You are on page 1of 11

LAMPIRAN 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP


(Laporan antara 8 – 10 muka surat)

NAMA PELAJAR : CIK WAN NORHASLIZA BINTI JUSOF


NO. KAD PENGENALAN : 820425-08-5278
PROGRAM : PPG AMBILAN JUN 2011 SEMESTER 8
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SIN HWA
NAMA PROJEK : PROGRAM ‘SAMAT’ (MEMBINA AYAT GRAMATIS
MENGGUNAKAN JADUAL ‘SAMAT’)

TEMPOH PELAKSANAAN : 16 FEBRUARI 2015 – 13 MAC 2015 (4 MINGGU)

1.0 OBJEKTIF
1.1 Membantu murid-murid yang tidak mahir mengembangkan ayat supaya dapat
membina ayat yang gramatis.

1.2 Murid akan berasa tidak tertekan apabila diminta membina ayat.

1.3 Murid akan cenderung membina ayat gramatis kerana mereka mempunyai

panduan untuk berbuat demikian.

1.4 Menghilangkan rasa rendah diri dalam kalangan murid-murid kerana mereka
dikumpulkan di dalam satu kelas yang mempunyai tahap kebolehan yang sama.

1.5 Menanam semangat berlumba-lumba dalam kalangan mereka untuk menjadi

siapa yang dahulu dapat membina ayat dan merebut pelbagai hadiah insentif
yang akan diberi oleh guru.
2.0 STRATEGI PELAKSANAAN

AKTIVITI 1

MENCERITAKAN GAMBAR

i. Bagi langkah pertama, guru akan mengedarkan gambar kepada murid.

ii. Seterusnya, murid akan diminta memerhatikan aktiviti yang dilakukan

dalam gambar.

iii. Selepas itu, murid diminta membulatkan aktiviti-aktiviti yang

terdapat dalam gambar.

iv. Murid diminta menulis aktiviti yang diperoleh di tepi

gambar berikut.

v. Guru akan berbincang dengan murid tentang apa yang terdapat

di dalam gambar.

AKTIVITI 2

MELENGKAPKAN JADUAL ‘SAMAT’

i. Bagi langkah kedua, guru akan memperkenalkan jadual SAMAT kepada

murid.

ii. Murid diterang tentang jadual SAMAT.

a. S – Siapa pelaku (subjek). Murid boleh meletakkan nama watak pada

bahagian ini sama ada nama orang, jantina, dan bilangan. Contoh ; Ali, Siti, Pak

Abu, seorang budak lelaki dan lain-lain lagi.

b. A – Aktiviti yang dilakukan oleh watak atau pelaku (kata kerja). Contoh;

memasak, menangis, bermain, berlari, menyapu, berbaris dan sebagainya.

c. M – Di mana perbuatan itu dilakukan. Tempat perbuatan dilakukan perlu


dikenal pasti di dalam gambar. Contoh; di hadapan rumah, di dalam kelas, di

ruang tamu, di kantin dan sebagainya.

d. A – Alatan yang digunakan. Alatan mestilah bersesuaian dan merujuk pada

alatan yang digunakan oleh watak atau pelaku dalam gambar yang diberi.

Contoh; menggunakan sebatang penyapu, menggunakan sebilah pisau,

menggunakan sudip dan sebagainya.

e. T – Tujuan perbuatan dilakukan. Contoh; supaya bersih, supaya tidak

dihinggapi lalat, supaya hidup subur dan sebagainya.

iii. Murid melengkapkan jadual SAMAT.

AKTIVITI 3

MENYALIN SEMULA AYAT DI DALAM BUKU LATIHAN.

i. Murid diminta menulis semula perkataan yang terdapat pada jadual dalam

buku latihan mereka dan membina ayat gramatis.

3.0 REFLEKSI

a) Kekuatan Projek

Projek ini dapat merangsang murid berfikir tentang perkataan-perkataan


yang perlu ada apabila mereka membina ayat. Selain itu, projek ini dapat
membantu murid dalam proses mengembangkan ayat bagi membina ayat
gramatis.

b) Kelemahan Projek

Setelah menjalankan projek ini, saya mendapati terdapat kelemahan pada


projek yang dirancang. Salah satu daripadanya adalah masalah huruf ‘A’ yang
mewakili alat. Seperti mana yang kita ketahui, terdapat gambar yang aktivitinya
tidak menggunakan peralatan. Contohnya berbual-bual, berbincang, beratur dan
sebagainya. Hal ini, telah menyukarkan para murid dan mengehadkan idea
mereka.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh saya lakukan. Salah satu


daripadanya adalah dengan memperluaskan kata kunci yang disediakan.
Contohnya saya boleh menambah huruf ‘C’ selepas huruf ‘A’ pada jadual
tersebut dan menjadikannya Jadual ‘SAMACT’ yang mana

‘S’ = Siapa

‘A’ = Aktiviti

‘M’ = Mana (tempat)

‘A’ = Alat

‘C’ = Cara

‘T’ = Tujuan

Pada pendapat saya, dengan cara ini dapat memudahkan murid dalam proses
membina ayat di samping tidak mengehadkan idea mereka.

