You are on page 1of 39

Hubungan Etnik

2018
Bab 6 Perlembagaan dalam
Konteks Hubungan Etnik

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:

Menjelaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan kontrak


sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Menghuraikan kerasionalan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan


Malaysia.

Menghuraikan Kepentingan Perjanjian 20 Perkara dan 18 Perkara


dalam Perjanjian Malaysia MA63

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Konsep Perlembagaan
• Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau
tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian
dan perlaksanaan kuasa.
• Sumber undang-undang tertinggi.
• Panduan untuk membentuk undang-undang.
• Penting bagi menjamin kestabilan politik, keadilan dan kecekapan
pemerintahan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Konsep Perlembagaan
Keluhuran Perlembagaan
• Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian
Perlembagaan Malaysia.
• Malah ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman,
Eksekutif) & YDPA juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
• Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan
tertakluk kepada sekatan- sekatan yang dikenakan oleh
Perlembagaan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Konsep Perlembagaan
• Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara
boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang-undang
itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
• Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam
Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama
persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang
berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana
yang berlawanan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Konsep Perlembagaan
• Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan
13 Jadual yang menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif,
kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah
dan Sarawak dan lain-lain.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia

Peristiwa utama
• Kesatuan Malaya  Peranan Jawatankuasa Kerja
Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu (1946)
• Persekutuan Tanah Melayu 1948

 Peranan Suruhanjaya Reid (1956)


• Persekutuan Tanah Melayu 1957
 Peranan UMNO, MCA & MIC
(Kontrak sosial)
Konflik antara Usaha perundingan untuk
kaum Melayu & kaum wujudkan asas perundangan
bukan Melayu yang sesuai

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan
Malaysia
• Unsur-unsur tradisi penting kerana menjadi faktor utama untuk
mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman serta
perpaduan.
• Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang dipersetujui
semasa menggubal Perlembagaan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan
Malaysia
• Unsur-unsur tradisi meliputi Bahasa Kebangsaan, Agama
Persekutuan, Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak dan Pemerintahan beraja.
• Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik ialah:
1. Bahasa
2. Agama
3. Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak
4. Pemerintahan Beraja

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan
Malaysia
• Ciri-ciri Unsur Tradisi:
• Berperanan menstabilkan sistem politik negara
• Dilindungi di bawah Akta Hasutan
• Dianggap sebagai isu sensitif
• Dilarang dijadikan isu perbincangan awam
• Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti
Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembangaan
• PERKARA 3 iaitu Islam adalah agama Persekutuan. Ia mempunyai fasal
imbangan berkaitan dengan kebebasan beragama (Perkara 11)

• Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian


peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan
seumpamanya.

• Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada


menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu,
kewarganegaraan dan seumpamanya.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembangaan
• PERKARA 11, iaitu Kebebasan beragama; kebebasan mengamalkan
ajaran agama lain dalam mana-mana bahagian Persekutuan serta
beberapa peruntukan pencegahan yang berkaitan.

• Perkara 14, iaitu peruntukan mengenai kewarganegaraan yang boleh


diperoleh melalui beberapa cara serta peruntukan berkaitan
perlucutan kewarganegaraan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembangaan
• Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat
undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang
Melayu, bahasa Melayu dan Islam.

• Perkara 89-90, iaitu Peruntukan berkaitan Tanah Rezab Melayu. Bertujuan


melindungi tanah rezab orang Melayu daripada diambil alih atau dijual
kepada bukan Melayu

• Perkara 121(1)(a) iaitu Kedudukan Mahkamah Syariah. Mahkamah bidang


kuasa sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa dalam bidang kuasa
Mahkamah Syariah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembangaan
• Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu
dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun
dalam keadaan darurat.

• Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa


Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa
mereka.

• Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa


menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembangaan
Bahasa Melayu
• Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 Fasal 1, “bahasa
kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-
apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang
oleh Parlimen dengan syarat:
• Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi
maksud, lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar
apa-apa bahasa lain; dan
• Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak mana-mana Kerajaan
Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa
mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembangaan
Agama Islam
• Perkara 3 (1) Agama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan;
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembangaan
Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak
• Disentuh dalam Perkara 153 – hak istimewa ini meliputi jawatan
dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan
kemudahan khas lain yang diberikan.
• Termasuk peruntukan Perkara 86 dan 90 – melindungi tanah rizab
orang Melayu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembangaan
• Perkara 160 (2) : “Orang Melayu“ ertinya seseorang yang menganuti
agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu
dan-
• yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang
lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan
atau di Singapura, atau pada hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di
Singapura; atau ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembangaan
• Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah:
• Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh,
Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang,
Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal dan Ukit atau dia
berketurunan campuran daripada kaum tersebut; dan
• Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli
Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembangaan
PEMERINTAHAN BERAJA
• Malayan Union (1946)– menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu.
• Kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan semula apabila Persekutuan
Tanah Melayu diperkenalkan.
• Setelah kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan dengan konsep
raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 11
PRINSIP KEBEBASAN BERAGAMA
• Agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana
bahagian persekutuan
• Setiap orang berhak untuk menganut & mengamalkannya tertakluk
kepada Perkara 11(4)
• Peruntukan Perlembagaan berkaitan Kebebasan Beragama:
• Perkara 12(3): Larangan memaksa penganut menerima ajaran dan
upacara sembahyang bukan agamanya.
• Perkara 12(4): Penetapan agama bagi yang berumur bawah 18 tahun

