You are on page 1of 32

1.

PENGENALAN

Dalam program kokurikulum sekolah, kejohanan olahraga merupakan kegiatan kemuncak


sukan. Beberapa langkah adalah diperlukan untuk mengelola kejohanan tersebut.

1.1

LANGKAH

AKTIVITI

Membentuk jawatankuasa kejohanan

Mengadakan mesyuarat

Mengadakan aktiviti prakejohanan

Mengelola kejohanan

Membuat post - mortem

Membentuk Jawatankuasa Kejohanan

Terdapat tiga jawatankuasa utama perlu dibentuk untuk mengelola kejohanan olahraga seperti
berikut :
i.

Jawatankuasa induk / tertinggi

ii.

Jawatankuasa pengelola

iii.

Jawatankuasa kecil

1.1.1

Jawatankuasa Induk

PENAUNG

PENASIHAT

PENASIHAT UTAMA

PENASIHAT-PENASIHAT
JAWATANKUASA

Di antara jawatankuasa yang terlibat di bawah Jawatankuasa induk ialah :


Jawatankuasa upacara pembukaan dan penutup
Jawatankuasa urusetia
Jawatankuasa teknik
Jawatakuasa kepegawaian
Jawatankuasa hadiah dan cenderahati
Jawatankuasa buku cendermata
Jawatankuasa alatan dan hiasan
Jawatankuasa makanan dan minuman
Jawatankuasa pengangkutan
Jawatankuasa publisiti dan perhubungan
Jawatankuasa pertolongan cemas
Jawatankuasa keselamatan
Jawatankuasa sambutan

1.1.2

Jawatankuasa Pengelola
PENGERUSI

NAIB
PENGERUSI
SETIAUSAHA

BENDAHARI

PENOLONG
SETIAUSAHA

PENOLONG
BENDAHARI
AHLI
JAWATANKUASA

Di antara jawatankuasa yang terlibat dalam jawatankuasa pengelola ialah :


Jawatankuasa upacara pembukaan dan penutup
Jawatankuasa urusetia
Jawatankuasa pertandingan

1.1.3

Jawatankuasa Kecil

PENGERUSI

SETIAUSAHA

AHLI JAWATANKUASA
(Bilangan Ahli Mengikut Kesesuaian)

1.1.4

Perlantikan Pegawai Kejohanan

Selain daripada jawatankuasa tersebut, beberapa pegawai kejohanan juga perlu dilantik. Di
antaranya :

Pengurus temasya
Penolong pengurus temasya
Pengurus teknik
Penolong pengurus teknik
Ketua referi trek
Ketua referi padang
Juri rayuan

1.2

Mengadakan Mesyuarat

Pada amnya untuk memastikan kejayaan pengelolaan kejohanan, jawatankuasa pengelola


perlu mengadakan tidak kurang daripada empat mesyuarat :

Mesyuarat 1

Mengesahkan

perlantikan

ahli

jawatankuasa

untuk

membincangkan :

Acara yang dipertandingkan

Kategori pertandingan

Acara sukan tara

Acara pra-kejohanan

penyertaan

Mesyuarat 2

Membincangkan peraturan-peraturan pertandingan.

Mesyuarat 3

Membentangkan laporan jawatankuasa dan membincangkan

kemajuan persiapan.
Mesyuarat 4

Post- mortem

Di peringkat sekolah sebelum kejohanan olahraga diadakan satu mesyuarat rumah sukan bagi
menguruskan atlet. Di antara perkara yang perlu ditentukan dalam mesyuarat adalah :

1.2.1

Jawatankuasa Rumah Sukan

Maklumat yang perlu ditetapkan :

1.3

Tarikh/ tempat/ masa kejohanan

Acara yang dipertandingkan

Latihan rumah

Tarikh sukan tara dan acara yang di pertandingkan

Tarikh pra-kejohanan

Percetakkan baju-T

Makanan dan minuman

Yuran ahli

Mengadakan Aktiviti Pra-Kejohanan

Tarikh yang ditetapkan seharusnya mengambil kira cuaca semasa supaya kejohanan tidak
terganggu. Aktiviti itu penting untuk memastikan bilangan acara yang dipertandingkan tidak
terlalu banyak pada hari kejohanan.

