You are on page 1of 48

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

8.1 PENGENALAN FUNGSI KAWALAN 8.2 JENIS KAWALAN a. Kawalan Awalan b. Kawalan Semasa c. Kawalan Selepas 8.3 PROSES KAWALAN a. Langkah-langkah dalam proses kawalan 8.4 ALAT-ALAT KAWALAN a. Belanjawan b. Carta Gantt c. Carta Pert/CPM d. Analisis Titik Pulang Modal (TPM) e. Pusat Tanggungjawab

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

OBJEKTIF
1. Memahami definisi dan kepentingan kawalan dalam organisasi 2. Memahami jenis-jenis kawalan 3. Mengaplikasi langkah-langkah dalam proses kawalan 4. Memahami alat-alat kawalan

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

8.1 PENGENALAN FUNGSI KAWALAN

DEFINISI - Proses memantau prestasi dan pengambilan tindakan untuk memastikan hasil tercapai seperti yang dijangkakan.
(David A Holt, Management Principles & Practices)

DEFINISI - Proses untuk menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 4

KEPENTINGAN KAWALAN DALAM ORGANISASI


1. 2. 3. 4. Pastikan objektif tercapai Mengukur prestasi pengurus dan pekerja Organisasi mempunyai kelebihan bersaing Mengukur prestasi perniagaan dengan melihat kepada piawai/standard yang telah ditetapkan 5. Jaminan kualiti produk dengan mengawasi, memeriksa dan meningkatkan mutu kawalan. 6. Mengenalpasti peluang dan ancaman terutamanya dalam bidang persekitaran luaran seperti persaingan, perubahan teknologi, politik dan undang-undang, ekonomi, dan lain-lain. 7. Bersedia menghadapi perubahan. Organisasi sentiasa berdepan dengan persekitaran yang dinamik (sentiasa berubah) Organisasi perlu bersedia dan peka dengan perubahan yang akan berlaku terutamanya apabila ia melibatkan perubahan citarasa dan keperluan pengguna
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 5

8.2 - JENIS-JENIS KAWALAN

KAWALAN AWALAN

KAWALAN SELEPAS

KAWALAN SEMASA
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 6

KAWALAN AWALAN
DEFINISI - Merupakan kawalan yang dibuat terhadap input untuk memastikan input yang digunakan semasa proses transformasi telah memenuhi standard (piawaian) yang ditetapkan. DEFINISI Kawalan yang difokuskan kepada manusia, bahan (material) dan kewangan yang akan digunakan di dalam organisasi. ( Richard L. Daft, Management 6th. Edition ) Input yang perlu dikawal mutu dan standardnya adalah seperti tenaga kerja, bahan mentah, mesin dan kewangan.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

TUJUAN KAWALAN AWALAN


Input perlu dipastikan mutunya untuk mengelakkan berlakunya kerosakan atau kecacatan yang serius kepada proses transformasi dan juga kepada output yang dihasilkan. Kawalan dilakukan untuk mengenalpasti dan mencegah daripada berlakunya kecacatan sebelum ianya terjadi.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

INPUT MANUSIA

ASPEK KAWALAN kemahiran kelayakan ujian bebas dadah kualiti masa penghantaran penyelenggaraan keupayaan penyelenggaraan kenalpasti risiko dokumen lengkap mudah dapat pembiayaan
Disediakan oleh En. Zaini B Mat 9

BAHAN MENTAH

MESIN

KEWANGAN
3/29/2013

KAWALAN SEMASA
DEFINISI - Kawalan yang dilakukan untuk memantau aktiviti-aktiviti yang sedang dilakukan agar mematuhi/memenuhi standard yang telah ditetapkan (Richard L. Daft, Management 6th. Edition ) DEFINISI - Merupakan kawalan yang dilakukan semasa (serentak) proses tranformasi input kepada output berlaku.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

10

KAWALAN SEMASA
Pengurus perlu kenalpasti masalah-masalah yang timbul semasa aktiviti transformasi yang boleh memberi kesan kepada aktiviti pengeluaran. Melibatkan kawalan ke atas manusia dan proses kerja. Peraturan dan undang-undang disediakan sebagai panduan kepada pekerja Semua aktiviti kerja dimantau dan dikawal supaya menepati/menyamai piawaian yang disediakan Pembetulan/pembaikan akan dilakukan jika terdapat manamana aktiviti yang tidak mencapai piawaian. Teknologi digunakan bagi memudahkan proses kawalan contoh : Syarikat pengangkut Schneider National and Covenant menggunakan komputer untuk mengesan kedudukan trak pengangkut dan status penghantaran.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

11

TUJUAN KAWALAN SEMASA


1.
2. 3.

