You are on page 1of 3

REKA BENTUK PENGELUARAN

 Simplification. Berkaitan dengan usaha untuk memudahkan proses pengeluaran denggan


menggabungkan pelbagai langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran.
 Standardizition. Merupakan satu proses untuk membentuk standard bagi kuantiti, kualiti,
dan prestasi sesebuak syarikat.
 Modular. Teknik yang melibatkan gabungan komponen dalam pelbagai cara untuk
menghasilkan produk yang unik. Bahagian produk atau komponen boleeh ditukarganti
dengan mudah.

JENIS PENGELUARAN
 Pengeluaran mengikut tempahan. Penghasilan produk spesifik yang mengikut tempahan
pengguna dalam kuantiti yang kecil. Contoh, pembinaan jambatan.
 Pengeluaran secara massa. Menghasilan seumlah produk yang standard dan mempunyai
permintaan yang stabil secara besar-besaran mengikut kehendak pasaran. Contoh,
makanan.
 Pengeluaran secara berkelompok. Dalam bntuk kelompok tertentu, iaitu, satu kelompok
produk akan dihasilkan terlebih dahulu dan diikuti oleh kelompok produk yang lain. Contoh,
percetakan buku.

MAKSUD MEREKAYASA
 Proses mereka bentuk semula proses-proses kerja yang kritikal dan struktur organisasi
secara radikal bertujuan untuk meningkatkan kecekapan serta mencapai kemajuan yang
lebih besar.

KEBAIKAN MEREKAYASA
1. Dapat menyediakan barang dan perkhidmatan yang berkualiti.
2. Dapat mengurangkan kos perniagaan.

PRINSIP ISO 9000


 Merupakan satu standard bagi sistem kualiti dan bukan bagi produk atau perkhidmatan
yang telah dihasilkan.
 Mestilah berasaskan kepada sistem dokumentasi iaitu dengan cara merekodkan semula
perkara yang dibuat dan mengesahkan semua perkara yang dibuat mematuhi dokumen
tersebut.
 Mementingkan pencegahan masalah bukannya penyelesaian masalah yang telah berlaku.
JENIS SUSUN ATUR KILANG
 Susun atur tetap. Kedudukan produk adalah tetap. Input dan proses pengeluaran akan
kekal di satu lokasi sehingga produk tersebut siap. Sesuai untuk produk besar dan berat.
Contoh, pembinaan jambatan.
 Susun atur produk. Semua input akan disusun khusus mengikut urutan penhasilan sesuatu
produk. Sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran dan penghasilan produk seragam.
Contoh, pengeluaran kasut.
 Susun atur proses. Semua input disusun mengikut fungsi kerja. Sesuai bagi pengeluaran
produk yang tidak seragam, dalam kumpulan kecil. Ini dapat menjimatkan kos.

MAKSUD KAIZEN
Penambahbaikan yang berterusan dan melibatkan keseluruhan organisasi termasuk produk,
operasi, dan aspek tenaga manusia.

KEPENTINGAN KAIZEN
1. Mengurangkan kos pengendalian mesin, meningkatkan output.
2. Mencari penyelesaian kepada masalah secara berterusan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN LOKASI KILANG


 Penawaran tenaga buruh yang mahir dan berkualiti. Jika sesebuah firma berintensifkan
buruh, firma tersebut akan beroperasi di kawasan dimana kadar upah adalah rendah.
 Kos pengankutan. Firma yang menjalankan kegiatan ekonomi eksport sesuai dibuat
berdekatan pelabuhan. hal ini untuk mengurangkan kos pengankutan.
 Bahan mentah. Bahan mentah yang murah tapi berkualiti penting. Industri yang banyak
menggunakan bahan mentah sesuai ditempatkan berdekatan dengan pembekal sepaya
dapat mengurangkan kos pengeuaran.

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN PDCA (dr.walter A. shewhart-shewhart cycle/the


daming wheel)
1. Plan(rancang). Memahami latar belakang masalah dan kedudukan masalah, mengkaji
kesan dan akibat masalah. Menganalisis masalah. Mencadangkan penyelesaian.
2. Do(laksana). Setelah mendapat kelulusan dan peruntukan, laksanakan cadangan seperti
yang dirangcang.
3. Check(periksa). Mengukut kejayaan dan membandingkan kedudukan masalah sebelum dan
selepas pelaksanaan cadangan selesai.
4. Action(tindakan).Mengamil tindakan susulan bagi memastikan kaedah baharu dilaksanakan
dengan berkesan dan memberi hasi yang memuaskan.
KAEDAH PEMERIKSAAN OUTPUT
1. Pemeriksaan menyeluruh. Untuk mengesan item yang rosak dan cacat dengan segera.
Melibatkan pengambilan setiap sampel output untuk dikaji dan diperiksa satu demi satu.
Hanya sesuai untuk pengeluaran kuantiti yang kecil shaja kerana pemeriksaan setiap
sampel mengambl masa yang lama dan kos pemeriksaan yang tinggi.
2. Pelan persampelan. Pemeriksaan satu sampel kecil yang akan digunakan untuk membuat
kesimpulan umum tentang lot item yang dikeluarkan. Sampel akan dipilih secara rawak. had
terima kualiti ditentukan.jika bilangan unit rosak melebihi had terima maka keseluruhan lot
item akan ditolak.

You might also like