You are on page 1of 19

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Senarai Kandungan 1

Penghargaan 2

1.0 Pengenalan (Konsep Asas) 3

2.0 Elemen Seni Dalam Pendidikan 4


2.1Elemen Seni Visual 5
2.2 Elemen Seni Muzik 6
2.3 Elemen Seni Pergerakan 7

3.0 Teori Pembelajaran 8


3.1 Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner) 9
3.2 Teori Konstruktivisme (Lev Vygotsky) 10
3.3 Teori Hoka-Hoki ( Ned Hermann) 11

4.0 Rumusan 12

5.0 Laporan reflektif 15

Rujukan 18
Lampiran 19

1
PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya yang


dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya amat berbangga kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan usaha
saya sendiri.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang amat tinggi kepada
pensyarah Ustazah Hafizah binti Zakaria kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
beliau telah membrikan tunjuk ajar dan bimbingan untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Tanpa bimbingan beliau, saya tidak akan dapat menyiapkan kerja
kursus ini dengan lengkap dan sempurna.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya,
Ummi Habibah binti Idris kerana menjadi tulang belakang saya dalam menjayakan
kerja kursus ini. Mereka telah memberikan sokongan serta bantuan dari segi
kewangan dalam menjayakan kerja kursus ini. Tanpa sokongan beliau, tidak mungkin
saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dari segi
sokongan moral. Mereka telah banyak membantu dalam melakukan sesi
perbincangan di dalam kelas. Kami saling bertukar-tukar pendapat bagi mendapat
jalan solusi untuk menjayakan kerja kursus ini.

Konklusinya, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara


langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menjayakan kerja kursus ini.

2
1.0 PENGENALAN

Seni dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai art yang dipetik daripada istilah
Latin ars yang membawa erti penyusunan. Dalam konteks ini, seni mempunyai
maksud yang sangat luas iaitu merujuk kepada sebarang bentuk objek yang disusun
mengikut aturan tertentu. Menurut Herbert Read (1959), seni merupakan usaha untuk
mencipta bentuk-bentuk yang dapat melahirkan kesenangan hati yang lahir daripada
rasa estetika. Usaha ini dapat menghasilkan bentuk yang indah tertakluk kepada
kekayaan seseorang dengan melahirkan karya yang dianggap oleh masyarakat
sebagai sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi.

Sehubungan itu, menurut Sidi Ghazalba (1997), seni adalah sebahagian


daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap
kelompok masyarakat mempunyai fitrah semula jadi mencintai sesuatu yang
menyenangkan hati melalui kelima-lima pancaindera. Jika ditelesuri melalui perspektif
islam tentang seni, islam tidak menolak kesenian kerana merestui sesuatu yang
indah kerana “Tuhan itu indah dan Tuhan suka sesuatu yang indah.

Pengertian pendidikan pula menurut Kamus Dewan (2007) adalah berasal


daripada kata dasar “didik”, iaitu memelihara dan memberikan latihan tentang akhlak
dan kecerdasan fikiran. Oleh itu, pendidikan bererti proses mengubah sikap dan
tingkah laku seseorang dalam usaha mendewasakan manusia melalui pengajaran,
latihan, proses perbuatan dan cara mendidik. Di samping itu, pendidikan adalah
sesuatu proses untuk menemukan dan mengembangkan kebolehan serta
memindahkan sesuatu kesimpulan penyelidikan yang merupakan satu transisi
memberi dan menerima antara potensi individu dan budaya daripada satu generasi
ke satu generasi dengan berlandaskan syariah (Hassan Langgulung, 1991).

Secara tuntasnya, Seni Dalam Pendidikan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti


pengajaran dan pembelajaran seni dalam yang melibatkan tiga komponen seni iaitu
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diintergrasikan ke dalam pendidikan.
Penyatuan tiga komponen ini telah menjadikan kaedah pengajjaran dan
pembelajaran murid-murid menjadi lebih seronok dan menarik.

