You are on page 1of 3

Jurnal Praktikum Minggu 6

Mingggu Praktikum: 6

Tarikh: 13 Ogos 2021

Tajuk Jurnal: Masalah Murid Keluar Dari Google Meet Semasa Pdpr Dijalankan

Isu Yang Difokuskan:

Semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik dilaksanakan secara talian, saya


mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid telah keluar dari Google Meet semasa
pdpr dijalankan. Mereka terus keluar dari Google Meet dan tidak masuk semula lagi.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Punca saya mengalami masalah ini kemungkinan adalah disebabkan kebosanan aktiviti
yang dirancangkan. Saya telah merancang aktiviti Hands-on dalam pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti ini memerlu tumpuan yang banyak untuk dijalankan, oleh itu murid
perlu memberi tumpuan yang banyak untuk mendengar arahan guru dan mengikut arahan.
Ini kemungkinan akan menyebabkan murid terganggu apabila mereka hilang fokus
sehinggalah mereka tidak mahu belajar. Selain itu, oleh sebab aktiviti hands-on ini memerlu
banyak alatan seperti pita pengukur, oleh iu kemungkinan murid tidak mempunyai alatan
yang diperlukan dan mereka terus keluar dari Google Meet.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Munirah Salleh (2021) , pembelajaran dalam talian menjadi kaedah utama untuk
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran semasa pandemik merebak. Kaedah
pengajaran secara dalam talian ini turut mencabar keupayaan guru melaksankan. Maka,
pembelajaran ini mempunyai keburukannya. Sebagai contohnya, 64.7% orang dalam kajian
ini berpendapat bahawa pembelajaran dalam talian lebih sukar berbanding pembelajaran
dalam kelas.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa altenatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:-

(a) Berfikir tentang alat yang boleh diganti.


(b) Merancang aktiviti yang selain aktivit Hands-on.
Tempoh Penyelesaian Masalah:

1 Minggu
Tindakan Susulan:

Saya akan mengambil tindakan susulan yang telah saya mencadangkan, iaitu merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selain aktiviti Hands-on.

Rujukan:

Munirah Salleh.(2021). Tinjauan Keberkesanan Pembelajaran Secara dalam Talian Ketika


Pandemik Covid-19: Perspektif Pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan.
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12591/6307
Jurnal Praktikum Minggu 6

Mingggu Praktikum: 6

Tarikh: 13 Ogos 2021

Tajuk Jurnal: Masalah Murid Keluar Dari Google Meet Semasa Pdpr Dijalankan

Tarikh Tindakan Susulan:

20 Ogos 2021

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:

Tindakan yang telah saya melaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah kenal pasti telah memberi kesan kepada tingkah laku murid.

Kesimpulan/Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)):

Saya berpuas hati dengan dengan menggunakan cadangan penyelesaian saya. Walaupun
masih terdapat murid yang keluar dari Google Meet, tetapi murid itu akan masuk semula
Google Meet. Saya akan berusaha lagi untuk merancangkan aktiviti dalam pengajaran dan
pembelajaran agar murid dapat belajar dengan gembira dan seronok.

Tandatangan Guru Pembimbing, Tandatangan Pensyarah Pembimbing,

Nama: Nama:

You might also like