Mempastikan semua proses kerja dilaksanakan menepati piawaian meminimumkan kos kerosakan atau pengubahsuaian produk Dapat mengenalpasti dengan tepat bahagian atau proses yang perlu dibaiki dan tindakan pembetulan dapat dilaksanakan dengan segera Memantau prestasi pekerja dalam melaksanakan tugasnya.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

12

CONTOH KAWALAN SEMASA


JABATAN/BAHAGIAN Juruwang di pasaraya CONTOH KAWALAN Penggunaan perisian pengurusan rekod tunai yang dapat mengelakkan penipuan oleh juruwang. Penggunaan komputer untuk mengesan kedudukan treler dan status penghantaran

Bahagian Pengangkutan

Bahagian Pengeluaran Pekerja meneliti mesin pengukur tahap keasidan air agar pH air menepati tahap yang dikehendaki

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

13

KAWALAN SELEPAS
DEFINISI - Kawalan yang difokuskan kepada output organisasi. (Richard L. Daft, Management 6th. Edition ) Dilakukan untuk memastikan bahawa output yang dihasilkan telah memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh organisasi. Sebarang kesilapan yang berlaku atau yang tidak memenuhi standard yang ditetapkan boleh dikenalpasti untuk dibuat pembetulan.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

14

TUJUAN KAWALAN SELEPAS

1.
2.

3. 4.

MENGUBAH POLISI JIKA TERDAPAT RUNGUTAN PELANGGAN TERHADAP PRODUK SYARIKAT MELIHAT PRESTASI SYARIKAT SECARA KESELURUHAN MEMPASTIKAN PRODUK MENCAPAI PIAWAIAN SEBAGAI MAKLUMBALAS JIKA PERLU PIAWAIAN (STANDARD) ATAU PENCAPAIAN (PERFORMANCE) PERLU DIUBAHSUAI

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

15

CONTOH KAWALAN SELEPAS


JABATAN/BAHAGIAN BAHAGIAN PENGELUARAN BAHAGIAN KEWANGAN CONTOH KAWALAN PEMERIKSAAN AKHIR PRODUK, PASTIKAN TIADA KECACATAN MENELITI BELANJAWAN UNTUK MENELITI ADAKAH SEMUA PERANCANGAN KEWANGAN TELAH DILAKSANAKAN MENGIKUT JADUAL MEMBUAT SOAL SELIDIK PASARAN BAGI MENILAI TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PRODUK SYARIKAT MENELITI LAPORAN PRESTASI PELAJAR AKHIR TAHUN UNTUK MEMBENTUK STRATEGI BARU
Disediakan oleh En. Zaini B Mat 16

JABATAN PEMASARAN

PENGETUA SEKOLAH

3/29/2013

Kaedah kawalan dalam proses pengeluaran

INPUT

TRANSFORMASI

OUTPUT

KAWALAN AWALAN Pastikan input menepati piawaian yang ditetapkan

KAWALAN SEMASA Pastikan hanya tindakan yang betul dilaksanakan

KAWALAN SELEPAS Pastikan output menepati piawaian yang ditetapkan dan menepati kehendak pengguna
17

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

8.3 - PROSES KAWALAN

DEFINISI Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal, melibatkan penetapan piawai, mengukur prestasi sebenar, membuat perbandingan antara prestasi dan piawai dan melakukan tindakan pembaikan supaya objektif yang dirancang tercapai.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

18

PROSES KAWALAN
1. MENETAPKAN PIAWAI

2. MENILAI PRESTASI SEMASA

3. MEMBANDINGKAN PRESTASI TIDAK DENGAN PIAWAIAN YA TERUSKAN


3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat Sumber: Griffin, Business, International Edition

4. MEMBUAT TINDAKAN PEMBETULAN DAN PEMBAIKAN YA

19

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAWALAN 1. MENETAPKAN PIAWAI DEFINISI - Piawaian merujuk kepada kriteria yang ditetapkan untuk menilai ciri-ciri kualitatif dan kuantitatif bagi sesuatu yang hendak diukur. (Hellriegel, Jackson & Slocum Management 8th. Edition) Proses kawalan bermula dengan membentuk objektif dan piawaian (standard) yang ingin dicapai bagi semua aktiviti dan melibatkan keseluruhan pekerja di dalam organisasi. Piawaian yang hendak dicapai ini perlulah: dinyatakan dengan jelas boleh diukur Realistik Mempunyai ciri-ciri dapat memotivasikan pekerja untuk mencapainya

