You are on page 1of 8

BMCO 1101

PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI ANTARABANGSA

LAPORAN PERANAN MEDIA DALAM KEHIDUPAN SOSIAL

Disediakan oleh:

Nur Alifah Ilyana Binti Mohd Zamri (1920960)

Nur Syazwani binti Shahzan (1927472)

Nur Zaidatul Syafiaa binti Mohd Zaid (1929248)

NurFatihah Izzati Binti Samarrudin (1922806)

Rabiatul Husna Sukri (1923586)

Disediakan untuk:

Dr. Mohamad Suhaizi bin Suhaimi

Kulliyyah of Languages and Management, IIUM Pagoh


1.0 Pengenalan
Dalam era permodenan ini, media sosial menjadi sebuah platform yang banyak kegunaannya
dan penggunaan oleh orang-orang yang terkenal amat berkesan sebagai contoh teladan bagi
masyarakat. Di bahagian ini menyatakan definsi media dan juga latar belakang artis yang dipilih
iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

1.1 Definisi Media


Dalam meniti arus pemodenan ini, penggunaan media sosial dalam bentuk komunikasi
sedang berkembang pesat di seluruh dunia. Revolusi gaya hidup yang berlaku akibat
pekembangan teknologi dan komunikasi yang pesat memaksa masyarakat beralih dari media
massa tradisional kepada media sosial untuk pelbagai sosial (Ab Halim & Muslaini, 2018).
Sepertimana yang diketahui, penggunaan media sosial menjadi begitu penting dalam pelbagai
aktiviti. Dengan menggunakan alat digital, sesuatu pekerjaaan boleh dilakukan dengan lebih
efisien dan pantas.

Menurut Heinich et. al., (1981), media ialah peralatan dan bahan yang dibina, dirancang
dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat. Media atau media penyiaran merupakan
sejenis cara komunikasi yang membolehkan maklumat disebarkan kepada masyarakat, sama
ada melalui radio, televisyen, surat khabar, majalah, dan juga internet. Terdapat pelbagai jenis
media yang telah diwujudkan antaranya ialah media jaringan sosial (social metworking). Pada
peringkat awal perkembangan media, media hanya berbentuk tulisan (analog) dan huruf.
Kemudian, media berkembang dengan kemajuan teknologi yang bersifat digital. McQuail (2000)
telah menyatakan 6 peranan utama media dalam kehidupan sosial antaranya ialah sebagai
jendela pengalaman, cerminan masyarakat, tapisan, pembimbing, landasan dan pengantara.

1.2 Latar Belakang Artis


Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau nama popularnya Siti Nurhaliza merupakan
penyanyi atau ahli perniagaan tersohor di Malaysia. Beliau dilahirkan pada tanggan 11 Januari
1979 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti oleh
golongan netizen mula bergiat dalam dunia industri muzik setelah memenangi anugerah tempat
pertama dalam sebuah pertandingan nyanyian iaitu Bintang HMI pada tahun 1995 ketika berumur
16 tahun. Single pertamanya “Jerat Percintaan” telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11
serta dua anugerah lagi iaitu persembahan terbaik dan Ballad terbaik. Album pertamanya yang
dikeluarkan pada tahun 2005 telah terjual sehingga lebih 800, 000 unit di Malaysia. Sehingga kini,
beliau juga telah memenangi lebih 300 anugerah di dalam dan di luar Malaysia. Beliau juga
mempunyai kebolehan menyanyi bukan sahaja dalam bahasa Melayu, tetapi juga bahasa Jawa,
Inggeris, Mandarin, Arab, Urdu dan Jepun. Pada tahun 2006, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah
mendirikan rumah tangga bersama Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai Dato K dan telah
dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah binti Khalid. Penulisan ini ada betujuan untuk
membincangkan tentang peranan media oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam kehidupan sosialnya.

2.0 Peranan Media dalam Kehidupan Sosial


Menurut teori McQuail, peranan media dalam kehidupan sosial mempunyai 6 peranan iaitu
Jendela Pengalaman (Window on event and experience), Cerminan Masyarakat (Mirror of event
in society), Tapisan (Filter or Gatekeeper), Pembimbing (Guidance or Interpreter), Landasan
(Forum) dan Pengantara (Interlocuter). Bahagian ini menyatakan bagaimana artis yang dipilih,
Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggunakan peranan media dalam kehidupan sosialnya.

2.1 Jendela Pengalaman


Pada 18 Mac 2020, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah memuat
naik video pemberitahuan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah tentang situasi COVID-19 di Malaysia. Di ruang kapsyen, beliau juga menambah
tentang perbezaan situasi antara China dan Itali dalam mengendali COVID-19. Berikut
merupakan kapsyen yang ditulis oleh beliau pada posting tersebut.