3
2.0 ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN

Hasil ulasan kritis daripada artikel berjudul “Pupuk nilai melalui seni”, maka wujud
satu pandangan atau kesimpulan berkaitan tentang elemen Seni dalam Pendidikan
(SDP) khususnya dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah. Sebagai
uswahnya, hal ini menyediakan permulaan untuk guru dengan pengetahuan dan juga
kemahiran untuk mengintegrasikan tiga elemen utama yang terdapat dalam SDP iaitu
seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Elemen-elemen inilah yang akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi


seronok dan akan menjadikan murid menunjukkan minat yang tinggi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana pembelajaran yang berkesan
memerlukan elemen seni agar penerimaan ilmu dalam kalangan murid menjadi lebih
jitu dan mampan, bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata.

4
2.1 ELEMEN SENI VISUAL

Artikel “Pupuk nilai melalui seni” memberikan satu kesedaran kepada guru untuk
menggunakan elemen seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah. Tamsilannya, guru Pendidikan Islam
menggunakan elemen seni visual yang melibatkan pemilihan warna, kontra,
penegasan dan harmoni dalam menghasilkan sesuatu bahan pengajaran yang
menarik.

Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna,


kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada
hanya warna hitam dan putih. Semestinya kehidupan akan menjadi bosan dan tidak
menarik. Contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun,
warna-warni yang terdapat pada pelangi dan sebagainya. Penggunaan warna juga
turut memberi kesan kepada manusia.

Jika ditelesuri, warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti,


budaya dan juga psikologi seseorang. Oleh itu, seni visual dalam pengajaran
Pendidikan Islam boleh diaplikasikan untuk menegaskan isi pelajaran dan
menjadikan pengajaran lebih menarik dalam satu persembahan pengajaran melalui
bahan maujud atau soft copy.

Sebagai uswahnya, dalam pengajaran matapelajaran Pendidikan Islam, elemen


seni visual boleh dilakukan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Antara
contoh aktiviti yang dapat dilakukan ialah guru melukis gambar haiwan di papan putih
dan menyuruh murid untuk meneka nama haiwan tersebut. Setelah itu, guru akan
menanyakan adakah haiwan tersebut halal atau haram untuk dimakan dan
memanggil seorang murid untuk menjelaskannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
elemen seni visual adalah seiring dengan pengajaran Pendidikan Islam.

5
2.2 ELEMEN SENI MUZIK

Jika ditelesuri dengan lebih mendalam, elemen muzik dapat meransang minda
murid-murid untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa
kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar
dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran muzik dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat murid-murid untuk menyertai sesuatu
aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat.

Melalui irama atau muzik ini, proses pengajaran dan pembelajaran boleh
dilakukan dalam subjek Pendidikan Islam. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah
aktiviti bernasyid di dalam kelas. Jika murid hanya didedahkan dengan fakta-fakta
sahaja, situasi pembelajaran akan menjadi lebih membosankan. Justeru, aktiviti amali
bernasyid wajar dilakukan sebagai usaha untuk menarik minat pelajar.

6
2.3 ELEMEN SENI PERGERAKAN

Setiap pergerakan sama ada psikomotor kasar dan psikomotor halus juga
termasuk dalam seni pergerakan. Oleh itu, dengan mengaplikasikan elemen
pergerakan, murid akan lebih mudah mengingat isi pelajaran Pendidikan Islam
terutamanya topik yang berkaitan dengan amali sebagai contoh cara berwuduk atau
cara solat. Jika murid hanya menerima input secara teori sahaja, maka sukar bagi
murid untuk mengaplikasikan isi pelajaran di luar sesi pengajaran. Dalam tajuk solat,
murid dikehendaki menunjukkan cara pergerakan yang betu. Hal ini dapat membantu
murid untuk lebih berkeyakinan dan memahami cara sebenar melakukannya.

