You are on page 1of 3

Jurnal Praktikum Minggu 4

Mingggu Praktikum: 4

Tarikh: 30 Julai 2021

Tajuk Jurnal: Penggunaan Whiteboard Dalam Pdpr

Isu Yang Difokuskan:

Semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina dijalankan, saya telah menggunakan
aplikasi yang baru saya mengenal, iaitu Whiteboard Ft. Aplikasi ini berfungsi sebagai
gantian papan dalam kelas. Bukan itu sahaja, setiap murid juga mempunyai papan sendiri
apabila guru membuka aplikasi ini untuk satu kelas. Penggunaan aplikasi ini telah membawa
beberapa kelebihan kepada pengajaran dan pembelajaran, seperti memberi pengalaman
pembelajaran yang lebih seronok kepada para murid dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang interaktif. Akan tetapi, semasa aplikasi ini digunakan, berlakunya isu
tidak mendengar arahan saya.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Punca murid tidak mendengar arahan saya semasa menggunakan Whiteboard Ft adalah
disebabkan aplikasi ini merupakan sesuatu yang baru kepada murid. Oleh sebab sikap ingin
tahu murid terhadap aplikasi ini, oleh itu murid mudah terganggu sehingga Selain itu,
semasa guru memberi arahan kepada murid, murid tidak mendengar arahan saya dan
sedang melukis pada papan mereka. Ini telah menjadi satu isu kepada pengajaran dan
pembelajaran.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Abbas Pourhosein Gilakjani et al. (2012) menyatakan bahawa faktor yang paling utama
dalam pembentukan motivasi ialah rasa bersemangat (passion). Lima usaha awal yang
boleh dilakukan bagi menyuburkan motivasi awal pelajar merangkumi: memperkemaskan
sikap para pelajar terhadap bahasa sasaran, mempertingkatkan jangkaan kejayaan mereka
dan mempertingkatkan matlamat mereka menjadikan bahan pembelajaran berkaitan dengan
mereka dan membentuk kepercayaan mereka yang realistik (Pourhosein Gilakjani et al.
2012).

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa altenatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:-

(a) Memberi nasihat kepada murid agar tidak melukis papan semasa saya memberi arahan.
(b) Mengawal papan murid yang tidak mendengar arahan, memadam lukisannya pada
papan sebagai satu amaran.

Tempoh Penyelesaian Masalah:

1 Minggu

Tindakan Susulan:

Saya akan mengambil tindakan susulan yang telah saya mencadangkan, iaitu memberi
nasihat kepada murid agar tidak melukis papan semasa saya memberi arahan. Selain itu,
saya juga akan mengawal papan murid yang tidak mendengar arahan, memadam
lukisannya pada papan sebagai satu amaran.

Rujukan:

Abbas Pourhosein Gilakjani, Lai-Mei Leong & Narjes Banou Sabouri. (2012). A Study on the
role of motivation in foreign language learning and teaching, International Journal of
Modern Education and Computer Science 7: 9-16.
Jurnal Praktikum Minggu 4

Mingggu Praktikum: 4

Tarikh: 30 Julai 2021

Tajuk Jurnal: Masalah Murid Tidak Menyiapkan Kerja

Tarikh Tindakan Susulan:

6 Ogos 2021

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:

Tindakan yang telah saya melaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah kenal pasti telah memberi kesan kepada murid yang tidak mendengar arahan.

Kesimpulan/Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)):

Saya berpuas hati dengan dengan menggunakan cadangan penyelesaian saya. Saya akan
berusaha lagi untuk menambahbaikkan pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat
belajar dengan seronok dan gembira.

Tandatangan Guru Pembimbing, Tandatangan Pensyarah Pembimbing,

Nama: Nama:

You might also like