“Negara China telah bertegas dan displin melakukan ‘lockdown’ (stay at home)
dan hasilnya mereka berjaya menangani virus Covid-19.
Berbeza dengan negara Italy apabila rakyatnya bergerak bebas seperti pulang ke
kampung sudah mengakibatkan virus ini semakin merebak dan susah untuk di
kawal.”

Di sini dapat dilihat bahawa Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggunakan akaun Instagram beliau
sebagai jendela pengalaman kepada masyarakat dengan memperlihatkan perkara yang sedang
berlaku di dalam negara dan juga luar negara iaitu di China dan Itali. Beliau juga ada menekankan
kepentingan untuk rakyat Malaysia memahami tentang maksud Perintah Perkawalan Pergerakan
(PKP) agar dapat menangani situasi COVID-19 yang sedang berlaku.
2.2 Cerminan Masyarakat
Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau telah melancarkan satu
pengumpulan dana yang dipanggil Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti
Nurhaliza yang diuar-uarkan di akaun Instagram beliau pada 15 April 2020. Ini menunjukkan
bahawa beliau menggunakan media sebagai cerminan masyarakat.

Tambahan pula, perkara ini menunjukkan identiti masyarakat yang pemurah dan baik hati
kerana pengumpulan Dana PKP Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini juga disertai oleh ramai rakyat
Malaysia. Pada hari kedua Dana PKP Dato’ Sri Siti Nurhaliza dilancarkan, ia berjaya mengumpul
sebanyak RM16,763 dan dana tersebut diteruskan sehingga ke bulan Syawal. Hasil daripada
pengumpulan Dana PKP Dato’ Sri Siti Nurhaliza, banyak sumbangan telah diberikan. Sumbangan
pertama iaitu pada 30 April 2020, diserahkan kepada YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba, Menteri
Kesihatan Malaysia di Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 Kepada Kementerian Kesihatan
Malaysia.

2.3 Tapisan
Perkongsian yang dimuat naik ke laman social Instagram milik beliau bertarikh 9 june
2020 ini memperlihatkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggunakan media instagram sebagai medium
untuk mencurahkan fakta mengenai bahayanya penyakit denggi. Beliau berpendapat bahawa di
kala masyarakat kini bimbangkan penularan covid-19, isu dengggi juga tidak wajar diambil ringan.
IDengue yang merupakan sebuah portal rasmi kerajaan yang membolehkan pengguna
memberikan maklum balas dan aduan mengenai denggi. Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengemukakan
laporan dari IDengue di mana sejumlah 40,973 kes denggi telah direkodkan dari 29 disember
2019 sehingga 5 mei 2020. Jumlah yang membimbangkan ini 7 kali ganda lebih banyak dari
jumlah pesakit COVID-19.

Sekarang untuk pertama kali, anda dapat melindungi diri dan keluarga anda daripada dua
penyakit berbahaya dan berjangkit dengan Insurans COVID-19 & DENGGI +
KEMALANGAN

Dato’ Sri Siti Nurhaliza memberi pendedahan dan kesedaran kepada para peminatnya
supaya tidak mengambil mudah mengenai penularan penyakit denggi yang boleh membawa
maut. Beriukutan itu, beliau bekerjasama dengan pihak AIA Malaysia dalam menyampaikan
kepentingan insurans bagi melindungi diri dan keluarga. Beliau sebagai tapisan yang memberi
maklumat mewakili pakar dan badan agensi yang professional. Di dalam konteks ini, beliau
mewakili pihak AIA Malaysia yang merupakan syarikat polisi insurans dalam menyampaikan fakta
mengenai bahaya denggi dan covid-19 dan juga kepentingan mengambil polisi insurans.

2.4 Pembimbing
Pada 18 Julai 2020, Dato’ Sri Siti NurHaliza telah memuat naik perkongsian aktiviti
berbasikal beliau di akaun Instagramnya. Melalui perkongsian beliau ini, Dato’ Sri Siti NurHaliza
memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang suka bersukan kerana beliau sangat aktif dalam
aktiviti berbasikal. Tambahan pula, beliau sendiri menyatakan bahawasanya aktiviti ini dapat
menyumbang kepada penjagaan kesihatan diri. Perkongsian beliau melalui akaun
Instagramnya juga memaparkan sebuah kapsyen yang tertulis

“Sukan kayuhan basikal banyak beri manfaat bagi saya. Selain untuk kesihatan tubuh
badan,saya dapat beriadah bersama insan tersayang dan dalam masa sama dapat
kawan-kawan baru yang berkongsi minat sama… Saling memberi sokongan ! ….. Ada
yang tak pernah kenal,bila nak mendaki bukit… pakat2 jerit bagi semangat walaupun
nafas dah mencungap-cungap.. Bila dapat tawan bukit tinggi itulah kepuasan sebenar.”

