You are on page 1of 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/349961920

PENERIMAAN GURU TERHADAP PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM SEMASA


PROSES PdP SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN MODEL TAM

Article · March 2021

CITATIONS READS

0 2,388

2 authors:

Syafiq Mansor Megat Aman Zahiri Megat zakaria


Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Malaysia
1 PUBLICATION   0 CITATIONS    30 PUBLICATIONS   82 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Developing Mobile Apps for Learning Science View project

Virtual Reality View project

All content following this page was uploaded by Syafiq Mansor on 11 March 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENERIMAAN GURU TERHADAP PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM
SEMASA PROSES PdP SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN MODEL TAM

TEACHER ACCEPTANCE OF THE USE OF GOOGLE CLASSROOM DURING THE


ONLINE TEACHING AND LEARNING PROCESS USING THE TAM MODEL

Muhammad Syafiq Mansor1*, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria2

1,2 Universiti Teknologi Malaysia


*syafiq_mansor1992@yahoo.com

ABSTRAK
Isu penggunaan Google Classroom adalah antara isu yang hangat diperkatakan di dalam dunia
pendidikan sejak bermulanya penularan wabak pandemik Covid-19 di seluruh dunia. Hal ini
menyebabkan guru-guru cuba untuk menggunakan Google Classroom sebagai alternatif untuk
pelaksanaan PdP yang telah dirancang. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk
mengenal pasti tahap penerimaan guru terhadap penggunaan Google Classroom semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berdasarkan kepada aspek-
aspek yang terdapat di dalam Model Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah dibangunkan oleh
Davis (1989) iaitu aspek Kebolehgunaan, aspek Kemudahgunaan dan aspek Sikap terhadap
Penggunaan. Kaedah persampelan yang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian ini adalah kaedah
persampelan rawak mudah di mana jumlah sampel yang terlibat adalah seramai 92 orang guru
daripada sebuah sekolah di dalam daerah Pasir Gudang, Johor. Instrumen kajian yang digunakan
di dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden secara dalam
talian menggunakan Google Forms. Konklusinya, dapatan kajian mendapati bahawa tahap
penerimaan guru terhadap penggunaan Google Classroom semasa proses pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian mencapai tahap Tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru berupaya
untuk menerima teknologi baru bagi menambah baik kualiti pengajaran mereka lebih-lebih lagi
ketika berada di dalam situasi di mana pembelajaran secara bersemuka tidak boleh dilaksanakan.

ABSTRACT
The issue of using Google Classroom has been one of the hotly debated issues in the world of
education since the outbreak of the Covid-19 pandemic worldwide. This causes teachers to try to
use Google Classroom as an alternative to make sure their planned learning and teaching process
could be continued. Therefore, this study was conducted with the aim of identifying the level of
teacher acceptance of the use of Google Classroom while implementing the teaching and learning
process online based on the aspects found in the Technology Acceptance Model (TAM) developed
by Davis (1989) namely the Usability aspect, the Usability aspect and the Attitude towards Usage
aspect. The sampling method used by the researcher in this study is a simple random sampling
method where the total sample involved is a total of 92 teachers from a school in the district of
Pasir Gudang, Johor. The research instrument used in this study is a questionnaire that has been
distributed to respondents online using Google Forms. In conclusion, the findings of the study
found that the level of teachers' acceptance of the use of Google Classroom during the process of
teaching and learning online reached a high level. This shows that teachers are able to accept new
technologies to improve the quality of their teaching, especially when in situations where face-to-
face learning is not feasible.
Kata Kunci:
Google Classroom, Model Penerimaan Teknologi

Pengenalan
Pendidikan adalah satu elemen yang amat penting dalam kehidupan seseorang manusia kerana ia
melibatkan proses penambahan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Oleh sebab itulah,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan matlamat dan hala tuju pendidikan di
Malaysia melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Justeru, bagi memastikan matlamat
yang ditetapkan di dalam FPK tersebut dapat dicapai dengan lebih berkesan, pembuat dasar
pendidikan negara juga sedang berusaha untuk menjadikan teknologi sebagai batu loncatan kepada
penemuan dan pembinaan kaedah pedagogi yang baru dan dinamik dalam meningkatkan
keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran sedia ada (Mouza, 2003; Wellington, 2005). Hal
ini jelas dapat dilihat bermula sejak 3 dekad yang lalu yang mana bermulanya kemasukan
komputer ke sekolah dan sehingga kini platform pengajaran dan pembelajaran sentiasa ditambah
baik supaya pelbagai kaedah dan pendekatan dapat digunakan oleh guru untuk menjalankan sesi
PdP di sekolah.

Jika dahulu PdP di dalam kelas hanyalah menggunakan kapur dan papan hitam sahaja, namun kini
proses PdP tidak lagi terhad kepada pertemuan bersemuka sebaliknya bermula pada tahun 2019,
pihak kementerian telah memperkenalkan satu platform pendidikan dalam talian yang dikenali
dengan nama Google Classroom sejajar dengan perancangan pembuat dasar ketika itu di dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 yang mana platform ini memberikan
peluang kepada guru-guru dan pelaksana dasar untuk meluaskan kaedah pengajaran mereka
dengan mengasimilasikan penggunaan teknologi ke dalam sesi PdP mereka. Selain itu, pihak
kerajaan juga sedang berusaha membantu guru-guru dengan menyediakan pelbagai peranti
elektronik seperti laptop, tablet, capaian internet yang laju serta platform dalam talian untuk
digunakan di dalam kelas bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang
ditetapkan dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan.