1.3

Mengelola Kejohanan
Menyediakan senarai semak bagi setiap jawatankuasa
Menyediakan boring teknikal kejohanan

1.4

Membuat Post- Morterm


Membincangkan kelemahan dan kekuatan pengelolaan kejohanan
Memberi cadangan bagi mengatasi kelemahan

1.5

Tugas-Tugas Jawatankuasa Pengelola Kejohanan


1. Jawatankuasa upacara pembukaan dan penutup
Mengurusa dan mengatur upacara pembukaan dan penutupan kejohanan
Menyelaras aturcara dengan jawatankuasa pertandingan
Mengurus raptai upacara pembukaan dan penutup
Menyediakan set audio

2. Jawatankuasa urus setia

Mengurus maklumat yang telah dihebahkan

Menghebahkan keputusan kejohanan

Merekodkan keputusan

Menyerah keputusan kejohanan kepada juruacara

3. Jawatankuasa pertandingan

Menyediakan peraturan pertandingan

Mengurus aturcara pertandingan saringan dan pertandingan hari kejohanan

Menyediakan dan mengedarkan borang kejohanan

Menyediakan dan mengedarkan borang penyertaan

4. Jawatankuasa teknik

Menyediakan senarai pegawai teknik

Menyediakan kawasan balapan dan padang

Menyenarai dan melatih pembantu padang

Menyediakan borang teknikal

Meyediakan alatan

5. Jawatankuasa hadiah dan cenderahati

Menyediakan hadiah dan menyelaras bersama jawatankuasa pertandingan

Menyusun hadiah dan cenderahati

Menyediakan senarai pemenang

6. Jawatankuasa buku cenderamata

Menyediakan isi kandungan buku

Membuat contoh buku

Mendapatkan kata aluan

Menyemak dan menyiapan buku cenderamata

Menyerahkan buku kepada jawatankuasa sambutan

7. Jawatankuasa alatan dan hiasan

Mendapatkan senarai alatan

Menyediakan alatan

Menghias khemah tetamu jemputan

8. Jawatankuasa makanan dan minuman

Menentukan menu makanan dan minuman jamuan

Mengurus makanan dan minuman jamuan

9. Jawatankuasa pengangkutan

Menyediakan pengangkutan

Menyediakan jadual pergerakan pengangkutan

10. Jawatankuasa publisiti dan perhubungan

Menyediakan kain rentang atau kertas maklumat dan memaparkan di tempattempat strategik dan mudah untuk dilihat oleh tetamu

11. Jawatankuasa pertolongan cemas

Menyediakan alatan kecemasan

Menyediakan tempat rawatan

12. Jawatankuasa sambutan

Mengenalpasti tempat duduk mengikut protokol

Menyambut tetamu

13. Jawatankuasa keselamatan

1.6

Mengagihkan kerja mengikut kumpulan

Mengawasi kawasan meletak kenderaan

Borang-Borang Teknikal Kejohanan

Borang-borang teknikal adalah penting kerana bagi memastikan pengurusan keputusan