Berdasarkan perkongsian ini, beliau menunjukkan walaupun dirinya sibuk dengan kerjaya
beliau akan tetapi dirinya masih mampu untuk melakukan aktiviti yang sihat bersama orang
sekeliling. Malahan beliau juga telah membuka minda masyarakat untuk lebih peka tentang
kepentingan menjaga kesihatan walaupun sebenarnya ini hanyalah hobi beliau tetapi aktiviti
berbasikal ini secara tidak langsung membuatkan masyarakat terdedah dan terangsang untuk
mengikuti perkongsian beliau.

Selain itu, pada tahun 2019 Dato’ Sri Siti NurHaliza juga telah melibatkan diri beliau bagi
Program Kayuhan Wanita 2019 yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Pembangunan Wanita
Putrajaya Pewarna yang telah dipilih untuk menjadi idol bagi menjayakan program ini. Akan
tetapi,penglibatan beliau ini bukan semata-mata ingin mempromosikan acara berbasikal tersebut
tetapi beliau sendiri menjelaskan aktiviti ini mempunyai kebaikan tersendiri yang perlu dilihat
dalam diri orang sekeliling. Beliau juga ingin menarik wanita-wanita sekeliling untuk membuka
ruang minda mereka agar memanfaatkan waktu lapang yang mereka miliki dengan melakukan
aktiviti yang bermanfaat ini. Malahan bukan itu sahaja, Dato’ Sri Siti NurHaliza juga menyatakan
aktiviti ini sebenarnya dapat menjadi sebuah aktiviti yang santai di mana setiap orang dapat
bertemu dan mengenali sesama sendiri dan bagi beliau ini dapat menyatukan perhubungan
antara masyarakat dan bukan sekadar hanya bersukan.
Oleh itu, di sini kita dapat lihat sebagai seorang penyanyi beliau juga menjadi seorang
yang memainkan peranannya sebagai pembimbing dengan menjelaskan kepada masyarakat
tentang kepetingan-kepentingan yang mesti dititikberatkan dalam kehidupan seharian.

2.5 Landasan
The Story of ManifestaSITI2020 merupakan sebuah rancangan Dato’ Sri SitiNurhaliza
yang telah dimuat naik di akaun rasmi Youtube beliau pada 22 Julai 2020. Rancangan ini
dihasilkan oleh beliau dengan tujuan menyampaikan luahan beliau dalam penghasilan album
ke-18 ini agar dapat memberikan tanggapan yang positif kepada peminat setelah tiga tahun
beliau tidak mengeluarkan albumnya. Oleh itu, beliau menggunakan platform Youtube sebagai
sebuah landasan untuk menyampaikan idea-idea dan pendapat beliau tersendiri dalam
menceritakan album ini yang merangkumi pelbagai aspek yang ditikberatkan oleh beliau.

Antara perkongsian beliau dalam rancangan ini ialah Dato’ Sri Siti NurHaliza
menerangkan perjalanan atau bagaimana terhasilnya lagu-lagu yang terdapat dalam album
beliau ini mempunyai agendanya tersendiri. Dato’ Sri Siti NurHaliza juga menyatakan beliau
memilih pelbagai genre berlainan dalam album terbaru ini untuk membuatkan peminat atau
masyarakat dapat mengimbau kembali irama-irama muzik terdahulu dan diikuti juga dengan
rentak lagu dalam zaman moden ini. Salah satu lagu yang terdapat dalam album ini berjudul
“Terang” yang memiliki lirik berunsurkan makna positif untuk diketengahkan dalam lagu ini.
Tambahan pula lagu ini dipilih kerana selari dengan kempen Charity Fund untuk membantu
pembedahan jantung yang dianjurkan oleh syarikat beliau iaitu SimplySiti kerana lagu ini
memberikan unsur semangat yang mana tidak langsung sesuai untuk dijadikan tema lagu bagi
kempen tersebut. Tambahan pula, bagi beliau penghasilan lagu ini merupakan sesuatu menarik
kerana diselitkan irama lagu Allahyarham P.Ramlee dan juga seramai 6 orang kanak-kanak telah
berjaya dibantu dalam program ini.