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 11
PRINSIP KEBEBASAN BERAGAMA
• Perkara 11 (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
• menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
• menubuh dan menyenggara institusi-institusi bagi maksud agama
atau khairat; dan
• memperolehi dan mempunyai harta dan memegang dan
mentadbirkannya mengikut undang-undang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 11
Perkara lain yang berkaitan dengan kedudukan Agama Islam dan Kebebasan Beragama
ialah:
• Perkara 11 (4) – tentang kebatasan kebebasan agama orang Islam.
• Perkara 12 (2) – peranan Persekutuan dan suatu negeri dalam memajukan
pendidikan Islam.
• Perkara 12(3): Larangan memaksa penganut menerima ajaran dan
• upacara sembahyang bukan agamanya.
• Perkara 12(4): Penetapan agama bagi yang berumur bawah 18 tahun
• Perkara 121 (1A) – Mahkamah Tinggi (Negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak) tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa
perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 152
• Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi atau
bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan
rakyat.
• Tanpa menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain (turut dijamin
oleh Perlembangaan Malaysia).
• Rasional pemilihan – bahasa Melayu
• menjadi lingua franca di Nusantara dan mudah dipelajari.
• Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum
• Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan
sebutan
• Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan
rasmi.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 152
• Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu digunakan secara
meluas bagi tujuan rasmi.
• Pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih 95% jawatan
Kumpulan Bahagian 1 perlu mempelajari bahasa Melayu dan lulus
untuk ditempatkan di Persekutuan Tanah Melayu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 152
• IMPLIKASI
• Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari
maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
• Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain
dalam persekutuan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 153
• Tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah
Sarawak
• Semasa proses penggubalan Perlembagaan terdapat semangat
persefahaman, akomodatif, berkongsi kuasa dan sedia berkorban
yang begitu tinggi dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.
• Semangat adomodatif yang tinggi disebabkan kepentingan masing-
masing yang juga dikenali sebagai kontrak sosial – Hak istimewa orang
Melayu dan Hak kewarganegaraan orang bukan Melayu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 153
• Hak istimewa orang Melayu dalam Perkara 153 meliputi jawatan
dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan
kemudahan khas lain.
• Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa
mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 153
IMPLIKASI
• Tertakluk di bawah kuasa YDPA.
• Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan
• Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi
tanggungjawab YDPA untuk melindungi hak-hak mereka yang sah
melalui peruntukan lain

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 153
Perkhidmatan Awam
• Rasional merizabkan suatu kadar bilangan dalam perkhidmatan
persekutuan untuk Bumiputera - pada zaman penjajah dan pada awal
kemerdekaan sedikit sangat bilangan yang bekerja dengan kerajaan –
Cth pada 1968, jumlah Melayu (1,422) dan bukan Melayu (2,497)
terutamanya pegawai dalam bidang sains dan profesional.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 153
Ekonomi
• Rasional – Jurang pendapatan antara golongan Bumiputera dengan
bukan Bumiputera adalah tinggi – Cth, RM1 pendapatan bagi orang
Melayu berbanding RM2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi orang
India pada tahun 1970.
• Pemilikan kekayaan – orang Melayu (2.4%) dan bukan Melayu (34%)
pada 1970.
• Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) Jurang Pendapatan melebar
antara etnik

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 153
Pendidikan
• Orang Melayu tertindas dalam sistem pendidikan British.
• Pada 1970, terdapat jurang perbezaan golongan profesional antara
etnik – golongan Bumiputera (4.9% atau 225 orang) dan bukan
Bumiputera (84.5% atau 3859 orang).

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Rasional Perkara 3
• Agama Islam adalah agama persekutuan
• Islam telah bertapak lebih 600 tahun lampau dan banyak
mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu.
• Semasa penjajahan British, Islam tidak pernah diganggu dan
urusannya diserahkan kepada Raja-Raja Melayu.
• Sesuai dengan takrif “Melayu” dalam Perkara 160.
• Undang-undang Islam telah diperkenalkan dan diiktiraf sebelum
penjajahan British.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Perkara 3
Implikasi :
• Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan,
kuasa dan keistimewaan untuk :
• Menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi
Islam
• Melaksanakan ajaran Islam
• Mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan utk tujuan itu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Perkara 89-90
Tanah Rezab Melayu
• Tanah yang direzab untuk diberi milik kepada orang Melayu atau
bumiputera bagi Negeri di mana tanah terletak
• Tanah yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu:
• Tanah Kerajaan (di Wilayah Persekutuan sebagai Tanah Persekutuan)
• Tanah Hutan Simpan
• Tanah Rizab Awam
• Tanah Milik Persendirian

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Perkara 160
• Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak itu.
• Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160),Melayu itu ditakrifkan
sebagai:
• Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu
• Menganut agama Islam
• Mengamalkan adat istiadat Melayu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Perkara 160
• Manakala takrifan Bumiputera
• Sarawak
• terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak
Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum,
Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia
berketurunan campuran dari kaum tersebut.
• Sabah
• anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah
dilahirkan di Sabah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Kesimpulan
• Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada pengorbanan yang
telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti
sedia berkorban, berakomodatif dan rela berkongsi kuasa.
• Kontrak sosial telah diterima sebagai satu kenyataan sejarah dan
harus diterima untuk menjaga hubungan etnik di Malaysia.
• Menghormati hak dan kepentingan setiap golongan etnik seperti
mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sangat perlu
dihayati bersama agar dapat menghindarkan sebarang konflik yang
wujud.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Terima Kasih

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS#menerajuiperubahan


TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

You might also like