dilakukan dengan baik. Berikut adalah jenis-jenis borang teknikal kejohanan :-

Jenis borang

Fungsi

Borang penyertaan

Mengumpul maklumat peserta

i. Borang penyelia peserta

Menunjukkan peserta yang bertanding

ii. Borang penjaga masa

Mencatatkan masa yang dilakukan oleh peserta

iii. Borang ketua penjaga masa

Merumuskan keputusan masa

iv. Borang hakim tempatan

Mencatatkan kedudukan peserta

v. Borang ketua hakim

Membuat keputusan acara balapan

vi. Borang / kad acara padang

Mencatat pencapaian acara padang

vii. Borang markah keseluruhan

Mencatat semua acara yang dipertandingkan

viii. Borang bantahan

Mencatat bantahan yang dikemukakan

ix. Borang catatan pusingan

Mencatat pusingan yang dilalui

x. Borang penyampaian hadiah

Mencatat pemenang untuk upacara penerimaan hadiah

1.7

Pegawai pertandingan
1. Pengurus
Pengurus berkuasa di atas kejohanan dan bertanggungjawab menentukan kelicinan
perjalanan kejohanan. Beliau akan menentukan semua pegawai telah melapor diri dan
jika perlu mencari pengganti. Beliau juga hendaklah bekerjasama dengan pegawas yang
dilantik, mengatur supaya orang-orang yang berkenaan sahaja yang dibenarkan berada
di dalam kejohanan.

2. Setiausaha
Setiausaha bertanggungjawab menguruskan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa serta
menyediakan minit mesyuarat yang berkaitan. Beliau akan mengawal semua persediaan
pentadbiran dan menguruskan segala surat mensyuarat yang berkaitan dengan
mesyuarat tersebut.

3. Pengurus teknik
Pengurus teknik bertanggungjawab penuh dengan perjalanan kejohanan. Beliau
bertanggunjawab menentukan bahawa balapan landas lari, bulatan, lengkungan dan
kawasan-kawasan lompat bagi acara padang disediakan dengan betul. Beliau turut kena
memastikan alatan mengikut spesifikasi yang sedia ada untuk disahkan oleh referi
berkenaan yang dilantik dan menyediakan kad-kad keputusan dan pencatat masa.

4. Referi
Referi berasingan akan dilantik bagi acara balapan dan acara padang.
i.

Referi beranggungjawab menentukan semua peraturan dipatuhi dan memberi


keputusan dalam perkara teknikal yang timbul pada masa kejohanan dan di
mana tidak disebut dalam peraturan-peraturan pertandingan. Referi hanya
berkuasa menentukan kedudukan peserta pada akhir perlumbaan jika hakimhakim tidak dapat memutuskan keputusan.

ii.

Referi akan menetapkan kedudukan hakim-hakim mengikut acara tertentu,


memaklumkan tugas-tugas yang perlu dibuat seperti di bulatan, papan lonjak
dan lain-lain.

iii.

Referi tertentu akan memutuskan pada ketika itu juga sebarang bantahan atau
bangkangan terhadap acara yang dipertandingkan. Referi berkuasa memberi
amaran atau menyingkirkan seseorang peserta daripada pertandingan yang
sama jika didapati ianya tidak bersopan.

iv.

Jika timbul pekara yang difikirkan tidak adil adan acara itu harus dipertandingkan
semula, maka referi berkasa mengisytiharkan acara tersebut dimansuhkan dan
dipertandingkan semula sama ada pada hari itu atau hari berikutnya.

v.

Referi berhak untuk menukar tempat pertandingan dalam acara padang jika
keadaan memerlukan. Pertukaran tempat hanya akan dlakukan selepas satu
pusingan tamat.

vi.

Setelah tamat sesuatu acara, kad-kad keputusan hendaklah diisi dengan sertamerta ditandatangani oleh referi dan diserahkan kepada pencatat.

5. Hakim
Ketua hakim acara balapan dan ketua hakim cara padang akan menetapkan tugastugas hakim di bawah jagaan mereka.
i.

Acara balapan termasuk acara di jalan raya yang berakhir di balapan. Hakimhakim hendaklah bertugas dari satu tempat yang sama sebelah balapan di
garisan penamat. Hakim-hakim akan ditempatkan sekurang-kurangnya lima
meter daripada dan bertentangan dengan garisan penamat untuk mendapat
pandangan garisan penamat dengan jelas. Sebuah tangga bertingkat hendaklah
disediakan. Hakim-hakim bertanggungjawab menentukn kedudukan tiap-tiap
peserta dengan sesuatu acara.

ii.