Contoh: Menetapkan setiap kotak mancis ada 50 batang anak mancis

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

20

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAWALAN 2. MENGUKUR PRESTASI SEMASA Pencapaian sebenar aktiviti-aktiviti kerja semasa akan dimantau dan diukur. Pengukuran boleh dilakukan secara kuantitatif dan juga kualitatif. Semasa mengukur, beberapa perkara perlu diambilkira: Aktiviti yang ingin diukur Bagaimana proses pengukuran akan dilakukan secara manual atau menggunakan mesin automatik Kekerapan pengukuran dilakukan melibatkan semua aktiviti atau menggunakan sampel Contoh mengambil sampel sekotak mancis dan membilang kandungan batang mancis.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

21

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAWALAN 3. MEMBANDINGKAN ANTARA PIAWAIAN DAN PRESTASI SEBENAR Pengurus perlu membuat perbandingan di antara piawaian yang ditetapkan dengan prestasi sebenar yang dicapai. Tujuan perbandingan - mengenalpasti perbezaan di antara maklumat yang telah dikumpulkan daripada penilaian prestasi sebenar dengan piawaian yang telah ditetapkan Untuk membuat perbandingan, lazimnya pengurus akan bergantung kepada laporan yang diserahkan kepadanya oleh staf bawahan yang merekodkan hasil keputusan kemajuan prestasi sebenar. Dalam Proses Kawalan Statistikal (SPC) carta kawalan digunakan. Pencapaian dikira mencapai prestasi jika berada di dalam julat (range) yang ditetapkan Contoh membandingkan bilangan batang mancis adakah sama dengan piawaian. Ada 2 kemungkinan iaitu mengikut piawaian (50 batang mancis), menyimpang daripada piawaian kurang atau lebih daripada 50 batang mancis
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 22

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAWALAN 4. TINDAKAN PEMBETULAN DAN PEMBAIKAN Proses ini dilakukan sekiranya terdapat penyimpangan (prestasi sebenar lebih rendah daripada piawaian yang telah ditetapkan) Tindakan pembetulan /pembaikan dilakukan ke atas tahap-tahap operasi tertentu yang dikenalpasti menyebabkan penyimpangan Pengurus juga perlu mengumpul maklumat yang cukup dari berbagai sumber sebelum mengambil tindakan pembetulan supaya langkah yang tepat dapat diambil. Jika didapati semua faktor yang dinilai tidak mencapai piawai, piawaian perlu diubahsuai mungkin piawaian terlalu tinggi Jika tiada penyimpangan, aktiviti akan diteruskan dan dikatakan mencapai piawaian dan tindakan susulan akan dilaksanakan Contoh: Kotak mancis yang mengandungi kurang dan lebih daripada 50 batang mancis dikeluarkan dan diisi semula supaya menepati piawaian (50 batang mancis).
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 23

8.4 - ALAT-ALAT KAWALAN

BELANJAWAN

CARTA PERT/CPM

PUSAT TANGGUNGJAWAB

CARTA GANTT

TITIK PULANG MODAL

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

24

BELANJAWAN
(ALAT KAWALAN)

DEFINISI BELANJAWAN suatu penyata kuantitatif yang dinyatakan dalam nilai wang yang menghuraikan rancangan pihak pengurusan untuk mencapai objektif tertentu secara komprehensif dan terperinci untuk suatu siri tempoh yang ditetapkan di masa akan datang

KAWALAN BELANJAWAN proses menetapkan sasaran perbelanjaan organisasi, memantau keputusan dan membandingkannya dengan belanjawan serta membuat perubahan jika perlu. (Richard L. Daft)

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

25

TUJUAN BELANJAWAN
1. MEMBANTU MENYEDIAKAN PERANCANGAN AKTIVITI DENGAN LEBIH EFEKTIF

2. MEMBANTU MENGAGIHKAN SUMBER DENGAN BERKESAN


3. MEMBANTU DALAM MENGAWAL DAN MEMANTAU PENGGUNAAN SUMBER SEMASA DALAM TEMPOH BELANJAWAN

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

26

CONTOH ALAT BELANJAWAN


JENIS BELANJAWAN BELANJAWAN HASIL BELANJAWAN BAHAN BELANJAWAN MODAL KEGUNAAN Meramal perolehan jualan bulanan Jangkaan belian, berbeza bagi setiap tempoh bergantung kepada variasi ASPEK KAWALAN Menentukan jualan dan hasil adalah seperti diramalkan Supaya masa dan volum belian tepat, pengeluaran tidak tergendala

