You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN:


MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID DALAM PEMBELAJARAN DALAM
TALIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN ‘TOCAJA’ DI KALANGAN MURID
TINGKATAN 5

Oleh

ZEFRY HANIF BIN BURHAM @ BORHAN


KAMARABIL BINTI MALEK
NOR AZIRA MAIZA BINTI NOR AZMAN

PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN


SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING
42700 BANTING, SELANGOR
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID DALAM


PEMBELAJARAN DALAM TALIAN MENGGUNAKAN
PENDEKATAN ‘TOCAJA’ DI KALANGAN MURID
TINGKATAN 5

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai tindakan pencegahan oleh Kerajaan Persekutuan
Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) yang bermula 16 Mac 2020 di
seluruh negara membuka lembaran baru dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Pelanjutan fasa demi fasa PKP menimbul kegusaran di kalangan guru dan ibu bapa tentang
kemajuan anak-anak dalam pelajaran terutama yang melibatkan kelas peperiksaan.
Disebabkan kesedaran tersebut, inisiatif pembelajaran dari rumah atau home-based learning
dilaksanakan secara berterusan sehingga sekolah dibuka. Mahu atau tidak, pembelajaran
dalam talian terpaksa dilaksanakan dengan memanfaatkan teknologi dalam mendidik anak-
anak. Kami menggunakan platform Google Classroom dan Google Meet sebagai medium
pengantaraan. Setelah beberapa siri pembelajaran dalam talian dilaksanakan, kami dapati
penglibatan murid-murid semasa sesi pembelajaran dalam talian sangat mengecewakan;
kehadiran yang sedikit, bilangan tugasan yang dihantar tidak pernah lebih daripada 50 peratus
daripada keseluruhan murid.

Antara maklumbalas yang diterima daripada murid berkenaan masalah ini ialah:
“Terpaksa berkongsi peranti dengan adik beradik yang lain”,
“Line internet lambat sangat masa siang. Tengah malam laju sikit”,
“Jadual bertindih, laptop ada satu aje”,
“Saya tak boleh belajar ramai ramai dalam Google Meet”.

Kami juga menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca daripada kelemahan kami
seperti:
“Pembelajaran dalam talian secara terus melalui Google Meet atau Zoom mungkin pilihan
kedua kerana akses internet yang terhad”
“Tiada mekanisme dalam memastikan murid membuat catatan/ refleksi”
“Tiada mekanisme yang sistematik dalam memastikan murid menguasai kemahiran
sepatutnya”
“Murid tidak bersemangat dalam menjawab kuiz dalam talian kerana tiada dorongan dan
tiada unsur kecindan”

Kami dalam Panitia Matematik Tambahan telah berbincang dan cuba membentuk satu
pendekatan yang membolehkan murid bekerja dengan lebih sistematik dalam mengikuti
pembelajaran dan mengikut kemampuan murid (self-paced learning). Maka yang demikian,
pendekatan TOCAJA (Tonton-Catat-Jawab) digunakan dalam membantu meningkatkan
penglibatan murid.

2.0 FOKUS KAJIAN


Pembelajaran dalam talian adalah penggunaan internet untuk mengakses bahan pembelajaran;
berinteraksi dengan kandungan, pengajar, dan rakan pelajar; mendapatkan sokongan semasa
proses pembelajaran berlaku agar dapat menimba ilmu, membina sesuatu yang bermakna dan
dapat berkembang hasil daripada pengalaman pembelajaran (Alley, 2004). Teknologi mudah
alih menghasilkan persekitaran pengalaman pembelajaran yang baru, lebih personal, tumpuan
pelajar dan bersituasi serta kolaboratif, ubiquitous (boleh berlaku di mana-mana) and
sepanjang hayat (Sharples et al., 2005). .

Daripada refleksi di atas, masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah meningkatkan
penglibatan murid-murid dalam pembelajaran dalam talian. Sekaligus memastikan kemahiran
yang sepatutnya telahpun dikuasai oleh murid-murid. Guru yang baik seharusnya mampu
mengadun pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan membentuk satu sistem yang
sesuai dengan muridnya. Peranan teknologi itu harus dilihat dalam konteks amalan
pembelajaran dan penglibatan murid (Rozhan, 2008). Konsep atau kerangka teknogogi yang
mencantum teknologi, pedagogi dan kandungan yang lebih memberi tumpuan kepada ciri-ciri
pelajar seperti gaya pembelajaran dan pilihan. Dalam teknologi itu sudah dibina kandungan
dan pedagogi mengikut kebolehan, pengetahuan sedia ada dan gaya pembelajaran.

