You are on page 1of 3

BORANG REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN 1

NAMA: NURUL NAJWA BINTI AHMAD ROSE

NOMBOR MATRIK: D20181082536

MAKLUMAT REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN 1

TINGKATAN: 4 SAINS PERTANIAN 1

TARIKH PENGAJARAN: 23 APRIL 2021

MASA PENGAJARAN: 10.40 PAGI HINGGA 11.10 PAGI (30 MINIT)

MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU

1. Hasil Pembelajaran
Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian pada hari tersebut, murid-murid dapat
menjelaskan sekurang-kurangnya 4 fakta dan hujah berdasarkan tajuk “Penanaman
Rozel” dalam buku teks. Murid-murid juga dapat membincangkan fakta dan hujah
mengikut urutan berdasarkan tajuk tugasan kumpulan yang diberikan.

2. ABM/bahan sumber yang digunakan


Terdapat empat bahan bantu mengajar yang saya sediakan dalam Makro Pengajaran 1
saya iaitu penggunaan origami bunga, tayangan video “Jenis-Jenis Bunga yang Boleh
Dimakan”, Rakaman audio “Semerah Rozel: Asam yang Manis”, dan bahan untuk
aktiviti Tugasan Kumpulan iaitu “Cara Untuk Membuat Air Rozel” dan “Cara untuk
membuat Jem Rozel”.

3. Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi


telah dilaksanakan)
Strategi pengajaran yang saya gunakan pada PdP pada hari tersebut ialah strategi
pengajaran koperatif STAD. Strategi pengajaran ini merupakan kaedah pengajaran
kumpulan yang membolehkan murid-murid belajar dan mengajar. Murid-murid perlu
bekerja dalam satu kumpulan kecil untuk mencapai matlamat pembelajaran yang
ditetapkan oleh guru. Strategi ini digunakan ketika aktiviti tugasan kumpulan,
pembentangan dan sesi soal jawab dilaksanakan. Semasa aktiviti tugasan kumpulan
dilakukan, murid-murid akan melaksanakan tugasan secara berkumpulan dengan cara
berbincang, membandingkan jawapan, tolong-menolong dan sebagainya untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dari aspek pembentangan, setiap kumpulan
akan membentangkan dan menerangkan hasil tugasan mereka. Mereka akan bertindak
sebagai pengajar bagi menerangkan hasil tugasan mereka kepada kumpulan lain. Pada
fasa sesi soal jawab pula, adanya unsur kerjasama antara ahli kumpulan dalam
menjawab soalan yang diajukan oleh ahli kumpulan lain kepada kumpulan tersebut.
Jadi, dapat disimpulkan bahawa saya banyak menggunakan strategi pengajaran
Koperatif STAD yang memfokuskan pembelajaran murid-murid secara berkumpulan.

4. Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?


Berdasarkan PdP yang dilaksanakan pada hari tersebut, dapat saya simpulkan bahawa
hasil pembelajaran pada hari tersebut dapat dicapai kerana objektif pembelajaran yang
saya nyatakan tercapai kerana murid-murid dapat menyusun fakta dan hujah
berdasarkan rakaman audio dan buku teks serta dapat melaksanakan aktiviti tugasan
kumpulan dengan baik sekali.

5. Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya -


bagaimana saya tahu? Kalau tidak – Mengapa?
Berdasarkan sesi PdP pada hari tersebut, boleh saya katakan murid-murid saya
melibatkan diri secara aktif kerana kebanyakan soalan-soalan yang saya ajukan,
dijawab oleh murid-murid. Masing-masing memberi jawapan tiap kali saya bertanya
kepada mereka. Mereka juga terlibat secara aktif ketika aktiviti tugasan kumpulan dan
sesi pembentangan berjalan.

6. Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya?


Mengapa?
Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian dengan video PdP pada hari tersebut,
tiada sebarang perubahan yang saya lakukan kerana setiap aktiviti yang dirancang
dalam RPH dilaksanakan mengikut urutan.

7. Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk
kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza?
Mengapa?
Jika saya berpeluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid
yang sama, saya akan menstrukturkan semula RPH pada hari tersebut atas faktor
masa. Saya anggap, RPH tersebut sesuai dilaksanakan pada kelas 1 jam. Jika
dilaksanakan pada kelas 30 minit, saya mengajar secara tergesa-gesa dan mungkin
tidak dapat selesaikan pada hari tersebut. Seterusnya, saya akan mencari video BBM
yang lebih sesuai kerana video tersebut dalam bahasa Indonesia. Lebih sesuai jika
saya menyediakan video BBM dalam bahasa Melayu ataupun saya sendiri
merekodkan video BBM tersebut.

8. Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam
kelas saya? Terangkan dengan ringkas.
Teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya ialah
teori pembelajaran behaviorisme. Teori ini menumpukan perhatian kepada faktor
persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku dengan menggunakan
konsep peneguhan dan dendaan. Teori ini saya banyak gunakan terutamanya semasa
sesi soal jawab. Selepas murid menjawab, saya akan melaksanakan kemahiran
peneguhan sama ada peneguhan positif mahupun peneguhan negatif.

You might also like