7
3.0 TEORI PEMBELAJARAN

Menelusuri artikel yang berjudulkan “Pupuk nilai melalui seni” dalam Berita
Harian Metro (2017), telah dipaparkan pelbagai informasi untuk dijadikan tauladan
dalam dunia pendidikan di negara Malaysia. Program Jangkauan Seni Budaya:
Seni@Pentas 2017 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa,
Bandar Country Homes, Rawang.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah sekitar Taman
Desa Country Homes melalui pembelajaran seni budaya seperti teater, tari, muzik,
nyanyian, pameran dan pengurusan produksi untuk masa depan mereka. Justeru,
berikut merupakan antara teori pembelajaran dan elemen Seni Dalam Pendidikan
yang dapat dikaitkan berdasarkan artikel.

8
3.1 TEORI KECERDASAN PELBAGAI (HOWARD GARDNER)

Menurut Gardner (1999), kecerdasan boleh didefinisikan sebagai sebagai


potensi biopsikologi untuk memproses informasi yang boleh digiatkan dalam sesuatu
budaya dan menyelesaikan masalah serta membentuk produk yang dinilai oleh
sesuatu budaya. Berdasarkan teori kecerdasan pelbagai, seseorang mempunyai
lapan kecerdasan yang berbeza yang boleh digunakan untuk memproses maklumat
iaitu

 Kecerdasan linguistik
 Kecerdasan logik matematik
 Kecerdasan visual dan ruang
 Kecerdasan muzik
 Kecerdasan kinestetik
 Kecerdasan interpesonal
 Kecerdasan intrapersonal
 Kecerdasan naturalis

Memetik petikan akhbar yang berjudul “Pupuk nilai melalui seni”, telah dikenal
pasti bahawa terdapat kecerdasan pelbagai yang dapat dipupuk dalam kalangan
murid di sekolah. Walaupun setiap insan mempunyai kecerdasan yang pelbagai,
namun seni dalam pendidikan dapat meningkatkan kecerdasan sekali gus seterusnya
meningkatkan potensi diri. Sebagai uswahnya, seni dalam pendidikan dapat
menyokong pembelajaran bersepadu mengikut jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Di samping itu, kualiti diri dan motivasi diri juga dapat dipertingkatkan dalam
kalangan murid agar terus bergerak maju seiring dengan perkembangan teknologi di
negara. Justeru, setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung.
Hal ini kerana seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi
cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain.

Selain itu, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada


darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan
tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran
yang mana tanggungjawab guru adalah paling dominan dalam usaha melahirkan
insan yang cemerlang dan terbilang. Bak kata orang tua-tua, “kalau hendak seribu
daya, kalau tak hendak seribu dalih”.

9
3.2 TEORI KONSTRUKTIVISME (LEV VYGOTSKY)

Menurut Lev Vygotsky (1980), perkembangan kognitif dan penggunaan bahasa


kanak-kanak tidak boleh diasingkan daripada konteks sosial. Perkembangan manusia
dipengaruhi oleh kegiatan-kegiatan sosial dan budaya. Peribahasa katak di bawah
tempurung adalah satu contoh yang tidak baik untuk diikuti kerana hal ini akan
merencatkan perkembangan murid sewaktu berumur setahun jagung lagi.

Justeru, artikel yang dibicarakan adalah sangat tepat bagi teori ini kerana aktiviti
teater akan memberi satu pengajaran kepada murid untuk berusaha meningkatkan
pengalaman sosial antara masyarakat sejagat. Hal ini dapat membantu murid untuk
membina keyakinan diri serta mempunyai jati diri yang kukuh untuk mendepani arus
kehidupan yang berliku-liku. Perkara ini dapat dianalogikan dengan seekor ikan yang
hidup di tengah lautan. Walaupun keadaan sekeliling yang dipengaruhi oleh air yang
masin, namun jika dimakan isinya tetap berasa tawar.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan sebagai pereka


bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan baru. Konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) yang merujuk
kepada satu rangkaian rumit dikuasai oleh seseorang tetapi mampu dipelajari melalui
bantuan dan bimbingan orang dewasa ataupun kanak-kanak lain yang terlatih dalam
sesuatu bidang.