Seterusnya, antara lagu yang dapat dilihat daripada album ini ialah “7Nasihat” yang
merupakan sebuah lagu gandingan beliau dengan dua orang anak muda iaitu Kmy Kmo dan Luca
Sickta memperlihatkan gabungan genre irama melayu tradisional dan hip hop yang mana jauh
dari diri Dato’ Sri SitiNurhaliza yang dikenali ramai. Akan tetapi beliau mengambil pendekatan
dalam lagu ini kerana ingin mencuba gaya yang disampaikan oleh anak muda kini sendiri serta
beliau juga telah memberikan pendapatnya bahawa lagu ini sebuah lagu yang menarik kerana
terselitnya nasihat-nasihat yang perlu dititikberatkan. Dalam rancangan ini beliau juga
memberikan pendapat yang berbunyi:

“Saya suka.... secara peribadinya saya memang suka sebab ini adalah salah satu
lagu yang kita perlukan pada zaman sekarang ini supaya anak-anak muda dalam arus
perdana yang semakin maju tidak lupakan asal usul mereka”

Oleh itu, perkongsian Dato’ Sri Siti NurHaliza mengenai perjalanan albumnya ini bukan sahaja
mengutarakan idea-idea yang digunakan dalam menghasilkan album ini bahkan beliau juga
menyelitkan pendapat-pendapat tersendiri dalam setiap penghasilan lagu dengan
mengentengahkan keadaan masyarakat sekeliling.

2.6 Pengantara
Pada 22 may 2020, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mengadakan siaran langsung bersama
seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Tn Haji Saipolyazam M. Yusop dari Lembaga Zakat
Selangor mengenai tanggungjawab menunaikan zakat di laman Instagram milik beliau.
Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan sempena penularan Covid-19, forum di atas
talian dipilih oleh beliau untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Dalam konteks ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berperanan sebagai pengantara anatara
Lembaga Zakat Selangor dengan masyarakat. Hal ini kerana bukan lah mudah bagi sesebuah
institusi untuk mendekati orang ramai dan memberikan gambaran yang jelas mengenai sesuatu
perkara contohnya, Zakat.

Bagi yang ingin memberikan soalan boleh tulis di ruangan komen untuk saya pilih
ye.. Terima kasih

Kita dapat lihat bahawa Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga membuka peluang kepada
peminatnya bagi mengemukakan soalan di ruang komen bagi dijawab oleh Tn Haji Saipolyazam
M. Yusop mengenai zakat. Justeru itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang merupakan seorang selebriti
yang terkenal dan dikenali seluruh Malaysia dilihat bersesuaian untuk menyampaikan maklumat
mewakili Lembaga zakat Selangor. Para peminat menjadi tertarik mendengar informasi yang
disampaikan oleh selebriti kesayangan mereka.

3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, sosial media merupakan platform yang memberi banyak faedah kepada
pengguna. Masyarakat lebih mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat daripada
platform ini, tambahan lagi maklumat tersebut disampaikan oleh orang yang berpengaruh dan
ternama. Sudah terang lagi bersuluh, penyanyi nombor satu Malaysia ini telah menggunakan
sosial media beliau secara efektif dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat, sekaligus meraih
perhatian daripada para peminat beliau. Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah menggunakan keenam-
enam peranan media dalam kehidupan sosialnya. Beliau menggunakan peranan jendela
pengalaman seperti memperlihatkan perkara yang sedang berlaku di dalam negara dan juga luar
negara.
Selain itu, beliau juga telah menggunakan cerminan masyarakat dengan melancarkan
satu pengumpulan dana yang dipanggil Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti
Nurhaliza yang diuar-uarkan di akaun Instagram beliau pada 15 April 2020. Peranan media
seterusnya sebagai pembimbing, Dato’ Sri Siti NurHaliza telah menggambarkan peranan
tersebut dengan memuat naik perkongsian aktiviti berbasikal beliau di akaun Instagramnya.
Penglibatan beliau dalam aktiviti ini untuk menjelaskan kepada masyarakat kebaikan aktiviti
tersebut kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Seterusnya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza
mengemukakan laporan dari IDengue di akaun Instagram peribadinya. Ini menunjukkan Dato’
Sri Siti Nurhaliza telah menggunakan platform ini untuk mencurahkan fakta yang berperanan
sebagai tapisan dalam media sosial.

Disamping itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza banyak menggunakan bahagian landasan untuk
menyampaikan idea-idea dan pendapat beliau tersendiri. Ini dapat dilihat di sebuah rancangan
Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang telah dimuat naik di akaun rasmi Youtubenya The Story of
ManifestaSITI2020. Akhir sekali, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berperanan sebagai pengantara antara
Lembaga Zakat Selangor dengan masyarakat untuk memberi pengetahuan kepada masyrakat
tentang isu zakat dengan mengadakan siaran langsung di laman Instagram beliau. Ini
membuktikan wanita yang menjadi idola kepada rakyat Malaysia ini bukan sahaja telah berjaya
dalam bidang kerjayanya, malah beliau juga telah berjaya untuk mendidik masyarakat dengan
menggunakan peranan media sosial dengan sebaiknya.

Link Video Miming Air Mata Syawal : https://youtu.be/g1X8Rcr9WJc

RUJUKAN

Setiadi, A. (2016). Pemanfaatan media sosial untuk efektifitas komunikasi. Cakrawala-Jurnal


Humaniora, 16(2).

You might also like