Jangkaan peruntukan bagi Pemilihan yang tepat, belian aset seperti bangunan, meminimumkan kos, kilang, peralatan memaksimumkan keuntungan, cepat pulang modal Jangkaan penerimaan dan perbelanjaan tunai bagi siri tempoh tertentu Mengawal aliran tunai keluar, menentukan keperluan tunai sentiasa Disediakan oleh En. Zaini B Mat dipenuhi 27

BELANJAWAN TUNAI
3/29/2013

CARTA GANTT
(ALAT KAWALAN)

DEFINISI Carta berbentuk bar yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut. satu kaedah perancangan dan kawalan grafik yang membolehkan pengurus menentukan tarikh-tarikh bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti atau projek. Jadual keseluruhan dibentuk dengan menetapkan masa permulaan dan masa siap setiap kegiatan yang perlu disempurnakan mengikut turutan sehingga tamatnya projek berkenaan. Carta Gantt digunakan untuk mengawal atau memastikan aktiviti perniagaan dilaksanakan seperti masa yang ditetapkan.
Disediakan oleh En. Zaini B Mat 28

3/29/2013

AKTIVITI PROJEK MENGUBAHSUAI BILIK DARJAH

AKTIVITI
A Dapatkan kelulusan kewangan
B Keluarkan kerusi meja dari bilik darjah C Beli jubin baru D Hantar kerusi meja ke bengkel perabot E Tanggalkan jubin lama dari lantai bilik darjah

MASA
13 April 20 April
20 April 24 April 20 April 11 Mei 24 April 27 April 24 April 8 Mei

F Pasang jubin baru di lantai bilik darjah


G Baiki kerusi meja yang rosak H Ambil kerusi meja dari bengkel perabot I Susun semula kerusi meja di dalam bilik darjah
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat

11 Mei 25 Mei
27 April 8 Jun 8 Jun 12 Jun 12 Jun 19 Jun
29

CARTA GANTT PROJEK MENGUBAHSUAI BILIK DARJAH

A
B C D

E
F G H I AKTIVITI MASA 13/4
3/29/2013

20/4 27/4

4/5 11/5

18/5
25/5

1/6 8/6

15/6 22/6
30

AKTIVITI SIAP

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

AKTIVITI BELUM SIAP

CIRI-CIRI CARTA GANTT


1.
2.

3.
4. 5.

DAPAT MENUNJUKKAN DENGAN JELAS AKTIVITI YANG SIAP DAN BELUM SIAP KAWALAN MUDAH DILAKUKAN KERANA SEMUA AKTIVITI DISENARAIKAN SECARA TERSUSUN MASA MULA DAN SIAP SESUATU AKTIVITI DITUNJUKKAN. MUDAH DIGUNAKAN DAN MENARIK. CARTA INI BOLEH DIUBAHSUAI JIKA MASA ASAL AKTIVITI PROJEK PERLU DIPINDA KERANA SESUATU SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.
Disediakan oleh En. Zaini B Mat 31

3/29/2013

CARTA PERT/CPM
(ALAT KAWALAN)

DEFINISI - Rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek di mana melaluinya masa terpanjang (laluan genting) projek dapat disiapkan boleh diketahui. PERT/CPM menggunakan pendekatan grafik untuk menguruskan sesuatu projek. Alat atau teknik yang digunakan oleh pengurus untuk mengenalpasti dan mengawal tindakan berasingan yang dilakukan untuk menyiapkan sesuatu projek. Jaringan atau gambarajah menunjukkan hubungan serta turutan berlakunya setiap kegiatan-kegiatan dalam projek tersebut.
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 32

AKTIVITI PROJEK MENGUBAHSUAI BILIK DARJAH

AKTIVITI
A Dapatkan kelulusan kewangan
B Keluarkan kerusi meja dari bilik darjah C Beli jubin baru D Hantar kerusi meja ke bengkel perabot E Tanggalkan jubin lama dari lantai bilik darjah

MASA
13 April 20 April
20 April 24 April 20 April 11 Mei 24 April 27 April 24 April 8 Mei

F Pasang jubin baru di lantai bilik darjah


G Baiki kerusi meja yang rosak H Ambil kerusi meja dari bengkel perabot I Susun semula kerusi meja di dalam bilik darjah
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat

11 Mei 25 Mei
27 April 8 Jun 8 Jun 12 Jun 12 Jun 19 Jun
33

PROJEK PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH


Aktiviti Aktiviti Sebelum Masa (Hari)

A B C D E F G H I
3/29/2013

A A B B C, E D F,G H
Disediakan oleh En. Zaini B Mat

7 4 21 3 14 14 42 4 7
34

CARTA PERT/CPM
2 B Mula A 7 1 14 4 C 21 E 5 3 F 14 6 H 4 8 I 7 Tmt. D 4 4 G 42 7

ATAU
2 B Mula A 7 1 14 C 21 E F 14 D 4 4 42 3 G H 4 I 7

Tmt.