Walaupun begitu, penggunaan Google Classroom sebagai platform pengajaran dan pembelajaran
secara dalam talian dilihat tidak mendapat sambutan dalam kalangan guru kerana mereka dilihat
lebih gemar dan selesa menggunakan kaedah konvensional. Hal ini kemudiannya berubah secara
mendadak apabila wabak virus Covid-19 mula melanda negara pada awal tahun 2020. Berikutan
hal itu, guru-guru mula mengubah kaedah pengajaran mereka dengan menggunakan Google
Classroom bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka secara dalam talian.
Justeru, kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru dalam
penggunaan Google Classroom semasa melaksanakan proses PdP secara dalam talian seterusnya
diharapkan dapat mengubah pandangan mereka terhadap penggunaan teknologi di dalam proses
PdP sebenarnya adalah satu perkara yang positif. Hal ini kerana kajian-kajian lepas telah
menunjukkan bahawa sikap guru terhadap teknologi mampu mempengaruhi penerimaan mereka
terhadap kegunaan teknologi dan penyatuannya ke dalam proses PdP di sekolah (Huang and Liaw,
2005).
Seterusnya, Model Penerimaan Teknologi (TAM) yang dibangunkan oleh Davis (1989) telah
dijadikan sebagai panduan bagi menguji tahap penerimaan guru terhadap penggunaan Google
Classroom semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Rajah 1
menunjukkan rangka konsep kajian yang digunakan di dalam kajian ini.

Rajah 1: Rangka Konsep Kajian Berdasarkan TAM

Sorotan kajian
Google Classroom
Sejak sedekad lalu, teknologi telah berkembang dengan pesat di dalam pelbagai sektor
terutamanya sektor pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila banyak produk dan item yang telah
dibuat dengan memasukkan elemen teknologi dalam usaha memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Teknologi juga adalah satu bidang yang
luas untuk dikembangkan dan digunakan di dalam bidang pendidikan kerana setiap murid
mempunyai potensi dan cara belajar mereka yang tersendiri. Maka dengan alasan tersebut amatlah
penting untuk menjalankan kajian secara berterusan di dalam bidang pendidikan dengan
menggabungkan elemen teknologi di dalam kaedah pembelajaran murid supaya medium
pembelajaran sedia ada dapat diperluaskan dan bukan hanya terhad kepada pembelajaran di dalam
kelas dan sekolah sahaja.
Antara teknologi baru yang sedang hangat diperkata dan digunakan sejak akhir-akhir ini adalah
perkhidmatan web percuma yang bernama Google Classroom yang mana perkhidmatan ini adalah
perkhidmatan web percuma terbaru yang telah dibangunkan oleh pihak Google! sebagai satu
alternatif kepada kaedah pembelajaran secara dalam talian di mana Google Classroom ini lebih
mudah diakses oleh sesiapa termasuklah guru dan murid kerana pihak Google! membenarkan
bahan yang dibina dikongsi dengan sesiapa sahaja asalkan pengguna mempunyai e-mel serta
diberikan kebenaran untuk mengakses platform tersebut oleh pihak admin. Kaedah ini juga
diperkenalkan dengan tujuan asalnya adalah untuk memastikan murid-murid yang tidak dapat
hadir ke sekolah akibat daripada tahap kesihatan yang teruk agar tidak ketinggalan terlalu jauh di
dalam pelajaran berbanding rakan-rakan yang hadir di sekolah.
Model Penerimaan Teknologi
Sejak bermulanya Revolusi Industri 4.0, teknologi juga telah berkembang dengan pesat. Namun,
tidak semua teknologi yang diperkenalkan sesuai untuk digunakan oleh semua pengguna. Justeru
itu, setiap teknologi yang baru diperkenalkan biasanya diuji terlebih dahulu bagi memastikan
setiap pengguna dapat menerima penggunaan teknologi yang baru diperkenalkan itu. Hal ini
kemudiannya disokong oleh Louho, Kallioja & Oittinen (2006), yang menyebut bahawa
penerimaan teknologi adalah berkait dengan bagaimana seseorang menerima dan menggunakan
teknologi tersebut.
Maka, bagi mengkaji tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu teknologi yang baru
diperkenalkan, wujud juga pelbagai model penerimaan teknologi yang telah direka dan dibina bagi
membantu para pengkaji di seluruh dunia untuk memahami faktor yang mempengaruhi
penerimaan dan penggunaan seseorang individu terhadap teknologi antaranya, i) Teori Tindakan
Bersebab (TRA), yang dibangunkan oleh Ajzen & Fishbein pada tahan 1980, ii) Model
Penerimaan Teknologi (TAM) oleh Fred Davis (1989) dan iii) Model Penerimaan Teknologi 2
(TAM2) yang dibangunkan oleh Warshaw (1989).
Seterusnya, daripada 3 model yang dinyatakan, Model Penerimaan Teknologi (TAM) adalah
model yang paling berpengaruh dalam kebanyakan kajian berkenaan penerimaan teknologi
maklumat (Lee, 2005). TAM ini telah diperkenalkan oleh Fred Davis pada tahun 1989 setelah
diperkembangkan daripada Theory Of Reasoned Action (TRA) yang dibina oleh Ajzen & Fishbein
pada tahun 1980. Menurut Norazah dan Ramayah (2010), model ini juga telah mencadangkan
bahawa apabila pengguna diperkenalkan dengan sesuatu inovasi baru, beberapa pembolehubah
akan mempengaruhi keputusan mereka dari segi bagaimana dan bila mereka akan
menggunakannya.