Kami yakin jika kami dapat menyesuaikan cara pengajaran selaras dengan situasi semasa,
sikap hilang punca atau minat murid dalam melibatkan diri dalam pembelejaran dalam talian
dapat diselesaikan. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar
dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang
minat terhadap sesuatu subjek. Untuk mengatasi masalah ini, kami akan menggunakan
pendekatan TOCAJA.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran dalam talian
menggunakan pendekatan ‘TOCAJA’ di dalam kalangan murid tingkatan 5

3.2 Objektif Khusus


a. Meningkatkan bilangan murid yang menghantar tugasan di Google Classroom
sebanyak 60% atau lebih.
b. Peningkatan bilangan murid yang mendapat markah melebihi 70% dalam
menjawab kuiz dalam talian.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tingkatan 5 SM Sains Banting yang terdiri daripada 171 orang daripada 6 kelas
berbeza

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN


Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian semasa sesi
pembelajaran dalam talian iaitu semasa murid memberi maklumbalas kepada soalan-soalan
guru, bilangan tugasan yang dihantar, perbincangan/ temubual dalam kumpulan di aplikasi
Telegram dan markah kuiz dalam talian.

5.1 Tinjauan Awal


5.1.1 Pemerhatian
Kami telah melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa sesi pembelajaran
dalam talian dilaksanakan untuk mendapat gambaran penglibatan. Bilangan tugasan yang
dihantar melalui Google Classroom dan markah kuiz dalam talian juga direkodkan.
Tingkah laku murid semasa dan selepas pendekatan TOCAJA juga diperhatikan.
5.1.2 Temubual
Murid ditemubual secara tidak formal berkenaan kaedah pendekatan pembelajaran dalam
talian yang telah dilaksanakan. Setiap pandangan direkodkan untuk perbincangan bersama
ahli panitia

5.2 Analisis Tinjauan Awal


Kami dapati juga bilangan tugasan yang dihantar melalui platform Google Classroom tidak
seperti yang diharapkan. Tidak sampai separuh daripada jumlah keseluruhan murid tingkatan
5 yang menghantar tugasan. Jadual 1 menunjukkan adalah bilangan tugasan dihantar dan
peratusan yang semasa Fasa 1 PKP (18 Mac sehingga 31 Mac 2020) mengikut kelas.

Tiada respon/ tidak


Hantar
Tugasan hantar
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Tugasan 1 58 33.92 113 66.08
Tugasan 2 65 38.01 106 61.99
Purata 61.5 35.96 109.5 64.03
Jadual 1: Bilangan tugasan dan peratusan yang dihantar

Manakala Carta 1 menunjukkan status penghantaran tugasan di Google Classroom semasa


Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (data sehingga 30 Mac 2020).

Status Penghantaran Tugasan di Google Classroom


66.08
64.03
61.99

38.01
35.96
33.92

Tugasan 1 Tugasan 2 Purata

Hantar Tidak Hantar

Carta 1: Peratus Status Penghantaran Tugasan semasa Fasa 1 PKP


Hasil temubual, kami dapati kebanyakan murid tidak dapat mengikuti kelas secara langsung
melalui Google Meet ataupun Zoom kerana faktor peranti, masa dan akses internet.

5.3 Tindakan yang akan dijalankan


Hasil dapatan yang diperolehi, satu strategi dan pendekatan diatur dan dijalankan dalam sesi
pembelajaran dalam talian. Pendekatan TOCAJA merupakan akronim bagi Tonton-Catat-
Jawab yang terdiri daripada tiga komponen dalam membantu murid menguasai kemahiran
yang diperlukan. Dalam setiap komponen, guru boleh mempelbagaikan sumber dan alat
dalam mencapai objektif.
Arahan dalam melaksanakan TOCAJA perlu diberikan dengan jelas melalui Google
Classroom dan aplikasi Telegram.

Langkah 1: TONTON
Guru membuat rakaman pengajaran atau boleh menggunakan video Youtube yang telah
dihasilkan oleh guru-guru lain. Terdapat banyak video berkualiti yang telah dihasilkan guru-
guru Matematik Tambahan; antara saluran yang banyak menyumbang video ialah cikgu
YooTube, cikgu Noorul, cikgu Mali dan sebagainya.
Selain daripada sumber dari Youtube, terdapat banyak video daripada platform
ePembelajaran seperti Schoology, Khan Academy, EdPuzzle dan lain lain.

www.youtube.com www.khanacademy.com www.schoology.com

Pemilihan video juga haruslah selari dengan standard kandungan atau objektif pembelajaran
yang ingin dicapai. Kami lebih selesa memilih video youtube daripada guru-guru Matematik
Tambahan supaya selari dengan kehendak silibus dan mendapat sentuhan tempatan.

Memandangkan kandungan video boleh dicapai pada bila-bila masa, murid melaksanakan
aktiviti TOCAJA mengikut rentak dan keperluan masing-masing (self-paced learning) dan
murid boleh mengulangi video pengajaran sehingga faham. Pendekatan self-paced learning
memberikan murid kawalan sepenuhnya terhadap kandungan pengajaran dan tidak terikat dan
tegar dengan jadual.
Langkah 2: CATAT
Murid perlu mencatat nota ringkas apabila menonton video dan perlu menghantar nota
tersebut melalui platform Google Classroom. Murid bebas membuat nota secara kreatif
menggunakan pelbagai aplikasi yang sesuai. Tujuan langkah CATAT adalah untuk memberi
peluang murid membuat refleksi berkaitan video yang telah ditonton.

