You are on page 1of 6

SK TAMAN TAMPOI UTAMA

NAMA GURU:
NUR HIKMAH BINTI YAHYA

TAJUK KAJIAN TINDAKAN:

MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN DAN HAFAZAN


SURAH AL-QARIAH
MURID TAHUN 4 DIAMOND
MELALUI PENGULANGAN SECARA BERPASANGAN

Nur Hikmah Binti Yahya, SK Taman Tampoi Utama, JB …………..1


PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.

Contoh perkara yang diperhatikan:


Markah pencapaian akademik murid/Keadaan fizikal/mental murid/Prasarana/Sikap murid

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 4 Diamond bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

Saya dapati bahawa murid saya tidak dapat membaca dan menguasai hafazan surah al Qariah dengan betul dan
bertajwid.

Hal ini dapat ditunjukkan melalui tahap pembacaan murid semasa tasmik ialah kurang memuaskan kerana
sebahagian murid masih dalam bacaan iqra 1 sehingga 6.

REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan semasa pemerhatian dilakukan.
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri ( berkitan diri guru sendiri yang menyumbang kepada masalah )
dan fikirkan jalan penyelesaian.

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid, keputusan ujian serta temu bual dalam kelas semasa saya mengajar,
saya dapati murid tidak menguasai hafazan surah al Qariah dengan betul dan bertajwid. Mereka menghadapi masalah
untik menghafaz dengan bacaan yang betul dari aspek makhraj,huruf dan tajwid kerana penguasaan bacaan yang
rendah serta murid sukar mengikuti pembacaan guru yang panjang.
Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid dinilai ialah murid membaca dan

menghafaz surah al- Qariah mengikut pembacaan guru sahaja.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak dapat mengikuti bacaan guru yang panjang

dan mereka sukar mengulang dan membaca semula ayat yang dibaca oleh guru. Murid juga tidak dapat dibimbing

secara individu kerana sebahagian mereka tidak menguasai bacaan al-Quran dengan baik kerana masih di tahap

pembacaan Iqra.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana guru membaca ayat bacaan dan hafazan secara panjang dan

Nur Hikmah Binti Yahya, SK Taman Tampoi Utama, JB …………..2


murid tidak dapat mengikut dengan betul dan baik.

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menguasai bacaan serta hafazan surah al-Qariah kerana
sebahagian ayat mempunyai potongan ayat yang panjang dan tidak dapat mengikuti bacaan guru dengan baik.

Jika perkara/masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan mengahadapi masalah dalam menguasai
bacaan serta hafazan keseluruhan ayat al-Qariah. Murid juga akan terlepas peluang untuk menguasai bacaan kerana
kemahiran bacaan satu konsep yang penting sebelum murid menguasai hafazan keseluruhan surah al Qariah. Bagi
mengatasi masalah ini, saya akan mencuba jalan penyelesaian dengan memfokuskan konsep pembacaan secara
pengulangan dan berpasangan untuk menarik minat murid dengan pembelajaran yang menyeronokkan.

MERANCANG
[Kitaran 1 (c)]

Berdasarkan refleksi, rancang apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan jalan penyelesaian (intervensi) . Apa yang penting
setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dijelaskan pelaksanaannya dengan terperinci.
Tetapkan objektif atau matlamat yang dihasratkan.
Tentukan cara/aktiviti/tindakan yang akan digunakan untuk mencapai objektif.
Tetapkan metodologi yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan anlisis yang digunakan untuk menentukan
kejayaan.[Contoh metodologi pengumpulan data:Ujian, Rakaman, Soal selidik, Temu bual, Dokumen,]
* Intervensi / aktiviti /yang dilaksanakan mesti bertujuan mencapai Objektif yang telah ditetapkan.

Objektif kajian : Murid dapat menguasai bacaan serta hafazan dengan menggunakan kaedah pengulangan secara berpasangan
dengan betul.

Murid dapat membaca sekurang-kurangnya 5 ayat surah al-Qariah dengan betul dan bertajwid.
Murid terlibat aktif dan seronok membuat pengulangan dan penguasaan bacaan secara berpasangan.
Guru dapat membimbing murid secara berkumpulan dengan baik.

Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah (metodologi) :i Pemerhatian ii Senarai semak.

ANALISIS DATA yang akan saya gunakan untuk menentukan kejayaan ialah penilaian bacaan surah al-Qariah sebelum dan
selepas dalam bentuk carta palang serta pemerhatian hasil penguasaan murid melalui senarai semak berpasangan. (contoh,
peratus, bilangan atau lain-lain yang sesuai dan laporkan dalam dalam bentuk jadual, graf, atau lain-lain yang sesuai)

Saya akan melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : Ujian Pra dan Post (bertujuan melihat peningkatan kemahiran)

Langkah 1 : Murid diberikan senarai semak surah al-Qariah dan meminta murid mengikut bacaan guru serta
menghafaznya
Langkah 2 : Menjalankan intervensi dengan kaedah pengulangan secara berpasangan.