Google Classroom dalam Pendidikan


Sepertimana kajian-kajian lain, kajian kali ini juga memerlukan beberapa kesimpulan atau hasil
analisis daripada kajian-kajian lepas bagi menguatkan lagi fakta yang akan dibuat oleh pengkaji
semasa penulisan mengenai dapatan dan kesimpulan kajian pada bab 5 dan bab 6 kelak. Justeru,
di dalam bab 2 ini pengkaji akan menyatakan beberapa dapatan daripada kajian lepas yang
dijadikan sebagai rujukan untuk melaksanakan kajian kali ini.
Dapatan yang pertama adalah daripada kajian Mostafa al-Emran dan Rana A.Saeed Al-Maroof
(2018) yang bertajuk “Students Acceptance of Google Classroom: An Exploratory Study using
PLS-SEM Approach” yang menyatakan bahawa dapatan daripada kajian mereka menunjukkan
bahawa faktor-faktor yang terdapat di dalam TAM sangat berkesan dari segi tingkah laku niat dan
penggunaan sebenar Google Classroom tersebut. Selain itu, Mostafa & Rana (2018) juga
menyebut bahawa dua ciri tersebut sangat mempengaruhi niat setiap sampel yang terpilih kerana
Google Classroom sudah dianggap sebagai fasilitator untuk meningkatkan aktiviti pembelajaran
mereka.
Hal ini juga disokong oleh dapatan yang diperoleh daripada kajian yang dilaksanakan oleh David
C.D. van Alten, Chris Phielix, Jeroen Janssen dan Liesbeth Kester (2019), di mana mereka
membuat konklusi bahawa murid-murid yang menjalani atau mengikuti pembelajaran di dalam
“flipped classroom” menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam mencapai hasil pembelajaran
yang ditetapkan berbanding murid-murid yang hanya mengikuti pembelajaran di dalam kelas yang
menggunakan strategi tradisional. Bukan itu sahaja, mereka juga sangat berpuas hati dengan
persekitaran pembelajaran yang diperolehi daripada “flipped classroom” sehingga mereka sendiri
membuat kesimpulan bahawa kelas tersebut berbaloi untuk diaplikasikan dan diperkenalkan secara
menyeluruh.
Selain itu, menurut Jordan Catapano (2019), Google Classroom berkemungkinan mempunyai
kekurangan dari segi ciri-ciri yang disediakan berbanding dengan beberapa sistem lain seperti
Edmodo yang mana sistem-sistem ini sentiasa ditambah baik saban tahun bagi memenuhi
kehendak dan keperluan pengguna. Namun, tidak dinafikan juga bahawa dengan pembangunan
Google Classroom, pihak Google! sendiri sebenarnya telah bersaing di dalam pasaran yang sedang
berkembang luas. Tambahan lagi, menerusi kajian yang dijalankan oleh Izwan, Jastini, dan Sarah
(2016) juga menjelaskan bahawa kebanyakan pelajar sangat berpuas hati dengan penggunaan
Google Classroom sekaligus menunjukkan bahawa ia amat efektif untuk digunakan sebagai bahan
pembelajaran yang aktif.
Akhir sekali, dengan dapatan-dapatan yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa Google
Classroom adalah satu sistem yang sangat efektif untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran
dan hal ini akan ditentukan semula selepas kajian ini dilaksanakan seterusnya melihat sama ada
dapatan yang diperolehi di dalam kajian kali ini dapat memberikan kesimpulan yang sama atau
tidak.

