You are on page 1of 3

KESEDARAN RUANG Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mud dan perasaan, misalnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan

badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka. Perasaan gembira dikemukakan bila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang, iaitu melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. 3.1 Kawasan (a) Ruang diri (b) Ruang am Kawasan Kegunaan ruang di kawasan sekeliling ialah ruang diri. Kawasan keseluruhannya dalam pergerakan ialah ruang am. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan dan kesedaaran ruang untuk menimbulkan atau menyampaikan sesuatu idea atau perasaan. Tugasan o Bergerak setempat mengikut cerita sehelai daun yang ditiup angin tetapi belum gugur. o Bergerak seperti sehelai daun yang gugur dan ditiup angin Meneroka ruang secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Gunakan tangan, kaki dan kepala mengelilingi ruang dan menolak ruang.

3.2 Arah Menekankan penggunaan lima arah berdasarkan bahagian tubuh badan yang mendahului pergerakkan ,misalnya: Ke hadapan - bahagian dada mendahului pergerakan Kebelakang - bahagian belakang mendahului pergerakan Ke sisi - menaikkan badan Ke bawah - menurunkan badan Daya cipta dapat dilihat dalam cara bahagian tubuh badan boleh digunakan untuk mendahului pergerakkan ke lima arah yang berlainan.

Tugasan o Mengecilkan badan kemudian bergerak seperti sebiji benih bercambah o Bergerak setempat seperti sebatang pokok ditiup angin o Lakukan sebagaimana sebatang pokok tumbang o Gunakan muzik untuk mengiringi lakuan.

3.3 Laluan Laluan merupakan penggunaan corak pergerakkan atas lantai atau di udaraberdasarkan garisan lurus atau melengkung, misalnya: - Laluan bersudut atau zig-zag adalah kombinasi garisan lurus. - Corak bulatan merupakan beberapa garisan melengkung - Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam corak pergerakan yang berbeza. Tugasan o Berdiri setempat dan membuat bentuk badan yang berlainan o Bergerak ke hadapan atau ke belakang dengan corak pergerakan di atas lantai yang berbeza o Bergerak dengan laluan yang berbeza. Berhenti sambil membuat bentuk badan yang berlainan. o Buat peta pergerakan. Bergerak mengikut peta yang dibuat.

3.4 Aras Pergerakan yang melibatkan keseluruhan badan berada di satu aras. Tiga aras yang asas ialah: (a) Aras tinggi pada paras bahu seperti melompat,berdiri atas hujung jari kaki. (b) Aras rendah pada bawah paras pinggang seperti melutut, duduk, baring atau dekam. Sokongan diperlukan pada bahagian tubuh badan yang berlainan.

(c) Aras sederahana ialah antara paras bahu dan pinggul apabila keadaan badan dicondong ke depan, belakang atau ke sisi. Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila pergerakan badan dilakukan pada aras yang berbeza. Aras yang berbeza memberi kesan yang berlainan dan boleh digunakan untuk membayangkan sesuatu idea atau perasaan. Tugasan o Bunyikan muzik yang mempunyai pelbagai rentak. Gerak bebas mengikut rentak. Berhenti secara membeku bila muzik bertukar tempo. o Tukar bentuk badan ke aras yang tidak sama. Teruskan lakuan beberapa kali .

3.5 Ekstensi Ekstensi merupakan pergerakan yang melibatkan keseluruhan badan membesar, mengecil, menjauh dan mendekat. Istilah (a) BESAR - jauh dari badan (b) KECIL - dekat dengan badan (c) JAUH - jauh dari pusat badan (d) DEKAT - dekat dengan pusat badan Pergerakan buka-tutup menunjukkan perbezaan ekstensi pergerakan. Tangan dan bahagian tubuh badan digunakan untuk mendahului dan membantu pergerakan besar, kecil, jauh dan dekat. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara anda mencetuskan idea sesuatu yang menjadi besar, kecil, jauh atau dekat dengan pusat badan. Tugasan o Duduk dekam. Lakukan sekuntum bunga berkembang. o Lakukan sekuntum bunga menguncup o Lakukan pergerakan yang merangkumi semua istilah dalam ekstensiyang tersebut diatas.

You might also like