Langkah 3 : Memberikan senarai semak semula yang sama untuk melihat peningkatan murid terhadap bacaan dan
hafazan.

Aktiviti 2 : Pemerhatian (bertujuan melihat perubahan sikap dan minat)

Langkah 1 : Murid memperdengarkan bacaan dan hafazan kepada guru.


Langkah 2 : membuat pemerhatian sebelum dan selepas aktiviti dilaksanakan.

Nur Hikmah Binti Yahya, SK Taman Tampoi Utama, JB …………..3


* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalah
dan tindakan yang akan diiambil untuk menyelesaikan masalah.

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 1 (d) ]

Berdasarkan kepada perancangan, laksanakan tindakan/ intervensi mengikut metodologi yang telah ditetapkan. Contoh
intervensi:Projek, Perbahasan, Pementasan, ABM baharu, Kaedah pengajaran baharu/( di sinilah keluarnya inovasi)
Contoh metodologi pengumpulan data: Ujian, rakaman, soal selidik, temu bual, Dokumen, pemerhatian tingkah laku/situasi.
( CATATKAN :-i) siapa yang terlibat, ii) Tarikh/masa dilakukan, iii) Apa yang berlaku Iv) Bagaimana dilakukan

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : Ujian Pra dan Post (bertujuan melihat peningkatan kemahiran)

Langkah 1 : Murid diberikan senarai semak surah al-Qariah dan meminta murid mengikut bacaan guru serta
menghafaznya

Langkah 2 : Menjalankan intervensi dengan kaedah pengulangan secara berpasangan.

Langkah 3 : Memberikan senarai semak semula yang sama untuk melihat peningkatan murid terhadap bacaan dan
hafazan.

Nur Hikmah Binti Yahya, SK Taman Tampoi Utama, JB …………..4


Aktiviti 2 : Pemerhatian (bertujuan melihat perubahan sikap dan minat)

Langkah 1 : Murid memperdengarkan bacaan dan hafazan kepada guru.


Langkah 2 : membuat pemerhatian sebelum dan selepas aktiviti dilaksanakan.

* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalahyang hendak
diselesaikan/objektif yang hendak dicapai.

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 2 (a) ]

Pemerhatian semula Guru mencatatkan perubahan yang berlaku selepas tindakan/intervensi dijalankan . Contoh: hasil
analisis perbandingan markah, tingkah laku (behaviour), sikap (attitude), disiplin, motivasi, gambar, video, kaedah pengajaran
sebelum dan selepas tindakan/ intervensi dilakukan sama ada objektif telah tercapai atau tidak.

(Refleksi keseluruhan kajian)

Daripada ujian pra-post, kesemua murid sasaran berjaya mencapai peningkatan kemahiran, malah beberapa murid dapat
membaca serta menghafaz sekurang-kurangnya 5 ayat surah al- Qariah dengan betul dan bertajwid. Melalui pemerhatian pula,
murid-murid menunjukkan sikap aktif apabila mereka membuat aktiviti pengulangan secara berpasangan dan guru dapat
membimbing secara tidak langsung. Daripada keseluruhan hasil dapatan ini, kaedah tersebut membantu sebahagian murid
sasaran untuk mencapai objektif dalam menguasai bacaan serta hafazan surah al-Qariah dengan lebih baik.

i. Jika objektif telah tercapai, guru mencatatkan refleksi mengapa beliau berpuas hati dan kajian tindakan
tamat dan mencadangkan perancangan yang boleh dilaksanakan beliau sendiri pada masa akan datang.
Objektif tercapai. Saya berjaya membantu beberapa murid untuk meningkatkan bacaan serta hafazan surah al-Qariah
mengikut kaedah pengulangan secara berpasangan. Murid dapat melibatkan diri secara aktif dan berusaha untuk mencapai
objektif dengan baik.

Jika objektif tidak tercapai, guru mencatakan refleksi mengapa objektif/ sasaran tidak tercapai dan
mencadangkan perancangan alternatif yang lebih praktikal dan ulang kembali proses refleksi di 2 (b) hingga selesai kitaran
untuk menentukan objektif yang asal/baharu tercapai.

MEREFLEKSI
[Kitaran 2 (b)]
Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan di K2(a).
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri dan fikirkan jalan penyelesaian.

MERANCANG
[Kitaran 2 (c)]

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 2 (d)]

Nur Hikmah Binti Yahya, SK Taman Tampoi Utama, JB …………..5


Nur Hikmah Binti Yahya, SK Taman Tampoi Utama, JB …………..6

You might also like