Metodologi Kajian
Kajian berbentuk tinjauan telah dilaksanakan bagi melihat tahap penerimaan dan keberkesanan
penggunaan teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai usaha untuk
mewujudkan persepsi yang positif di dalam kalangan guru terhadap proses PdP secara dalam
talian. Selain itu, rekabentuk kuantitatif juga telah digunakan di dalam kajian ini kerana pengkaji
ingin melihat tahap keberkesanan penggunaan Google Classroom semasa menjalankan proses PdP
secara dalam talian dengan lebih tepat berasaskan nombor dan statistik.
Pemilihan sampel pula dilakukan secara rawak mudah di mana pengkaji telah memilih sebuah
sekolah di dalam daerah Pasir Gudang yang mana jumlah gurunya adalah seramai 120 orang.
Selepas merujuk kepada Jadual Saiz Sampel Krejcie & Morgan, jumlah sampel yang diperlukan
berdasarkan kepada populasi tersebut adalah seramai 92 orang guru.
Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini adalah soalan kaji selidik yang telah
diedarkan menggunakan Google Forms kepada semua responden. Soalan kaji selidik yang
digunakan di dalam kajian ini adalah soalan yang diadaptasi daripada soalan kaji selidik yang
dibina oleh James R. (Jim) Lewis (2019). Soalan kaji selidik ini yang dibina ini merangkumi
ketiga-tiga ciri-ciri TAM yang ingin dikaji iaitu Kebolehgunaan, Kemudahgunaan dan juga sikap
guru terhadap penggunaan Google Classroom di dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian. Dapatan yang diperolehi di dalam kajian ini kemudiannya dianalisis menggunakan
perisian SPSS versi 25.0 untuk mendapatkan nilai min bagi setiap item yang terlibat.
Seterusnya, bagi penentuan tahap penerimaan pula pengkaji telah menggunakan formula
matematik mudah untuk menetapkan julat min bagi setiap tahap penerimaan iaitu, tahap Rendah,
Sederhana dan Tinggi. Jadual 1 dapat menunjukkan dengan jelas julat min yang diperolehi bagi
setiap tahap tersebut.
Formula kiraan julat min:
(4-1) ÷ 3 =

Tahap Julat min


Rendah 1.00 – 2.00
Sederhana 2.01 – 3.00
Tinggi 3.01 - 4.00
Jadual 1: Jadual penentuan tahap penerimaan penggunaan Google Classroom

Dapatan Kajian
Berikut dibincangkan dapatan kajian yang diperoleh bagi menjawab persoalan-persoalan kajian
yang telah ditetapkan. Jadual 2 menunjukkan tahap penerimaan guru terhadap penggunaan Google
Classroom dari aspek dalam Model TAM yang dikaji.

Jadual 2: Tahap Penerimaan Google Classroom Dari Aspek Yang Dikaji


N Min Sisihan Piawai Tahap
Aspek Kebolehgunaan 92 3.17 0.61 Tinggi
Aspek Kemudahgunaan 92 3.04 0.68 Tinggi
Aspek Sikap Terhadap
92 2.87 0.48 Sederhana
Penggunaan

Dapatan di dalam Jadual 2 menunjukkan Aspek Kebolehgunaan dan Aspek Kemudahgunaan


berjaya mencapai tahap Tinggi. Hal ini dapat dilihat daripada nilai min yang diperolehi iaitu
masing-masing sebanyak 3.17 dan 3.04 di mana nilai ini melebihi julat min 3.01-4.00 justeru
membuktikan bahawa guru-guru yang terlibat di dalam kajian ini dapat menerima dengan baik
penggunaan Google Classroom dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dari Aspek
Kebolehgunaan dan Kemudahgunaan.Tahap penerimaan dari Aspek Sikap terhadap penggunaan
pula direkodkan hanya mencapai tahap Sederhana dengan nilai min sebanyak 2.87 dan nilai sisihan
piawainya 0.48.
Pengkaji juga telah membuat analisis data bagi melihat tahap penerimaan guru terhadap Google
Classroom secara menyeluruh dan Jadual 3 dapat membantu memaparkan hasil analisis tersebut.

Jadual 3: Tahap Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan Google Classroom


N Min Sisihan Piawai Tahap
Tahap Penerimaan
92 3.03 0.56 Tinggi
Keseluruhan
Jadual 3 dengan jelas menunjukkan bahawa tahap penerimaan guru terhadap penggunaan Google
Classroom semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berjaya
mencapai tahap Tinggi dengan nilai min yang direkodkan adalah 3.03 dan nilai sisihan piawainya
adalah 0.56. Hasil analisis ini juga dapat membuktikan bahawa guru-guru dapat menerima baik
penggunaan Google Classroom bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian walaupun ia adalah teknologi yang baru diterapkan ke dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Pengkaji juga mendapati bahawa guru-guru yang terlibat di dalam kajian ini juga berani
untuk mencuba menggunakan teknologi yang baru diperkenalkan bagi melaksanakan proses PdP
mereka sama ada di dalam atau di luar kelas.
Bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara penerimaan guru terhadap
Google Classroom dengan kumpulan umur mereka pula, pengkaji telah menjalankan analisis
menggunakan Ujian ANOVA Tidak Bersandar apabila mendapati data yang diperolehi terserak
secara normal. Jadual 4 dapat menunjukkan dengan jelas hasil analisis yang diperoleh.