Selain itu, konsep scaffolding juga boleh diterapkan yang merujuk kepada
perkembangan kognitif yang akan berlaku dalam sesi pembelajaran apabila individu
yang lebih mahir memberi bimbingan yang bersesuaian kepada individu yang
dipimpin berdasarkan peringkat kemampuan masing-masing.

10
3.3 TEORI HOKA-HOKI ( NED HERMANN)

Ned Herrmann telah melanjutkan teori Sperry yang membahagikan otak kepada
4 bahagian iaitu ‘Quadrant Concept’. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini
amat mempengaruhi gaya pemikiran setiap manusia. Gaya pemikiran otak kanan
lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh, intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak Gaya
pemikiran otak kiri pula lebih menjurus kepada logik rasional, analitik, objektif,
berturutan dan spesifik Ilmu yang cenderung kepada otak kiri ialah matematik
manakala bagi otak kanan ialah seni muzik.

Kebanyakan sistem pendidikan di dunia lebih menjurus kepada aliran


pemikiran otak kiri. Para pelajar dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan
sesuatu tindakan berdasarkan logik dan rasional Gaya berfikir menggunakan otak kiri
ini dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal iaitu memerlukan sebab rasional dan
logik, segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat,
pengalaman-pengalaman lalu dan mesti mempunyai rujukan, setiap idea mesti
berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh diselesaikan.

Berdasarkan teori ini, seni dapat membantu pemikiran rasional dan intuitif
individu. Seseorang pelajar tidak sama dari segi gaya pemikirannya. Dengan adanya
pemahaman tentang cara pemikiran menggunakan otak kanan dan otak kiri ini, maka
SDP dapat menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid lebih mudah
difahami selari dengan teori kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana SDP telah terbahagi
kepada tiga elemen dan pelajar boleh memilih elemen yang sesuai dengan gaya
pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah dengan lebih rasional.

Seorang guru perlu memotivasikan diri, untuk menjadi guru yang kreatif,
inovatif, peka dan mempunyai personaliti yang seimbang, berketerampilan dan
profesional Membantu perkembangan intelek terutama dari aspek menyelesaikan
masalah Membantu perkembangan insan secara menyeluruh Menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih seronok Membantu meningkatkan rasa syukur
kepada Tuhan, menghargai keindahan alam Membentuk keperibadian generasi yang
celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kreatif, kritis,
inovatif dan inventif. Oleh itu, sebagai guru kita haruslah memahami dan mendekati
murid-murid kita agar kita dapat mengenalpasti kemahiran yang ada dalam diri anak
murid kita.

11
4.0 RUMUSAN

Pada era globalisasi, sekolah di zaman abad 21 ini telah dimasukkan sistem
pengajaran mata pelajaran seni yang dikenali sebagai Seni Dalam Pendidikan (SDP). Tujuan
SDP diwujudkan untuk membantu perkembangan yang seimbang murid dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) sejajar dengan kehendak dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, dalam FPK juga bermatlamat untuk menyediakan
guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengintegrasikan aktiviti seni
visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya
menggabungkan tiga elemen penting iaitu, seni visual, seni pergerakan dan seni muzik. Bagi
elemen seni visual ia lebih melibatkan kepada lukisan, manakala seni pergerakan pula
merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada
interprestasi murid terhadap muzik yang didengarinya.

Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang penting untuk
mewujudkan suasana sekeliling murid. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat mempelajari
sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan berkesan. Irama
merupakan elemenn yang terdapat dalam seni muzik. Dalam pendidikan seni, susunan
sekata yang menyerlahkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar
akan sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat,
bergerak ke kiri dan kanak, menari, melukis dan sebagainya. Dalam aktiviti yang melibatkan
irama ini ia dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang
sedang dilakukan.

