You are on page 1of 7

KAJIAN LEPAS

TEORI GAYA
PEMBELAJARAN
• Menurut Banas (2018), model VAK merupakan salah satu gaya pengajaran yang paling umum dan
digunakan secara meluas. Hal ini menjadikan model lebih mudah berbanding model pembelajaran
yang lain. Beberapa kajian literatur yang mempunyai kaitan dengan kajian ini, membuktikan
bahawa gaya pembelajaran VAK menunjukkan kesan yang positif kepada pembelajaran bagi
individu yang berbeza.

• Menurut Murdoch Teacher Center (1984), gaya pembelajaran kinestetik merupakan murid belajar
dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik
darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands
on.

• Model ini sangat menekankan kepada pengalaman dan penyesuaian gaya pembelajaran
berdasarkan kemampuan pelajar.
• Kajian dilakukan oleh Gilakjani (2011) adalah tentang gaya pembelajaran visual,
auditori dan kinestetik dan kesannya terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris. Kajian
ini dijalankan dalam kalangan pelajar Iran yang mempelajari Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa asing. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah instrumen
soal selidik Perceptual Learning Style Preference Questionnaire (PLSPQ) yang
dibangunkan oleh Reid. Dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran VAK
memberikan kesan positif terhadap pencapaian akademik pelajar.
• Kajian yang dijalankan oleh Izyana, Badariah, Marina dan Rina (2014)
terhadap pelajar di UNITEN, Malaysia memberi tumpuan kepada model VAK
dalam mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar. Dalam kajian itu, seramai
30 orang pelajar kos IT di UNITEN telah terlibat. Hasil kajian menunjukkan
bahawa sebanyak 37% pelajar mengamalkan gaya pembelajaran visual, 26%
pelajar mengamalkan gaya pembelajaran auditori dan selebihnya 37% lagi
pelajar mengamalkan gaya pembelajaran kinestetik.
• Chinmay, Shah, Naisargi, Joshi dan Gokhle telah dijalankan sebuah kajian pada
tahun 2011 untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar
perubatan di India. Kajian ini juga memberikan penekanan kepada gaya
pembelajaran berteraskan visual, auditori, membaca/menulis dan kinestetik seperti
yang disarankan oleh model VAK. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan
kaedah kuantitatif iaitu dengan mengedarkan soal selidik kepada responden
kajian. Hasil dapatan terhadap 92 orang pelajar mendapati bahawa gaya
pembelajaran auditori menjadi pilihan yang dominan dalam kalangan pelajar.
Terdapat 1.08% pelajar mengamalkan gaya pembelajaran visual, 17.39% pelajar
mengamalkan gaya pembelajaran kinestetik dan 2.17% pelajar mengamalkan gaya
pembelajaran membaca dan menulis.
• Kajian oleh Abbas Pourhossein turut dijalankan kajian pada tahun 2012 untuk

mengkaji kesan gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik terhadap

pengajaran Bahasa Inggeris. Kajian ini tertumpu terhadap 100 orang pelajar di

Iran. Secara keseluruhannya, hasil kajian membuktikan bahawa responden kajian

kebanyakannya telah mengamalkan gaya pembelajaran visual berbanding dengan

gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.


• Shahin Gholami telah menjalankan sebuah kajian pada tahun 2013 untuk
mengenal pasti hubungan antara gaya pembelajaran model VAK dan cara
penyelesaian masalah pelajar mengikut jantina. Kajian ini telah dijalankan
terhadap 102 pelajar Universiti di Iran. Dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakan kaedah kuantitatif yang mana memberikan tumpuan kepada soal
selidik sebagai cara pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran VAK dengan gaya
penyelesaian masalah pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan
bahawa tiada perbezaan di antara gaya pembelajaran model VAK bagi pelajar
lelaki dan perempuan.

You might also like