Di acara padang pula hakim akan menghakim, mengukur dan mencatat tiap-tiap
percubaan peserta yang keputusannya bergantung kepada jarak jauh atau tinggi.
Bagi acara lompat tinggi, ukuran hendaklah dibuat setiap kali palang dinaikkan,
terutama bagi cubaan rekod. Hakim akan memberitahu sama ada sah ata tidak
sesuatu percubaan dengan mengangkat bendera putih atau merah.

6. Pengadil
Pengadil adalah pembantu referi tanpa kuasa untuk membuat keputusan. Pengadil
bertanggungjawab berada di sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh referi untuk
meneliti keadaan pertandingan. Ika ada kesalahan atau perlanggaran peraturan oleh

peserta atau orang lain, maka perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada referi
dengan segera. Segala perlanggaran peraturan hendaklah dikemukakan dengan
menunjukkan bendera merah. Pengadil-pengadil juga dilantik untuk menjalankan tugas
mengawas di kawasan pertukaran baton dalam cara lari berganti-ganti.

7. Penjaga dan pencatat masa


Pencatat masa dengan jam randik di tangan akan ditempatkan sebaris dengan garisan
penamat dan di luar balapan. Mereka ditempatkan sekurang-kurangnya lima meter dari
garisan sebelah luar balapan. Tangga hendaklah disediakan bagi memudahkan mereka
melihat garisan penamat denga jelas.
i.

Tiga pencatat masa rasmi (seorang adalah ketua pencatat masa) dan seorang
atau dua pencatat masa akan mencatat masapemenang setiap acara. Masa
yang dicatat oleh pencatat masa tambahan tidak akan dikira kecuali satu atau
lebih pencatat masa rasmi gagal mencatatkan masa dengan betul. Dalam semua
perlumbaan tiga orang pencatat masa hendaklah mencatat masa pemenang.

ii.

Setiap pencatat masa akan bertindak seorang diri tanpa menunjukkan jamnya
kepada atau menukar maklumat dengan sesiapa.

iii.

Ketua pencatat masa kemudian akan membuat keputusan tentang masa rasmi
setiap peserta.

8. Pelepas dan pelepas panggil balik


Pelepas akan berkuasa penuh mengawasi para peserta dalam keadaan sedia dan yang
akan menentukan sebarang faktor yang berkait dengan permulaan suatu perlumbaan.
Pelepas perlu memastikan para pencatat masa dan para hakim bersedia.
i.

Dalam

masa

perlumbaan,

seorang

atau

lebih

pelepas

panggil

balik

hendaklahada untuk membantu pelepas. Setiap pelepas panggil balik akan

menempatkan dirinya di mana dia boleh melihat para peserta yang telah
ditetapkan kepadanya.
ii.

Amaran dan penyingkiran yang dinyatakan di dala peraturan hendaklah


dilaksanakan oleh pelepas.

9. Penolong pelepas
Penolong pelepas akan memeriksa sama ada peserta yang bertanding di dalam
saringan atau perlumbaan sebenar memakai nombor-nombor mereka dengan betul,
iaitu satu di dada dan satu di belakang.
i.

Penolong pelepas akan menempatkan peserta di lorong atau tempat yang betul.
Semua tempat permulaan, iaitu lorong-lorong dinomborkan dari kiri ke kanan
mengikut arah larian. Peserta diatur di garisan tiga meter di belakang garisan
permulaan dan setelah berbuat demikian akan memberi isyarat kepada pelepas
yang semua peserta suda bersedia. Jika permulaan terpaksa dimulakan semula,
maka penolong pelepas akan mengatur peserta semula.