Dengan tiadanya bentuk irama muzik ini mungkin ia akan mengurangkan minat
seseorang murid-murid. Sedangkan murid mudah memperoleh sesuatu yang diajar melalui
pergerakan seperti irama muzik dan seni. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung akan menarik minat murid untuk menyertai sesuatu aktiviti
dengan lebih seronok dan bersemangat. Melalui aktiviti ini, akan menimbulkan perasaan
seronok seperti melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Semasa
menjalankan aktiviti tersebutlah kanak-kanak cuba belajar meneroka dengan
pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila muzik atau irama didengarkan
mereka lalu akan memberi tindakbalas seperti bunyi irama muzik tersebut.

Seterusnya, ruang juga merupakan satu elemen penting dalam mata pelajaran
pendidikan Seni Dalam Pendidikan. Ruang bermaksud sebagai kawasan yang terletak di

12
sekeliling sesuatu objek atau dengan jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner
(1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia ‘visual spatial”
dengan lebih tepat. Contohnya, ruangan bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi
memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti
dengan selamat, selesa dan berkesan. Suasana ini secara tidak langsung dapat membantu
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya dapat
mencapai matlamat dalam PdP tersebut. Tambahan pula, sekarang pendidikan abad 21,
pendidikan lebih ke arah berpusatkan murid. Oleh itu, susunan bilik darjah alaf 21 lebih
menerapkan murid lebih mudah bergaul dan berbincang sesame mereka. Hal ini akan
meningkatkan aktiviti murid lebih berfikiran kritis dan membuat keputusan yang kreatif.

Selanjutnya, seorang guru mestilah memahami dan menghayati kurikulum dan


menguasai sukatan pelajaran pendidikan seni visual. Kemahiran pada guru untuk mengolah
sukatan pelajaran sangat penting bagi menumpukan perkembangan pengetahuan dan
peningkatan pada seorang guru melalui pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai.
Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya memberi memberi peluang kepada murid-murid
untuk meneroka alam sekeliling mereka iaitu dengan aktiviti sentuh, lihat, bergerak dan
berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran mereka lalui. Dengan kaedah ini, secara langsung
akan mengajar murid untuk menguruskan imaginasi, kreatif, pemikiran, serta emosi dengan
lebih efektif dan proaktif. Bagi kanak-kanak sekolah rendah pembelajaran mereka lebih
kepada suasana yang aktif. Contohnya pengetahuan mereka bina secara aktif dengan
melakukan pergerakan lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindak balas melalui
rentak irama muzik mereka dengar. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak dapat
melontarkan idea atau perasaan mereka iaitu mengawal emosi secara bebas dan kreatif.

Di samping itu, pengajaran dalam bilik darjah dapat dilaksanakan dengan mengaitkan
mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama, pergerakan. Contohnya matapelajaran
pendidikan Islam ketika mengajar tajuk haiwan-haiwan yang halal dimakan. Dalam
matapelajaran ini, guru boleh mengadakan lawatan dengan membawa murid melawat Zoo
Negara. Melalui lawatan ini murid dapat belajar erti pemerhatian, membuat catatan tentang
ciri-ciri binatang yang dilihat dalam aspek warna, saiz tubuh dan sebagainya. Selain itu,
murid-murid juga dapat melukis rupa bentuk haiwan yang dilihat. Pada masa ini, murid-murid
diberi kebebasan untuk menggunakan warna dan mencampurkan kesemua yang telah
dipelajari bagi mendapatkan hasil yang kreatif. Guru juga boleh mengarahkan murid untuk
mengulas hasil yang diperoleh. Mereka juga boleh membuat pergerakan dan bunyi haiwan
yang telah mereka kaji. Oleh itu, perbincangan dalam kumpulan harus berlaku untuk
menghasilkan persembahan yang menarik.

