You are on page 1of 3

Tajuk 3- Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu (nota ringkas) makna leksikal ialah makna sesuatu kata itu

sendiri (tanpa melihat penggunaannya dalam ayat). untuk memudahkan pemahaman, makna leksikal boleh dianggap sebagai makna kamus; makna kata yang diperolehi daripada kamus. terdapat beberapa bahagian makna leksikal dalam tajuk ini untuk subjek BMM3111 iaitu:

a.sinonim dan antonim b.hiponim dan homonim c.polisem

a.sinonim dan antonim sinonim membawa maksud kesamaan makna perkataan iaitu kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama bentuk kata tersebut berbeza. terdapat empat jenis sinonim iaitu: 1.sinonim pinjaman- contohnya kata [batas] dalam dialek kedah ialah timbunan tanah yang dijadikan sempadan petak-petak sawah manakala maksud kata ini dalam bahasa melayu boleh juga diertikan sebagai 'had' seperti frasa 'batas pergaulan'. 2.sinonim konteks- perkataan yang sama maknanya tetapi dalam konteks yang berbeza bentuk kata yang berbeza digunakan. contohnya [undang] digunakan dalam konteks tulisan manakala [jemput] digunakan dalam konteks lisan. 3.sinonim laras sosial-perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza mengikut peringkat atau status. contohnya perkataan [penyanyi] dan [biduan] mempunyai maksud yang sama tetapi [biduan] bermaksud penyanyi yang mempunya 'status' yang lebih tinggi dalam profesion seni suara. 4.sinonim kolokasi- maksud yang hampir sama maknanya.contohnya [ramai] dan [banyak].

Antonim antonim bererti pertentangan makna kata atau kata-kata yang mempunyai makna yang berlawanan.

terdapat tiga jenis antonim iaitu: 1.antonim pasangan komplemen-pasangan yang melengkapi satu sama lain.contohnya tidurjaga, hidup-mati, sihat-sakit. 2.antonim hubungan darjat/antonim berperingkat- contohnya seperti besar-kecil,tebalnipis,panjang-pendek. 3.antonim berhubungan- kata berlawanan yang mempunyai makna setara.contohnya seperti beri-terima,jual-beli,majikan-pekerja.

b.hiponim dan homonim

hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. hiponim juga bermaksud kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus. contohnya: bunga - melur - orkid - kekwa - anggerik Homonim homonim pula merujuk kepada hubungan antara kata. hiponim juga bererti dua kata atau lebih yang mempunyai bunyi atau ejaan yang sama tetapi berlainan makna.

terdapat dua jenis homonim iaitu:

1.homofon- kata yang sebutannya/bunyinya sama tetapi berlainan maksud. contohnya [mereka] boleh membawa erti bagi kata ganti nama orang dan juga boleh bererti kata perbuatan/kerja mencipa sesuatu.

2.homograf- kata yang ejaannya sama tetapi berlainan maksud. contohnya [sepak] boleh bererti tendang dan juga tampar.

c.polisem

polisem ialah kata yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual ataupun sedarjah.

faktor kata mempunyai banyak makna ialah: 1.keadaan semula jadi (polisem tulen) 2.konteks (polisem konteks)

contohnya polisem ialah seperti kata [bisa]-boleh/sakit sangat contoh seterusnya kata [tentang] - lawan/kata bantu yang membawa maksud berkaitan sesuatu perkara

You might also like