10. Pencatat pusingan


Seorang pencatat pusingan akan menyimpan rekod bilangan pusingan yang telah di
buat oleh setiap peserta dalam acara-acara jarak jauh, iaitu 1500 meter hingga 5000
meter.
Bagi acara-acara yang melebihi 5000 meter dan bagi acara berjalan kaki
beberapa orang pencatat pusingan akan dilantik di bawah arahan referi dan diberi
kadkad pencatat pusingan. Mereka akan mencatat masa bagi setiap pusingan untuk
peserta yang mereka jaga. Seorang pencatat pusingan tidak sepatutnya mencatat lebih
daripada empat peserta (enam bagi acara berjalan kaki).

Seorang pencatat pusingan khas dilantik untuk memberitahu tiap-tiap peserta


bilangan pusingan yang masih belum disempurnakan. Ia kana membunyikan loceng
atau alat-alat seumpamanya menandakan pusingan akhir bermula.

11. Pencatat
Pencatat hendaklah memungut keputusan bagi tiap-tiap acara bersama-sama dengan
masa atau tinggi atau jarak yang akan diserahkan kepadanya oleh referi ketua penjaga
masa atau ketua hakim. Beliau dengan secepat mungkin, hendaklah menyampaikan
maklumat yang diterima kepada juruhebah dan setelah mencatatkan kedudukan, masa,
tinggi, atau jarak, ia hendaklah menyerahkan keputusan rasmi ini bersama-sama kad
kepada pengurus kejohanan.

12. Pengawas
Pengawas berkuasa untuk menawasi arena dan tidak akan membenarkan sesiapa yang
tidak berkenaan kecuali pegawai-pegawai yang bertugas dan peserta yang akan
bertanding berkumpul di dalam kawasan arena. Pengawas juga akan menguruskan
tempat khas disediakan untuk pegawai-pegawai yang tidak bertugas.

13. Juruhebah
Juruhebah akan mengumumkan kepada orang ramai nama dan nombor peserta yang
mengambil bahagian bagi tiap-tiap acara dan segala penerangan yang mustahak seperti
susunan di dalam saringan, lorong-lorong atau tempat-tempat yang telah diundi dan
masa perantaraan. Keputusan (tempat, masa tinggi dan jarak) bagi setiap acara
mestilah diumumkan seberapa segera yang boleh selepas sahaja beliau menerima
maklumat daripada pencatat.

2.0

Rejam Lembing

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagia lembing
terdiri daripada kepala, grip dan ekor.

Rajah 2.1: Lembing

Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya
yang sering digunakan oleh perejam amatur mahupun professional ialah merejam gaya atas
bahu dan merejam gaya bawah bahu.

Rajah 2.2: Gaya merejam atas bahu

Rajah 2.3 : Merejam bawah bahu

2.1

Gaya Memegang Lembing

Terdapat tiga jenis teknik asas memegang lembing, iaitu :i.

Gaya america
Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari
yang lain.

ii.

Gaya finnish
Lembing dipegang di antara ibu jari dengan jari tengah.

iii.

Gaya pegangan U

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan dengan jari tengah.

2.2

Kawasan Merejam Lembing


Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta
tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi
36.5 meter dan lebar 4 meter, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan padasudut
29 hingga 30 darjah mempunyai jaraka 8 meter dari pusat lengkungan ke titik sudut.
Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau
prestasi peserta.

Rajah 2.2.1: Pelan kawasan merejam lembing

2.3

Fasa Merejam Lembing

Terdapat empat fasa yang terlibat dalam aktiviti merejam lembing, iaitu fasa persediaan, fasa
lari landas, fasa rejaman dan fasa ikut lajak.