13
Kesimpulannya, aktiviti seni dalam pendidikan merupakan suatu kaedah yang perlu
dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang lebih berkesan kepada
murid-murid. Melalui pelbagai kaedah yang menerapkan semua unsur SDP ia dapat
membantu dalam setiap mata pelajaran murid-murid dapat memperolehi ilmu baru akan
merasa seronok dan tidak bosan kerana semua unsur seperti keindahan dan keceriaan
warna, muzik melalui bunyi-bunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan
dengan isi pelajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, guru seharusnya mengetahui
tanggungjawabnya yang bukan sahaja memberikan ilmu baru kepada murid-murid malah
guru adalah sebagai pemudah cara untuk murid meningkatkan motivasi bagi menghasilkan
pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Kekreatifan seseorang guru dalam meyampaikan
ilmu pengetahuan kepada murud-murid amat perlu untuk menjamin masa depan masyarakat
dan negara.

14
5.0 LAPORAN REFLEKTIF

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan


tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan..Semasa menjalankan
tugasan ini, saya amat bersungguh-sungguh mencari maklumat yang berkaitan
dengan soalan tugasan. Saya mencari maklumat menerusi pelbagai sumber seperti
rujukan internet, buku ilmiah, dan jurnal. Bukan itu sahaja, saya juga turut bertanya
kepada senior tentang tugasan kit yang perlu dibuat. Hal ini kerana mereka
mempunyai pengalaman dalam melaksanakan tugas ini.

Kami telah diberikan tugas untuk menyediakan kit pembelajaran yang sesuai
dengan menerapkan unsur seni, muzik dan pergerakan di dalamnya. Kami perlu
mempersembahkan kit masing-masing secara persembahan berkumpulan. Kami
tidak diberikan tajuk yang khusus dalam membuat persembahan tersebut. Jadi, kami
telah memilih tajuk mengenai adab-adab seharian sebagai seorang muslim.

Saya telah mendapat tajuk mengenai adab menaiki kenderaan. Pada mulanya,
saya agak bingung untuk menyediakan kit yang berkaitan dengan tajuk yang
diberikan kepada saya. Bagaimana saya hendak membuat kit tentang tajuk ini?
Akhirnya, saya mendapat idea untuk membuat kit yang berbentuk stereng kereta
dimana pelajar perlu melekatkan adab-adab naik kenderaan di atas stereng tersebut.
Tugasan ini juga memberikan cabaran kepada saya untuk menganalisis isu dan
bahan-bahan rujukan sebagai sokongan. Hal ini kerana saya perlu memasukkan
elemen seni, muzik dan pergerakan pada kit tersebut. Akhirnya, saya berjaya
menyediakan kit tersebut.

Walaubagaimanapun, kit yang saya sediakan terdapat kekurangan dari segi


muzik kerana kit tersebut tidak ada unsur muzik padanya. Namun, saya selesaikan
masalah ini dengan meminta murid membaca doa menaiki kenderaan dengan cara
bernasyid. Alhamdulillah, saya dapat membuat nasyid tersebut dengan rentak yang
mudah untuk murid-murid. Perkara ini sangat penting kerana kita perlu memikirkan
tahap kognitif murid sebelum memberi mereka tugasan seperti ini.

Berdasarkan tugasan yang saya lakukan, saya mendapat pelbagai kemahiran


baru sepanjang melakukan tugasan ini. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk
mendapatkan penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat
tersebut boleh digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah

15
kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan yang
baik terhadap tugasan ini.