LALUAN 3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat Sumber: Griffin, Business, International Edition

GENTING (CRITICAL35 PATH)

LALUAN PROJEK
LALUAN A,B,D,G,H,I = 7+4+4+42+4+7 = 66 HARI LALUAN A,B,E,F,H,I = 7+4+14+14+4+7 = 50 HARI LALUAN A,C,F,H,I = 7+21+14+4+7 = 53 HARI LALUAN A,B,D,G,H,I DIKENALI SEBAGAI LALUAN GENTING (CRITICAL PATH)

MASA PROJEK DIJANGKA SIAP IALAH 66 HARI

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

36

CIRI-CIRI CARTA PERT/CPM


MENUNJUKKAN DENGAN JELAS AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK BOLEH DILEWATKAN (CRITICAL PATH)
MENUNJUKKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DIPANJANGKAN (DELAY) TETAPI TIDAK MENJEJASKAN MASA SIAP PROJEK MENUNJUKKAN DENGAN JELAS HUBUNGAN ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI (SEPERTI AKTIVITI DIJALANKAN SERENTAK, AKTIVITI SEBELUM YANG PERLU DISIAPKAN SEBELUM MEMULAKAN AKTIVITI BARU)

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

37

ANALISIS TITIK PULANG MODAL


(ALAT KAWALAN)

DEFINISI Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil) dengan kos untuk menentukan titik di mana jumlah hasil akan menyamai jumlah kos dan pada titik tersebut pulangan modal berlaku. DEFINISI Kuantiti produk yang perlu dijual sebelum penjual dapat melepasi kos berubah dan kos tetap dan membuat keuntungan (Ricky W. Griffin, Business 4th. Edition) Titik pulang modal tercapai bila Jumlah Hasil = Jumlah Kos

Jika harga jualan setiap unit meningkat, jumlah produk yang perlu dijual semakin rendah bagi mencapai pulangan modal
Jika bilangan produk yang dijual semakin meningkat, harga jualan seunit produk semakin rendah bagi mencapai pulangan modal
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 38

TUJUAN ANALISIS TITIK PULANG MODAL 1. Syarikat dapat menentukan bilangan unit produk yang perlu dijual supaya semua kos tetap dan kos berubah dapat ditampung dan syarikat mula dapat keuntungan. 2. Dapat menentukan harga minimum yang perlu diletakkan bagi setiap produk bagi mencapai pulang modal. 3. Syarikat dapat menentukan masa untuk mendapat pulang modal dengan menentukan harga dan bilangan produk yang perlu dijual. 4. Menentukan sama ada syarikat mampu bersaing dan mendapat keuntungan dengan menawarkan produk pada tingkat harga tertentu

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

39

Katakan syarikat membeli CD dengan harga RM10 dan ingin menjual semula di pasaran dengan harga RM25 setiap satu. Berapakah kuantiti yang perlu dijual setahun supaya syarikat dapat menampung semua kos (kos tetap dan kos berubah) dan mencapai pulang modal. Kos tetap termasuk sewa bangunan, insurans dan gaji adalah berjumlah RM150,000 setahun. Kos/hasil (RM) TPM tercapai apabila: JH=HK 25Q=150,000+10Q Q=10,000 unit

25Q

Jumlah hasil (JH)

Jumlah kos (JK)


150000+10Q 150,000 Kos tetap

10,000
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat

Kuantiti(Q)
40

RUMUS TITIK PULANG MODAL


Titik Pulang Modal tercapai apabila: Jumlah Hasil =Jumlah Kos pQ=F+vQ pQ-vQ=F Q(p-v)=F Q=F/(p-v)

Di mana: p= harga Q= kuantiti TPM v=kos berubah seunit F=kos tetap


3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 41

PUSAT TANGGUNGJAWAB (RESPONSIBILITY CENTER) DEFINISI - Kumpulan kerja, jabatan atau bahagian di dalam syarikat yang dibentuk dan bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang melibatkan kewangan masing-masing supaya selaras dengan belanjawan syarikat.
(David H. Holt, Management Principles & Practices)