2.3.1

Fasa Persediaan

Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fisikal seperti teknik memegang dan menentukan
kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa

Pegang lembik mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa

Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah

Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawsan rejaman

Pandang ke arah kawasan rejaman

Rajah 2.3.1a : Fasa persediaan

2.3.2

Fasa Lari Landas

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal.
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala

Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal

Langah terakhir lebih besar daripada langkah-langkah sebelumnya

Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya
kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

Rajah 2.3.2a : Fasa lari landas

2.3.3

Fasa Rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang
maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

Dalam keadaan tumit kaki hadapa menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi

Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa
rotasi pinggang

Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan
lembing

Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikkan di belakang untuk


menambahkan kuasa rejaman

Rajah 2.3.3a : Fasa rejaman

2.3.4

Fasa Ikut Lajak

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang
perlu diberi perhatian ialah :

Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapakke hadapan dan mendarat dengan
sebelah kaki

Imangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi

Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilan kedudukan badan

Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

Rajah 2.3.4a : Fasa ikut lajak

2.4

Ansur Maju Merejam Lembing

3.0

Lari Berganti-Ganti

4.0

Lompat Jauh

Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum. Arak ini dapat
dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi.
Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari dengan pantas, melompt dengan kuat
dan mempunyai kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa pelompat
berada di udara. Kedua-dua fasa ini aan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu
lingkungan parabola di mana jarak lompatannya dapat ditentukan.
Segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak dapat
membantunya memanjangkan masa untuk berada di udara. Sebenarnya, gaya badan di fasa
layangan adalah untuk mengimbangkanbadan dan membolehkan pelompat membuat
persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.

4.1

Gaya Lompatan

Terdapat tiga gaya lompatan dalam acara aktiviti lompat jauh, iaitu :i.

Gaya layar

ii.

Gaya gantung

iii.

Gaya tendang kayuh

4.2

Fasa Lompat Jauh

Terdapat empat fasa yang terlibat dalam aktiviti lompat jauh, iaitu fasa penujuan, fasa lonjakan,
fasa layangan, dan fasa pendaratan

4.2.1

Fasa Penujuan
Fasa ini memerlukan pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.

Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan maksimum


untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan

Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mest bersedia untuk melonjak

Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian badan untuk
mendapatkan tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan

4.2.2

Fasa Lonjakan

Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini memerlukan :

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan
tepat.

Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.

Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki

Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu
lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan bahagian lutu dibiarkan tinggi.

Kedua-dua belah tangan di hayun ke hadapan dan ke atas untuk membantu mencapai
lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke
haapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

Kedua-dua belah tangan di hayun ke hadapan dan ke atas untuk membantu lonjakan
yang tinggi.

4.2.3

Fasa Layangan

Tujuan utama fasa ini ialah supaya pelompat berada di lebih lama untuk melambatkan
pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut :

Gaya layar : pelompat meunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan badan


dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hinggake hujung kaki.

Gaya gantung : pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah


bergantung di udara kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.

4.2.4

Gaya tendang kayuh : pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badanya tegak.

Fasa Pendaratan

Pelompat mesti emberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.

Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu)
lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayum
ke atas.

4.3

Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

Ansur Maju Lompat Jauh

5.0

Lempar Cakera

6.0

Lompat Tinggi

7.0

Lontar Peluru

7.1

Peraturan Asas Lontar Peluru

Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13 meter.

Pelontar keluar dan masuk dari bahagian belakang bulatan.

Peluru mesti mendarat alam sektor 40

Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau terpijak bahagian
atas kayu penghadang sama ada semasa atau selepas peluru dilepaskan.

7.2

Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan selepas peluru mendarat.

Gaya Lontaran Peluru

Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu :
i.

Gaya Parry OBrien

ii.

Gaya Lontaran Sisi

Berdiri dengan kedudukan kaki disilangkan ke belakang dari garisan tengah


bulatan lontaran.

Tentukan kedudukan peluru selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.

Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.

Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat lontaran.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan menolak peluru keluar.

iii.

Gaya Belakangi Kawasan Lontaran

Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.

Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri ke belakang.

Angkat kaki kiri sedikit.

Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.

Tolak peluru keluar secepat mungkin.

7.3

Fasa Lontar Peluru

Terdapat lima fasa yang terlibat dala melakukan acara lontar peluru, iaitu fasa pegangan, fasa
persediaan, fasa lungsuran, fasa lontaran, dan fasa pemulihan.

7.3.1

Fasa Pegangan
Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang
peluru.

Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tengah. Ibu jari dan
jari kelengkeng menyangga peluru.

Rajah 7.3.1 : Fasa pegangan

7.3.2

Fasa Persediaan

Pelajar bersedia dalam bulatan lontaran.

Peluru dipegang dengan cara yang betul.

Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa.

Rajah 7.3.2: Fasa persediaan

7.3.3

Fasa Lungsuran

Bongkokkan badan atau rendahkan badan sebagai persediaan melungsur.

Semasa badan direndahkan, badan juga mengilas ke belakang sedikit, sambil kaki
bebas pula dihayun untuk membolehkan kaki kanan melungsur ke hadapan.

Pelajar diingatkan supaya tidak menegakkan badan ketika lungsuran berlaku.

Sebelum lungsuran berhenti, badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan


membaling.

Rajah 7.3.3: Fasa Lungsuran

7.3.4

Fasa Lontaran
Pergerakan melungsur tadi diteruskan dengan licik dan serentak dengan tekanan
dari kaki lungsuran.

Kedudukan badan pelajar hendaklah melenting ke belakang.

rajah 7.3.4: Fasa lontaran

7.3.5

Fasa Pemulihan

Selepas melontar, badan pelajar akan terangkat disebabkan tekanan dari kaki
lungsuran tadi sehinggalah kaki lungsuran terangkat ke depan.

Kedua-dua kaki yang terangkat tadi membolehkan pelajar mengimbangi dirinya.

Tangan bebas dan tangan yang melontar juga akan diguna untuk mengimbang
badan.

Kepala yang melangut semasa lontaran tadi terus melangut untuk perhatikan peluru
mendarat.

Rajah 7.3.5: Fasa pemulihan

7.4

Ansur Maju Lontar Peluru


1.

Ansur Maju pertama (pengenalan)

Memperkenalkan peluru, cara pegangan, langkah-langkah keselamatan, dan grid


melonta peluru.

Melontar dengan bola getah.

Peuru diangkat ke atas. Lakukan tiga kali setiap satu.

Leretkan bola ke hadapan.

Lontar peluru melepasi paras kepala ke hadapan.

Melontar peluru melepasi paras kepala dari belakang ke hadapan.

Melontar peluru melepasi paras kepala dari hadapan ke belakang.

Rajah 7.4.1: ansur maju pertama

2.

Ansur maju kedua (lontaran hadapan)

Berdiri dengan kaki dibuka selari dengan bahu.

Bengkokkan kaki kemudian luruskan untuk membuat lontaran

Rajah 7.4.2: Ansur maju kedua

3.

Ansur maju ketiga (lontaran dengan satu langkah)

Buka langkah kaki dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.

Melangkah ke hadapan, pusingkan pinggul dan bahu ke kawasan lontaran.

Lontar peluru ke hadapan.

Rajah 7.4.3: Ansur maju ketiga

4.

Ansur maju keempat (lontaran dengan posisi kuasa)

Buka langkah kaki dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.

Bengkokkan kaki dan pusing bahu bertentangan kawasan lontaran.

Pusing bahu dan pinggul ke kawasan lontaran.

Lontar peluru ke hadapan.

7.4.4: Ansur maju keempat

5.

Ansur maju kelima (lontaran dengan luncuran)

Buka langkah kaki dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.

Bengkokkan kedua-dua belah kaki dan pusing bahu bertentangan kawasan


lontaran.

Tundukkan badan sehingga kepada paras lutut.

Luruskan kedua-dua kaki dengan langkah dibuka. Bahu masih membelakang


kawasan lontaran.

Kaki kanan dibengkokkan, kaki kiri lurus ke hadapan.

Pusing bahu dan pinggul ke kawasan lontaran dan peluru dilontar ke hadapan.

Selepas melontar, kaki kanan ke hadapan bagi mengibangi badan dan


mengelakkan kaki daripada terlebih kawasan melontar.

Rajah 7.4.5: Ansur maju kelima

You might also like