Rakan-rakan lain pula menyediakan kit yang sangat kreatif pada pendapat saya.
Terdapat rakan saya yang menyediakan kit dalam bentuk pop-up box. Kit tersebut
sangat menarik kerana bahan-bahan yang digunakan sangat menarik perhatian.
Sebagai contoh, mereka menggunakan gabungan warna yang sangat menarik dalam
menyediakan kit tersebut. Selain itu, terdapat replika manusia yang sedang tidur
nyenyak di atas katil dan juga terdapat replika dapur yang dibuat. Namun,
kebanyakan antara kami banyak menyediakan kit yang menggunakan konsep yang
hamper sama iaitu hanya menunjukkan kit tersebut di hadapan kelas dan meminta
murid untuk sama-sama membacanya.

Sebagai penambahbaikan kit, saya rasa kami perlu lebih kreatif dalam
menyediakan kit tersebut. Sebagai contoh, membuat kit yang dapat bergerak dengan
sendiri ataupun memerlukan murid membuat sedikit sentuhan pada kit tersebut dan
kemudian perkara-perkara yang ingin diajar akan muncul secara tiba-tiba melalui kit
tersebut. Hal ini akan lebih menarik perhatian murid untuk mengetahui dengan lebih
lanjut apa yang ingin diajar oleh guru.

Dari segi persembahan yang kami lakukan, semuanya berjalan dengan sangat
baik. Persembahan yang dilakukan mempunyai jalan cerita yang sangat baik dan
saling mempunyai perkaitan sebelum sesuatu kit hendak dikeluarkan. Watak utama
yang dilakonkan juga sangat menjadi. Persembahan yang dilakukan adalah
mengenai seorang murid yang masih kecil dan sepanjang hari murid tersebut banyak
kesalahan yang dilakukan. Jadi, terdapat watak-watak yang menegurnya sambal
menerangkan mengenai adab-adab yang patut dilakukan. Sebagai contoh, saya yang
diberi tugas untuk menerangkan mengenai adab menaiki kenderaan melakonkan
watak sebagai pemandu kereta. Jadi, murid tersebut masuk dalam kenderaan
dengan kaki kiri. Maka, bermulalah peranan pemandu untuk menerangkan adab
menaiki kenderaan kepadanya.

Namun begitu, kami terlepas pandang mengenai perubahan yang perlu dilakukan
oleh watak utama. Dalam persembahan yang dilakukan, watak utama hanya
mendengar kata-kata orang yang menegurnya tetapi selepas itu dia tetap tidak
berubah. Sepatutnya kami memikirkan hal itu dengan menambah adegan murid
tersebut memikirkan semula kesalahan-kesalahan yang dilakukan sepanjang hari
seterusnya menginsafi perbuatan tersebut sebelum tidur.

16
Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati
kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah
saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah
kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

17
6.0 BIBLIOGRAFI

Buku

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dokumen Standard Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Tahun 3. (2011). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Ikhsan Othman. (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan


Kurikulum, Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 21–32,
Tanjong Malim: Universiti Sultan Idris.

Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Tahun 3. (2012). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Read, H. (1997). Meaning of Arts. London: Faber & Faber.

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohamed Makki. (2008). Faktor Kontribusi
Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja, Jurnal Pendidikan, Vol.
33, 35-46.

Siti Sarah binti Abdul Malek, Amir Hazlin bin Lin, Khadijah binti Yusuf. (2010). Bahasa
Malaysia Tahun 1 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail & Jamilah Omar. (2014). HBEF1403 Seni Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Internet

Abu Bakar. (2010). HBEF1403: Seni Dalam Pendidikan. (Atas Talian):


http://abubakar69.blogspot.my/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html.
Diakses pada 20 Februari 2017.

Colourexist. (2010). Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan & Definisi
Pendidikan Seni. (Atas Talian):
http://colourexist.blogspot.my/2010/01/pengenalan-seni-definisi-seni-definisi.h
tml. Diakses pada 20 Februari 2017.

18
LAMPIRAN

Kit pembelajaran adab menaiki kenderaan

Watak utama melekatkan doa menaiki kenderaan di dinding

Kit pembelajaran dipersembahkan

19

You might also like