari aspek capaian internet.

No. Item 1 2 3 4 5 Min SP


Item STS TS TP S SS
(%) (%) (%) (%) (%)
D1. Saya sering menghadapi 1.1 6.5 37 35.9 19.6 3.66 0.905
kesukaran mengakses (1) (6) (34) (33) (18)
internet untuk
menggunakan Google
Classroom secara dalam
talian

D2. Saya mendapati kelajuan 21.7 53.3 25 4.03 0.686


rangkaian jalur lebar yang (20) (49) (23)
kurang menyeluruh
menganggu penggunaan
Google Classroom

D3. Saya menghadapi 1.1 10.9 28.3 44.6 15.2 3.61 0.911
kesukaran untuk mengikuti (1) (10) (26) (41) (14)
perbincangan secara atas
talian menggunakan

6
Seminar Penyelidikan Pendidikan 2022
IPG Kampus Pendidikan Teknik
24-25 Mei 2022

Google Classroom pada


masa yang ditetapkan

D4. Saya mudah memuat turun 8.7 6.5 28.3 41.3 15.2 3.47 1.104
dan memuat naik bahan (8) (6) (26) (38) (14)
dari Google Classroom
ketika berada di IPG
berbanding di rumah

D5. Saya sering menghantar 5.4 14.1 28.3 37.0 15.2 3.42 1.081
tugasan lewat kerana sukar (5) (13) (26) (34) (14)
mendapat capaian internet
untuk membuka Google
Classroom

Secara keseluruhannya, min yang diperoleh ialah 3.64 dan sisihan piawai 0.583. Bagi
menjawab persoalan kajian 3, analisis dapatan kajian menunjukkan majoriti (60.46%) guru
pelatih bersetuju bahawa mempunyai aspek capaian internet mempengaruhi kesediaan guru
pelatih dalam menggunakan Google Classroom berbanding hanya (28.72%) guru pelatih tidak
pasti dan (10.84%) guru pelatih tidak bersetuju aspek capaian internet mempengaruhi
kesediaan guru pelatih dalam menggunakan Google Classroom.

6.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN, IMPLIKASI, KESIMPULAN DAN


CADANGAN

6.1 Perbincangan dapatan kajian


Berdasarkan hasil dapatan kajian berkenaan kebergunaan Google Classroom, terdapat
maklum balas yang kurang sesuai dengan kandungan item yang diberikan responden iaitu
item B9. Jika dilihat item B9 “Google Classroom terlalu kompleks dan sukar diakses”
mempunyai bilangan responden yang agak tinggi mengatakan setuju dan sangat setuju, ia
bertentangan dengan maklum balas responden pada item B3 “Google Classroom membantu
ke arah pembelajaran secara maya”. Setelah diteliti maklum balas responden pada item-item
tersebut, penyelidik mendapati ia berkemungkinan disebabkan faktor kesediaan guru pelatih
dari aspek capaian internet iaitu pada item D3 “Saya menghadapi kesukaran untuk mengikuti
perbincangan secara atas talian menggunakan Google Classroom pada masa ditetapkan”,
menunjukkan majoriti responden menghadapi kesukaran untuk mengikuti perbincangan PdPc
melalui Google Classroom. Hal ini bermakna, masalah capaian internet menyebabkan
responden mengalami masalah dalam mengikuti perbincangan secara atas talian dan hal ini
menyumbang kepada kesukaran mengakses Google Classroom.
Kemudian, hasil dapatan kajian berkenaan faktor kesediaan guru pelatih dari aspek
motivasi menunjukkan terdapat maklum balas yang kurang sesuai dengan kandungan item
yang diberikan responden iaitu item C3 dan C5. Jika dilihat item C3 “Saya malas untuk
menggunakan aplikasi Google Classroom untuk PdPc secara atas talian” dan item C5 “Saya
sangat tertekan setiap kali menghantar tugasan di Google Classroom” mempunyai bilangan
responden yang agak tinggi mengatakan setuju dan sangat setuju, ia bertentangan dengan item
C4 “Saya sangat seronok menggunakan aplikasi lain yang dihubungkan dengan Google
Classroom seperti Jamboard dan Google Slide”. Setelah diteliti maklum balas responden pada
item-item tersebut, penyelidik mendapati ia berkemungkinan disebabkan faktor kesediaan
guru pelatih dari aspek capaian internet iaitu pada item D1 “Saya sering menghadapi
kesukaran mengakses internet untuk menggunakan Google Classroom secara dalam talian”,
menunjukkan majoriti responden kerap menghadapi masalah dalam mengakses Google