6. KESIMPULAN

Setelah diperkenalkan projek inovasi ini diharap murid dapat membina ayat

yang lebih bermakna dan gramatis seterusnya meningkatkan pencapaian murid

dalam penulisan.
LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

Tarikh : 17 Februari 2015 / Selasa

1. Isu / perkara yang difokus :


- Membina ayat majmuk.
- Menulis karangan.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan :
- Tajuk karangan yang diberi merupakan tajuk yang tidak asing bagi murid.
- Murid mempunyai idea bagi tajuk karangan yang diberi.
- Murid mengenali ibu masing-masing.
- Banyak murid dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk.

2.2 Kelemahan

- Murid agak lemah dalam aspek kosa kata. Hal ini menyebabkan, murid sukar menulis
karangan dengan baik. Disebabkan kelemahan ini, kebanyakan murid gagal membina
ayat gramatis.

- Murid tidak menggunakan penanda wacana semasa menulis karangan. Hal ini
menyebabkan ayat yang dibina kurang menarik dan tidak menunjukkan
kesinambungan.

- Murid agak lemah dalam penyusunan isi.


3. Cadangan penambahbaikan

Disebabkan kelemahan-kelemahan di atas, saya telah mengambil langkah untuk


menegaskan kepada murid penggunaan penanda wacana dalam penulisan karangan.
Saya juga telah mengingatkan murid agak tidak lupa menggunakan kamus untuk
merujuk maksud perkataan yang ingin ditulis bagi menghasilkan karangan yang baik.
Selain itu, saya turut membimbing murid dalam proses mengelaskan isi karangan.
LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

Tarikh : 25 Februari 2015 / Rabu

1. Isu / perkara yang difokus :


i. Menulis perkataan kata majmuk dan kata ganda secara imlak.
ii. Membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan :
- Murid mempunyai pengetahuan dalam kata majmuk.
- Murid telah didedahkan kepada kata majmuk semasa Tahun Empat.
- Beberapa orang murid dapat membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang
sesuai.

2.2 Kelemahan

- Murid agak lemah semasa imlak diadakan. Hal ini kerana murid kurang menguasai
aspek ejaan.

- Banyak murid tidak dapat membaca ayat dialog menggunakan sebutan dan intonasi
yang sesuai. Hal ini mungkin disebabkan mereka kurang penghayatan semasa
melafazkan dialog.

3. Cadangan penambahbaikan

Disebabkan kelemahan-kelemahan di atas, saya telah menyuruh murid mengeja


perkataan tersebut berulang kali. Saya juga telah membimbing murid menghayati
maksud perkataan di dalam dialog bagi membolehkan mereka membaca dialog dengan
sebutan dan intonasi yang sepatutnya.
LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

Tarikh : 4 Mac 2015 / Rabu

1. Isu / perkara yang difokus :


i. Mengetahui jenis-jenis kata adjektif.
ii. Menggunakan kata adjektif dalam cerita

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan :
- Murid mempunyai pengetahuan dalam kata adjektif.
- Murid telah didedahkan kepada kata adjektif semasa Tahun Empat.
- Murid menunjukkan minat semasa menggunakan i-think.

2.2 Kelemahan

- Murid agak lemah apabila diminta bercerita menggunakan kata adjektif.

- Murid tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

3. Cadangan penambahbaikan

Disebabkan kelemahan-kelemahan di atas, saya telah mengambil langkah untuk


menegaskan kepada murid penggunaan kata adjektif dalam ayat dapat menjadikan
ayat lebih menarik. Saya juga telah mengingatkan murid agak tidak lupa menggunakan
kamus untuk menambah kosa kata mereka dan membolehkan mereka bertutur dalam
bahasa Melayu dengan lebih baik.
LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

Tarikh : 11 Mac 2015 / Rabu

1. Isu / perkara yang difokus :


Projek Inovasi

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan :
- Murid pernah membina ayat.
- Projek ini dapat merangsang murid berfikir tentang perkataan-perkataan yang perlu
ada apabila mereka membina ayat. Selain itu, projek ini dapat membantu murid dalam
proses mengembangkan ayat bagi membina ayat gramatis.

2.2 Kelemahan

Setelah menjalankan projek ini, saya mendapati terdapat kelemahan pada projek
yang dirancang. Salah satu daripadanya adalah masalah huruf ‘A’ yang mewakili alat.
Seperti mana yang kita ketahui, terdapat gambar yang aktivitinya tidak menggunakan
peralatan. Contohnya berbual-bual, berbincang, beratur dan sebagainya. Hal ini, telah
menyukarkan para murid dan mengehadkan idea mereka.

3. Cadangan penambahbaikan

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh saya lakukan. Salah satu


daripadanya adalah dengan memperluaskan kata kunci yang disediakan. Contohnya
saya boleh menambah huruf ‘C’ selepas huruf ‘A’ pada jadual tersebut dan
menjadikannya Jadual ‘SAMACT’ yang mana
‘S’ = Siapa

‘A’ = Aktiviti

‘M’ = Mana (tempat)

‘A’ = Alat

‘C’ = Cara

‘T’ = Tujuan

Pada pendapat saya, dengan cara ini dapat memudahkan murid dalam proses
membina ayat di samping tidak mengehadkan idea mereka.

You might also like