Jadual 4: Analisis Ujian ANOVA Tidak Bersandar


Sum of Mean
df F Sig.
Squares Square
Between Groups 1.341 6 .224 .702 .649
Within Groups 27.082 85 .319
Jumlah 28.423 91

Hasil analisis daripada Ujian ANOVA yang ditunjukkan di dalam jadual di atas, pengkaji
mendapati bahawa nilai Sig. yang diperolehi adalah 0.649 di mana nilai ini melebihi nilai
signifikan (α= 0.05). Hal ini jelas menunjukkan bahawa nilai yang tersebut adalah nilai yang
signifikan. Selain itu, daripada analisis tersebut juga pengkaji dapat melihat bahawa nilai Degree
of Freedom (df) yang berjaya direkodkan adalah 6 serta nilai F dengan nilai sebanyak 0.702.
Sehubungan dengan itu, tiada ujian tambahan yang perlu dilaksanakan bagi menganalisis
persoalan kajian ini. Hal ini bermakna bahawa analisis data bagi persoalan kajian ini adalah normal
maka hipotesis yang dibuat sebelum ini boleh diterima. Konklusinya, dapat pengkaji rumuskan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap penerimaan guru terhadap
penggunaan Google Classroom dengan umur mereka.
Seterusnya, untuk melihat hubungan di antara sikap guru terhadap penggunaan Google Classroom
dengan jantina mereka, Ujian Korelasi Spearman telah dilaksanakan apabila mendapati data yang
diperolehi tidak normal. Hasil analisis bagi persoalan kajian ini ditunjukkan di dalam Jadual 5
yang disediakan.

Jadual 5: Ujian Korelasi Spearman


Aspek Sikap Terhadap
Jantina
Penggunaan
Correlation
1.000 .085
Coefficient
Spearman's
rho Sig. (2-tailed) . .421
N 92 92
Berdasarkan Jadual 5, pengkaji mendapati bahawa nilai korelasi yang diperolehi adalah sebanyak
0.085. Hal ini menunjukkan bahawa Aspek Sikap terhadap Penggunaan dan jantina yang dikaji
hanya mempunyai hubungan yang positif lemah. Walaubagaimanapun, nilai Sig. (2-tailed) yang
diperolehi pula direkodkan setinggi 0.421 yang mana nilai ini dilihat melebihi nilai signifikan (α=
0.05). Oleh sebab itu, hal ini menunjukkan nilai tersebut merupakan nilai yang signifikan. Dapatan
ini juga membuatkan hipotesis awal tidak berjaya ditolak. Hal ini bermakna tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara sikap guru terhadap penggunaan Google Classroom dengan
jantina mereka walaupun nilai kolerasi merekodkan hubungan yang positif lemah berlaku di antara
kedua-dua pemboleh ubah tersebut.