7
Seminar Penyelidikan Pendidikan 2022
IPG Kampus Pendidikan Teknik
24-25 Mei 2022

Classroom. Hal ini bermakna, masalah capaian internet menyebabkan sebahagian responden
berasa malas menggunakan Google Classroom semasa sesi PdPc kerana penggunaan aplikasi
ini sangat bergantung kepada capaian internet yang lancar untuk pembelajaran secara dalam
talian. Selain itu, gangguan rangkaian internet ketika ingin menghantar tugasan di Google
Classroom juga menyebabkan responden berasa ‘stress’ setiap kali menghantar tugasan
kerana perlu berulang kali mengakses Google Classroom.
Berdasarkan hasil dapatan kajian, kelima lima kandungan item dalam aspek capaian
internet menunjukkan kesesuaian item dan maklum balas yang diberikan oleh responden.
Maklum balas seperti item D5 iaitu “Saya sering menghantar tugasan lewat kerana sukar
mendapat capaian internet untuk membuka Google Classroom” mempunyai bilangan
persetujuan responden yang agak banyak. Jika dilihat permasalahan ini, ia mempunyai kaitan
dengan soalan item D2 iaitu “Saya mendapati kelajuan rangkaian jalur lebar yang kurang
menyeluruh menganggu penggunaan Google Classroom” di mana kelewatan guru pelatih
untuk menghantar tugasan adalah disebabkan masalah capaian internet yang kurang baik. Hal
ini menunjukkan kesediaan dari aspek capaian internet sangat mempengaruhi kebergunaan
Google Classroom dan motivasi guru pelatih dalam menggunakannya.

6.2 Implikasi
Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan, dapatlah diketahui bahawa kebergunaan
Google Classroom dan faktor-faktor kesediaan guru pelatih dari aspek motivasi dan capaian
internet dapat mempengaruhi keberkesanan Google Classroom. Kewujudan faktor-faktor ini
dapat memberi satu pengalaman baru kepada penyelidik untuk mengkaji secara lebih dekat
tentang masalah-masalah yang boleh dikenalpasti pada pelantar Google Classroom dan
faktor-faktor yang mempengaruhi guru pelatih apabila menggunakannya. Penyelidik juga
dapat mengambil langkah proaktif bagi memperbaiki dan menyusun strategi bagi mengatasi
masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam menjalankan pembelajaran atas talian.
Seterusnya, dapatan ini memberi motivasi yang tinggi kepada penyelidik untuk
mempertingkatkan keberkesanan penggunaan Google Classroom.

6.3 Cadangan
Terdapat beberapa cadangan yang dapat dikemukakan hasil daripada dapatan kajian agar
dapat dijadikan idea kepada pengkaji-pengkaji yang akan membuat kajian supaya kajian yang
akan dijalankan dapat memberikan input yang lebih tepat. Pengkaji-pengkaji lain boleh
menggunakan sampel yang lebih besar berdasarkan perbezaan mengikut jantina, lokasi
sekolah dan perbezaan latar belakang budaya guru pelatih supaya maklumat yang diperolehi
lebih terperinci.

RUJUKAN
Fuad Mohamed Berawi, (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis
(UUM Press). Alor Setar. NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw, (2017). Ujian Regresi, Analisis Faktor dan Analisis SEM. Kuala Lumpur.
McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Haizvanie Muhamed Ganasan dan Norzaini Azman, (2021). Kesihatan Mental dan
Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik
Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (10), 25-40.
Norehan Nasir dan Mahaliza Mansor, (2021). Cabaran Guru dalam Melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr): Suatu Pemerhatian Awal.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (7), 416-421.

8
Seminar Penyelidikan Pendidikan 2022
IPG Kampus Pendidikan Teknik
24-25 Mei 2022

Rais Hussin, (2020). Revolusi Ekonomi Digital. Dimuat turun melalui


https://www.hmetro.com.my/pks/2020/08/608985/revolusi-ekonomi digital
pada 14/10/20
Sukmawati dan Nensia, (2019). The Role of Google Classroom in ELT. International
Journal for Educational and Vocational Studies, 1 (2), 142-145.
Nur Alim, Wa Linda, Fahmi Gunawan dan Mohd Shamsuri MD Saad, (2019). The
Effectiveness of Google Classroom as an Instructional Media: A Case of State
Islamic Institue of Kendari, Indonesia. Humanities & Social Reviews, 7 (2),
240-246.

You might also like