You are on page 1of 4

FORMAT MUDAH MENYEDIAKAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama pengkaji : ANIZA BINTI MASIRON


Nama Panitia : BAHASA MELAYU
Tajuk Kajian : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PENDEKATAN
BERPANDU
DENGAN KAEDAH GRAFIK

MEREFLEK

Saya mengajar di kelas Tahun 6 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Masalah utama bagi murid saya ialah murid tidak dapat membina ayat yang gramatis dengan tatabahasa
yang betul.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid/ semakan latihan murid dan keputusan
ujian dalam kelas semasa saya mengajar.
Analisis yang didapati daripada PdP di dalam kelas seperti berikut :
1. Ayat tidak mempunyai subjek.
2. Tiada perluasan predikat.
3. Penggunaan kosa kata yang tidak sesuai.
Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian :

1. dan pulang ke rumah ( mulakan ayat dengan kata hubung dan tiada subjek dalam ayat)

2. Ibu mencuci baju. ( Tiada perluasan predikat )

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak dapat mengemukakan idea sendiri

kerana kurang kosa kata dan penggunaan kosa kata yang tidak sesuai.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana saya tidak membimbing secara sistematik dengan

kaedah yang lebih menarik agar murid berminat dan mudah faham.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran

(a) Membina ayat gramatis

(b) Membina ayat dengan perluasan predikat

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk,murid akan terus menjejaskan keputusan UPSR.

Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana kemahiran berbahasa mereka lemah.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba menggunakan kaedah grafik bagi membantu murid membina

ayat secara berpandu.

Tujuan/objektif kajian :-
Secara amnya akan dapat meningkatkan peratus menguasai dalam peperiksaan.
Secara khususnya :-
1. Murid berupaya mendapat gred yang lebih baik dalam peperiksaan.
2. Murid lebih berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
3. Guru dapat keseronakan mengajar jika lebih ramai murid yang menguasai kemahiran berbahasa.

Kajian ini melibatkan 27 orang pelajar , semua murid tahun 6 SK Seri Ma'amor.
MERANCANG
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi bergantung kepada masalah yang guru
hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu
dipejelaskan jenis dan pelaksanaannya dengan terperinci.

Projek PdP Jenis perancangan


Terancang
(Kaedah PdP Mengubahsuai cara /kaedah mencipta cara baru
untuk yang sedia ada. (inovasi PdP guru terhasil
menyelesaikan dari sini)
masalah)

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :

1. pemerhatian di dalam kelas

2. semakan buku latihan

Pelaksanaan tindakan yang akan saya dijalankan ialah :-

i. Aktiviti 1 : Mengedarkan gambar tunggal ( Tarikh : 21 Januari )

Langkah 1 : Minta murid menaakul gambar.


Langkah 2 : Minta murid kenalpasti aktiviti dalam gambar.

ii. Aktiviti 2 :Penerangan tentang Grafik Berpandu untuk membina ayat ( Tarikh : 21 Januari )

Langkah 1 : Guru mengemukakan soalan berdasarkan grafik berpandu ( 'siapa/apa', 'buat apa/apa cerita'.
'huraian- MATAasku' )
Langkah 2 : Murid menjawab berdasarkan gambar.

iii. Aktiviti 3 : Minta murid membina ayat ( Tarikh: 22 Januari )

Langkah 1 : .Murid membina ayat berdasarkan grafik berpadu dengan merujuk gambar tunggal.

Langkah 2 : Murid bertanya kepada diri sendiri (siapa), dan menulis jawapan mereka sehingga lengkap grafik
berpandu tersebut.

* bilangan aktiviti dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalah
dan tindakan yang akan diiambil untuk menyelesaikan masalah.
BERTINDAK

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini


Melaksanakan
perubahan.
(tindakan)

Catat segala tindakan Tindakan yang diambil mungkin


dan buat refleksi melibatkan beberapa masa PdP biasa.
bagi setiap aktiviti Dalam waktu pembelajaran atau di luar
semasa pelasanaan. waktu pembelajaran (mesti dilaksana oleh
guru sendiri, yang penting dalam kawalan
guru sebagai pengkaji)

(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut:

Aktiviti 1 : Tayangkan kepada murid sebuah gambar tunggal. ( Tarikh: 17 Februari )

Langkah 1 : Arahkan murid membina 5 ayat berdasarkan gambar.

Langkah 2 : Minta murid membina grafik berpandu ( Siapa/buat apa/huraian)

Langkah 3 : Minta murid membina ayat berdasarkan grafik berpandu dengan kaedah penyoalan.

MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN GFARIK BERPANDU

HURAIAN
M - masa ( bila )
A - alat ( guna apa )
T - tempat ( di mana )
SIAPA /APA BUAT APA / APA CERITA A - alasan- a - agar
s- supaya
k - kerana
u - untuk

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini menunjukkan kesan yang positif.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid dapat membina ayat
yang gramatis dengan perluasan predikat.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini dapat membantu murid mendapat
idea dengan kosa kata yang sesuia ketika membina ayat.
MEMERHATI

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Membuat penilaian
keberkesanan proses
tindakan dan mengukur
pencapaian objektif kajian.

Pemerhatian boleh dilakukan oleh Guru membuat renungan atau


guru sendiri sebagai penyelidik refleksi terhadap kajian yang telah
atau guru juga boleh meminta dilakukan sama ada berjaya atau Laporan juga ditulis di peringkat ini.
bantuan daripada guru lain untuk tidak .Dapatkan data sekali lagi Dokumentasi penting. Sekiranya
membuat pemerhatian semasa Gunakan cara mengutip data yang program tindakan tersebut berjaya,
sesi pengajaran guru . Penilaian sama semasa peringkat maka bolehlah disebarkan kepada
mesti dilakukan untuk menilai awal(pemerhatian tingkah laku guru-guru lain. Jika tidak berjaya,
keberkesanan TINDAKAN. murid / semakan latihan murid/ perlu dirancang semula.
keputusan ujian/ temubual/analisis
head count/) analisis item

(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)

Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, teknik
Grafik berpandu yang diperkenalkan kepada murid Tahun 6, merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk
membantu murid membina ayat yang lengkap dan gramatis.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang positif. Murid lebih berminat untuk
menyiapkan setiap tugasan yang diberikan, kerana mereka telah menguasai kemahiran membiana ayat dengan
baik.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu
melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami
oleh murid. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan kemahiran membina ayat

You might also like