Perbincangan
Berdasarkan kepada hasil analisis yang dibincangkan sebelum ini penerimaan guru terhadap
penggunaan Google Classroom dari Aspek Kebolehgunaan dilihat telah mencapai tahap Tinggi.
Dapatan ini dapat dibuktikan melalui analisis item S8 di mana pengkaji mendapati bahawa majoriti
guru bersetuju bahawa Google Classroom boleh digunakan untuk mengajar pelbagai
matapelajaran di sekolah. Selain itu, majoriti responden juga bersependapat dengan penyataan di
dalam item S11 yang menyatakan bahawa Google Classroom ini boleh digunakan untuk
melaksanakan proses PdP di mana sahaja. Hal ini dengan jelas membuktikan bahawa Google
Classroom adalah satu teknologi yang mempunyai tahap Kebolehgunaan yang tinggi apabila
penggunaannya tidak hanya terbatas di dalam kelas sahaja sebaliknya ia membenarkan guru untuk
mengajar apa sahaja matapelajaran yang di ajar tidak kira di mana mereka berada. Tambahan lagi,
hasil analisis di dalam kajian ini juga menunjukkan bahawa Aspek Kebolehgunaan ini memberikan
impak yang positif kepada guru-guru apabila mereka dapat menerima penggunaan teknologi ini di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Pengkaji seterusnya mendapati bahawa
dapatan ini selari dengan hasil kajian yang dilaksanakan oleh Al-Maroof, Salloum, AlHamadand,
& Shaalan,(2020) dan Renny, Gurtino & Siringoringo, (2013).yang membuktikan bahawa aspek
Kebolehgunaan dan Kemudahgunaan mempunyai impak yang positif terhadap penerimaan
teknologi tersebut.
Seterusnya, penerimaan guru dari aspek Kemudahgunaan juga dilihat berjaya mencapai tahap
Tinggi selari dengan aspek Kebolehgunaan sebelum ini berdasarkan nilai min yang telah berjaya
direkodkan. Hasil daripada analisis dapatan tersebut menunjukkan bahawa guru-guru yang terlibat
di dalam kajian ini dilihat mampu untuk mengendalikan Google Classroom dalam usaha
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan baik. Selain itu
juga, kebanyakan guru-guru yang terlibat di dalam kajian ini dilihat sebagai kumpulan yang sangat
terbuka untuk menerima apa-apa teknologi baru yang diperkenalkan bagi membantu mereka
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan. Hal ini
dapat dibuktikan apabila majoriti daripada mereka bersetuju bahawa belajar cara untuk
menggunakan Google Classroom di dalam kajian ini adalah satu perkara yang mudah bagi mereka.
Dapatan yang diperoleh ini juga disokong melalui kajian yang dilaksanakan oleh Rozak &
Albantani, (2018) di mana mereka telah membuat kesimpulan bahawa dengan menggunakan
Google Classroom sebagai medium pembelajaran, ianya dapat memberikan kemudahan dan
kelancaran terhadap tenaga pengajar dan para mahasiswa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian yang dilaksanakan oleh Nurhayati, Az-zahra & Herlambang (2019) dan
Zulkafa & Ali, (2020) juga menunjukkan hasil yang sama di mana mereka bersetuju bahawa
Google Classroom adalah sangat berguna, mudah dan lebih praktikal untuk digunakan oleh pelajar
mereka.
Tahap penerimaan Google Classroom dari aspek Sikap terhadap penggunaan pula direkodkan
berjaya mencapai tahap Sederhana yang mungkin disebabkan oleh item negatif yang terdapat di
dalam soalan kaji selidik yang diedarkan. Walaupun aspek ini hanya mencapai tahap Sederhana,
namun pengkaji mendapati bahawa majoriti guru-guru yang terlibat di dalam kajian ini tetap
berminat untuk belajar menggunakan teknologi baru ketika melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun aspek sikap terhadap
penggunaan ini sepatutnya dipengaruhi oleh aspek kebolehgunaan dan kemudahgunaan seperti
yang dinyatakan oleh Davis (1989), namun kajian yang dilaksanakan oleh Kanchanatanee,
Suwanno, & Jarernvongrayab, (2014) pula menyatakan sebaliknya. Tambahan lagi, tahap
penerimaan guru dari aspek sikap terhadap penggunaan ini dilihat boleh ditingkatkan jika guru-
guru diberikan masa, kursus atau latihan yang berkaitan dengan teknologi ini bagi memberikan
kesedaran kepada mereka tentang bagaimana untuk menggunakan sumber-sumber yang ada
dengan berkesan. Selain itu, guru juga perlu didedahkan dengan impak-impak positif yang boleh
mereka perolehi apabila menggunakan teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
agar dapat dimanfaatkan perkara tersebut bagi mencapai kecemerlangan (Raja & Nagasubramani,
2018).
Hasil kajian ini turut membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara
tahap penerimaan guru terhadap penggunaan Google Classroom dengan kumpulan umur mereka.
Malahan, hasil yang diperolehi ini juga membuktikan bahawa semua guru yang terlibat di dalam
kajian ini dapat menerima penggunaan Google Classroom semasa melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan baik tanpa mengira kumpulan umur mereka.
Perkara ini juga disokong dengan dapatan yang diperolehi daripada kajian Ha & Park, (2020), di
mana mereka telah membuat kesimpulan bahawa walaupun orang dewasa yang lebih berumur
mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami gangguan fungsi fizikal namun mereka tetap
menunjukkan penerimaan yang baik terhadap sesuatu teknologi baru selain menyedari bahawa
penggunaan ICT sangat membantu dalam kehidupan seharian mereka. Dapatan ini juga disokong
oleh Ke Chen & Alan Hoi Shou Chan (2014).
Akhir sekali, kajian ini juga membuktikan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di
antara sikap guru terhadap penggunaan Google Classroom dengan jantina mereka walaupun nilai
korelasi yang diperoleh menunjukkan sebaliknya. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa semua
guru yang terlibat di dalam kajian ini dapat menerima penggunaan Google Classroom semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan baik tanpa mengira
jantina mereka. Perkara ini selari dengan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang
dilaksanakan oleh Sánchez-Prieto, Olmos-Migueláñez, & García-Peñalvo, (2018) di mana mereka
menyatakan walaupun jantina secara tradisionalnya dianggap mempunyai pengaruh terhadap
penerimaan teknologi, namun di dalam kajian mereka perkara tersebut tidak berlaku. Hal ini
berbeza dengan dapatan yang diperolehi Teo, Fan, & Du, (2015), di mana mereka mendapati
bahawa guru pelatih wanita yang terlibat di dalam kajian tersebut dilihat menghadapi kesukaran
untuk menggunakan teknologi pengkomputeran berbanding guru pelatih lelaki. Hal ini
menunjukkan bahawa jantina turut memainkan peranan penting di dalam penerimaan terhadap
sesuatu teknologi yang baru diperkenalkan.
Kesimpulannya, kajian yang dilaksanakan ini didapati telah berjaya menjawab semua persoalan
kajian yang disenaraikan dan seterusnya berjaya mencapai semua objektif kajian yang ditetapkan.
Pengkaji berharap agar kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu membuktikan bahawa
guru-guru di dalam daerah Pasir Gudang dapat menerima penggunaan Google Classroom bagi
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Pengkaji juga
berharap supaya kajian ini dapat menunjukkan dengan jelas bahawa guru-guru sentiasa bersedia
untuk mempelajari cara untuk menggunakan teknologi baru di dalam kelas tanpa mengira faktor
umur mahupun jantina mereka.