Untuk mempelbagaikan pendekatan, guru boleh menukarkan tugasan membuat nota bertulis
kepada membuat refleksi pemahaman melalui video melalui platform Flipgrid. Aplikasi
Flipgrid bukan sahaja boleh diakses menggunakan laman sesawang tetapi boleh juga
dipasang pada peranti android atau iOS. Flipgrid membolehkan guru dan murid berinteraksi
secara sosial melalui video.

www.flipgrid.com
Langkah 3: JAWAB
Seterusnya murid perlu menjawab soalan kuiz dalam talian melalui Google Form. Untuk
murid layak mendapat sijil, murid perlu mendapat markah 70 peratus dan ke atas. Murid yang
tidak mencapai markah yang dikehendaki perlu menjawab semula. Penghantaran sijil secara
automatik ke emel murid menggunakan add-on Certify’em atau Autocrat. Pemberian sijil
sebagai token meningkatkan minat murid dan sebagai dorongan untuk menjawab soalan kuiz
dengan lebih berhati-hati dan teliti.

Soalan kuiz dalam talian tidak perlu mengikut standard soalan peperiksaan, cukup sekadar
dapat memastikan murid telah menonton dan memahami video yang diberi. Guru digalakkan
memasukkan unsur kecindan dalam soalan kuiz. Unsur kecindan boleh membantu murid
untuk meningkatkan kefahaman, memperbaiki sikap murid terhadap mata pelajaran,
mengurangkan tekanan dan kebimbangan, meningkatkan motivasi murid dan memberikan
kepuasan kepada murid. James (2001) menjelaskan bahawa jenaka boleh meningkatkan
perhatian dan keseronokan belajar, membantu mengekalkan ingatan.

6.0 BAHAN YANG DICADANGKAN


Bahan yang dicadangkan untuk pelaksanaan kajian ini merangkumi:
a. Sistem Pengurusan Pembelajaran: Google Classroom, Microsoft Teams
b. Permesejan: Telegram, Whatsapp
c. Video Pengajaran: Youtube, Schoology, Khan Academy
d. Nota: gambar, pdf, Fligrid
e. Kuiz: Google Form
f. Penjanaan Sijl: Autocrat, Certify’em

7.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Mac April
Bil Aktiviti
1 2 3 4 1 2 3 4
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan
1 X
data
2 Menulis Proposal Kajian X

3 Merancang Tindakan (panitia) X

4 Melaksanakan Tindakan X
Membincangkan masalah yang timbul
5 X
dalam Tindakan (dalam panitia)
6 Ujian untuk mengesan pencapaian murid X

7 Refleksi kajian X

8 Menulis laporan kajian X

8.0 KOS KAJIAN


Kos melibatkan yuran langganan pra bayar atau pasca bayar bagi penggunaan data internet

9.0 PENUTUP
Dua perubahan dalam pembelajaran sedang dan akan berlaku. Pertama, pendekatan dan
rekabentuk pembelajaran dijangka mengalami perubahan pada abad ke-21. Perintah Kawalan
Pergerakan disebabkan wabak pandemik COVID-19 menjadi pemangkin ke arah itu. Dapat
diperhatikan ramai belajar melalui perbincangan dalam talian, menonton Youtube,
menghadiri kuliah atau webinar dalam talian, refleksi dalam media sosial, melayari laman
web, dan pelbagai lagi bentuk kerjasama dan kolaborasi dalam talian. Perkembangan ini
disokong oleh perkembangan dalam peralatan teknologi yang lebih canggih dan efektif.

Kedua, para pendidik akan merumuskan bahawa segala-galanya yang berlaku dalam
pendidikan adalah sebagai pembelajaran. Apa yang pasti berubah ialah persepsi
pembelajaran. Istilah-istilah seperti e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian dan
pembelajaran teradun hanya bersifat sementara, tidak lama berkembang atau mungkin
digantikan oleh mekanisme penyampaian lain. Apa yang lebih penting ialah rekabentuk
pengajaran dan pembelajaran yang akan menentukan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Mengikut So dan Bonk (2010), para pendidik harus melihat reka bentuk atau
pedagogi pembelajaran dan cara manusia belajar dan potensi teknologi dan media serta
kebolehan guru melibatkan pelajar terlibat dalam proses pembelajaran.

Kajian tindakan kami yang bertajuk Meningkatkan Penglibatan Murid dalam


Pembelajaran dalam Talian Menggunakan Pendekatan TOCAJA di kalangan murid
Tingkatan 5 diharapkan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang dan sekaligus
membantu mencapai objektif am dan objektif khusus yang telah dinyatakan sebelum ini.

You might also like