Untuk mengawal aktiviti pada setiap fungsi atau jabatan dalam organisasi, setiap fungsi dijadikan sebagai pusat tanggungjawab yang bertanggungjawab terhadap belanjawan syarikat.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

42

PUSAT KOS

PUSAT UNTUNG

PUSAT TANGGUNGJAWAB

PUSAT HASIL

PUSAT PELABURAN
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat Sumber: David H. Holt, Management Principles and Practices 43

PUSAT HASIL (REVENUE CENTERS)


Pusat ini bertanggungjawab untuk menilai kemampuan syarikat untuk menjana keuntungan menerusi hasil jualan dan operasi. Semua jabatan jualan merupakan pusat hasil. Pusat ini memfokuskan tanggungjawab untuk meningkatkan hasil jualan dan bukan mengawal kos jualan. Pusat hasil akan membandingkan pencapaian hasil jualan dengan ramalan jualan yang disediakan di dalam belanjawan hasil. Jika hasil jualan sebenar lebih rendah daripada belanjawan, siasatan akan dibuat untuk mengenalpasti punca dan langkah akan diambil untuk mengatasinya dengan segera.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

44

PUSAT KOS (COST CENTERS)


Dikenali juga sebagai pusat perbelanjaan. Pusat ini hanya bertanggungjawab mengawal perbelanjaan dan kos yang dijanakan melalui aktiviti-aktiviti kerja dan lazimnya pusat tidak bertanggungjawab secara langsung terhadap pendapatan. Biasanya Jabatan Pengeluaran/Operasi, Jabatan Pentadbiran, Jabatan Pemasaran dan Unit Pembelian adalah pusat kos. Pusat kos akan membuat penilaian terhadap segala perbelanjaan yang dapat di kawal dengan membuat perbandingan dengan belanjawan perbelanjaan (expense budget) termasuklah belanjawan tunai. Belanjawan perbelanjaan akan menunjukkan semua perbelanjaan yang terlibat di dalam aktiviti utama syarikat. Perbezaan antara perbelanjaan sebenar dan ramalan perbelanjaan dalan belanjawan akan memberi isyarat kepada pengurus untuk mengenalpasti punca dan cuba untuk mengatasinya dengan segera. Terlebih atau terkurang belanja akan memberi kesan kepada pencapaian syarikat secara keseluruhan.
3/29/2013 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 45

PUSAT UNTUNG (PROFIT CENTERS)


Pusat untung bertanggungjawab kepada kos dan juga hasil. Pencapaian dinilai dengan melihat perbezaan antara jumlah hasil dan juga jumlah perbelanjaan bagi mengetahui kedudukan keuntungan. Contoh - Jabatan Pemasaran mempunyai pusat hasil (pejabat jualan) dan pusat kos (meneliti kos dari aktiviti pengiklanan, kajian pasaran, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya). Dengan itu Pengurus Pemasaran bertanggungjawab untuk meneliti kedudukan keuntungan hasil daripada kombinasi operasi pusat hasil dan pusat kos tersebut. Pusat untung akan melaporkan kedudukan sebenar sama ada untung atau rugi. Maklumat akan dikongsi bersama dengan bahagian lain seperti Jabatan Pengeluaran bagi membolehkan tindakan pembetulan dijalankan jika terdapat mana-mana aktiviti yang bermasalah seterusnya dapat meningkatkan keuntungan di masa depan.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

46

PUSAT PELABURAN (INVESTMENT CENTERS)


Merupakan unit di dalam organisasi di mana pengurus bertanggungjawab ke atas perbelanjaan modal dan struktur pelaburan. Mengukur prestasi berdasarkan kepada pengurusan aset modal yang efektif. Ia termasuk kriteria hasil, perbelanjaan dan pelaburan yang akan mengukur keberkesanan penggunaan aset. Pengurus akan menggunakan belanjawan modal sebagai panduan untuk membuat penilaian ke atas ketepatan perbelanjaan modal. Kawalan bukan sahaja memantau perbelanjaan modal tetapi juga membuat penilaian ke atas keputusan yang diambil terhadap sesuatu pelaburan melalui analisis kewangan berkaitan seperti pulangan pelaburan, nilai bersih dan sebagainya.

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

47

3/29/2013

Disediakan oleh En. Zaini B Mat

48

You might also like