Limitasi dan Cadangan Kajian Lanjutan


Sepanjang kajian ini dilaksanakan, terdapat beberapa limitasi yang boleh dipertimbangkan oleh
para penyelidik lain untuk ditambah baik bagi membolehkan tajuk kajian di dalam bidang ini
diperluaskan lagi. Limitasi pertama yang dikenal pasti adalah kajian yang dilaksanakan ini terhad
pelaksanaan apabila responden yang terlibat hanyalah daripada kalangan guru sahaja. Hal ini
kemudiannya mengakibatkan perkaitan di antara responden dengan aspek yang dikaji di dalam
kajian ini tidak dapat dijalankan secara menyeluruh. Oleh itu, bagi mengatasi limitasi ini, pengkaji
mencadangkan agar penyelidik baru untuk melibatkan populasi dan responden yang lebih ramai
seperti pentadbir, murid-murid dan juga ibu bapa bagi mendapatkan hasil analisis yang lebih
menyeluruh dan mampu untuk menghasilkan laporan tentang tahap penerimaan penggunaan
dengan lebih jelas dan lengkap. Selain itu, data-data yang dikumpulkan di dalam kajian ini juga
hanya melibatkan guru-guru di sebuah sekolah di dalam daerah Pasir Gudang sahaja. Hal ini
menyebabkan dapatan dan hasil analisis yang diperolehi tidak dapat melambangkan kesemua guru
yang masih mengajar di dalam daerah tersebut secara keseluruhannya. Maka, pengkaji memberi
cadangan supaya di dalam kajian akan datang, penyelidik boleh juga melibatkan guru-guru
daripada sekolah lain yang terdapat di dalam daerah yang sama ataupun adalah lebih baik jika
mampu untuk melibatkan kesemua guru di dalam negeri Johor sebagai populasi kajian bagi untuk
mendapatkan data yang lebih besar dan boleh dipercayai.
Akhir sekali, di dalam kajian ini juga pengkaji hanya melihat tahap penerimaan bagi setiap aspek
penerimaan secara berasingan. Perkara ini menyebabkan aspek-aspek yang dikaji itu seolah-olah
tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Hal ini berbeza daripada rujukan yang dibuat di
mana pengkaji mendapati bahawa di dalam kajian-kajian lepas banyak dapat dilihat bahawa setiap
aspek di dalam Model TAM tersebut sebenarnya adalah saling berkait. Maka, sebagai cadangan
penambahbaikan, pengkaji mencadangkan penyelidik akan datang untuk cuba membuat perkaitan
di antara setiap aspek yang terdapat di dalam Model TAM tersebut agar dapat menghasilkan kajian
dan dapatan yang lebih menyeluruh berkaitan Google Classroom dan bagaimana penerimaan yang
ditunjukkan oleh responden di dalam kajian mereka.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini cuba mencari bukti secara statistik sebagai usaha untuk
mengenal pasti tahap penerimaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru-guru
semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan bantuan
aspek-aspek di dalam Model Penerimaan Teknologi (TAM) yang diperkenalkan oleh Davis (1989)
sebagai elemen pengukuran penentuan tahap penerimaan tersebut. Selain itu, pengkaji turut
merasakan bahawa kajian ini juga penting untuk dijalankan bagi mengenal pasti kesediaan guru
untuk menggunakan teknologi yang baru diperkenalkan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang mereka rancang bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu topik
selain sebagai satu usaha untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun berada
di dalam situasi pandemik seperti yang dihadapi sekarang. Perkara ini juga disokong oleh
kesimpulan yang dibuat oleh Okmawati, (2020) di mana kajiannya turut mengesahkan bahawa
penggunaan Google Classroom semasa situasi pandemik ini adalah sangat efektif dan berguna
untuk meningkatkan kemahiran dan disiplin murid seterusnya dapat memenuhi kehendak kerajaan
agar proses pengajaran dan pembelajaran terus dijalankan.
Tambahan lagi, pengkaji juga menyarankan kepada semua guru untuk memberanikan diri
mencuba menggunakan Google Classroom ketika melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat menambah baik nilai dan kemahiran mereka bagi memastikan objektif
pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan berjaya dan berkesan. Pendapat ini kemudiannya
turut dipersetujui oleh (Basher, 2017), di mana beliau juga mencadangkan supaya guru pelatih
seharusnya diberikan latihan untuk menggunakan teknologi bagi meningkatkan motivasi dan
keberkesanan pengajaran mereka. Akhir sekali, pengkaji juga berharap melalui kajian ini akan
dapat membantu penyelidik-penyelidik lain untuk menghasilkan kajian di dalam bidang ini dengan
lebih spesifik dan berfokus seterusnya dapat membantu meningkatkan keberkesanan sistem
pendidikan di Malaysia.

Rujukan
Abdelrahman, S., Basher, O., Chauhan, S., & Khalil, Z. M. (2017). The impact of google
classroom application on the teaching efficiency of pre-teachers. International Journal of
Social Sciences and Education, 2(2), 33–48. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2016.11.005
Abid Azhar, K., & Iqbal, N. (2018). Effectiveness of Google Classroom: Teachers’ Perceptions.
Prizren Social Science Journal, 2(2), 52–66.
Adedoja, G., & Morakinyo, D. A. (2016). Gender Influence on Undergraduates Students’
Acceptance of Mobile Learning Instruction using Technology Acceptance Model (TAM).
Asian Journal of Education and E-Learning, 04(02), 2321–2454. Retrieved from
www.ajouronline.com
Al-Maroof, R. A. S., & Al-Emran, M. (2018). Students acceptance of google classroom: An
exploratory study using PLS-SEM approach. International Journal of Emerging
Technologies in Learning, 13(6), 112–123. https://doi.org/10.3991/ijet.v13i06.8275
Al-Maroof, R. S., Salloum, S. A., AlHamadand, A. Q. M., & Shaalan, K. (2020). Understanding
an extension technology acceptance model of google translation: A multi-cultural study in
United Arab Emirates. International Journal of Interactive Mobile Technologies, 14(3), 157–
178. https://doi.org/10.3991/ijim.v14i03.11110
Basher, S. (2017). The impact of google classroom application on the teaching efficiency of pre-
teachers. International Journal of Social Sciences and Education, 2(2), 33–48. Retrieved
from http://dx.doi.org/10.1016/j.compedu.2016.11.005
Catapano, J. (2014). Technology in the Classroom: A Look at Google Classroom. Teach
Hub.Com, 1–2. Retrieved from http://www.teachhub.com/technology-classroom-look-
google-classroom
Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of
information technology. MIS Quarterly, 13(3), 319–340.
Ha, J., & Park, H. K. (2020). Factors affecting the acceptability of technology in health care
among older korean adults with multiple chronic conditions: A cross-sectional study
adopting the senior technology acceptance model. Clinical Interventions in Aging, 15,
1873–1881. https://doi.org/10.2147/CIA.S268606
Huang H M and Liaw S S (2005) Exploring users' attitudes and intentions toward the
web as a survey tool Computers in Human Behavior 21 5 729-743
Iftakhar, S. (2016). Google Classroom: What works and How? Journal of Education and Social
Sciences, 3, 16–18. Retrieved from
http://www.ucalgary.ca/~dmjacobs/phd/diss/Image74.gif
Jarvis MA, Sartorius B, Chipps J. (2019) Technology acceptance of older persons living in
residential care. Inf Dev. 2019;36(3):1–15.
Kanchanatanee, K., Suwanno, N., & Jarernvongrayab, A. (2014). Effects of Attitude toward
Using, Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use and Perceived Compatibility on
Intention to Use E-Marketing. Journal of Management Research, 6(3), 1.
https://doi.org/10.5296/jmr.v6i3.5573
Nurhayati, D., Az-zahra, H. M., & Herlambang, A. D. (2019). Evaluasi User Experience Pada
Edmodo Dan Google Classroom Menggunakan Technique for User Experience Evaluation
in E-Learning ( TUXEL ) ( Studi Pada SMKN 5 Malang ). Jurnal Pengembangan Teknologi
Informasi Dan Ilmu Komputer, 3(4), 3771–3780. Retrieved from http://j-ptiik.ub.ac.id
Okmawati, M. (2020). The Use of Google Classroom during Pandemic. Journal of English
Language Teaching, 9(2), 438. https://doi.org/10.24036/jelt.v9i2.109293
Rozak, A., & Albantani, A. M. (2018). Desain Perkuliahan Bahasa Arab Melalui Google
Classroom. Arabiyat : Jurnal Pendidikan Bahasa Arab Dan Kebahasaaraban, 5(1), 83–
102. https://doi.org/10.15408/a.v5i1.7481
Renny, Guritno, S., & Siringoringo, H. (2013). Perceived Usefulness, Ease of Use, and Attitude
Towards Online Shopping Usefulness Towards Online Airlines Ticket Purchase. Procedia -
Social and Behavioral Sciences, 81, 212–216. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.06.415
Sánchez-Prieto, J. C., Olmos-Migueláñez, S., & García-Peñalvo, F. J. (2018). Influence of
gender on the acceptance of mLearning among pre-service secondary teachers. Network 16
- ICT in Education and Training at the ECER’18 Conferenceetwork 16 - ICT in Education
and Training at the ECER’18 Conference, (1989).
Shaharanee, I. N. M., Jamil, J. M., & Rodzi, A. S. S. M. (2016). The application of Google
Classroom as a tool for teaching and learning. Journal of Telecommunication, Electronic
and Computer Engineering, 8(10), 5–8.
Siti Hajar Halili, & Suguneswary. (2016). Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi berasaskan Model Tam dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa
Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, (April), 31–41.
Soo Kum Yoke. (2019). Embrace new tech in education. New Straits Times, (January), 2019–
2021. Retrieved from https://www.nst.com.my/opinion/letters/2019/07/508102/embrace-
new-tech-education
Teo, T., Fan, X., & Du, J. (2015). Technology acceptance among pre-service teachers: Does
gender matter? Australasian Journal of Educational Technology, 31(3), 235–251.
https://doi.org/10.14742/ajet.1672
van Alten, D. C. D., Phielix, C., Janssen, J., & Kester, L. (2019). Effects of flipping the
classroom on learning outcomes and satisfaction: A meta-analysis. Educational Research
Review, 28(June), 1–18. https://doi.org/10.1016/j.edurev.2019.05.003
Weng, F., Yang, R.-J., Ho, H.-J., & Su, H.-M. (2018). A TAM-Based Study of the Attitude
towards Use Intention of Multimedia among School Teachers. Applied System Innovation,
1(3), 36. https://doi.org/10.3390/asi1030036

View publication stats

You might also like